Chakpong FC

Monday, February 28, 2011

selalu kita potong daging ikan, hari ini kita potong daging sendiri


jari dah sakit pedih lagi. maka dibalut-balut dengan bandage versi Guardian. Lepas tu, simpan jari kau di tempat selamat. Tapi, ketahuilah, sungguhpun jari itu telah berada ditempat selamat, masih lagi terasa berdenyut panas

sehingga mengeluarkan pernyataan berbunyi....





"Jari saya sudah kembang"




Sunday, February 27, 2011

para gadis di stalking sehingga depan rumah

tajuk hot, konon-konon nak buat pelaris :P

orait. macam biasa aweks aweks di Rumah singgah zaman dulu(story satu, dua, tiga), memang takkan pernah nak mengasapkan dapur.

kadang-kadang kalau teringin makaroni rebus takpun lauk sadin, baru terhegeh pikir resepi.lagi senang kalau mintak google tolong fikirkan.

selain itu asap hanya terjadi kerana mempanaskan lauk. haih anak dara~

jangan salahkan kami...,

pertama, agak tak berbaloi masak kerana orang rumah tak ramai. kalau setakat berdua lebih baik bertiga,adakah lagi baik? pun tak berapa baik nak masak. bazir minyak je pun. lagipun, masing-masing cerewet nak menu sendiri.haha

kedua, sebab rumah takda peti sejuk. Jadi tak yah berharap konon-konon pegi pasar beli barang mentah lalala~ nak simpan mana??

ketiga, lagi la kalau malam...tak kuasa dah nak pikir apa. beli sudey~


maka tibalah satu malam, port macam biasa kedai Akak Koner. si Pe'ah, Joyah dan Senah ke situ.

saya? saya tak ikut. sebab cik Hanin dah kenyam dari tengahari. perut kecik la katekan. korang tengok che'nin dalam KakLimah tu pun, takde gaya kuat melantak kan. hekk tetibe.

ok, memandangkan cik Hanin tak ikot. makanya cerita ini jadi sejarah sekunder. diceritakan semula oleh Pe'ah Joyah dan Senah

sesambil makan...tetiba Joyah perasan, ade sekumpulan mamats di meja berhampiran melambai-lambai. haih.

tapi Joyah buat derk saja. tetiba Joyah dapat mesej.. "hai boleh kenal"

Joyah dah kaget.

kemudian langkah kiri 3 gadis pingitan, selesai makan, lalu blah dengan menaiki kereta yang ofcos ada nombor plat.

Joyah mengadu pasal nombor takdikenali mahu berkenalan...

Pe'ah balas "ewww nak ngorat hantar2 mesej pulak..kalau berani sangat, datang depan rumah la..baru gentlemen" seronok si Pe'ah gelakkan Joyah

Selanjutnya pabila di rumah beberapa menit.. si Joyah dah terpucat-pucat bila terdengar hon kereta depan rumah, sambil terdengar hilai tawa sang jejaka. Si Joyah pun dah terjerit2 panggil Pe'ah dan Senah.

berceritalah mereka kepada cik Hanin, bahawa jejaka2 tersebot adalah mamats di kedai makan tadi.

fuhh berpeluh kejab diorang.

"assalamu'alaikum..." suara mamat dari luar. depan rumah

bertolak-tolak si Pe'ah Joyah Senah, sapa nak keluar nih.

"takpe la, aku keluar..diorang tak kenal aku" pantas Hanin memintas, superwoman memang camni.

lepas tu, aku dok intai-intai, eh..apsal diorang tak de pulak. pelik.

"ey takyah layan la diorang ni..ntah pape je dok gelak-gelak pulak, pastu nyorok-nyorok" sebenarnya risau nanti jiran kata apa huhu.

salam lagi...
lagii...
lagii
dan lagi. tapi takde sapa nak sahut. heheh.

si Pe'ah memberanikan diri... "takpe la..keluar je. bebudak sekampus je ni..."

"ye..nak apa? cari siapa?" terintai2 si Pe'ah dicelah pintu

"aa..nak jumpa yang drive kereta tadi.."

"ohh..dia dah tidur la.." bagus punya anak dara, lepas makan tidur.

hakikatnya, si Pe'ah la yang drive kereta tadi. haha.

"nak bagi barang ni..."

