Chakpong FC

Sunday, November 28, 2010

anak sumbu

adik bongsu saya berusia 7tahun.

"ayah, anak sumbu tu apa?"

"entah..ade ke anak sumbu?" jawab bapa.

Saya menyampuk, "mana ada anak sumbu, badak sumbu ada lah.."
"badak sumbu tu..badak lah" explaination terpaksa sesimple boleh untuk budak bawah umur macam ni. konon. padahal memang malas nak explain. haha

"oo.." adik saya senyap selepas huruf O

*
*
*

30 saat. dia sambung..
"..habis kalau anak terakhir kita panggil apa?"

terus pecah gelak semua orang.

"oooh nak cakap anak bongsu ke? apsal terkeluar anak sumbu?"



esokhari. bapa baru pulang dari kantor, terserempak adik bongsu dicelah langsir,

"anak sumbu dah solat?"

si sumbu bajet cumel

AWARD. belog cantik!

baru bercita-cita nak tukar kecantikan belog. yelah. hari-hari duk ngadap beliau, takkan taknak make-up skin lagi-lagi di waktu senggang begini. tapi *drumroll

bila cik ateen bagi award belog santek. terus tak jadi tukar layout wey! bahaha.

btw, thanks so much ya teen. takpernah orang cakap belog aku cantik. (eh pernah, seje je buat-buat lupe.keh3. getout!)

nah!
berikan satu nick name tuk pemberi award
ateen tonceeeeet! kenapa nama dia toncet? owhh, itu hal dalam wing, tak boleh cerita merata kat orang. haha

ucapan tuk pemberi award
ateeeen! aku berasa teruja. haha. and sesangat thanks yaaaaa. luv yaaaa. selamat berkonvo bersama konco konco XD

berikan 6 artis/ singerband yg kornag minat
maher zain
maher zain
maher zain
sami yusuf
opick
christ daughtry tingtingtingtong

takda orang Malaysia. waaakahkah. teruk la lu beb!

bagi award ni kpd 7 blog yang cun dan cantik

-sangat minimalis dan sering bertukar kain langsir belog. rajin beno ummul menjahit langsir belog XD

-sangat cute! macam tuan dia jugak

-pondok beliaw stylo mylo

-teratak usang tapi informational. usang yang santek~

-mereka sedang buat contest taman-taman idaman. sehingga 10dis. silalah join. aku melopong saja sebab takda gambar dalam taman T__T (taman negara boley ah?)

-gojes blog! tuan dia pun gojes! :D

-i sukak wallpaper you ~

(kecantikan ini mengambil kira tahap kelajuan belog masing-masing.ceh)


++tapi sebenarnya akan tukar juga nanti. sebab yang ni aku rasa macam....berterabooo

Saturday, November 27, 2010

Contest :: Kids & Baby Photo Contest

sehari entri sampai 2. tapi sebab tetiba kena tag contest macam nih. baiklah. sebab cik Hidayah punya pasal. saya layan
(gaya macam tak suka kena tag konon. baahaha. takdela. i suke mestilaa. thanks ya :D )

gambar banner. wajib!
syarat -syarat penyertaan.

1. anda mesti menjadi follower blog kedua saya.
http://sweetlikekisses.blogspot.com/
Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)
okey yunk~

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

1.aniskuh http://an-niq.blogspot.com/
2. irah hajerah http://irahhajerah.blogspot.com/
3.fathinah! http://norfathinahzakaria.blogspot.com/
4.amalina rashid http://amalinaaa.blogspot.com/
5.ummul khairiah http://sixtosixth.blogspot.com/
6.kak kay http://k-complicated.blogspot.com/
7. koda http://nurshahadah.blogspot.com/
8. nabila lukman http://nabila-lukman.blogspot.com/

3. letakkan banner contest di sidebar anda.
done bebeh! done!

4. anda mesti sertakan satu gambar.
tidak kisah gambar anda zaman baby, zaman anda budak budak, gambar adik anda, gambar anak anda, gambar anak saudara anda.

ini adik saya. gile macam kakak dia. XD

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.

nah!

hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.

kalau lelaki dapat t-shirt HATE HERO

*kak safiyyah, perempuan takboleh dapat t-shirt ke? hoho

tarikh tutup sehingga

15 DISEMBER 2010!
baru dilanjutkan.

faktanya ialah, rakyat Malaysia memang senang kena tipu!

