Chakpong FC

Sunday, October 31, 2010

weh, Rasulullah cakap 'pukul' bukan 'seterika'

Mengarut betul cikgu sekolah macam ni.

Rasulullah saw. bersabda, “Perintahkanlah anak-anakmu sekalian solat sedang mereka tujuh tahun dan pukullah mereka ketika sepuluh tahun(kerana meninggalkan solat) dan pisahkanlah mereka tempat tidurnya" Abu Daud .
ade ke Rasululah cakap
seterikalah mereka ketika sepuluh tahun(kerana meninggalkan solat)
kenapa Rasulullah suruh pukul? bukan seterika kerr.. toreh dengan pisau kerr..

Al-’Alqami dalam kitab Tuhfatul Ahwadzi, dikatakan juga bahawa, “Diperintahkannya memukul itu hanyalah terhadap yang telah berumur sepuluh tahun kerana saat itu ia telah mampu menahan derita pukulan pada umumnya. Dan yg dimaksud dgn memukul itu pukulan yg tidak membahayakan dan hendaknya menghindari wajah dalam memukul.”

sebenarnya sebelum pukul, bukan sesedap rasa je nak pukul, tapi ada macam-macam steps yang kena buat..contoh, kurangkan duit belanja, TV disita dan etc.. err yang lain tak ingat dah.hehe. Silalah menghadiri kelas family-in-Islam :D
*
*
*
hurm....faktanya ialah...ramai cikgu sekolah sekarang, sakit jiwa tanpa sedar.

cekgucekgu zaman kita, kalau masuk kelas lepastu marah-marah taktentu pasal..mesti ada student dia cakap camnih...

"isk cikgu ni period ke pe?

haaa tu kalau spesis mulut jahat la. paling-paling pun dia cakap, cikgu tu tak dengar pun. kalau spesis mulut baik,dia diam je...macam hanin. eh eh perasan. skali skala.haha. :p

cekgucekgu zaman sekarang kalau buat macam tu..budak kat kelas tu cakap apa?

"eh cekgu, malam tadi tak dapat ke?" cakap sekuat yang boleh

haah kau! tak dapat apa? pikirlah sendiri.haha. ini kisah benar, tiada yang benar belaka~
bukan takat mulut jahat nih dah masuk mulut puaka.

manalah tak sakit jiwa. hari-hari kena layan kerenah menyakitkan hati bebudak. kalau report kat makbapak, cikgu pulak yang kena balik. gaji pulak bukannye besar sangat macam Prof kat universiti, ajar sikit-sikit, student nak pass ke dismiss lantak mung. perangai macam syaiton tendang je keluar U, hujung bulan gaji masuk belas ribu. selamat haku.


Tapi..lain pulak cerita masa zaman aku form 5 dulu. kelas aku memiliki misi 'bising sepanjang waktu kecuali tidur' nama je kelas sains bio, tapi tahap biseng dan nakal boleh kalah kelas hujung2 yang dah konfem kuat main. kadang-kadang aku migraine bila dalam kelas. muka pun bajet stress je =_='

guru kelas kami pulak terkenal kuat membebel terpekik2 seantero sekolah. memang double migraine aku nih. =_="

"hey why are you doing that?!!"
"boys stop it!!"
"talk.talk.talk rubbish!" ni ayat standard dia :p

dapat pulak classmate suka menjawab...

"alaaa mommy....janganlah marah-marah macam ni. mommy cakap mommy sayang kitorang"

hahahadoi, mommy tu taktahan. habis pecah gelak satu kelas. terus hilang migraine aku. XD

I miss you lah teacher and also 5 Gamma 06. Bapak kelakar kot korang~ :D


++ Budak yang kena seterika tu, mesti dah rajin-tak-liat nak bangun solat pasnih. heheh

Boikot Bas UiTM

tahu tak teluk rubiah kat mana? alaa dekat2 rumah makcik rubiah laa. XD

kebenarannya..hari ini terbaca artikel penutupan Pantai Teluk Rubiah.


jadi, ini hanya tinggal kenangan saja ya.
takperlu klik untuk tumbesaran, aku takda kat situ pun :P

err...jadi, apakaitan dengan tajuk?

kebenaran yang lebih benar...
punyalah excited bersiap dengan laju. sebab terbangun lewat...nak menghadiri majlis dengan adik2ku

dan dengan langkah maju ke hadapan...berserta harapan bas taklalu lagi...
bila sampai saja dekat perhentian bas, tak sampai 3minit dah nampak kepala bas UiTM.
Perasaan menjadi mekar berbunga-bunga...cewah.
sekali....

