Chakpong FC

Sunday, January 29, 2012

sujud terakhirnya tanpa mengenali Muhammad

Cerita ini diceritakan oleh seorang ustaz, seorang penceramah bebasceria, mengenai kisah benar berlaku di masjid Amerika, ketika saya terbaik hatipulaksangat nak duduk dengar kuliah maghrib beberapa bulan yang lalu bersama bunda, bersama nenda bersama adik-adiknda, ok fine, bahasa melayu dah mula nak rosak. *baca senafas.kahkahkah

tarik nafas. lepas. alhamdulillah..sedapnya oksigen :)

***

Pada ketika tiada jemaah yang menunaikan solat dimasjid ini, seorang imam telah didatangi seorang lelaki. Imam tadi melihat lelaki ini berbangsa Caucasian, dibadannya penuh tatu.

"hai, adakah anda imam masjid ini?" soal lelaki tadi

"ya saya"

"boleh bantu saya untuk peluk agama Islam?" soal lelaki tadi

tanpa banyak celoteh, Imam tadi langsung menjawab "boleh, akan ku ajarkan padamu syahadah, iaitu pengakuan yang perlu dilafazkan bagi sesiapa yang ingin memeluk agama Islam" 
Simple. cuba kalau kat Malaysia, orang cakap macam tu kat kita, kemungkinan besar kita akan balas "kenapa nak masuk Islam? kau kene pergi pejabat agama dulu, kene daftar, nanti kene pergi pejabat pendaftaran pulak, tukar nama dan agama kat IC. Tapi bukankah kau bawah umur? nanti aku dipersalahkan oleh ahli keluargamu..blablablabla" =="

"ajarkan aku" jawab lelaki tadi.

setelah beberapa kali lelaki tadi bersusah payah dengan sebutan 'lailahaillah..muhammadurrasulullah..' akhirnya beliau telah menjadi saudara baru umat Muhammad s.a.w.

Selepas lelaki tadi disuruh mandi dan membersihkan diri, Imam tadi menyoal,
"kenapa kamu mahu memeluk Islam?"

"Seumur hidupku tidak pernah mengenal Islam, kerana aku dan keluargaku adalah penganut Kristian yang setia. Kami rajin ke gereja. Kami taat dengan ajaran Kristian. Segala perbuatan kami, adalah kerana Jesus. Hidup mati kami untuk Jesus"  balasnya.

"Namun setelah didatangi satu mimpi, membuatkan aku berfikir, dan akhirnya merubah pendirianku"

"Di dalam mimpi itu, aku telah didatangi seorang lelaki, lelaki itu berkata padaku .. 'jika kau mencintai Jesus, peluklah Islam, kerana Islamlah yang meletakkan Jesus di tempat yang sebenar..' aku yakin dengan mimpi itu" jelasnya lagi.

"demikian hal lah ini membuatkan aku meminta kamu mengislamkan aku"

Tanpa sempat diajarkan bagaimana syahadah yang sebenar, mengenai solat, puasa, zakat, haji, kedengaran azan menandakan masuknya waktu solat.

Lantas Imam tersebut memintanya bersolat, iaitu bersolat sebagai jemaah dibelakangnya.

[picture googled: source]

Sejurus selepas solat, kelihatannya lelaki tadi masih bersujud. Imam dan jemaah lain setia menunggu lelaki itu. Namun setelah beberapa lama, Imam itu tergerak hati untuk mencuit lelaki tadi, dikhuatiri ada kesalahfahaman mengenai solat.

"bangunlah..kita telah pun selesai solat" bisiknya.

senyap

"bangunlah.. kita telah selesai solat" ulangnya lagi.

senyap

lantas Imam tersebut mencuitnya sekali lagi, maka tahulah dia, lelaki itu telah kembali ke rahmat Allah.

***


Allah, dalam keadaan sebegitu mulia Kau mencabut rohnya. Berdoalah untuk kita, ya, kita lah..anda semua ^^