Kena tipu RM26,000 mentol ajaib

KOSMO!

terlalu selalu keluar berita macam nih. pelik bin lampu ajaib. kenapa orang boleh bayar ribu-ribu semata-mata nak beli benda mengarut? tak terfikirkah mereka. bila baca betulbetul, Kosmo! tulis..

"...disangka ‘batu geliga delima’ kononnya boleh digunakan untuk menyedut duit yang dibeli dengan harga RM26,000..."
nak sedut duit sapa ya ha?

Otamak,
Otagi,
Orang tamak,
Selalu rugi. XD


kalau kes kena pukau tu lain cerita la ye kan. amalkan baca ayat kursi selepas solat dan tiap kali keluar rumah, insyaAllah dijauhi bendabenda jahat camnih.

mintak pada Allah ah. bukan pada batu ke hape ke.

*
*
*

penipuan kes lain.

rakyat Malaysia terlalu mudah memberikan maklumat peribadi di mana-mana laman web. contoh terbaik FACEBOOK. segala jenis profile peribadi dia nak letak, anak berapa orang, sijil banyak tinggi sampai pHD semua bagi tahu. kadang2 lagi best, link anak beranak semua letak. woah!

sejenis 'penipuan' yang korang tak tahu. tapi berhati-hatilah. ;)


++ummul khairiah bagi giveaway! cepat hantar email. siapa cepat melompat! yahoo~

Thursday, November 25, 2010

desktop saya dah ada antenna

kerja-kerja berseni *kononkononnye

sejak bila desktop pakai antenna? yaa.. sejak wujud manusia bosan taktahu nak buat apa bila emak suruh temankan ke tapak pembinaan. 2jam tunggu emak bual pusing sinisana dengan kontraktor. berbekalkan jari jemari mulus..bersama otak kanan yang secukupnya. dawai pun jadikk

ini apa? dawai

mula-mula buat badan dia dulu. bengkok kan dawai mengikut sesedap rasa

lepaih tu pencawang dia pulak. antenna sekarang dah pakai cawangan

then, pasangkan mengikut sukahatiaku.
taraa~~ maka, terhasillah sebuah karya.

kemudian, dengan rasa tak bersalahnya, sila pakaikan di kepala desktop masing-masing. kalau desktop kau taknak pakai pun, kau paksa je dia pakai jugakk

antenna bukan sebarang antenna. antenna ni dah tukar job, dari penarik gelombang kepada notes holder. turun pangkat katenye

yeahh biarkan desktop anda bergaya bersama notes bajet comel

sungguh arty. waka waka. heh, appreciate la sikit. dah lama saya tak menghasilkan karya seni sebegini. sejak tamatnya kertas seni visual SPM. amik kos math manada sempat nak berkarya konon-kononnye.. ..paling berseni pun lukis graf je. cehheh.


++eh yang takda desktop, berangan jela nak buat. hahaHAHA

Wednesday, November 24, 2010

blog BUKAN KISAH CINDERELLA pro ainulmardhiyyah

tengah-tengah malam buat aku ketawa sorang-sorang. bendalah ni lah.


tak tahu kenapa ada muka AINUL dekat linkwithin belog BUKAN KISAH CINDERELLA. owner belog ni IRAH HAJERAH

mula-mula aku pun blur, sejak bila IRAH buat muka AINUL jadi pelaris belog '_'?

lepastu ade lagi. bhahaha. tapi yang magik nye..bila bukak entri tersebut, takde pun muka AINUL. XD

siapa ainulmardhiyyah? beliaw rakan saya. siapa irah? rakan saya jugak.


malam-malam begini rakan-rakan buat saya ketawa. terima kasih ya sayangsss XD. LinkWidget punye keje.

++aku tolong promot anda berdua. kawans..sila bayar saya. :P

Monday, November 22, 2010

makbapak zaman sekarang

"saya berbangga la dengan anak saya, dia memenuhi impian saya. dulu saya nak jadi, mak saya tak bagi..sekarang saya sangat galakkan anak saya menyanyi. saya bangga dengan dia."
-ibu penyanyi cilik
O.M.G
sujud syukur, itu bukan mak aku


mungkin dalam kubur esok, dia harapkan anak dia doakan dia melalui nyanyian.


mungkin.

