Entah kenapa susah sangat orang nak memberi senyuman. ini muka ketat kita panggil. Apatah lagi nak bagi salam. yang ini pula mulot ketat. Starting entri saja sudah ada aura membebel. teruskan baca kalau suka.
Bila kita senyum kat orang, orang taklayan, betul betul rasa kecewa. sroot sroot. cepatla pujuk saya
Kemudian rasa macam nak letak notis tampal atas dahi
"saya seorang halimunan, kalau tak senyum kat saya pun, tak kesah, harap maklum"
Tapi yang peliks bin blogspot (eh ni belog sapa?) bila saya jalan di tempat lain, di hari dan waktu yang sama, tiba-tiba saja ada orang beri salam. Aik? Yang bagi salam tu lelaki. Aik?lagi, bukankah saya perempuan?
Saya dah tak jadi halimunan kah? Atau saya memang halimunan di mata perempuan sahaja.pfffttt bajet hot latuw. Atau bagi salam dalam kalangan lelaki itu benda biasa. Dan bagi salam pada strangers memang aneh dalam kalangan wanita. Excuse me,
tambah lagi:"Sesungguhnya, di antara tanda-tanda kiamat ialah, seseorang lelaki melalui satu masjid tetapi tidak melakukan solat dua rakaat, dan tidak memberi salam kecuali kepada orang-orang yang dikenalinya sahaja"
"Tidaklah kamu akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidaklah kamu dikatakan beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukan kamu aku tunjukkan kepada sesuatu yang jika kamu mengamalkannya kamu akan saling mencintai, iaitu sebarkan salam di antara kalian"
[Hadith Riwayat Muslim]
Nampak? Kau orang tak suka dicintai disayangi ke? Pelik ah korang. Amalkanlah memberi salam, senang-senang lenang-lenang, takyah pakai minyak dagu nak calit orang bagai, orang boleh jatuh chenta pada anda semudah ABC, walaupun masa kat tadika anda cakap kat teacher, ABC tu susah. Nampak? Kini tidak lagi
Apakah cara yang paling mudah untuk menyebarkan salam?
1. Mulakan hari mu dengan senyuman. Senyum lebau-lebau tapi takyah ah nampak fake, hokoloh. Senyuman di awal hari bukan sahaja memberi motivasi pada diri, tapi akan merangsang diri untuk berasa positif dalam setiap gerakkan. Secara tak langsung akan menyebabkan anda rasa nak menyebarkan salam. Iya, saintis Hanin yang kata. Ey aku kan budak sains, tak percaya ke =.=
2. Beri salam pada rumet "assalamu'alaikum encik rumet, bangun bangun, solat subuh jemaah yok!". -Aik, encik??? ahak.gatainoh
2. Senyum dan beri salam bila masuk dalam lift. Walaupun dalam lift tu saya sorang-sorang? Kau ingat bila berdiri dalam lift sorang-sorang tu kau memang sorang-sorang je ke? aiyok aiyok seram. well, kadang-kadang ada pakcik security tengok pada skrin kamera litar tertutupnya. =P (kadang-kadang)
3. Senyum dan beri salam bila berselisih dengan sesiapa. (kalau susah sangat atleast try senyum okeh!) Tapi kalau berlainan jantina, saya tak galakkan. Takut juga kalau nanti ada yang takboleh kusyuk dalam solat pula. Maklumlah, anda kan cun dan hensem macam saya? wait. saya machomel je. *merendah diri konon.puii
Kalau mulut dan muka anda terlalu ketat, mungkin patut cuba buat begini (pinjam)
4. Beri salam bila masuk kelas dan pejabat dan rumah.
5. Beri salam bila menaiki kereta sendiri / kereta orang / teksi orang
6. Senyum dan beri salam pada pakcik driver bas. Walaupun pakcik bas kadang-kadang takmaw jawab salam kite, takpe ar, dosa dia biar dia tanggung sendiri. wahaha!
7. Apsal atas cerita halimunan bawah cerita sebarkan salam? haha entah. belog ni kan pelik. kau layan sapa suruh
8. Tak perasan ke nombor dua ada, dua kali? haha. seronoklatu
9. Kalau ada tambahan sila kongsi
No comments:
Post a Comment