Chakpong FC

Wednesday, February 8, 2012

Malulah, bila benda bercerita pasal kita

Semalam, saya menyetelkan kerja sekolah adik sumbu. Sekarang dah darjah 3, dah mula belajar buat karangan. Heh.bukan aku buatkan, aku bagi idea, betulkan ayat dia etc

Seingat saya, masa mula-mula belajar buat karangan dulu, cikgu BM memanglah sangat berminat nak suruh anak murid dia buat karangan berbentuk cerita. 

Cerita mudah-mudah aja, mudah.my je yang tak masuk cerita karangan cikgu. wuu~
Tajuk standard cikgu BM budak darjah 3, 'Hobi Saya', 'Aktiviti Cuti Sekolah'

dan tajuk yang paling glamer,

'Aku Sepasang Kasut'

=.=" duhai cikgu-cikgu BM sedunia, tak boleh ke buat tajuk karangan yang lebih kretif? 

"weh, boringlah tajuk ni, buatlah sendiri"

"ala, Ammar tak taulah.." balas adik sumbu

senang je kan jawab 'tak tau', sebab dia tau ada kakak yang nak tolong dia fikirkan ayat. So, seminggu aku delay kerja sekolah dia. huehhueh.

Dah seminggu, baru start buat. cis. mengajar adik buat kerja last minit nih.

Kata je tolong susunkan ayat, sebenarnya dah jadi tukang-buat-ayat, tukang-susun-plot-cerita sekali. budak bertuah. =="

Dan, sehingga, sampailah ayat berbunyi begini, di mulutku..

"Pada suatu hari, aku telah didatangi oleh seorang kanak-kanak yang bernama Ammar, Ammar mencubaku pada kakinya..."

Ammar jeling kat aku

"apsal? tulis la, tengok-tengok orang pulak"

Lepas tu dia tunduk, lantas tergelak golek-golek

"apsal gelak pulak ni?"

"Ammar malulah..."

"La..kenapa nak malu pulak?"

"Malulah, tulis nama sendiri dalam karangan."

"Aik, malu ke kasut cerita pasal Ammar?"

"ha'ah. malu. hihihihi." gelak gedik

Aku sengaja suruh adik aku letak nama dia sendiri, sebab nak bagi dia fikir balik segala 'kejadian-kejadian' yang telah menimpa kasut beliau dulu. hohoh

***

Aku terimbau masa zaman aku darjah 3, masa baru belajar buat karangan, memang cikgu BM (cikgu Dahlia) ajar letak nama sendiri dalam karangan berbentuk cerita. Mungkin nak bagi budak-budak senang fikir, sebab mengimaginasikan diri sendiri, boleh menggalakkan penceritaan. Ya, perasaan malu nak tulis nama sendiri dalam karangan tu memang ada. Kawan-kawan aku yang duduk kat sebelah aku, siap tak bagi orang lain baca karangan diorang, sebab.. malu la tu~ Tapi, disebabkan kepala aku sentiasa 'think out of box' aku tulis nama orang lain.HAHA. Aku letak nama member sebelah lah, nama adik aku lah. Lepas tu bangga giler bagi kawan-kawan baca karangan. Member yang nama dia naik dalam karangan aku tu sure malu-malu, disebabkan bengang 'dimalukan' dia jerit "cikgu!! Hanin guna nama orang lain dalam karangan dia!"

"tak salahkan cikgu?" soal aku.

"tak salah..guna nama siapa-siapa pun boleh" balas cikgu

Kawan aku bengang, dan aku menang! Muhaha!! 

"ala, kau ingat kau sorang je ke ada nama macam tu, aku tulis tu tak semestinya engkau" jawapanku terhadap jelingan 'manja' muncung sedepa member sebelah aku tu. 

(Sorry la dear, I ter nakal sikit. weee~)

***


Jadi apa pengajaran yang boleh disimpul-simpulkan disini? 

Pertama: Sentiasalah berfikir di luar kotak (berfikir di luar kebiasaan) Lecturer tu tukang ajar je, kalau kita tak olah sendiri ilmu tu, memang kita akan jadi robot, dan.....boleh memalukan diri sendiri juga akhirnya. hahaha.

Kedua: Ini baru kasut yang bercerita pasal awak ye, dah malu-malu. Nanti di padang mahsyar, kaki tangan rambut pipi yang cerita pasal kamu di hadapan Tuhan. Lagi termalu-malu yo! dan yang lebih malu, kalau cerita tu membuka kemaluan(aib) sendiri. uhh. Semoga kita dijauhkan dari malu sebegini. Kita? ye, anda..yang sedang membaca entri ini. 



++Kalau adik aku baca entri ni, mesti dia malu berganda-ganda kuasa 16.hahaha.

9 comments:

reza al-razi said...

Saya malu membaca entry anda.. haha..

Dulu selalu kena puji dgn cikgu sbb karangan bagus.. tapi bila baca2 balik karangan time sekolah dulu,(simpan lgi smpai skrg tau) x de la bagus mane pun.. level2 budak tadika buat karangan je..

.::annemishi::. said...

rasanya saya tak pernah buatkarangan nama sendiri dlu. haha.

nur hidayah said...

ahak aku xpenah buat gune name sendiri...kecuali wat karangan surat rasmi.. huhu kenangan indah...
mungkin bila ammar da besar, dia akan bace semua entry ko.. :P
carik idea utk next essay kut

aNdi.Hanin::حنين said...

@Reza al-Razi

eww, kenapa pulak nak malu. bukan cerita pasal awk pun. ;)

wahh simpang lagi?? kau ni sentimental ke obses dgn diri sendiri?? haha XD

aNdi.Hanin::حنين said...

@.::annemishi::.

bagus! nampak sngat kau tak skema. wahaha LIKE LIKE LAH

aNdi.Hanin::حنين said...

@nur hidayah

karangan surat rasmi tu memang kene paksa tulis nama sendiri dow.wuwuwu. cekgu main tipu - pssst tp aku tipu address rumah kikiki.

aloh, dia pernah ternampak gambar dia kat belog ni dah termalu-malu kucem siap gelak gediwk. uhuk

Hans Hanis said...

hahaha
aku tergelak2 baca
dulu aku paling suka buat karangan tajuk macam nih
sebab boleh merapu
hehehehe


P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

cik faiqah said...

akakk entry nie comel buat saya senggih seseorangg :P

aNdi.Hanin::حنين said...

@Hans

:D thanks for reading

@cik faiqah

ngee,akak tau akak comel. eh tetiba pulak I

:P