Sunday, November 21, 2010

asal raya je demam. asal demam je raya

Raya dah habis daaa.

rendang pun dah habis. =_=

tapi macam biasa kempunan tiap kali raya, mesti tak puas makan. sebab, demam+sakit tekak+kepala

pengulangan sejarah aidilfitri di aidiladha. emangnya ada sumpahan demam-ketika-raya di usia 21 belas? fufufu

*
*
*

alhamdulillah, sekarang demam dah ok. tekak sikit lagi ok. kepala?
ohh kepala makan apa jenis painkiller pun tak jalan langsung. panadol dah kene rejek. tah apa nama menatang tu aku telan..pun dah kene rejek jugak. total up.. sakit kepala sudah seminggu lebih. sakit kepala dibahagian sebelah saja. ini namanya migrain, atau....


ada alien dalam kepala saya, macam ni

ohh comelnye alien kepala saya. apsal kau tak pakai baju ha??

kifarah. doakan saya cepat sembuh. amiin

Monday, November 15, 2010

Budak batch aku perlu retake calculus III. sila ambil perhatian

Bayangkan saja anda pelajar akhir sebuah universiti. tetiba seluruh batch dapat surat berbunyi begini

"Kepada pelajar yang mengambil subjek MAT249(calculus III) pada sem Julai2009-Nov2009, diminta untuk mengambil semula subjek tersebut pada tarikh bla3.....diatas sebab kebocoran soalan. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan anda gagal diberi status tamat belajar"

berhempas pulas aku belajar calculus balik.sebab tarikh diberi 2 hari saja. perah hotak bagai. kehulur ke hilir carik nota. ye ah..bukannya baru ambil subjek tu. dah setahun lebih meninggalkan bliaw. adui

tibanya tarikh exam. entah macam mana aku lupa hari tu ada exam.

dah menggagau mesej lecturer. tetiba ada rakan kata..
"ohh awak boleh join group lain, tarikhnya...bla3"

boleh pulak exam lain-lain hari ek?

bila tiba tarikh exam group lain., aku ada masalah nak datang. masalah famili.

punah impian dan harapan. Tuhan je tahu bagaimana sakit jiwa aku nak kena extend 1 sem semata-mata sebijik paper. grrr..


ok done. tu mimpi je.
mimpi paling sheeeet kau tahu! sudahlah sakit kepala demam. makin sakit kepala aku sebab tetiba otak dipaksa study calculus laju-laju gila 2 hari je. cis.
bangun tidur, siap tarik nafas panjang-panjang sebab tu mimpi je. frrrttt


++ tips belajar calculus: boleh jadikan PatrickJMT sebagai rujukan. sifoo ini sangat best okey :)

Sunday, November 7, 2010

Entri Seram: Rakan Serumah Bertambah Lagi Sorang

Duduk rumah ni 5 purnama saja. tapi macam macam cerita yang keluar.

ini entri yang serius seram. baca diam diam


jam 9 malam

cik Barney rakan sebilik saya..keluar rumah dengan cik Ryna rakan serumah bilik sebelah. sebilik dengan cik hAin. cik farid pegi melaka. cukup 5.
pentulis belog sedang makan bersama cik hAin. kira hanin dan hAin makan berduet la gitu.

lepas makan... penulis belog dah ngantuk. melampau kan aku. lepas makan nak tido. haha.
harap maafkan saja, asalkan iltizam nak study sambil tak ngantuk akan tercapai.


jam 11 malam
aku bangun dengan girang *sila imagine muka gumbira bangun tidur tak ngantuk*

dalam perjalanan ke toilet.... (macam la toilet jauh sangat ek)
melintaslah saya di hadapan bilik cik hAin. saya terlihat kelibat cik Barney. berbaju hitam duduk diam. "ohh si Barney dah pulang.." monolog hati. cik Ryna me
mang macam biasa stayed-up di rumah misChinta.

pelik jugak.

pelik sebab langsung tak dengar sesuara pun dari mereka. p
adahal well-known makcik dua orang ni kuat ketawa kadang kadang extra jerit sekali. hoh hoh.

selesai keluar toilet..saya macam ternampak 2 orang juga. malas nak kisah apa. saya ambil buku..ewah ewahh study dekat ruang tamu.

gigih sangat study sampai jam 3 pagi kau. hueh3.



jam 3 pagi

saya baru perasan cik hAin dah tutup pintu bilik. pelik lagi sekali.

sebab jarang cik hAin akan tutup pintu bilik kalau berdua.


jam 3.10 pagi

dah ah. ngantuk. lalu mentidurkan diri lagi. double pelik dan aneh lagi sekali. cik Barney tak angkut bantal selimut dan Barney dia pun. ahh aku blur mengantuk. malas nak jalan ke bilik sebelah hantarkan bantal. heh.


jam 6 pagi

"assalamu'alaikum...haniiin oo haninnn" 4x. suara dari luar.
tapi suara cik Barney. haku dah konfius dah, asal si Barney ni kat luar pulak.

