Chakpong FC

Friday, August 2, 2013

Bagaimana Allah ajarkan saya pergantungan pada-Nya

IN THE NAME OF ALLAH

macam biasa, tajuk skema, entri garu kepala

ceritera chenta 1

Tidur selepas jam 1 pagi akan menyebabkan masalah pembangunan subuh. serius. Jadi untuk mengelakkan perkara serius, saya akan pesan berkilo-kilo pesanan pada rumet, jiran bilik sebelah, adik beradik, bapa di tingkat atas, etc etc.

Jadi, bila tidur berseorangan atau berseorang dalam rumah, saya akan beri pesan berkilo-kilo pada alarm handphone saya pula. Pelbagai jenis bunyi saya set. dari bunyi katak kucing ayam so-called-annoying-alarm semua lah.

Dipendekkan cerita yang sememangnya pendek ini,
suatu hari, saya tertidur yang agak lewat. Memang saya jangka akan mengalami masalah pembangunan. Saya betul-betul risau memandangkan saya tidur berseorangan, jadi seperti biasa berkilo-kilo jenis alarm saya set.

tapi.. saya saya

saya bangun lewat juga.! langsung tak dengar bunyi alarm. =.= sedih gila rasa nak ngamok.hahah! eh nak mengamok, tapi gelak

selang beberapa hari kemudian, saya terpaksa tidur lewat lagi. Kali ni saya set lebih banyak alarm. Saya yakin saya akan bangun! Ini kali lah!

dek kerana kekecewaan tempoh hari, saya berdoa sebelum tidur, "Allah, jika masih panjang umurku, bangunkanlah aku untuk solat subuh di waktu subuh.aamiin."

sememangnya, ini kali lah! saya terjaga sebelum alarm berbunyi. woha!

Walaupun masih terasa kantuk, tapi hati gumbira lalalala. bangun sebelum subuh pastu juget-juget atas katil. Eh? ABAIKAN


ceritera chenta 2

Saya ada masalah kelupaan kadang-kadang. maklumlah sudah tua lanjut usia. Dan kadang-kadang mulut lebih laju dari otak. standard perempuan. Begitu juga bila berjanji kadang-kadang lupa nak sebut 'dengan izin Allah' 

contoh situasi :
Bila kawan mecej ajak keluar, "Jom weh OU this weekend"
Saya balas "OK" standard pemalas nak taip mecej. (messssej lah, pelat sangat ni dah kenapa. eww)

kebanyakkan masa, OK itu menjadi KO, last last minute kawan mesej "eh sorry ada hal, tak dpt hangout" atau saya sendiri "weh, aku sakit kepala la, sorry eh.takmampu nak angkat kepala ni"


BAJET KAU ABANG BESAR SANGAT?? SIAPA KAU PANDAI-PANDAI SUSUN QADA QADAR SENDIRI HAAA???


Selepas dari itu, bunyi "insyaAllah" selalu menari-menari dibibir apabila berjanji. Dan kebanyakkan masa janji ditepati.


Tapi.....tapi tapi tapi, ada juga kejadian lupa nak cakap "Insya Allah" dan ia sangat big deal sekarang. sebab most of the time perkara itu tidak terjadi. SELALU

Pernah kakak naqibah mesej "InsyaAllah petang ni ada usrah macam biasa 4:30, ada yang tak boleh dtg ke?"  Saya balas "I will come bebeh" tak tanya pun sapa yang boleh datang, dia tanya siapa yang tak boleh datang je. saja gatal jugak nak bebeh camtuhaa. Bila dah ter sent, saya macam "Allah, lupa la nak taip 'insyaAllah'. takpela" dalam hati masih berbunga bebeh bebeh petang ni ada bulatan chenta.

lepas tu jam 3:00 petang, balik kelas kepenatan lalu tertidur, jam 5:00 baru terjaga. de hek bebeh kau!?

TERKENA LAGI (Y.Y)

Allah, sangat sangat Kau ajari aku, untuk sentiasa mengingati Engkau Maha Berkuasa, Maha Besar, Maha Pengatur. Allahurabbi.

Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi", 
kecuali (dengan menyebut): "InsyaAllah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberikan petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini"  
 al-Kahfi: 23-24

perlu menghirup oksigen chenta, kalau tak mati lah (hati) kita


Sunday, June 23, 2013

surat peluru untuk jerebu

In The Name of Allah
tasik seksyen 7 shah alam yang dah tak nampak langsung


dear Malaysian,

"Kamu baru dapat jerebu, tapi sudah buat muka kelat sebab kena berkurung dalam rumah. Kami yang dapat peluru, tapi tetap mahu tersenyum mengharapkan masa depan yang cerah" 




sincerely,
saudaramu, Syrian.

Monday, May 6, 2013

Perang Hunain dan PRU13

In The Name of ALLAH

“Tuhan telah menolong kamu pada beberapa tempat dan dalam Perang Hunain, tatkala KAMU MERASA BANGGA SEKALI KERANA JUMLAH KAMU YANG BESAR. Tetapi ternyata jumlah yang besar itu sedikit pun tidak menolong kamu, dan bumi yang seluas ini pun terasa amat sempit buat kamu, lalu kamu berbalik mundur." (Qur’an, 9: 25)


"Sesudah itu Tuhan menurunkan perasaan tenang kepada Rasul dan kepada orang-orang beriman serta diturunkan-Nya pula balatentara yang tidak kamu lihat, dan disiksanya orang-orang kafir itu, dan memang itulah balasan buat orang-orang kafir." (Qur’an, 9: 25)

"Sesudah itu kemudian Allah menerima taubat barangsiapa yang dikehendakiNya, Allah Maha Pengampun dan Penyayang." (Qur’an, 9: 25)

"Orang-orang beriman! Ingatlah, orang-orang musyrik itu kotor. Sebab itu sesudah ini, janganlah mereka memasuki Mesjid Suci, dan kalau kamu kuatir menjadi miskin, maka Tuhan dengan kurnia-Nya akan memberikan kekayaan kepada kamu, jika dikehendaki. Sesungguhnya Tuhan Maha tahu dan Bijaksana.” (Qur’an, 9: 28)

++mungkinkah ada antara kita berperasaan 'perang hunain'? hish. potong bawang laju-laju

Thursday, April 4, 2013

update hapdet

In The Name of Allah

aku masuk kelas pagi-pagi, dengar rakan kelas bertengkaran kecil di belakang.

"apahal diorang ni?" bisik hatiku yg suci murni ini.

Salah seorang rakan yang bertengkaran lalu duduk disebelah ku dengan wajah penuh kemasaman.

"perangai tak matang betul! pagi-pagi dah buat aku bad mood" bubble rakan wajah masam di tepi ku.

"korang dah kenapa?"

"entahhhh, tak matang! macam budak-budak" jawab rakan dengan jawapan yg boleh buat interview kerja tak lulus. "dah lahh, aku nak update kat FB, 'perangai tak matang macam budak-budak' " sambung jawabnya lagi.

aku pandang rakan di sebelah ku dengan wajah puzzle muzzle


"kau tak rasa ke update kat FB macam tu, sama je tak-matang nya?" aku gelak kecil

"eh kau diamlah hanin" sahut rakan sebelah sana yang lagi satu secara tiba-tiba.

Erk.
eh, aku update kat belog, macam ni, tak matang jugak ke? kehkehkeh

Sunday, February 24, 2013

contoh pasrah yang dibenarkan menurut syarak

In The Name of Allah

Adik-adik lelaki saya,

Ammar, adik sumbu. Amin second last sumbu. Dua orang adik lelaki yang sorang belum baligh, dan sorang lagi dah baligh tapi perangai belum baligh. hoh.

disebabkan masalah kebalighan perangai jugalah rumah saya sepatutnya riuh cukuplah dua orang budak lelaki, tapi kedengarannya seperti sepuluh orang.

selaku kakak yang amat concern kepada adik-adiknya yang hensemnya, maka bertitahlah saya pada suatu hari,

"Kenapa Abang Amin suka cium (kacau) Ammar?"

cara gangguan annoying terhadap adik sumbu adalah dengan cium dia banyak kali sampai dia rasa rimas malah terjerit-jeritlah kemudiannya, akibat rasa geram geli geram kena cium. hahaha

maka menjawablah adik sumbu,



"Entahlah...sebab adik Abang Amin tu ada sorang je kot."