"barang apa pulak? letak jelah kat kereta tu.nanti saya amik" balas Pe'ah yang masih bersuara celah pintu gaya bajek berani. padahal tadi dah kecut.


maka mereka memblahh kan diri. brooom2 zoooom~

"barang apa Pe'ah?"
"entah..."
"nak bagi flyers iklan aksesori kereta ke?" Hanin punya berbaik sangka, superwoman memang camni.


Disebabkan perasaan curiousity kitorang amatlah tinggi macam gunung ledang, Pe'ah lantas pergi ambil 'barang' tersebut.

nak tahu 'barang' apa? jeng3


nombor telefon siap fullname you!.



hambik kau. gentlemen dah datang mengadap depan rumah. HAHAHA.

*
*
*
minutes later....

"macam mana tau diorang sekampus?" soal Hanin

"ala, manusia bernama ....(sensed) tadi dia ada sekali. konfem la satu kampus"

"oohh laa...aku kenal kot kawan dia tuh. jap eh"

dengan lajunye ibu jari cik hanin taip mesej

"komplot apa depan rumah tadi?" -sent to encik (sensed).

encik (sensed) call

"ehh tak buat apa2..ada kawan nak kenal dengan yang bawak kereta tadi..tu je"

"ohh nak kenal? hurm..takyah la..dia tak nak"

"eh taknak? dah ada boyfren ke?"

"bukan masalah ade boyfren ke tak ..tapi dia tak suka.."

"ooo memang tak boleh la camtu ye.."

"haa takleh" superwoman ni memang menjawab secara direct. hohoh


realitinya, Pe'ah Joyah dan Senah masih single menyingel available. waka waka. sape nak kenal boleh kontek saya. tapi kena isi borang baitulmuslim dulu la ye. =P

tak kenal maka tak cinta. Macam mana lah si Pe'ah boleh rejek bulat-bulat. padahal baru tau nama je. wonder tak? wonder?


ITULAH KEBURUKAN FACEBOOK. miahahaha~ (sape suruh bagi fullname)


Ehem, sekarang terfikir, facebook boleh ganti borang baitulmuslim kah? scroll profile orang ke atas ke bawah, rasa tak berkenan. ok done. :P

Kepada jejaka yang terasa bahawa cerita di atas milik mereka/dia. Dan sekiranya anda serius, sila buat secara serius. Bukan pergi gelak-gelak depan rumah orang. =_=" tak manis ya. Kami perempuan melayu tulen. OK CHILLi~ :D


++Kes Joyah tadi tu takde kaitan langsung dengan 'mereka' di atas. haiyaa =_=

Thursday, February 24, 2011

pandai masak, boleh kahwin


cerita tengahari

"rasa macam terlebih garam la nek, ntah...belasah jelah" muka stone sambil letak lauk atas meja

"ish, anak dara, kalau masak terlebih garam tu, tanda dah nak kawen" nenekku sengeh2

"eh sedap je,..tak masin pun" sambung nenekku
"kalau dah masak sedap camni, dah bleh kawen dah" ayat penutup nenek


Pulak.
Teori baru; kalau masin, dah nak kawen. Kalau sedap, dah boleh kawen. =_=?

aku makan sambil muka konfius pikir teori tadi. abis, kalau kurang garam takleh kahwin ah?



tak salah tak tau masak, asalkan lepas kahwin ada nawaitu nak blaja masak. bukan suruh laki hang hari-hari makan kat Sambal Hijau. Boleh naik hijo muke.

Kalau lelaki suka cari pasangan yang tahu masak. I pun nak!

Balik je keje "saaaaayang, jom makan, abang dah siap masak nih"

Walawehh. Para wanita sekalian, bukankah best begini?? kankankan :P


Boys, nanti kalau pergi meminang anak orang, bakal makmetua tanya, reti masak ke tak, jangan terkedu pulak. LOL


1.sebenarnya aku masak yang sedap tu goreng ikan letak cili je. Dah masin tak tahu nak repair, guwa belasah. *memblasah makanan* lepastu pelik camna boleh sedap. ekeke
Kalau Tajuddin Tajuzzaman baca neh, dia akan argue.heh

2. dan yang paling sebenarnya, kalau masak kurang garam, kau ada potensi untuk memiliki swami yang sihat tanpa darah tinggi. *sempena penyorokkan garam beramai-ramai oleh pembekal.

