Chakpong FC

Friday, May 27, 2011

rasa tak selamat, saya perlukan superHero

Sekarang hidup telah berobah. eceh. macamlah semalam akad nikah. :P

ya,
saya berubah dari segi fisikal. maksudnya disini bukannya turun berat dari 80kilo kepada 40kilo, tapi kain-kain diluar badan itu maksud saya. ew saje belit-belit ayat.


Disebabkan rakan pejabat 80% adalah lelaki, maka hari-hari saya pakai baju kurung sebab rasa tak selamat. fuuu. Oklah, sekarang saya nak beritahu, secara officialnya, saya wanita bekerjaya. oh,ceh.


Kalau ikutkan sebelum ni, nak pakai baju kurung, apatah lagi kain, mau siap perang dengan emak. hoho. alkisahnya, mak suruh pakai baju k
urung masa nak pergi doa selamat sedara, tapi aku degil, nak pakai t-shirt dengan seluar jugak. Lepas tu mak pujok-pujok suh pakai skirt jeans, kain lah jugak tu, bukan seluar. Lepas tu teros majok tamaw pergi kenduri. muhaha.

bila mak aku dah sampai kat rumah saudara, dia call, suruh datang jugak, pakai seluar pun...seluar la. Berdasarkan standard egoistik remaja perempuan masa tuh, memang aku datang t-shirt berseluar lah jugak. bedebah kan. Kalau aku dapat anak macam ni, taim raya aku tak belikan baju kurung, bia dia sensorang pakai t-shirt seluar. gasak dia. muahaha kejam pulak. Baiklah, aku panggil emak aku, ummi, bukan mak.


Bila masuk alam kampus, sini ada peraturan, Isnin dengan Jumaat kena pakai baju kebangsaan. So, takkanlah aku buat bangkangan pergi pakai baju
melayu. bzzz. Maka stok baju kurung yang ada memang untuk Isnin dan Jumaat. Kalau ada daurah pun memang datang pakai seluar t-shirt jugak. heh degil dia neh. Taim usrah lagi lah tak yah cakap. Psst, memang takyah cakap ok.
baju kurung juga boleh buat orang jadi kembar melekat

*
*
*
Rasa tak selamat atau malu?

Suatu masa muda-muda dulu, padahal tahun lepas punya kes, saya naik LRT yang ofcos masa tuh pakai blaus sama seluar. Blaus tu agak tak berapa nak labuh sampai lutut, macam cukup bawah punggung saja. Dipendekkan siri bebelan, sampai satu stesen, masuklah sekumpulan geng lelaki yang... ok takyah sebut... duduk depan aku. Perasaan dah tak sedap dah time tu. Sebab? MALU tetiba rasa MALU. Malu sebab half bentuk peha aku boleh nampak, sebab masa duduk memang sah-sah seluar tu akan mentunjukkan shape peha walaupun seluar tak ketat kan. err.

sebenarnya aku rasa malu bila lelaki-lelaki depan aku boleh pakai kain sampai ke buku lali naik LRT, tapi aku yang perlu-pakai ni tak boleh.

Kalau saya terjumpa remaja-remaja lelaki tadi, saya akan berterima kasih sebab buat saya rasa malu..sambil belanja makan KFC. heheheh.

sikit-sikit KFC, sikit-sikit KFC. bagilah Nandos ke. Saje, konon dramatik

Disebabkan perasan MALU boleh blah tadi, effect nya sampai sekarang. Sampai sekarang t-shirt aku adalah t-shirt labuh sampai lutut. Yang tak sampai lutut tu semua dah simpan. Simpan la..takkan mau jual pula. Kemungkinan besar akan disedekahkan pada adik lelaki yang makin besar(sebab aku beli t-shirt tu kat mens area),dah ah suara pun makin besaaar. hahaha. Sekarang selalu call rumah asyik terkejut ada suara jantan macho, sebab rumah aku penuh perempuan, lelaki dewasa hanyalah bapa seorang yang bersuara lembut. ya, soft-spoken juga.

pakaian sunnah adalah pakaian bila terlihat, maka 'terasa' didakwah


membiarkan diri tanpa menutup aurat umpama membiarkan diri berjalan seorang diri di dalam terowong pejalan kaki bawah tanah depan Masjid Negara. Risikonya, sama ada kau selamat sampai hujung, atau kena kacau dengan jejaka-jejaka pelik, oh lebih malang kalau kena R&B. apaitu? rogol & bunuh.