bas tu siap boleh tukar gear depan aku lagi...err maksudnya memecut dengan lebih laju =_=

bertuah!

lepas ni memang boikot.walaupun macam takguna je nak boikot bas free. keh3. sengaja cakap nak boikot sebab lepas ni memang tak akan naik lagi dah. (klas dah habis,tinggal 1 paper exam) kiranya tadi yang terakhir...baru nak rasa sentimental jap, pakcik ni buat spoil pulak.heh.


aneh betul, tiap kali ada program weekend2 mesti aku 'terkena' dengan kerenah manusia. hari tu dah jadi kancil. hari ni pula jadi.....hari ni bukan harijadi saya. ok baih.

Saturday, October 30, 2010

Muhammed is now the most popular name for baby boys in Britain

Percaya atau tak, dailymail melaporkan, nama 'Muhammad' paling popular untuk lelaki bayi kini di Britain, berjaya mengatasi 'Jack' yang bertahan selama 14 tahun, diikuti dengan 'Hary'


waah.suke~

ini petanda apa?

petanda semakin ramai muslim di Britain...alhamdulillah. mahu lebih lanjut mengenai perkembangan Islam di Eropah? please watch this. you'll be surprised. jengjengjeng *gitar*

++tokleh type panjang2 la.keybod tarra

Sunday, October 24, 2010

ingin tambah-nilai prepaid henset secara percuma ditepi jalan? kami ada cara

bukan kau beli kad top-up lepastu kau tercongok tepi jalan gores2 kad,
kemudian tekan *122*14 digit# selesai.

atau lari2 tepi jalan, sambil mesej atau call member kau tokey top-up
"weh reload kan aku rm10,.balik nanti aku bayar"


tak
bukan itu cerita hari ini. tu mukadimah je.


Maka tersebutlah kisah sang kancil dan harimau.

kancil pagi2 bangun... *gosok2 mata*, konon nak pergi kampus awal pagi. sebab dah janji dan menuruti titah sang raja rimba, 17 haribulan kena dating. kihkihkih.

memandangkan kancil ni tinggalnya diluar kampus.. kawan2 serumah kancil cakap,
"pagi2 gini mane de bas.." maka kancil terpinga hari ini hari ahad,. takdak bas UiTM, kancil lupe.

maka sang kancil pun mentunggu sehingga agak2 jam 8 gitu~ kekonon nak tunggu bas bukan uitm pulak.

tetibe...*oh saspen tak?*

perut kancil memulas. aiyakk kancil makan ape ntah semalam, mungkin semalam syok2 makan pucuk sirih, termasuk pulak dalam kebun jiran.

hish..

maka kancil tahan2 jugalah..sehingga 8.30 siap sempat breakfast roti gardenia perisa sirih.

8.45 kancil keluar saja rumah tanpa menghiraukan sakit perut.sob3


tengah on da way ke jalan besar.. seekor harimau naik motor tahan kancil.

harimau cakap "akak kancil, nak tompang tak?" harimau ni harimau kecik je
anak rimau lagi kot.

akak kancil mestilah dah macam orang mengantuk disorong bantal. orang sakit perut disorong motor. haha

lagipun harimau sama jantina dengan akak kancil..so akak kancil peduli hapa.

dengan membawa perut sakit menaiki motor..baru kancil perasan, harimau ni pakai short(seluar pendek) wahh. seksi gitu.

haih, tebakan kancil salah. ingatkan harimau ni pelajar sekampus kancil.sebab orang sekampus takkan pakai tiada sahsiah rupa diri begitu, walaupun diluar UiTM. takpa..orang berbudi apa salahnya.

sampai satu selekoh, kancil minta diberhentikan.. bukan tak sedap hati takut harimau ngap kancil..tapi memang situ port bas. heh.

tetibe ...*saspen tak? saspen tak?*

"akak..nak no. phone boleh?" said the harimau.

"erk.." kancil terkedu kejab. apsal ni nak ngorat ke hape?

mustahillah nak mengorat sesama jantina. bukannya kancil ada ciri2 lesbian pun. haha.

"mana tau lain kali jumpa..nak contact2 ke ape ke.."

"hurm..orait.. 013(sensed)"

"awak miskol saya boleh?" sambung kancil.