3. dan teramat sebenarnya, kalau isteri atau ibu sendiri yang masak untuk anak-anak dan swami, itu lebih berkat. sebab air tangan ibu boleh membuatkan anak mendengar cakap. atau ayat lainnya, mendapat swami yang mendengar cakap juga. :P teheee

ehem, contohilah Fatimah Azzahrah. Sirahnya, sila gugel sendiri *aku malas nih


ah, gaya cakap macam dah kawen,
ikan saya sudah kembang.

Friday, February 18, 2011

orang kita memang suka yang kelakar-kelakar

"best kott borak dengan dia tu, sebab dia tu kelakar!"

biasa dengar tak ayat ni?

bukti lagi,

Hantu Kak Limah Balik Rumah dah dapat 8juta kutipan untuk 30 pawagam. kira paling hot laa 2010.

aku pun macam tak caya boleh marathon 48hours tengok kak limah dekat astro first. haha. padahal aku ni bukan kaki tivi, apetah lagi kaki movie.

eh, tadi aku pergi buat kuiz kak limah dekat facebook, dapat karakter Usin. HAAA, HANIN DAH ADA FACEBOOK?? nampak sangat nipu(kaklimah-usop, 2010) tumpang ID kakak saja. LOL



rugiii kau tak pergi ceramah kat mesjid tadi, ustaz tu kelakar kottt!!

entah sampai bila lah orang kita nak yang kelakar-kelakar saja.
YA, kelakar baru tengok atau dengar. Ilmiah atau tak, kita kira nombor 2. Malah kadang-kadang nombor 3, sebab kalau ustaz hensem, kena letak nombor 2. hohoh

Sebab tu cerita Laskar Pelangi tak masuk langsung pawagam malaysia. Dah bertahun keluar di pawagam sana, tahun 2011 baru masuk Astro Ria, itupun sempena maulidurrasul. cerita itu cerita mengkritik sistem pendidikan di indonesi, lebih-lebih lagi sekolah agama. korang amik tau ke? aku pun baru tau.

sekarang ni trend Anwar Hadi. Aku bet dia famous sebab dia kelakar, bukan sebab isi yang dia cakap tu. Sebab? sebab ramai bloggers promot dia atas sebutan "dia kelakar la wehh" takjumpe pun yang tulis "anwarhadi ni best, sebab dia ilmiah" walaupun itu agak fakta la jugak.

Mula-mula aku ingat video Anwar Hadi tu, video Anwar Ibrahim dengan Haji Hadi. Dasar kepala politik memang begini. :P

lagi satu dah mula MatLuthfi pulak. lepas ni makin ramai orang yang duduk dekat ostrolia buat video macam nih. anyway, isi bagus takda masalah.


Oh man, bukan orang kita saja suka kelakarkelakar. Memang lumrah manusia suka yang kelakarkelakar. dah tu, takkan nak suka yang mengantuk-ngantuk cik Hanin oiii.ngantuk baik pergi turu, orang jawa cakap sleep.

nah, THAT'S NOT HIJAB by UmmahFilms.com. Baba Ali ni memang kelakar orangnya, tapi tak melampau. style video pun macam Anwar Hadi punya. eh salah, Anwar Hadi yang tiru Baba Ali.

eh lagi satu yang aku suka HARAM POLICE

Orang cakap, kelakar ni boleh jadi penyampaian berkesan. YA berkesan sebab orang nak duduk dan dengar...dan tak mengantuk. Tapi dari segi nak feel sampai ke qolbu, bila masa nak feel? asyik ketawa saja. kan? :D


ketawa sebenarnya berbahaya!! mari sini adik-adik sekalian, kakak Hanin nak beritahu kenapa.

satu. menjadi sifat yang tercela jika yang berlebihan (terbahak-bahak.non stop)

dua. memberanikan orang bodoh kepada kita

tiga. menunjukkan sifat kebodohan. Orang berilmu yang ketawa umpama memuntahkan ilmunya.

empat. lupa dosa-dosa lalu.

lima. lupa mati dan akhirat.

enam. ketawa boleh membekukan hati. maka hati yang beku, makin berani buat dosa gitu~
Jadi, jika anda rasa sungguh berani dan tabah bila buat dosa, sila buat begini;

angkat tangan kanan tinggi-tinggi, kemudian letak pada bahagian hati. sebut astaghfirullah alazim 10kali.

yeahh. sila feel dan menangis.

tujuh. menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawaan kita. so pak lawak sekalian, buat lawak biarlah berilmu. bukan lawak bodo naa.

lapan. akan banyak menangis di akhirat.

tak percaya pergi test satu sampai lapan, tengok hati kau keras macam batu ke lagi keras dari penyebat malaikat munkar nakir Y_Y

sekali tengok sumel, dua tiga pat kali tengok, rasa nak pegang kepala kucen neh.



