Chakpong FC

Monday, August 29, 2011

secebis ramadhan: berakhirnya penantian waktu maghrib

Sudah genap 29 hari berpuasa, lagi 10 minit dah nak berbuka. huish...

korang tak rasa apa-apa ke?

Saya?


Oh, awal ramdhan saya tercicir dipinggiran, orang bertarawih disurau, aku bertarawih di atas katil,muhehe. penangan tak tahu ape jadah aku letih, sampai takleh bangun.

hampir seminggu puasa baru boleh 'exercise malam' itu pun sekali sahaja di masjid negeri,shah alam. lepas tu keadaan kaki tidak mengizinkan aku bergerak banyak. larat-larat pun buat kat rumah jaa. yaaaa ini juga antara problem kenapa aku rasa nak mengamuk dengan sahol. erk ?

Macam biasa aja ramdhan kali ni, serius aku tak rasa apa-apa yang best. teruk huh =_="

Aku admit aku memang terkurang tarbiyah sejak 5bulan lepas. Entah mana silap, buat apa semua tak kena dah. Ya Allah ampunkan aku...adakah aku sedang menjauhi Engkau? kot? errr..

Universiti ramdhan kali ini tidak mengusik jiwa. macam lost ;I bahye nih!

Tapi tibanya akhir ramadhan, sebak giler pulak dah! Entah mana datang sebak, asek nak meleleh air mata. Terasa amat-amat-amat rugi untuk ramdhan ini. Kerugian mengalahkan kalah judi. hoh. Andai ini ramadhan terakhir....


picture: aku-perompak-setia-gugel

*
*
*

dan...
macam biasa, kebanyakan kita lepas ni sudah tak berapa nak alert dengan masuknya waktu maghrib.

lalala~

kan?

(aku tulis 'kita', aku pun samalah. Melainkan kamu kamu kamu yang mengejar solat berjemaah)

salam 'idulfitri.
ditulis 10minit sebelum berbuka,29Ramdhan.

Saturday, August 27, 2011

baru lepas 'ngacau' dodol


"beribadatlah sebanyak-banyaknya, agar kita kurang masa untuk melakukan kejahatan"

Sunday, August 21, 2011

lembu ke orang?

banyak orang sesama orang

banyak lembu sesama lembu

ramai orang mengata sesama orang

tapi lembu tak mengata sesama lembu


jadi lembu lagi baik kan?



eleh, mana kau tau lembu tak mengata sesama lembu? :P

Saturday, August 20, 2011

SantaiSantai: Pumpkin Carvings

HELLO

David Letterman

Geget lidah meh

mood baik

gigi palsu saya

hidung koyak

brainiac

native american

frankenstienpumpkin

medusa

predator!!

yeaahh~

Obama say 'hi'

hurm...

hidden tengkorak

suicide bombing ?

Got my eye on you~!

Wednesday, August 17, 2011

#Wordless Wednesday #1: Plaza Alam Sentral


++background music gambar ini: Lagu raya yang selalu buat spoil puasa aku =_='

Sunday, August 14, 2011

simple labuh dan cute by helizahelmi


Wohoo.ini yang best bawak tarawih/solat raya. Tapi dalam ramai-ramai putih, kau paling biruuu~ Eh pakai selalu pun takpe, bukankah kita solat 5 kali sehari? :D



Style ni, aku selalu buat kat opis. Tutup muka sebab tak nak muka sejuk. *aircond* Jangan biarkan kulit muka anda sejuk, nanti kulit kering. cepat kedut. hoho. Tapi yang ni kalau pakai niqob lepas tu nak makan kat luar, tak tau nak sodok sudu masuk mulut celah mana. haha.


Yang ni tersangat simple but cute!

Ok lah, orang yang pakai tu memang cute. haha.

Tapi harga tak simple laaaaaa. "takpe, tunggu murah sikit baru beli" -CekNon.


Cekedaut more on HERE -helizahelmi harus bayar saya sebagai promoter.HOHO


++aku nak cuba style HanaTajima. tapi tak boleh, sebab pendexx laaa. -_-'

Kita cerita mengaji QURAN, bukan AZAN

Aku memang bermasalah dengan tidur. kalau nak tidur tak boleh sebarangan lelap.sebab takkan mau lelap punye. Lepas tu kena tengok tempat. Kene senyap. kene gelap. banyak songeh la senang cakap. muhaha.

Dulu aku selalu annoyed bila orang mengaji Quran kuat-kuat sebelah aku (aku tengah tidur) rasa nak lempang3 je orang yang tengah ngaji tuh. Sebab, itu memang waktu tidur untuk rehat. bukan tidur untuk ngade-ngade.