Inilah ayat pasrah seorang anak bongsu. haha


kak hanin, kami tak fahamlah abende adik sumbu, sumbu-sumbu ni. ok lah nah, baca sini kisah Anak Sumbu.

Saturday, February 9, 2013

apa kaitan si jiran-lift dengan hari kekaseh?

In The Name of Allah

kisah lift di rumah, wow rumah kau ada lift?? oh well

benda biasa kalau kau masuk lift, tetiba kalau ada orang lain nak masuk sama, kau pun hold butang [< >]

kadang-kadang kena hold lama-lama sebab orang yang nak masuk tu boleh pulak lenggang-lenggang kankong, ewah ewah.

takpe saya tunggu

suatu hari, bila saya masuk lift, kepala tengah nenong pusing pusing,malas nak tengok kiri kanan, dengan lajunya saya tekan butang [> <]

tiba-tiba ada dua tangan tersangkut pada pintu lift, tahan pintu lift. Maka pintu kembali terkuak bukanya.

Dia masuk dengan muka selamba dengan tak bagi salamnya, sambil pintu lift tertutup dia berkata,

"sorry, tak sengaja, tangan termasuk pulak tadi"

heh.itu jiran saya


dan memandangkan tengah menganggur ni, maka saya rasa rajen nak tepek satu ni. ow, menganggur rupanya dia.kesian. Hey, cuti semester memanglah menganggur wiken-wiken baru jadi weekender lol
ha ni, pulak Hari Kekaseh as known as, Valentine's Day. Biarlah sahabat-sahabat kristian yang sambut, anda yang muslim takyah la sama menyebok nak celebrate. err. zoom laju-laju please


takde kena mengena pon jiran aku dengan Valentine's Day, saja post berduet. Orang malas la kate. hoh tadi kata rajen? Entahlah, saya pun tak paham dengan diri sendiri



++tadi saya lukis ini [> <] dan ini [< >] sebab saya taktau apa kita panggil dia. Open Close button? haha.yekot

Wednesday, February 6, 2013

Nama Saya Halimunan dan Ini Semua Krisis Ukhuwah

In The Name of Allah

Entah kenapa susah sangat orang nak memberi senyuman. ini muka ketat kita panggil. Apatah lagi nak bagi salam. yang ini pula mulot ketat. Starting entri saja sudah ada aura membebel. teruskan baca kalau suka.

Bila kita senyum kat orang, orang taklayan, betul betul rasa kecewa. sroot sroot. cepatla pujuk saya

Kemudian rasa macam nak letak notis tampal atas dahi

"saya seorang halimunan, kalau tak senyum kat saya pun, tak kesah, harap maklum"

Tapi yang peliks bin blogspot (eh ni belog sapa?) bila saya jalan di tempat lain, di hari dan waktu yang sama, tiba-tiba saja ada orang beri salam. Aik? Yang bagi salam tu lelaki. Aik?lagi, bukankah saya perempuan?

Saya dah tak jadi halimunan kah? Atau saya memang halimunan di mata perempuan sahaja.pfffttt bajet hot latuw. Atau bagi salam dalam kalangan lelaki itu benda biasa. Dan bagi salam pada strangers memang aneh dalam kalangan wanita. Excuse me,
"Sesungguhnya, di antara tanda-tanda kiamat ialah, seseorang lelaki melalui satu masjid tetapi tidak melakukan solat dua rakaat, dan tidak memberi salam kecuali kepada orang-orang yang dikenalinya sahaja"
tambah lagi:
"Tidaklah kamu akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidaklah kamu dikatakan beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukan kamu aku tunjukkan kepada sesuatu yang jika kamu mengamalkannya kamu akan saling mencintai, iaitu sebarkan salam di antara kalian"
 [Hadith Riwayat Muslim]

Nampak? Kau orang tak suka dicintai disayangi ke? Pelik ah korang. Amalkanlah memberi salam, senang-senang lenang-lenang, takyah pakai minyak dagu nak calit orang bagai, orang boleh jatuh chenta pada anda semudah ABC, walaupun masa kat tadika anda cakap kat teacher, ABC tu susah. Nampak? Kini tidak lagi

Apakah cara yang paling mudah untuk menyebarkan salam?