Sifat ketawa Rasulullah cukup sehingga menampakkan gigi saja. tak lebih, dan ketawa tak melebih-lebih.


Untuk kalian dan aku juga,
semoga menangis-nangis di dunia, ketawa-ketawa sama-sama di akhirat.

omputeh cakap, 'date' tapi 'dates' tu kurma

Baru sikit cuit-cuit ikan, dah hanyir tangan. Itu lumrah ikan, duduk lama dalam peti sejuk yang ada pembasmi kuman pun tak hilang hanyir. entah sejak bila pembasmi kuman boleh hilangkan bau hanyir.

Semalam saya bertekak dalam mesej dengan ex-rumet saya yang paling tak comel tuh. pasal tarikh.

dia tanya, dalam bulan Islam birthday dia hari ini kah?(semalam)

saya jawab esok(hari ni), sebab 15hb rabi'ulawal tu esok.

tapi bila fikir balik, kalau saya 14 safar, dia 14 rabi'ulawal la jugak. pasal bulan safar 29 hari saja dan september ada 30 hari.

emak dia cakap, dia lahir masa bulan tengah penuh.

saya cakap, dalam surat beranak saya, polis pendaftar dah siap tulis 14 september bersamaan 14 safar.

jadi?

ikut suka engkaulah nak wish birthday dia semalam atau hari ni. yang penting, dia tetap dah 22 years OLD. ahak ahak.

hepi belated besday(semalam) lalink
gambar rompak fesbuk. tapi aku yang snap nih.time wehdah kat usim


selama mana pun kau hidup, jadilah seperti ikan, duduk dalam laut masin pun, tak masinmasin. kecuali ikan masin, sebab ada 'setan' tukang masinkan dia. ngeh2

eh, ikan saya masih dalam kuali. ikan saya sudah kembang.

Saturday, February 5, 2011

peminat baru

fruuuhhh~

apa itu fruh? tengah tiup habuk. bukan belog saja berhabuk, PC pun manyak habuk juga.
menunjukkan betapa lamanya tak online. saya orang bizi, padahal tak bizi, haha.
line berok ben celcom dekat rumah ni yang teruk =_= itulah, siapa suruh duduk celah hutan.

Sebenarnya saya baru bercita-cita nak beri hadiah misteri bagi follower yang ke 60, tapi tengok-tengok sudah ada yang mendapat kedudukan ke60, jadi...hadiah misteri dibatalkan. hahaha

hish, mana boleh beri jugak, sebab dah tak misteri, kemudian, lagi nanti 59 followers yang lain juga tuntut benda yang sama. meskin aku kang.

anyway, thanks for following, sungguhpun saya tidak mengamalkan prinsip 'follow-memolow'. terimas lagi, teruskan membaca kalau suka. haih, kenapalah di tiup habuk tadi, patutnya lap saja *bersin



followers ni bukan peminat, tapi kadang-kadang boleh jadi perkara yang sama. ini surat balas kepada follower bernama Incik Kaw

peminat baru, namanya Incik Kaw

kaw tak boleh suka saya laaaa. walaupun kaw sering buat saya takboleh tidur malam, tapi kaw kena faham, kita berlainan darjat. dunia kita berbeza. lagipun makbapak saya tak suka kaw. bagai enggang dengan puyuh. saya enggang, kaw puyuh. walaupun saya tau kaw selalu terbang tinggi, tapi saya peduli hapa nak panggil kaw puyuh.

sekarang ni saya tak boleh balik lepas jam 12 malam, dikhuatiri kereta kuda saya jadi tikus dan labu.

heh.tak

dikhuatiri kaw follow saya lagi. susah la macam ni. sudahlah kaw, pergi main jauhjauh. menyebok!


kalau cakap camni, memang kaw tak paham kan.. sebab kaw memang paham dengan ayat kursi saja. =_=



Allah humma solli'ala Muhammad, selamat hari keputeraan wahai Rasulullah