Paling teruk, aku siap amik bantal tutup telinge.siap jerit "aaaagh!! nak tido!" haha


Kalau difikirkan balik, teruknya aku nih. Boleh pulak nak mengamuk dengan orang tengah baca Quran. Bukan aku benci dengar ayat Quran. Tidak sama sekali.

Tapi untuk hari ini, rasa nak juget3 dengan Mufti Perlis.yay yay yay~



credit to: MiloSuam

Sedangkan zaman Rasulullah yang takda microphone pun dilarang buat bising, yang boleh mengganggu orang lain, inikan pula zaman sekarang yang guna microphone. Apatah lagi orang yang 'tertelan microphone'

eh, kalau aku baca Quran kuat-kuat masa maghrib dan lepas subuh itu maksudnya nak suruh korang bangun pergi solat. hehehe. tapi kadang-kadang memang saja nak balas dendam.muhahaha!!

Dan bukan hanya yang baca Quran sahaja, yang cakap terjerit-jerit, dengar lagu kuat-kuat, pasang movie macam panggung wayang pun termaktub di bawah larangan tersebut.


Lepas tu, tiap kali orang bangunkan kau untuk solat ke, untuk tolong mak ke, boleh cakap camni "maaak, mak ni dah ganggu orang tidur, dah langgar sunah nabi. Nak ngadu dengan mufti perlis ah camneh"

Dalam kes ini, pentidur yang harus dilempang.

Thursday, August 11, 2011

Ranum Ramadhan

Fajar harum, bermula salam dalam udara
yang mengkhusyukkan. Semuanya tiba
terhampar dalam sepi bermusim sabar:
Hati dan budi didakap tulus oleh solat,
dalam gementar yang sentiasa syahdu.
Dalam nafas jerih bulan paling jernih.

Amalan puasa mencabar dan mengajar.
Terlimpah sepadat makna yang perih;
kita belajar dari derita yang pedih;
dan dalam bulan ujian terlalu garang
kita masih boleh mengutip kesejahteraan.
Dongak ke angkasa rahsia mengkhayali

lapisan sfera, ke kalbu tersentuhnya
kita, digundahi kekaguman luar biasa:
Bumi anugerah Allah dan terpilih kita
khalifahnya, datang yang dianugerahi,
boleh memberi, boleh juga memungkiri,
terpulang santun memilih atau menafi.

Bulan ini memangnya saat bertafakur,
bersedia memurni diri jika bersyukur,
kerana puasa yang menguji, menjelang
Idulfitri, nafas kudus menghening diri,
terbimbing ke batin lebih berhemah.
Terima kasih kita sepadu syahdu arah

yang memang datang seiring anugerah;
kerana manusianya kita, dan kerdilnya
di hadapan Allah, wajar bersyukurlah
setiap saat, sepurnama, penuh mekar
dalam debar, membaca setiap iktibar.
Kita beransur ranum dalam bulan mulia.


A.Samad Said

14-16 Oktober 2002


++gagal mencari gambar yang sesuai untuk dibuat pelaris. zzZz`

Tuesday, August 9, 2011

never say never

Pertama kali menghadapi dunia kerja ketika ramdhan. Baru tahu macam mana penat hooooi.

Zaman kerja dengan belajar tak sama.

Belajar? ada masa kelas, ada masa boleh lepak. Jarang dapat jadual padat sehari suntuk. JARANG SANGAT.

Kerja? Sharp jam 8:30 dah tercongok kat opis. heh. sharp jam 5:00 baru boleh pulang. Dari jam 8pagi hingga 5petang tu ingat boleh lepak sangat kah? kerja setimbun. lepas tu bos asyik lalu lalang. ih orang tua neh.


Sekarang cukup seminggu aku flat bila lepas buka. bukan kenyang sangat, tapi badan lenguh penat. Sudahlah makan sikit sebab penat *xlalu*

kesian perut. eh tak, kesian ramdhan aku. tarawih asyik solo molo.huhu.

Tapi ini juga ramdhan yang indah, seorang rakan yang dulu rambutnya percuma saja, kini sudah bertudung, siap baju lengan panjang.SYUKUR YA ALLAH =)


Oh ya, berat dah susut 3Kg sejak bekerja. err.. BMI dah tak normal sebenarnya. Tertanya-tanya, orang yang kerja di POLO tu berat dia susut tak? HAHAHA


Harap tragedi ini akan berakhir, dengan cepat. Bukan mudah mengejar ramdhan. Saya silap, preparationnya terlalu lewat...yaaa sepatutnya prepare badan sejak bulan rejab bukan? uhuh.
Rasa pelik pulak tulis macam ni kat belog. hoh.