1. Mulakan hari mu dengan senyuman. Senyum lebau-lebau tapi takyah ah nampak fake, hokoloh. Senyuman di awal hari bukan sahaja memberi motivasi pada diri, tapi akan merangsang diri untuk berasa positif dalam setiap gerakkan. Secara tak langsung akan menyebabkan anda rasa nak menyebarkan salam. Iya, saintis Hanin yang kata. Ey aku kan budak sains, tak percaya ke =.=

2. Beri salam pada rumet "assalamu'alaikum encik rumet, bangun bangun, solat subuh jemaah yok!". -Aik, encik??? ahak.gatainoh

2. Senyum dan beri salam bila masuk dalam lift. Walaupun dalam lift tu saya sorang-sorang? Kau ingat bila berdiri dalam lift sorang-sorang tu kau memang sorang-sorang je ke? aiyok aiyok seram. well, kadang-kadang ada pakcik security tengok pada skrin kamera litar tertutupnya. =P (kadang-kadang)

3. Senyum dan beri salam bila berselisih dengan sesiapa. (kalau susah sangat atleast try senyum okeh!) Tapi kalau berlainan jantina, saya tak galakkan. Takut juga kalau nanti ada yang takboleh kusyuk dalam solat pula. Maklumlah, anda kan cun dan hensem macam saya? wait. saya machomel je. *merendah diri konon.puii

Kalau mulut dan muka anda terlalu ketat, mungkin patut cuba buat begini (pinjam)

4. Beri salam bila masuk kelas dan pejabat dan rumah. 

5. Beri salam bila menaiki kereta sendiri / kereta orang / teksi orang

6. Senyum dan beri salam pada pakcik driver bas. Walaupun pakcik bas kadang-kadang takmaw jawab salam kite, takpe ar, dosa dia biar dia tanggung sendiri. wahaha!

7. Apsal atas cerita halimunan bawah cerita sebarkan salam? haha entah. belog ni kan pelik. kau layan sapa suruh

8. Tak perasan ke nombor dua ada, dua kali? haha. seronoklatu

9. Kalau ada tambahan sila kongsi gelap dipetak komeng. Terimakasih daun keladi, esok-esok saya update belog lagi. wii lari lari.

Friday, February 1, 2013

kisah terbuka buat si pencela makanan

In The Name of Allah

sunnah nabi, bukan sahaja solat berjemaah, makan pun berjemaah. even bekerja pun dalam jemaah. hidup berseorangan umpama anak kambing embekk sensorang carik mak kambing takjumpa, last-last mak serigala yang datang makan anak kambing,siap baca bismillah. Serigala pun tau ikut sunnah, kau?

yek yek tak malu

aku sebenarnya nak cerita sunnah ketika makan. woho panjang pule pusing-pusing nye.

Tersebutlah kisah.. thoibb~
Kami makan nasik di kedai nasik. Nasik! bukan nasi. haha.okfine abaikan.

Saya dan si A order menu yang sama. Apabila makanan yang di order telah pun sampai, kami makan dengan sopan-santunnya. Perempuan melayu pertengahan la kate.

tiba-tiba si B bersuara, "eh sedap tak?" merujuk kepada menu kami yang sama, memandangkan si B order makanan yang berlainan spesis. Si A jawab "boleh la...". Aku tersenyap seketika, cuma angguk nak cakap "boleh laa " jugak sebenarnya, cuma aku memang tak banyak cakap bila makan, fokus pada makanan adalah penting, sampai orang lalu pun selalu je tak perasan. hemo hemo maaf.

Si B tanya lagi, "nak rasa sikit eh..?" sambil Si B mencedok nasi di pinggan si A.

"eh, ok je..sedap jugak.." kata si B sambil mengunyah nasi. Mungkin itu cara si B ambil hati terhadap makanan rakan-rakan. Walaupun nasi itu sebenarnya katagori biasa saje.

Tiba-tiba si A mencelah, "kalau I masak, tak rasa macam ni..."