*
*
*


Oklah, berbalik kepada cerita ofis dan baju kurung tadi, saya tak kata officemates semua gatal belaka tengok saya atas bawah atas bawah, diorang semua baik-baik saja. tapi perasaan tak selamat tu yang datang terjah-terjah. Sungguhpun begitu, bukankah mendapat pahala dengan berpakaian sopan dan menutup aurat, sambil menyelamatkan mata-mata lelaki dari mendapat dosa dan boleh bekerja dengan tenteram.? sungguh cumel ayat inih. :P

Oh ya, kebanyakkan mereka lulusan kejuruteraan mekanikal, sebab tu department engineering, so, teramat faham bila diorang memang dulu-dulu ngadap rakan lelaki saja, rakan perempuan kat fakulti, 1 dalam 30. Mesti tak akan selesa bila tiba-tiba ditengah mereka muncul bunga yang raged maged kan.kehkeh. kunun sja bha.


Now, i'm thinking to try t-shirt labuh dan kain. How? Belum cuba, sebab tengah cuba nak cari skirt labuh yang best. Yang jeans dulu tu dah bagi adek hoh.

Ke, ada orang nak bagi hadiah? ok jugak. Hadiah sempena saya-mahu-berobah haha


Kejab, kalau pakai kain pun, kena pakai seluar panjang kat dalam. ini baru betul-betul selamat


++Ramai-ramai lelaki datang terjah entri ni, sebab nak cuba jadi superhero?.. muahaha

Sunday, May 22, 2011

Di saat mereka memerlukan anda. Do you care?




Rumah saya juga bersebelahan dengan kawasan bukit. bukan sikit-sikit punya dekat, memang dekat sangat-sangat. Untuk pengetahuan, bulan April dan Mei adalah bulan tanah runtuh. Bulan lepas, rumah jiran saya hampir-hampir diranapkan oleh landslide.

Selaku rumah yang dekat dengan bukit dan tanah tinggi, kami amat memahami situasi tanah runtuh-meruntuh sebegini. Ini bukan masa untuk bertekak rumah kau ada CF ke tak. Kalau CF tip top, tapi runtuh jugak..apo nak dikato jang oi.


Jesteru itu saya ingin menyeru kepada semua, hulurkan sumbangan ringankan beban Rumah Anak Yatim Al-Taqwa Hulu Langat, yang baru saja dipenyek-penyekkan oleh segerombolan tanah. isk isk. kepada Dia kita kembali, kepada Dialah kita memohon perlindungan.

sila bank in kan sumbangan anda kepada;

Bank: RHB (2621 2000 0047 47)
Atas nama: MUSLIM CARE
Tempoh kutipan: 21 Mei 2011 hingga 31 Mei 2011 (dilanjutkan jika ada permintaan)

a) Nama penderma
b) Jumlah bank in (derma se ikhlas bulih)
c) no. telefon
d) tarikh bank in
e) masa bank in

dan rajinkan diri anda emailkan info di atas ke tabungmzmfc{at}gmail.com, bagi memudahkan pihak MZMFC, nak tau mana satu derma ikhlas mana satu nak riak. eh acah jer :P Heh tu bukan kerja MZMFC tu kerja Allah.

