.
.
.
.
[caution: this entry is not a support for 1Malaysia]for the first time ever!
i'll do this entry fully in English
but then,
since, i'm still heartbreaking with PPSMI, so
lupakan!!
mari sokong bahasa Malaysia.miahahaha
bercerita mengenai bahasa kedua negara Malaysia
kami mengaku bahasa utama negara ini adalah bahasa melayu, manakala bahasa ibunda adalah yang digunakan dalam mimpi.eh?. Saya pernah menggunakan slang sabah di dalam mimpi [
ijal, ko gelak la] lepas tu bile bukak mata, tros ternampak appy kat sebelah, "anin2 bangun baa.. jam berapa suda ni.. eh. aku mo pinjam nota mat kau" wuwuuwuw T_T . tak baik weh pecah masuk bilik rasmi classmate sendiri. Nasib baik
anis tak selalu kecek klate ngn kawe, kalu tak abih sabah + klate kacau mimpi. terus hilang KL. eh dah dah melalut ke mana nih.
ok..kembali topik asal,
itu pasal kenapa ramai yang sanggup 'mengorbankan mata' untuk
diseprot gas pemedih mata di jalanan tempohari.
*hey najib, kau tak paham2 lagi ke? entah bijan ke muhyidin aku nak marah ni. Oh marah je chetdet sane*
Bahasa inggeris di Malaysia. mungkin lebih comel disebut
manglish (malay+english). Rata-rata rakyat Malaysia sudah punah ranah menghadapi bahasa kedua, inikan pula dalam sains dan matematik. nonsense! (ops, tercakap omputeh)
kat sini ada benda kelakar mengenai bahasa inggeris kesayangan anda. [
meh sini]
eh eh tak baik tau gelakkan orang. tapi memang kelakar la jugak.hehee
lihat penggunaan bahasa inggeris diserata dunia, mungkin tiba-tiba anda berbangga dengan bahasa inggeris anda sebagai orang Malaysia, walaupun memang pernah ada warga Malaysia yang dapat 'top rate' kat site tersebut. eh malaysia ke? orang Ipoh tuh. eh Ipoh bukan Malaysia ah. haha. weih hanin kau ni sah sah nk mintak penampar oleh
aN ek?. =P
dan
ini yang saya petik dari HONK IF YOU'RE MALAYSIA by
Lydia Tehbuku yang mengisahkan perihal rakyat malaysia, daripada tabiat biasa, kepada separa biasa masyarakat umum. (maaf, yang luar biasa takde)
layan~
English: Would you turn off the fan?
Manglish : Off the fan.
English: Oh dear, I'm going to be in deep trouble.
Manglish: Die!
English: Would you be so good as to turn on the tap, please? Of Course
Manglish: Can on the tap-
ah? Can!
English: Siva, you seem to have lost some weight.
Manglish: Siva, you gone down oredi.
English: These durian are really good!
Manglish: Besh
-lah the durian!
English: What are you talking about? That's absolutely ridiculous!
Manglish: You talk what? Rubbish-
lah!English: Would you reverse the car?
Manglish: Gostan!!
English: Would you like some rambutans for dessert? I don't want any, thank you.
Manglish: Want rambutans for dessert or not? Dowan thanks.
heh, banyak lagi. bacalah sendiri.
belilah sendiri pun bagus juge. hhikk
---
kisah pudusaya, bukanlah seorang yang cepat peramah dengan mana-mana manusia yang tak dikenali.
justeru itu, saya lebih suka mendiamkan diri dan ambil sikap tak peduli mengenai manusia sekeliling sewaktu menunggu bas.(nak balik Johor nihh) melainkan beramah mesra dengan fairuz; sipenjual tiket. sape biase naik CE dari KL mesti kenal abang nih
setengah jam menunggu
muncul seorang yang dikategori sebagai 'pakcik' duduk disebelah saya.
saya cepat2 mengangkat nota bacaan (MGT wehh.booho~) di tangan; seolah2 saya sibuk membaca; dengan harapan, pakcik-jangan-tegur-saya (diatas faktor keselamatan; pudu kawasan pukau, jadi jangan berbual sebarangan; memang tujuan saya berpura-pura membaca nota, hanya untuk mengelak dari berbual dengan orang yang tak dikenali.hee)
sela beberapa saat, pakcik menginjak kedudukan lebih dekat kearah saya. Saya lantas mengangkat kepala, menoleh, ini kerana berada dalam keadaan ketidakselesaan.
macam biasa, bila menoleh, pakcik tersenyum mesra
"are you a student?"
*shoot! die tegur aku!!*Soalan ini menyebabkan saya terpaksa beramah mesra
(Ni mesti kes lepas tengok aku poyo sangat baca nota. memang poyo pun)
"yes"
"where?"
*aku rasa pakcik ni Melayu, tapi kenapa tak guna bahasa melayu? entah*"UiTM"
"what course..?"
hah kan banyak soal dia ni. habis semua pasal sains kuantitatif terchenta dia nak tau.
..
..
Dialog broken-english yang panjang, terpaksa dipotong demi menjaga maruah entri. ..
..
sehinggalah..
"UiTM is in shah alam right?"
"yeah, but i'm from UiTM Johor"
"Johor?? UTM or U
iTM??"
"UiTM sir.."
*aku fed-up bila orang tanya UTM Johor atau UiTM Johor, tak pernah pulak tanya UTHM Johor ait?* tapi muka tahan senyum lagi nih (muke sentiasa senyum dikala bercakap, orang bajet kita peramah la eh?)
"UiTM Johor??"
*pakcik mula konfius*"UiTM branch campus.." (sebut
branch slang UK; pron:
bran-ch)
"sorry?"
"branch campus.." (saya siaran-ulangan slang UK)
"..ha..excuse-me?" (maklum: pudu memang bising)
"branch campus.."
*nada lebih kuat* (tukar slang US pula [pron:
bren-ch]: saya risau pakcik ini takpaham kott slang UK)
"what.?.french??"
"branch.."
*mula sakit hati, atau nak jerit "pakcik peqaq ke pakcik?"-ala2 sudin bujang lapok.huii*"oo..whats that?"
"cawangan.."
*-_______-' sambil angkat kening sebelah*"ooo branch" (tibe-tibe pakcik ni sebut
branch slang UK)
uwarghhhh!! rasa macam nak gigit je nota MGT aku.
saya mula jadi begini ->

<- dan pakcik dapat SMS.
Bagus, petanda untuk pakcik-kau-blah-skang-boleh?
..mengenang nasib rakyat malaysia, guna manglish selalu, kemudian konfius sendiri...
jika rasa, beliau adalah bapa kepada sesiapa, saya minta maaf.
++Jiran saya warganegara US, buka kelas bahasa Inggeris. budak sekolah boleh join, sape nak?