"kau dari mana?" soal saya. sebab cik Barney baru pulang dengan cik Ryna.

"dari rumah kakngah lah. aku tidur sana"

"eh,bila masa kau keluar?"

"tadi la..sekali dengan Ryna"

"ehh kul berapa?"

"laaa tadi la masa kau makan. lepastu aku balik kejap. then keluar balik kul 10 camtu"

"kau keluar balik tu, masa aku tidur lagi lah, ek?"

"ha'ah laaaa.."

"habis, kul 11 aku bangun tidur tadi, hAin dengan siapa??"


hAin cakap, dia sorang-sorang saja masa dia nampak saya pergi toilet jam 11. =_=



++kalau ikutkan hati, aku nak mintak dia share bayar duit sewa rumah. hahaha

Saturday, November 6, 2010

tarif air Johor paling mahal!

Mula-mula memang pelik bila pertama kali bayar bil air dekat Johor, pehhh mahal!

kenapa saya cakap mahal?



sebab RM40+ sebulan berkadaran 5 orang serumah, takda mesin basuh, tak masak pon, takda basuh kereta, mop rumah tak jugak, siram bunga apatah lagi...sebab takkan nak siram rumput. =_= pendek kata air digunakan hanya untuk, mandi, basoh kain, masak air, berak kencing. lain tada~


tak berkadaran langsung dengan rumah aku dekat KL. serumah 8 orang, weekend2 kazen makcik2 semua datang.ada mesin basuh dua bijik. siram bunga bagai. masak lagi.baru RM5. whatt???? RM5??!!!


takyah caya beb, rumah aku air free. sejak bila KL air free nih? haa meh laju2 pindah KL. KL air free. haha. tipu je ah.


sebab dekat rumah KL ku ini pakai air bukit. waah. sila excited. walau tinggal di KL, kau pikir sini takda air bukit? belakang rumah guwa siap ada perigi~ sila excited lagi. jadi, kalau ada warga KL yang terputus bekalan air..sila datang rumah saya ambil air atau tumpang mandi. kalau tumpang basoh baju aku cas, sekali basoh RM5.kah3. ehhh bil elektrik tak free arr. :P


ok fine, memang air dekat Johor mahal. bila housemates cakap camtu dah saya terpaksa percaya sebab rumah makbapak diorang air tak free yeah.


teori itu benar belaka bila...
lalala~ kadar teratas Johor =_=


dan sekarang buat PELARASAN TARIF AIR. dah ah mahal. naik lagi~ kesian orag Johor.

nasib aku baik, bila baru semalam aku pindah dari Johor ke KL. entah la..wutever you say. =_= tah berapa kali guna emoticon neh. heh.

selamat hari raya 1Malaysia

Kalau Deepavali serentak dengan Hari Raya, kita panggil

DEEPARAYA


Kalau Gon'Xi Fa Chai serentak dengan Hari Raya, kita panggil

KONGSI RAYA


abis kalau Deepavali dengan Gon'Xi Fa Chai tak pernah serentak...tetap ada nama, tapi..
kita panggil apa ya? emak saya cakap...

KONGSI GELAP

;D ;D ;D gurau2 seyhh. jangan marah. Kita 1Malaysia maa~


++happy2 raya. aiduladha dah nak dekat. bukan main pulak aku :P hepp siapa belum habis exam pegi study!

Monday, November 1, 2010

Dinar emas mampu henti perang mata wang - Dr. Mahathir


KUALA LUMPUR Nov. 1 - Kerajaan di seluruh seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, penyusutan dolar AS mewujudkan masalah bagi negara-negara memandangkan mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.

"Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu, akan menyumbang kepada krisis,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, emas mempunyai nilai intrinsik dan oleh itu merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang. - Bernama





bukan ke dulu Tun yang pergi 'gantung leher' Ringgit Malaysia dekat Dolar US? err ke salah fakta nih? oh oh. zaman tu saya masih sekolah rendah lagi. budak kecil yang suka ambil tahu pasal politik dan kenegaraan.haha.

apa-apa pun,sekarang kerajaan kelantan boleh senyuuuuum lebar-lebar~ :D