Yaa...untuk memudahkan urusan rekod-merekod. kang derma ko tak masuk tabung, mana taw kan. :D



Oh ya, tabung ini dilancarkan oleh Maher Zain Malaysia Fan Club. Kalau beli CD Maher Zain boleh..takkanlah derma sikit tak boleh kan kan :)

psst cek nin, kitorang main sedut lagu je tak beli CD pun. Oh.ek? Ko nih, ta baek taw. Di sebabkan anda hanya tau sedut, tapi tak beli CD pun, seharusnya anda rasa bersalah. so kena derma lebih-lebih yeah. nak senang kira, harga CD darab 3. LOL



kepala penuh tanda soal? nah, tanya di sini
Ingatlah, mereka tersangat memerlukan bantuan anda.

Muslim care. We care, we share

Thursday, May 19, 2011

terasa lucky walaupun terlambat keretapi

DATC* dihatiku


*Dewan Agong Tuanku Canselor
*batch pertama yang mengadakan sesi rakaman membaling mortar board dalam DATC


yes, i'm always lucky.
haha

*
*
*

Tanggal 18Mei2011, persidangan ke-8 istiadat konvo bersidang. Jam 12.30 sudah dipanggil masuk dewan, jam 2.00 baru pensyarah dan pro-cans masuk =_= so siapa-siapa yang rasa nak konvo sidang petang, next sem, sila makan tengahari seawal jam 10am ok.

Jam 4.00 baru nama aku dipanggil wohoooo. bukan takat kebas, rasa macam nak naik kematu montot dah. hahahaha.

Untuk ini, saya memang lucky lagi, terima kasih dekat orang belakang yang sentiasa buat lawak boleh blah sepanjang sesi konvo berlangsung. hahah. kalau tak.....kalau tak, apa yeah? posisi kerusi aku betul-betul kat tengah-tengah alam, paling depan, mengadap muka pro-canselor, jangankan tidur, nak menguap pun asek kaber line..sebab muka asek masuk camera. uhukk.

habis tu, kau gelak ketawa tu tak masuk camera kah?

err sekurang-kurangnya bukan muka tidur yang masuk camera kan... :P


Saya harap pro-canselor tak terasa hati, sebab budak-budak yang duduk depan beliau, sepanjang konvo asyik ketawa saja. heheheh. lepas tu siap boleh bertakbir bagai. ada orang tak sabar nak pergi muktamar Pas kot. LOL

Disebabkan tiada waktu solat diperuntukkan =_=""" sekarang kita boleh lihat siapa yang tak kisah tinggalkan solat, siapa yang macam kepanasan sebab dah jam 4 petang tak solat zohor lagi.

saya tabik kat orang belakang saya, yang turun pentas, terus lari pergi surau. Thumbs UP you guys! memang belakang aku guys belaka. Tapi orang KL yang tak pergi surau pun...sampai laaa habis konvo jam 5.30petang pun..ada jugak. Baiklah, orang KL memang takyah la nak perasan boleh jama'qada' kalau setakat shah alam. hohoh. tapi walau ada kias-kias ulama, boleh jama'qada' atas sebab-sebab darurat...chopp! lepas ambil sijil, anda dibenarkan ke surau. so bukan darurat la yeh :)

perhatian khas buat untuk yang bakal bersidang next sem (:

yang perempuan pulak tiba-tiba darurat sengaja, sebab nak jaga make-up. tak baik la awakk.. Allah bagi muka dah cukup sifat, awak pergi make-up lepas tu sengaja taknak solat.

tapi untuk saya, kali ni, rasa lucky lagi sekali. sebab saya memang takyah pergi surau, walaupun rumah berjiran dengan DATC. :P Tercepat keretapi namanya. kalau tak paham, sila abaikan. ohoh

usrah notes: lucky = murah rezeki.


++nampak apa-apa tak kat batu, dalam gambar tuh?

