9.
.
.
.
tanggal
31 ogos 20062009. anda pergi menyambut hari kemerdekaan?
pergilah..kalau tidak anda akan menyesal.
-_-" heh
hari ini
hari bersejarah buat saya, WW and the geng. kerana kami melangsungkan majlis akad nikah beramai2...di masjid..
hanin, boleh tak stop merepek? OK OK :P
pada hari ini, Kuala Lumpur lengang selengangnya. aneh aneh.
ini di dalam kereta bersama bapa, nak hantar saya ke KL sentral. lihatlah, 7.15 pagi, Jalan Duta berhampiran rumah sangat sepi. boleh bergulek2 ditengah jalan kalau mahu. haha. kalau hari lain...hm...*geleng kepala*
dan
31 ogos 2009 juga,
kami pulang ke segamat menaiki keretapi. cooot~! cooot~! eh zaman skang tak coot!2 dah.
tiket semua habis, padan muke sape suruh gatal beli tiket lambat2. haha.
dan sungguh sengal maka, terpaksa amik business class pukul 8.30am. heh.lari bajet guwe. whatever.
WW, model KTM KL sentral. haha

syiok grandma ni tidur. ok, syok tak tengok gambar?
nak yang lebih syok? kejab, saya story sikit.
11 pagi,
lepas penat saya dan WW buat lawak bodoh dan cerita funny nightmares(diam kau wani! haha)
kemudian WW gedik gedik mintak kek coklat dekat abang stewart (tak malu bulan puasa camneh),
saya mengambil keputusan untuk melelepkan mata. macam siut aku da sampai gemas baru tau ngantuk. haha.
geng lain Wan, Aini, Caie and Reefa berada di gerabak lain.
sekejap saja selepas saya sungkup muka dengan sweater, tren menambah kelajuan. eh syok pulak laju, yelah penat duduk lama2 neh. tah bila nak sampai.
tiba-tiba laju dia lebih dari laju, gegaran dan hentakan kuat. abis semua zikir terkeluar. ingat Tuhan ingat Tuhan.
saya pantas berlari ke pintu keluar setelah tren berjaya berhenti, untuk menengok entah kemende pulak neh
dan berpatah kembali ke seat, tujuan untuk ambil beg.
grandma disebelah saya yang katanya nak pergi JB, bersuara "what happen?"
"seems like, the coach is not on the rail" jawab saya pantas.

nah lihat, ini gerabak saya. mantap kau! rel dah berderai-derai
coach belakang, dihuni Reefa, senget sikit ke kiri, Reefa merasa 'beg turun dari langit'. huhu

ni lagi mantap. coach hadapan coach saya.


kelihatan pasukan Rela sedang mengeluarkan mangsa. Wan dan Aini di dalam coach itu!
T_T
saya gagal menduga apa yang berlaku terhadap mereka berdua, kerana henset saya kehabisan bateri! T_T lagi
manakala Caie yang berada di gerabak ke-3 bersama gerabak 1 dan 2, sudah terlepas 700meter kehadapan dari tempat kejadian.
alkisahnya, gerabak ke-3 terlepas dengan gerabak ke-4. dasar ulat gonggok ditetak pisau
-_-"
gerabak ke-4, 5, 6(kafe) terbalik. tergulek-gulek.
dan gerabak ke-7 dan 9 tersembam ke kiri. tapi gerabak ke-8(saya's) hanya menyenget saje. alhamdulillah alhamdulillah syukur ya Allah.
"Tuhan merahmati kamu ni hanin" ulasan terbaek Appy. gelak la weh, gelak. haha.
keadaan di dalam coach yang terbalik. kredit untuk cameraman-someone-unknown
(main mintak je kat sapa tah =P )
lagi?sila baca di Kosmo.com.my
ini view dari kilang Sime Darby, kerana kemalangan ini betul2 bersebelahan kilang latex Sime Darby. dan dihiasi oleh kepala Ummul dan Encik YDP.
hampeh kau hanin. hahaha
macam mana boleh sampai Sime Darby si hanin neh?
ohh selepas kemalangan di Batu Anam, Segamat ini, Penghulu Mukim Gemas berbaik hati mentelefonkan bas UiTM untuk menjemput seramai 40 orang pelajar UiTM Segamat yang terlibat (trimas pakcik, trimas).
ada juga yang mengalami kecederaan,maka kami 1bas macam poyo buat laporan polis. gila betul 1bas yang datang, tapi yang amik report sorang saje polis. sengal tak sengal.
jadi adalah lebih baik saya sambung tidur di dalam bas. huhu. ngantuk letih sakit badan.
kemudian pada jam 4 petang baru selesai report polis segala. dan sampai di UiTM jam 4.30 petang. sementara ondaway ke UiTM, bas sikit punya laju la pulak, berlaku lagi gegar2 segala, kami dalam bas dah sentap2 jantung. trauma tak habis lagi T___T huk3.
bajet saje saya dan WW mesej kak kay beritahu sampai pada 1 tengahari dek kerana kami ada program sebenarnya. heh.
kemudian lepas sampai, bersiap pergi iftar dan tarawikh di rumah Ummi di Batu Anam, Segamat di Sime Darby. Lorhh..berpatah kembali ke tempat kejadian. hadeh.

tetamu kehormat: WW, Ummul, Kak Nur, Kak Kay, Hanin(belakang kamera)

kak kausar bersama anak-anak beliau. dan paling kanan muawiz (cane tah nak eja). muawiz budak comel yang paling baik ^_^

tetamu lain.

ok. makan semua ye. saya belanja
. *lalala~
eh gambar Ummi tiada la pule.hee. keseronokan selepas kemalangan, dapat berkenalan dengan orang-orang baru. hehe. tapi terkilan kak mia dan kak zar dah pulang dulu. hu~
++more pictures about the excident,
at Caie's blog. Caie nak buat hak exslusive gambar2 tersebut meski saya yang penat snap kan.heh.mementang henset aku habis bateri.fufufu. (caie, tolong kredit sikit yeh. haha)
++rasa seperti mendapat peluang kedua untuk terus hidup.
*sakit badan