"kalau you masak, macam mana?" sahut si B. Aku senyap fokus makanan, tapi nasib baik telinga masih terpasang.

"kalau I masak, bla bla bla.. yang ni, macam ada kurang sikit, patut letak macam ni, macam tu..bla bla bla"

aku pandang muka si A. terkedu

"yang ni, dia macam lebih sikit ini itu ini itu.."

aku pandang lagi muka si A. bengang

"tapi ok la..nanti kalau you all nak rasa I masak, datang la rumah.."

aku pandang lagi muka si A. hilang selera

NAMPAK TAK? NAMPAK TAK? SIKAP MENCELA MAKANAN, BUKAN SAJA BOLEH BUAT CHEF KECIK HATI, TAPI BOLEH BUAT ORANG SEBELAH HILANG SELERA MAKAN! NAMPAK TAKKK???

Dari Abu Hurairah r.a beliau mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sama sekali tidak pernah mencela makanan. Jika beliau menyukai satu makanan, maka beliau memakannya. Jika beliau tidak suka, maka beliau meninggalkannya.” (HR. Bukhari no. 5409 dan Muslim no. 2064)

Tapi, takde pulak si A nak sedekah jariah je makanan dia kat aku, yela..kalau dah banyak sangat complain kann. =.=

***

dalam situasi lain, pernah juga aku berhadapan dengan orang yang kurang senonoh mulutnya, bila ada makanan yang tidak disukainya, dengan selamba beliau berkata "eeeeww ape benda tu, saya tak makanlah benda-benda macam tu"

woi kalau tak suka tak yah nak eeeeww sangat, yang orang offer kat kau tu makanan halal, bukannya najis. Betul-betul kasi sumbat najis dalam mulot tu kang baru tau. *memang rasa nak mengganas je ni.hew

***

yang ni, kalau tak sedap macam mana pun, takde sape sampai hati nak hina dia.oh ツ 


aku bukanlah orang yang kuat makan, mahupun penchenta makanan, dan ada juga beberapa spesis makanan yang aku tak boleh makan atas faktor kesihatan. Tapi aku sangat benci bila orang hina makanan. kbai

Friday, January 25, 2013

Perutusan Maulidurrasul (saw)

Jika berat bagi mu untuk bertahajjud,
mulakanlah dengan dhuha,

Jika berat bagi mu untuk berdhuha,
mulakanlah dengan rawatib,

Jika berat bagi mu untuk berrawatib,
sempurnakanlah solat fardhu 5 waktu sehari,

Jika berat bagimu untuk fardhu 5 waktu sehari,
mohon segera jadi jenazah, pastu golek masuk kubur sendiri, tanam diri sendiri! ;I



Allahumma solli'ala sayyidina Muhammad. sayang Rasullullah bukan pada 12 Rabiulawal je. 
Teringin nak belajar kufi, ada siapa-siapa tau tempat belajar kalighrafi ni? (source)

Friday, January 4, 2013

boyfriend saya dah meninggal =(


Rakan: Kenapa you takde boyfriend?

Saya: Saje tak nak ada boyfriend...why?
Rakan: Rugilah takda, taknak try cari ke?

Saya: Takpelah...I memang taknak.

Rakan: Ayat you macam pernah kecewa je..

Saya: Eh mana ada. I hari-hari happy. *sengeh tipu

Rakan: You pernah ada boyfriend tak?

Saya: Pernah...

Rakan: Haaa betullah you pernah kecewa kan..? *gelak nakal

Saya: Hurm....actually, dia satu-satunya boyfriend yang I ada. Tapi dia sekarang dia dah takda..

Rakan: Haaaah, boyfriend you dah meninggal ke? bila???

Saya: 1400 tahun dahulu.



GOTCHA! =P




..dan Baginda tetap hidup di dalam hati-hati umatnya yang ingin mendampingi Baginda di syurga sana..

Allahumma solli'ala sayyidina Muhammad. 
Beruntunglah kami kerana mengenali kamu, malah lebih beruntung jika kami mengikuti jejak kamu.


++ tengah-tengah kesempitan waktu ni memang best update belog. berrrgh, final exam hari ahad ni! update sebab, tetibe rindu ~