Saturday, May 14, 2011

Merong MahaTakKuasa

rindu nak tonton Lord of The Rings. heheh



bila terlihat iklan Merong Mahawangsa, kepala teringat Lord of The Rings.



bila ternampak muka Stephan Rahman, teringat lagi Lord of The Rings. haiz



tapi antara Lord of The Ring dengan cincin kawen mana lagi best? :P kehkehkeh (macam ada unsur kemiangan disini. haippp!)

ya, saya sudah tonton Merong Mahawangsa yang dikatakan best tuh. sebab ramai sangat cakap BEST. maka saya pun tonton ah.



BEST KAN? BEST KAN?




1. CGI cantik tertarik.


Kalau dibandingkan dengan filem berCGI KRU yang lain, especially Cicakman, Merong Mahawangsa tersangatlah better. Dalam Cicakman, dengan jelas kau akan heran apsal Apek dah tergantung kat siling macam cicak, tapi rambut panjang dia sikit pun tak terjelir, lepastu t-shirt tetap melekat kat perut. hahaha. aku dah konfius graviti kat Metrofulus tu sebenarnya celah mana.



2. tapi maaf cakap, R&D very baaaaaad. yeah..tersangat teruk.



Kau bayangkan eh, orang Itali jumpa orang India, pastu borak sekali dengan si Merong tuh, guna English woo. Lepas tu Putera Rom borak dengan Puteri Cina (bakal isteri dia) guna Bahasa Inggeris jugak. Walaupun Puteri Cina tu dah habaq,yang dia boleh bercakap dalam banyak bahasa. Apsal dia tak cakap Itali ja?


picture googled

Puteri Cina dengan inang dia pun borak guna English jugak., yang sepatutnya guna Bahasa Cina lahh. =_=' kenapa malas sangat kau nih Yusry.


Kalau kita lihat dalam Pirates of the Caribbean, Chow Yun Fatt guna bahasa cina dengan krew kapal dia. alah, secara real, depan mata kau pun, kalau orang kelantan jumpa sesama diorang dekat KL pun, diorang terus guna dialek kelantan le giteww.. lepas tu kau kat sebelah diaorang bukan orang kelantan, dah kecik ati dah. hahaha XD


kalau Yusry baca belog saya (kekononnye laa)



"Yusry, saya sangaaaaat kecewa dengan penggunaan bahasa dalam
Merong Mahawangsa"


-(ceknin chakpong, 2011)



Dan lebih teruk bila, Putera Rom telah mengeluarkan taekwandonya..hahaha. what daaa???

Kalau ditonton dalam filem Queen of Langkasuka, menurut hikayat dimana Queen of Langkasuka nih keturunan si Merong Mahawangsa... walaupun pembuat cerita ni orang Thailand..tapi diorang guna silat Melayu dalam cerita nih. Dah tuh apahal Putera Rom pakai taekwando, aku sampai jatuh rahang tengok dia berlawan.

Oh ya, Stephan Rahman juga telah gagal dengan jayanya. Kalau dilihat orang Melayu bercakap, lagi-lagi orang zaman dulu..MESTI ada ton dan lenggok dalam bercakap. Contoh lenggok orang melayu dulu-dulu

"apalagi yang boleh menconteng arang di muka Maharaja Cina!.... kalau bukan anak gadisnya...." -Khir Rahman sebagai kamawas. Nampaknya Khir Rahman lebih berjaya, sebab aku dah boleh hafal skrip dia... macam si usop wilcha :P

yang si Stephan bercakap punyalah streeeet jek. takde ton, takde lenggok. ouch. saya memang Melayu tulen. harr~


3. Jalan cerita terlalu singkat dan garapan yang tak seberapa. *pehh.. ayat.

tau tau saja berlawan, tau tau saja dah habis. macam..."aik? tu je?" lebih lawak kalau kau terkonfius, ni dah habis ke ada sambungan nih? aku siap pergi tanya orang sebelah lagi tuh. haha.

Tak jumpa apa yang mengujakan, sebab jalan cerita dah boleh agak. uhh.. Senang citer la...Merong Mahawangsa masih tak boleh menandingi filem historical-fantasy antarabangsa.

Kalau letak sebelah Kingdom of Heaven pun..awal-awal dah kena tolak tepi. lalala~memanglah pun.

