Pulang menjelajah dua tempat yang berbeza adat.
MPH. Beli Buku.
Y.E.S tak Y.E.S, MPH memang tempat favorite paling YES! kini dulu selamanya. Tapi bila masuk, masuk, dalam, dalam lagi., saya noticed, kenapakah semua Chinese sahaja pelanggannya. Ada signboard 'Chinese Only' kat luar ke? dan hanya keluarga saya sahaja Melayu sungguhnya. errkg.
tarik nafas.
Saya kagum dengan bangsa Cina, sebab inilah! Mereka cintakan ilmu,..dan juga duit. haha. Dua perkara yang penting untuk hidup. Tapi, kita fokus kat ilmu lah yea.
Ketika ni jugak, saya bawa adik kecil, si sumbu sudah berusia 8 tahun. Dia adalah pencinta buku. Semua buku kat rumah ni, kalau boleh nak digodeknya. Tapi masalah terbesar dia, malas nak baca. Weird heh? suka bukak buku tapi tak suka baca, haku pun pelik. Dia bukak buku tengok gambar sahaja. Kalau gambar tu menarik giler, baru dia buat bising satu rumah, tunjuk gambar tu kat semua orang. Tapi aku jadi annoyed bila dia tanya "kenapa camtu eh? kenapa lembu tu kene tembak eh?" padahal caption gambar dah tulis "lembu gila amuk tiga penjaga kandang"
"cuba baca bawah tu"
"ala..kakngah la baca kan"
Bukan tak tau membaca, tapi memang dasar pemalas. *kutuksedap
Rasanya boleh dikira dengan jari berapa kali budak ni dibawa ke kedai buku. Bila di MPH, dia memang gila loncat-loncat excited tengok buku banyak-banyak. Macam budak dibawak pergi playground, semua benda nak dipanjat. Maka kami beramai-ramai yang dewasa ni, mintak dia pilih mana-mana buku yang dia suka. Mula-mula dia pegang buku cerita, telek-telek-belek-letak. Buku tu agak tebal untuk budak darjah 2, maka dibawanya dia ke kids' area. Beraneka pilihan. Buku PTS paling syiok la weh. Banyak kisah fairy tales tapi Islamic version. Hehe. But, he's not interested to fairy tales. aww
Pusing punya pusing, alih-alih dia pegang buku..buku..
buku komik Ben-10 dan spongebob. Haiya =="
sangat menggoda buku komik tu kan? Tapi, kalau aku, baca je kat situ sampai habis. lepas tu letak balik. Cara terbaik baca buku komik secara free ;P
Puas dipujuk, supaya cari buku lain yang lebih ilmiah. Dia taknak jugak. Last-last janji, dia kene habiskan a novel then beli komik tuh. Payoh hok ni.
Masa main pujuk-pujuk tu, kami sebenarnya dah segan megan dengan orang sebelah. Chinese kids, tak payah di paksa nak pilih buku ilmiah, senang hati je mak diorang ambil masuk dalam bakul. Macam ambil koko-krunch di supermarket, 'pilihan ibu-ibu dirumah' eh? Punyalah. Aku kagum giler. Most of them pulak tu. isk.
See how they trained their kids. Agaknya sejak dalam perut dah diajar berkunjung ke bookstore. Memanglah.
got this one. naiss. (kredit)
I-City, Shah Alam, Malaysia Truly...what?
Sesampai di sana, maaaaaaaaaaaaaaak punya lengang! HAHA. Memang sengaja kami pilih tarikh lengang. Seronok usah dikata, rasa nak beguling-tenggiling di tengah jalan. oh, overacting. Sebab rata-rata pengkomen tegar orang Shah Alam "tak ada apa-apa pun i-city tu.boring", "i-city sesak, malas nak pergi"
takboring taksesak.
takboring sebab taksesak sebenarnya. hahaha. Kalau sesak, aku boring. serious.
Tujuan datang sini bukan apa pun, saja ambil angin. Rasa menarik perhatian jugak la lampu-lampu ni, since orang rumah aku memang agak obses dengan lampu. Kat rumah sendiri pun lebih 60 biji mentol lampu yang ada kat siling. erkkk.
Masuk, masuk, dalam, dalam lagi. Aku penat berlari-lari kejar hadek-hadek. Kanak-kanak sering fikir kaki mereka sungguh laju merentas desa, padahal lupa tu, tukang kejar punya kaki laju merentas masa. cih.
Ya, yang punya makaih lengang tu, luar je. Dalam dia punya meriah. Tapi alhamdulillah tak sesak, kalau sesak memang aku tambat je kanak-kanak ni. Nahas kalau terhilang budak-budak kat public area macam ni.
Bila dah kat dalam, serius WOW. why wow? Meleis, meleis meleis. truly hedonism?
Malas nak komen panjang-panjang lah. Kalau di cerita pasal belog pun, berapa ramai bloggers akan update pasal movies, artis kahwin cerai seksimeksi, semua certia pasal artis hiburan dikorek sakan, umpat gosip semua hiburan. Ramai tak terkira. Segala, oh artis, oh itu, oh ini, oh nenek.
Jarang jumpa blogger Melayu, Islam, update pasal buku-buku yang baru release. Eh bukan takda, adaaaaaa...ramaaaaaaai.
tapi,
tak glamer. Beautifulnara lagi korang kenal kan?
Buku kalau jadi topik hangat pun sebab dah ter-rasis kononnye. Kesian novel interlok.
Kesan paling obvious dan sangat mudah dilihat 'Jadi artis hiburan lagi cepat kaya berbanding penulis buku'
***
baguslah. the protocol of zion tu dah berhasil. Pisahkan umat Islam dengan ilmu, penuhi minda mereka dengan hiburan.
wahyu pertama: "BACALAH" bukan, "BERHIBURLAH"
Malam nanti, 31/12/2011: Sambutan Ambang Tahun Baru, Ceramah UAI di Dataran Shah Alam VS Konsert Bersama PM Malaysia di I-City. Wait and see. (takmahu membaca sekurang-kurangnya dengar ceramah ilmu)
anda di bahagian mana? #selfnote
orang pergi i-city jumpa lampu. aku terjumpa ni. errk. tangga.
++ nak train anak-anak pergi usrah sejak dalam perut. macam ummi saya buat. ihiks
2 comments:
perrgghh.. baca skali nafas dn trcungap2.. panjang tpi penuh makna.. good2.. nice entry.. (saya puji ikhlas nih)..hehe.. :-)
@reza al-razi
panjang napas engko ye ;)
Post a Comment