tahniah kepada pelajar part4 uitm johor! anda telah berjaya menghadirinya.
(siswa2 seperti pelajar sekolah asrama.wee)
kami dibahagi kepada 2 slot.
slot pertama, membahagiakan. saya menjangkakan yang saya akan lalok dalam dewan, sebab saya tak sempat breakfast. ngantuk..
jangkaan saya meleset, kerana penceramah telah berjaya membangunkan seluruh dewan dengan ceramah motivasi beliau. bagus bagus.
slot kedua, (ini adalah slot meng-brain wash)
bertajukkan 'politik dan ketuanan Melayu' saya hanya bersangka baik dengan penceramah.
nyata sangkaan saya meleset jua. Miss yang duduk di bahagian belakang saya hantar mesej sempurna "wehh da mcm kelas sejarah nih" saya tersenyum comel dan hanya menaip "krohh krehh~" dan tekan butang send.
serius, pada mulanya.. ada juga hilai tawa dari peserta, biasalah siswa UiTM Johor boleh dikatagorikan hyper he he he. Namun, ke-excited-an kami nak dengar ceramah seterusnya terbantut apabila penceramah seperti menempelak ke-hyper-an siswa dan ke-excited-an siswi
-___-" ceramah berubah menjadi cemarah.
alif-mim-nun-waw menjadi idaman penceramah yang di mana Appy mempersoalkan 'title' beliau yang tidak disebut oleh pengerusi majlis, walaupun dikatakan berkelulusan pHd di sebuah univ tempatan. beliau beriya-iya menerangkan sejarah Malaysia dan betapa hebatnya 'golongan itu' di dalam sejarah Malaysia. Saya tak pernah menafikan sejarah Malaysia yang hanya Pn Barathi guru sejarah saya sahaja berjaya membuatkan saya tak tidur dalam kelas sejarah ni, sebagai menipu rakyat Malaysia. Cuma, ketaksuban penceramah tentang alif-mim... dalam sejarah Malaysia menyebabkan saya muak.
Beliau memarahi bangsa Melayu yang memangkah D.air.pee dalam pilihanraya lepas.
Beliau memarahi bangsa kita yang tak tahu erti berterima kasih kepada alif-mim.. ni. Come on la pakcik, kami tak bodoh hanya melihat sejarah semata-mata untuk memilih siapa pemimpin, tapi jika pemimpin tidak mentaati-Nya tidak wajib sudah kita memilih golongan seperti itu. Tak tahu hukum kah?????
Seterusnya beliau menunjukkan gambar kelakuan DSAI dalam sebuah perhimpunan di silde show hadapan. Agak-agak DSAI buat ape ye?
hee
bagi ceramah la weyh. (mesti ad da pikir lain nih. ;P )
lagi sekali beliau menempelak PKR dan sekutu2nya. Tang tu saya tak berapa amik peduli, sebab tiada unsur2 mahu mengutuk keIslaman sesebuah parti. (dia kutuk ap?.malas la nk type)
Muka saya mula panas apabila beliau mengutuk rakyat Kelantan. (note: bakal suami saya bukan orang kelantan lah)
Nasib baik dia tak sebut kerajaan kelantan, kalau tidak saya-siswi-berbajukurungputih-betudung-separas-pinggang ni tak segan pun nak bangun dan 'boooooooo' dia.
Notis: menghina Kerajaan Kelantan bererti menghina kepimpinan TGNA adalah seorang ULAMA'
Katanya rakyat Kelantan mencuri peha lembu dengan tidak menyembelih lembu tersebut dahulu. Kemudian jual kepada orang lain dan menyatakan itu daging halal.
Inilah lawak-kurang-logik. Kami sikit pun tak ketawa.
Hadoihhhh itu rakyat nya la.. kau lihat tak pemimpinnya??? daripada pemimpin alif-mim yang makan rasuah, memberi lesen 'perjudian halal', itu lebih dahsyat.. Artis Malaysia yang 'seksa' sana sini. Kau buta hati ke??!!
Motifnya disini, alif-mim..itu perlu dipangkah dalam pilihanraya, jangan-pilih-Parti Islam-dan-silalah kemelayuan-daripada-keIslaman.
kemudian beliau membandingkan semenanjung Malaysia dengan semenanjung Gaza.
Katanya lagi, buat apa marahkah Israel, salah orang Arab jugak pi jual tanah mereka pada Yahudi. Jadi? mahu brainwash kami supaya takperlu kesian kan rakyat Palestin kah? Wut the fish! saudara seIslam dibunuh tanah dirampas dengan kejam, itu yang dipersoalkan. Bukan masalah tanah dijual atau tidak. Bengong!
sebelum selesai program kami, sesi soal jawab terpaksa di-skip kerana kesuntukan waktu, tapi saya rasa agaknya dia tak sanggup kot dengan soalan tembakan kami. hee.. saya teringin betul nak tanya, "kurangnya kuasa raja-raja Melayu tu siapa punya angkara??" "PPSMI tu kemelayuankah bagi kau??" "yang letak banner 'sultan natang(binatang)' tu penyokong mana?"
sah penceramah tak berani 'ditembak' oleh kami yang naif ni.
Mahasiswa part 4 bertepukan gemuruh apabila beliau mengucapkan kata-kata terakhirnya (di atas pentas lerr) Ketahuilah tepukan itu sebenarnya adalah untuk masa-yang-telah-tamat bukan untuk penceramah. (jika anda salah seorang pendengar dalam program itu, anda tahu kebenarannya)
sebelum saya mengangkat punggung dan melakukan aksi regangan otot, Appy disebelah saya dengan pantas berfakta "aku tetap PKR bha.."
anda pula bagaimana?
Maaf. Jika anda masih mahu meletakkan alif-mim-nun-waw = sarkas (PRamlee yang kate, bukan saye) di hati, sila simpan muka anda di dalam tongsampah daripada menjadi Melayu bacul tanpa ketuanan Islam. Hang Tuah patut sebut "takkan Melayu hilang didunia selagi berteraskan syariat"
terima kasih kepada penaja program BTN kami, kerana membazir waktu, tenaga dan mikrofon, 'mentarbiyah' mahasiswa disini, kerana adalah lebih baik kau brainwash bebudak rempit yang takde hala tuju, sebab kami masih bijak memilih (kami memang memilih)
-time PRU yang rajin angkat bendera a-mEnong ni kan ramai mat2 rempit, mahasiswa macam kami mana bulih pi berkempen kankan? -
wekk. hakk tuih!

++saya menoleh ke arah Appy seraya berkata "aku rasa title dia dah kene tarik kot.." =p


