Chakpong FC

Monday, October 10, 2011

Bahana Tak Pakai Kain Dalam


picture credit

Kerja gila orang lelaki yang gatal. Tak, fakta sebenarnya, orang lelaki memang gatal.HAHA. Gatal je nak tengok. Cuma yang membezakan di antara lelaki-lelaki itu: ada yang terpandang, langsung berpaling ke lain. Ada yang terpandang, pandang lagi lama-lama. Ada yang terpandang, langsung angkat camera. Scary? Itu belum kira, sengaja pandang, lepas tu fikir bukan-bukan. (aku bekerja disekeliling lelaki, aku selalu dengar borak orang lelaki mengenai perempuan. cis! sebab tu perasaan dalam entri ini pernah terbit)

Itu lumrah lelaki. Walau tok imam sekali pun, nafsu mereka memang ada satu je iaitu nafsu kepada perempuan.(Hawa nafsu. Hawa=Perempuan) Takpe.. kita paham mereka manusia, bukan malaikat. Punyalah baikhati aku back-up lelaki hari ni. heh, bapak aku kan lelaki. (: 

*iklan kejab*

(kalau lelaki back-up perempuan lepas tu cakap sebab mak dia pun perempuan, adalah sangat comel. Jadi aku juga back-up lelaki sebab bapa aku lelaki. aku comel tak? comelkan? perasan)

*iklan habis*

Tanpa kita sedar, kain yang dipakai nipis atau jarang. Tanpa kita sedar asalnya kain itu tebal, tapi bila di 'panah' mentari lalu 'menipis' (jarang)

Jadi, kepada muslimah(wanita Islam) sekalian, yang diyakini hanya manusia, bukan malaikat juga, (yang non-muslimah pun, kalau boleh): JANGAN LUPA PAKAI KAIN, DALAM KAIN.

tak taulah kalau korang memang suka nak tunjuk-tunjuk ;I

Tapi, aku pun tak biasa pakai kain dalam kain. Sebab aku pakai seluar dalam kain. Eh seluar panjang lah! 

Sebab, kalau naik tangga, naik motor, naik hangin, aku konfiden aurat takkan terselak. yoho!

Eh apsal naik hangin nin oi??

Masa muda-muda dulu, aku pernah naik hangin dengan klasmet lelaki (keje dia mengacau aku) Tanpa sedar kaki sudah naik ke muka. Tapi tak kena.dish. Lepas tu rakan lelaki kaget, muka terkujut. Lepastu lepastu..

lepastu???

Lepas itu, dia tersengeh kambeng sambil berkata, "eh pakai seluar panjang kat dalam ye?"

Aku tau, dalam hati dia tadi mesti tengah carik chance nak tengok kaki aku. cih,pantang ada peluang. (dah nama pun lelaki.)

Ya, selain itu seluar panjang juga boleh digunakan sebaiknya apabila nak kejar peragut, nak menjuring perogol bersiri, nak menendang lelaki yang buat sexual harrasment dalam LRT.etc.


Untuk perempuan yang ku sayang sekalian:
"Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang(disebelah dalamnya)"
-Riwayat Al-Uqayli,Dar al-Qutni dan kitab Kanzul Ummal

Hadis ni terbit apabila Rasulullah s.a.w. terpandang(lalu Baginda menoleh ke arah lain) seorang wanita yang terjatuh dari kenderaannya, lalu kainnya terselak. Wanita tersebut kemudiannya memakai seluar panjang, lalu Rasulullah s.a.w memujinya.

hai wanita tersayang, mahu dirahmati Allah tak?
sama-sama mahu dirahmati Allah, sama-samalah PAKAI SELUAR PANJANG DI DALAM bukan diluar. Eh aku kata seluar panjang kan? bukan tight pants kan? legging pun bukan..


nanti dulu! bukan perempuan je..
untuk lelaki yang ku sayangi juga: (geli ah :P)
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." an-Nur:30
Hai lelaki, kamu beriman dengan Allah? Tundukkan pandangan ya sayang...