Kingdom of Heaven...my fevreett~~ kalau dalam filem ni, 5minit pertama kau akan excited. 10minit seterusnya kau dah panic-excited, hapa punya ayat neh. Lepas tu part tentera Salahuddin Al-Ayubi dah datang..bulu roma kau dah meremang. Bila diorang jerit Allahu Akbar jantung dah berdegup kencang..eceh :p dan bila masuk part tentera Salahuddin dah serang dan runtuhkan tembok kota suci, kau rasa nak menangis. touching.

bukan aku je rasa, bekas housmate aku yang rajin mengemas rumah tu pun cakap benda yang sama, padahal dia tonton Kingdom of Heaven sorang-sorang. err


0h ya..saya memang peminat filem historical-fantasy-advanture. memang Merong MahaTakKuasa.
dah ah, nak tengok Imam Muda. muhaha

Monday, May 9, 2011

exaaaaaaam. stressssss!! tolooooong!

sekarang musin final exam. wuhooo. kalau budak UiTM lagi seminggu lagi habis la.

kitorang stress! kitorang stress!! -students

kepada para student sekalian, korang tau tak, lepas korang jawab exam, ada orang sedang menunggu masa untuk stress

"eee budak ni apa dibuatnyeee"

"sape budak nih? *tengok list nama* hah! patut pun, selalu tak datang kelas, padan muke takdapat jawab"

"lantak la engkau...siapa suruh tak datang kelas aku"

"soalan buku pun takleh jawab!"

"hah, ni boleh je jawab..apsal orang lain tak boleh...hish"

"aaaaa~~ budak dah habis paper, ada paper bertimbun nak kena tanda"


wahai para students sekalian, itulah word yang terkeluar dari mulut para pensyarah anda ketika menanda kertas jawapan anda.

cuak tak? cuak tak?

muhahaha


so, kalau agak-agak dah habis jawab soalan tu, jangan lupa berdoa banyak-banyak, agar dilembutkan hati penanda kertas dan jawapan anda tidak dicemuh sedemikian rupa. amiin

ah, yang penting tawakal mesti ada selepas usaha dan doa :)



weh, kau ingat aku rekacipta ke ayat-ayat di atas? huish, aku dengar live neh.


yang penting aku berasa sangat happy sebab dikala korang tengah bertungkus lumus jawab soalan exam, aku happy happy saja. tak stress. muhahaha *next sem siap la ko nin*

Sunday, May 1, 2011

Kita bukan pinnochio, menipu 69 kali pun tetap berhidung pendek. Jadi berapa harga sebuah kejujuran?

Sebuah sekolah dipinggir kota Kuala Lumpur, di dalam kampung tradisional Melayu.

Seorang guru di hadapan, sedang mengedar kertas peperiksaan, sudah bertanda. Ada gred A, B, C, D.

Pelajarnya menurut arahan untuk kira balik markah yang diberi.

Seorang kanak-kanak usianya 10tahun, maksudnya, masih darjah empat, tiba-tiba menjerit. sebab dia duduk paling belakang *ketua kelas le katekan* tiap kali nak cakap dengan cikgu, mesti kena jerit.

"cikgu!! markah saya ni, cikgu dah salah kira" sambil berlari-lari dia ke meja guru.

"awak kira dapat berapa?"

"78"

"saya bagi?"

"80"

"oh, saya dah terlebih dua markah. Ok, saya betulkan. tapi dalam rekod, saya tulis 80 jugak ye"

"kenapa?" budak kecil dah garu-garu kepalanya yang berlapik tudung.