"alamak kak..takde kredit la.. amik jela nombor saya"

sempat itu ini. tetiba... *ok fine, tak saspen dah*

"akak..nak pegi tunggu bas kan? tolong belikan topap RM10 untuk saya boleh tak? kat kedai tepi tu ada"

kancil pun orait jelah. dengan perut yang membara, separa blur pulak tuh pagi la katekan.. kancil pun blah. oh nak cepat ye kawan2 raja rimba dah mesej2 tanya nih.

tengah memblahh tetiba terperasan rimau tersebot tak bagi kancil duit. ceh.. saje je engkau ye.


mainan kepala kancil.. "~takpa la, beli je dulu, balik nanti bagi la dia~"

tapi sambil tu wonder. haih..ade motor tu pusing jela kat kedai. susah sangat ke?

dipendekkan itu ini, sampailah sang kancil dikampus kesayangannye. berkejaranlah sang kancil ke tempat bersemayamnya raja rimba. ada meeting la nyahh.

aik penglipur lara, tadi cakap kancil nak dating? hish ni kan trend orang sekarang, kalau dating cakap meeting, so meeting kenalah panggil dating. adepehem? ;p

takkanlah dating dekat kampus. tak romantik you.

*
*
tengah best meeting. tetiba.. pap! tetiba nama rimau naik.. dia call.
"akak..dah beli topap tak?"

"belum..tadi tak sempat..nanti kejab lagi"

"akak kat mana skang ni ye?"

"kat UiTM dah..tunggu jap lagi boleh? tengah meeting"

"oo yeke..."

"eh..tadi cakap takde kredit..ni bleh plak call" pap! line mampos.

suwey betol. hidup2 nak tipu aku. jerkah kancil dalam hati.

bukan main rimau mesej kancil lepas tu siap nak pinjam duit bagai. wahh. walaupun dia nak RM15, manakah kancil mahu beri lepas kena tipu macam tu. cihh.

kancil cakap saja kancil tak cukup wang.

lepas tu dia janji mahu bayar balik bulan 11, lepas dia dapat duit undi.

waahh siap mengundi harimau ni. kancil ingat kecil lagi. rupanya sudah tua ganyut. sebab...
sang kancil ni pun baru lepas had layak mengundi. register pun belum.

sekarang boleh nampak bukan kancil lebih muda dari rimau? mungkin sebaya.

bukan main panggil kancil "akak" heh.


lepastu mesej lagi..lepas kancil reply "sori, takda duit..."

"kalau macam tu saya bayar esok la, RM10 je..takkan nak tolong saya pun tak boleh"

ayat bapak pujuk rayu. ceh.

"ohh esok? kalau camtu awak beli topap esok je la" balas kancil sesedap rasa.

"kalau RM5 boleh?"

kancil malas nak reply dah. buang kredit haku je. sebab..
1. bengang dah kena tipu idop2
2. bengang sebab tengah meeting sebok2 pulak reply mesej bagai. sudahlah meeting bukan sebarang meeting. meeting datangnya kontijen nasional. menyembah ufti menyembah duli. ewah ewah chakpong.


so kesimpulannya apa?

kau ingat kampeni celcom maxis digi tu bapak kau punye? nak free boleh blahhh. ceritera tamat. penglipur lara mahu beradu. sekian.kesian.

Saturday, October 16, 2010

tips bersih dan cantik

10 Fitrah Manusia

1. Membetulkan misai.
Lelaki yang menyimpan misai harus memastikannya dalam keadaan terurus dan digunting apabila perlu agar ia sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Jika perempuan tumbuh misai, maka
wajiblah dibuang.

2. Menjaga janggut.
Menyimpan janggut adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Bagaimana pun, dalam masa yang sama ia mesti dijaga rapi.

(setakhensem mane pun seorang lelaki, bila ada janggut yang rapi dan kemas. ulang KEMAS. terus jadi hensem. siapa ada janggut bleh prasan skarang. miahaha~ eh yang tak kemas takyah ar)

3. Memendekkan kuku.
Segala kotoran tidak melekat serta memudahkan
air sembahyang sampai ke celah-celah kuku jika ia dipendekkan.

4. Membersihkan sendi tangan.
Memastikan celah-celah jari serta tangan sentiasa digosok dan dibersihkan sebagaimana yang dianjurkan semasa mengambil wuduk.

5. Membersihkan sendi kaki.
Dilakukan semasa mengambil wuduk atau semasa mandi.

6. Kebersihan hidung.
Dengan beristinsyaq atau menyedut air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersih, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

7. Mencabut dan membersihkan bulu ketiak.
Islam tidak menggalakkannya dicukur kerana ia akan menyebabkan bulu ketiak cepat tumbuh dan lebih kasar.