Lelaki menunduk pandangan,
perempuan berseluar panjang di dalam.
Fair and square secure. *pantung3kerat

14 comments:

cik faiqah said...

ahaks ..sokongg ..selalu jumpe student mcm gituu.malu eden tgkk

budak ciput said...

seraaam nengok gambar tuu..

x kan x perasan kot kain y dipakai tu jarang??


well, wanita kn golongan y mudah ke neraka dan mudah juga ke syurga.

nk ke neraka pakai lah mcm tuh selalu.

**semoga menjadi ingatan kepada kita. nauzubillah.

:)

.::annemishi::. said...

uh... mana2 lelaki mesti juga ada gatal dia tuh. urrgh.. -___-
scary.

Aleen Aiden said...

astaghfirullahalazim..alin sebagai sesama kaum amatlah dukacita dgn gambar d atas.hu3

lelaki bila terpandang,angkat kamera tu yg paling horror!agaga~

penchacaiz said...

salam cik hanin,

saya syor cik hanin kite ni delete gambar yg dasat kat entry nih. kesian mereka. cube kalau gambar tu gambar saudara cik hanin, ape perasaan cik hanin? (sian kat laki cm sy, free dpt dosa kat blog nih..isk3)

mungkin mereka dah bertaubat dan berubah menjadi wanita solehah yg siap berniqab dan menjaga aurat. jadi marilah kita bersangka baik.

akhir kata, marilah kita tutup keburukan dan sebarkan kebaikkan. sunnah nabi saw taw..

okebai! (maaf terbebel)

reza al-razi said...

eleh.. pempuan pun sama gak.. suka tngok lelaki yg seksi2 mcm sy.. kan.. kan.. hehe.. so, kpd lelaki gak... sila la pkai seluar panjang..

perempuan menunduk pandangan,
lelaki berseluar panjang di luar.
(pinjam pantun cik anin)

aNdi.Hanin::حنين said...

@cik faiqah

kalau terjumpe tegur2 le..kemungkinan besar diorang xperasan. :)

aNdi.Hanin::حنين said...

@ipa faizah

yup. memang ada yang xperasan, tp mmg ada yang sengaja nak tunjuk. :(

aNdi.Hanin::حنين said...

@.::annemishi::.

dah nama pun lelaki..takleh kata pa la..kalau gay sekali pun haku tak caye LOL

aNdi.Hanin::حنين said...

@aleen aiden

semoga dijauhkan dari kita semua. amiin

aNdi.Hanin::حنين said...

@penchacaiz

wa'alaikumussalam wrt encik farid,

Memang sengaja aku tepek gambar tu supaya orang perempuan alert dengan apa yang dia pakai. Dan gambar tu dah di sensor muke nye..so tak jadi masalah. kalau aku cakap tu gambar aku pun, korang tau ke?

ini bukan isu nak mengaib orang, tp isu nak mengingatkan orang..yaa perlu diakui, orang perempuan memang selalu tak fikir panjang, atau nama lainnya pendek akal, (kau pun paham, perempuan 1 akal, 9 nafsu) dah nampak effect jelas2 macam gambar di atas baru dia paham.

maaf tervevel balik

aNdi.Hanin::حنين said...

@reza al-razi

dah tau kau seksi, perempuan suka tengok, yang dok sepah2 gambar merata tu kenapa?

ce tengok akak ko nih, aku tau aku cumel, tu pasal gambar aku x wujud pun kat dunia on9 :P LOL gurau2

Main jual beli pantun dah ni :D

nur hidayah said...

ouh mane gambar??? ekeke
rajennya adek ceknon update blog :P

aNdi.Hanin::حنين said...

farid dah suruh remove. pergi tanye dia :P

tu dah link ateh tu tekang laaa

(taknak remove!)