Chakpong FC

Tuesday, November 1, 2011

dah pakai tudung labuh pun seksi, macam mana ?

Sekali lagi, ini adalah sebuah entri mengenai aurat wanita. Jadi, kalau lelaki tak suka nak baca, boleh nyah sekarang. haha. err sebenarnya elok dibaca untuk kalian ingatkan juga kepada rakan-rakan perempuan, oh ya, lebih afdal emak, adik dan kakak sendiri.

Minta maaf siap-siap, entri ini mengandungi ayat-ayat keras dan menggelikan. justeru itu, haruslah dibaca dengan tenang, bagi mengelakkan kesalahfahaman...dan putihkan minda masing-masing..sekarang!

Ada orang cakap, "makin tertutup seorang perempuan, makin kuat imiginasi lelaki, jadi yang memakai tudung labuh juga seksi"

aku bukan nak cerita pasal yang tu. TAK. yang itu gasak dioranglah..dah tak reti nak elakkan pandangan, lagi nak cakap macam-macam. aku emo nih! 

eh...enaf.
Aku nak cerita pasal tudung lycra.

Lycra? Kenapa lycra? dia sakit gigi ke?

Cik Lycra seorang wanita berkerjaya separa hari, bersiap-siap mendandan tudung, mengenakan jubah berwarna polos, stokin dan stongan tidak dilupa. Kakinya pantas berjalan ke kedai membeli sayur...sayur kangkung rasanya,..kangkung berwarna hijau-hijau emas, dibawa berlayar di atas peti, weh hanin, ke laut dah ni. aku tak merepek ni.. teruskan membaca.

yahu~ yahu~ sekadar gambar hiasan

Sebelum sampai di rumah, cik Lycra menyinggah ke rumah Kiah. Kiah baru selesai menyusun buku resepi kegemarannya di tepi tingkap. Terlintas saja cik Lycra di depan rumah Kiah, anak mata Kiah terserempak 

dengan ....

dengan ....

sesuatu yang montok

HAAAH, APE YANG MONTOK??

Sungguhpun di dalam tudung, tapi dari jauh sudah boleh disaksikan keagungan kemontokan tersebut. 

"cik lycraaaaa oiii...dari jauh aku dah nampak silau kau punya susu tuu...!!" pekik si Kiah. kredit

HOOO TOLONG PLEASE saya merayu, jangan pakai tudung lycra dengan cara begini. Adalah salah disisi undang-undang Islam kerana tidak memenuhi syarat melabuhkan kain. Lebih-lebih lagi yang memiliki  big size breast...seperti, cup B,C,D, DD, DDD dan seterusnya.

Aku selalu dan teramat selalu menjumpai wanita bertudung labuh begini. Ya, aku paham, diorang memang tak perasan dengan kejadian dan keajaiban tudung lycra. Tudung kain jenis lycra bukan sahaja rasa sedap di tengkuk, sejuk di dalam, malah struktur yang lembut menyebabkan segalanya melekat-lekat di badan. pfff.

lebih dahsyat lagi, ada kes, siap nampak...err nampak...alaa..susah nak taip ni...hurm..nipple. (haiyoh!) Mungkin dek kerana bra yang nipis, atau memang tak pakai bra?..errk. =.='

kes-kes ini selalunya berakhir dengan, aku akan tarik orang tersebut untuk berdiri di hadapan cermin,  cermin diri kau! atau...kalau dah tak kenal, atau sememangnya terserempak ntah sapa-sapa di supermarket..aku hanya terunduk malu.,terdiam tiada upaya..aku terhentak lesu..ewah lirik lagu ni..sambung,sambung.

ehem
Aku ada seorang kawan, tiap kali dia lihat orang pakai tudung lycra cantik-cantik, dia mula jeles, kerana keadaan diri yang tak mengizinkan.ehem lagi.

tapi sekarang dia sudah pandai, pandai dia pakai baju panas di luar, bagi mengcover keindahan pencipta. gila bertapis aku nak sebut neh.

sebenarnya ada cara lain yang lebih sesuai untuk diadaptasikan. Ya, saya faham, tudung lycra memang best sebab tak panas,dah lah instant mengalahkan megi. Makanya sebelum readers sekalian marahkan saya sebab mengutuk tudung lycra, ada bagusnya kita ke sesi seterusnya.

Cara Memakai Tudung Lycra Yang Betul

ropol-ropolkan bahagian hadapan sebanyak mungkin. Sebenarnya gambar atas ni tak cukup ropol. sila tambah sendiri. kredit

Dah tu, jangan main ropol je. Lepas tu tiap kali bergerak, asyik tahan tudung. haih...guna pin la sayang. 

iyye, nama saintifik pin, brooch. kredit

yaaaa seperti ini. siap edit tambah ropol lagi. kenmain aku.

korang pernah jumpa tak design tudung lycra instant, macam ni? tudung ini sangat sangat sesuai dipakai bagi yang berbreast besar, hasilnya...ia akan beropol dengan bijak, seperti gambar di atas. 



contoh terbaik. nak letak gambar sendiri segan *blush2* Ini bukan jenis kain lycra, tapi..bole la. kredit


tapi nasihat paling jujur dan ikhlas aku nak bagitahu, kalau dah rasa breast besaaaaar sangat, takyah la pakai tudung dari jenis lycra. 

begini lebih selamat. (kredit: weh kazen,pinjam gambar)


fuhh

bukan sahaja tudung kena labuh, entri ini juga perlu melabuhkan tirai setelah penulis penat melabuhkan montot di kerusi.haih haih.

nota labuh: stongan = stokin tangan (handsock)

6 comments:

Nadia Havez said...

betol3~~~ perasan jugak tudung lycra ni lagi seksi kalau pakai.. sebab tu tak minat nak beli even sangatlah instant nk pakai.. huk3

aNdi.Hanin::حنين said...

tudung 3segi gak yg best. cinta 3segi je yg tak best. ngehehe

.::annemishi::. said...

betul tuh!


aku rela pakai pashmina lagi. haha.

aNdi.Hanin::حنين said...

@.::annemishi::.

pashmina best an! (bajet malaysia ni sejuk LOL)

pashmina lover

nur hidayah said...

hoho seksi la entri ko kali ni :P
aku da xde mase mau update2..isk

aNdi.Hanin::حنين said...

orang banyak asgmt takberangan sangatlah nak update laju-laju :P