8. Kebersihan mulut.
Dengan menggosok gigi atau bersiwak ketika berwuduk, sebelum solat, ketika mulut berbau, ketika masuk rumah, bangun tidur dan ketika hendak belajar.

9. Mencukur bulu ari-ari.
Islam tidak menggalakkan dicabut kerana akan mengendurkan otot-otot di sekitarnya.

10. Mencebuk air. (mandi dan membasuh bahagian sulit).
Wanita diwajibkan berdehem semasa membuang air kecil agar ia tidak bersisa.


Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus melazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:

1.Menjaga sembahyang lima waktu
2.Banyak bersedekah
3.Banyak membaca al-quran
4.Memperbanyak bertasbih
(membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Empat perkara yang harus ditinggalkan ialah:
1.Dusta
2.Kianat
3.Adu-adu
4.Menjaga kencing. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya seksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)

Thursday, October 14, 2010

the last class in UiTM SegarAmat

*GUWA TACING NIH*


petang semalam kelas (QMT335) terakhir disini. adess serius 'terasa' je

and tadi, test terakhir.(335 jugek)... lagi triple 'terasa'

*bajet mcm dah abes final exam pulakk* haha

lepas ni nak menyiapkan assignment terakhir.

dan insyaAllah kali terakhir mewakilkan segamat ahad
ni. *JB YUBIDU~*

playground depan rumah. hohoh

buat tatapan rakan2 ex-segamat. cewah

*wajib berniqob di belog saya*


Sunday, October 10, 2010

penipu dah kena tipu!

ohoooi. baru kena tipu SEKALI, melatah-latah ye engkau



Klik sampai besar

selama ni kau tipu orang RIBU-RIBU KALI, takpe pulak. Sekarang dah kena tipu dengan budak2...terus terbit artikel 'bernada-kuciwa-gila -kena-tipu'

ekekeke!

takyah la take serious sangat Utusan oi, diorangkan budak-budak lagi...
memang dah dari kecik engkau ajar diorang menipu, sekarang pandai lah diorang tipu kau pulak.haha.
Antara tanda-tanda kiamat:

Tersebarnya banyak pasar Rasulullah bersabda : "Kiamat hampir saja akan berdiri apabila sudah banyak perbuatan bohong, masa(waktu) akan terasa cepat dan pasar-pasar akan berdekatan (karena semakin banyaknya)"

(sahih Ibnu Hibban)

SALAM PERANTAU BUAT KELUARGA YANG NUUN JAUH DI KUALA LUMPUR, DOAKAN KEJAYAAN ANAKANDA, SEMPENA PEPERIKSAAN KALI INI. -dari UiTM Switzerland (Segamat)-

Utusan takdok buat korum untuk student kat dalam Malaysia, so kite buatla korum sendiri.hue3.


p/s: Jangan tipu orang, nanti orang tipu kau balek

Wednesday, October 6, 2010

misteri sejadah bercahaya

Korang kalau bab misteri laju je nak tau kan. Cuba kalau pasal ilmu, holoh holoh. ok fine, tak semua macam tu... :P

nah, lihat (lihatlah dunia~)

cantek kan? masa aku nak solat isyak semalam, tetiba sejadah aku mengeluarkan cahaya sebegini, menunjukkan betapa bersinarnya keimanan sang pemakai. hahahabapakkurafat.

ini adalah teknologi tahu.

makin hari makin maju,
sejadah bercahaya siapa tahu

ambik kau, siap pantun neh.

Terima kasih kepada Soner Ozenc, sebuah syarikat dari Turki. sejadah ini dicipta berdasarkan arah kiblat. berdasarkan null hypothesis yang telah di reject shop

semakin tepat arah kiblat, semakin bersinar cahaya sejadah


fahami gambarajah ini. kalau tak faham jugak, kau memang.

maka hypothesis ini diterima.yeaaah.
*
*
*
best memang best. tapi...ada orang akan sakit kepala tiap kali lepas solat. hu..aku lah tu.sang penchenta migraine. X_x


jadi,
misteri telah terungkai. dan yang masih menjadi misteri ialah...sampai sekarang aku takpernah jumpa mana-mana belakang sejadah biasa, yang ada tulis MADE IN MALAYSIA.

ohh Malaysia~

naseb baek aku bangga dengan Malaysia, sebab Maher Zain ada kat Malaysia sekarang ni. Haha. *tetibe


yours truly,
Siti Nur Malaysia