"sebab awak jujur, dapat 2 markah bonus"

*
*
*

Telah sepuluh tahun budak kecil menjadi remaja. lagak orang remaja memang selalu gila. Dipendekkan cerita, kena kira overtime claim sebuah company yang...takdela gila pun.

staff company yang bermacam perangai.
ada yang jujur, claim ikut masa yang tepat dengan senarai punch-card.

ada yang pandai-pandai sendiri genapkan masa, kalau 17:28, terus letak 17:30 dalam borang claim.

tapi ada jugak berperangai mangkuk-tingkat, sepatutnya boleh claim 2jam setengah, bukan main dia genap jadi 3jam.

kalau sekali, mungkin kita consider dia tersalah tulis, atau tersalah tengok, tapi kalau dah berkali-kali, perasaan nak koyak je borang claim tu ...memang ada.

Seorang remaja perempuan yang memahami erti dan etika kejujuran sejak 10 tahun lalu, kadang-kadang, masa yang tertera di punch-card 17:53, selalunya perempuan ini akan baik hati genapkan 18:00 untuk dapatkan 1 jam. tapi fed-up punya pasal tengok borang claim si mangkuk nih, tapi tak sampai hati nak koyak, terus letak 17:45, untuk tepatkan 45minit. nak bagi senang kira la weh.

perempuan tadi, mengira borang claim sambil membebel "nak tahu orang tu jujur ke tak, tengok dia claim pun cukup"

"betul betul" jawab orang sebelah



Lepas nih, tengok staff tu sambil tersemat rasa tak-boleh-caya-dah-dia-nih, and really wish his nose getting loooonger like pinnochio.



jadi berapa harga sebuah kejujuran?

kiralah sendiri, berapa harga maruah kamu. itulah harganya.


nak lagi senang cerita, kau jujur, murah rezeki. entri habis.saya lapar, baiii. eh..salah..Wassalam :D

selama kita berjauhan, cinta abang pada Nin macam mana?


tutup aurat, anda sihat! :D

satu. lamaanyaaaaa tak update belog. kali terakhir 27 mac, sekarang sudah Hari Pekerja. Jadi, bulan April langsung tiada post. oh no. err 27 mac itu macam tarikh.... em... *buat2 lupe*


dua. Hanin hilang pergi mana?


tiga. selama bulan april saya memang kehilangan diri sendiri. saya pun tak tahu pergi mana. hahaha. sampai terlepas tarikh 4 april, lantas terbuat-buat lupa jugak. kahkahkah.


empat. bulan april juga termasuk bulan sedih. sedih sebab kena reject seumur hidup dengan Masterchef. fulamakkk Hanin register Masterchef laaah!! nampak beno nipu, goreng telur pun asek kantoi. err sebab saya memang tak makan telur, nak suh goreng telur setahun sekali pun susah, mau tak kantoi. hehe.

Enolma kawan saya, kene reject Masterchef sebab dia budak foodtech. cih. kalau budak kulinari-nari logik la jugak. =_=


enam. Mubalahah nak buat, Qazaf tanak buat. bang%ng. =_=




lapan. Disebabkan saya memang pengamal 'bercinta lepas kawen' jadi antara saya dengan encik matematik pun macam tu jugak :P sebelum 'kawen' dengan encik Mat, saya memang tak inlove sangat pun dengan dia. bile dah lama-lama 'kawen' semakin hari semakin sayaaang. ewahh~
Pendek kata, kalau orang offer si budak archi dekat depan hidung aku pun, aku tak heran dahh. hekhek

Dan, apa yang saya buat sekarang memang takda kaitan langsung dengan 'laki' saya. kira macam dah kena 'cerai talak satu' haha. dan sekarang teramat rinduuuu dengan encik Mat. dududu. encik Mat rindu saya tak?


sembilan. dah macam orang giler talak pulak aku rasa nih. hahaha.


sepuluh. Apa yang kita buat, jika ikhlas kerana Allah....saksikan kemanisan dihujungnya. Jika berpisah kerana Allah... saya ternanti-nanti semoga kita bertemu kerana Allah juga (:


1belas. sebenarnya hanin tengah buat apa?


2belas. rasanya tadi, saja nak buat entri mukadimah ja, da terrrpanjang pulak. eh jap, mana no. lima. ?