Chakpong FC

Thursday, April 29, 2010

Hello Pink

Hari ini Malaysia mengalami perubahan iklim. Iklim yang lebih sesuai dari iklim khatulistiwa.




KOC KTM UNTUK WANITA SAHAJA.

Tujuan koc ini memang bagus. mengelakkan dari dihimpit2 oleh kaum lelaki. Juga untuk mengelakkan sexual harrasment dari kaum lelaki. eceh! lagi? diseluk saku. eleh! kalau penyeluknya perempuan hapa jadah.

memandangkan warnanya ialah PINK, keputusan dewan senat memutuskan bahawa..

aku takkan masuk koc ni! geli kot!!

ITS TOOOOOOOOOOOOO PINK!! kah3

Iklan: lepas ni ada kuiz untuk pembaca.

Maaf bagi peminat pink sekalian alam, I ni perempuan yang geli dengan pink. tak tahu apsal. Tempoh hari kakak saya beli henset baru berkaler pink, aku dah sentak dah. nasib baik sweetpink.

Habis, kau rela ah kene himpit dengan lelaki kat koc yang tak pink tu?


Ehem, meh aku nak belagak sikit. sepanjang aku naik LRT ke ape jadahnye ke, kalau waktu kemuncak, orang cakap memang nasib tak baik. sebab berhimpit tu macam small matter je. memang nasib laa kalau kene himpit dengan lelaki. lagi ah cium sekali bau busuk diorang baru balik keje. kes3. tapi kan tapi, sepanjang pengalaman saya naik train di waktu kemuncak, saya tak ada masalah dihimpit pun. Malah mereka memberi laluan. =P Ni Princess Hanin nak lalu, tepi sikit! ...aneh bukan?

kenapa ya? takyah tanya banyak2.

jawapannya..

pada tudung saya. :P (wahahaha, kan aku nak cakap aku nak belagak)

Laluan hormat pada perempuan yang tudungnya tidak singkat, menjaga aurat. Bukankah janji Allah, menjaga orang yang menjaga dirinya hanya kerana Allah? :3 diorang pun takut nak dekat. Inilah seronoknya bercinta dengan Allah.

lalala~

tapi, kalau difikir balik, kalau sekarang ni saya memang sengaja naik train tidak pink di waktu-waktu kemuncak, ini namanya tawakal takda usaha. pehhh.

jadi, dewan senat mungkin akan bersidang semula =_=


okeh, soalan kuiz hari ini:

HAIWAN APAKAH BERWARNA PINK?

takyah jawab, aku jawabkan...



Hello OINK! OINK! hahahahahahmaaftiba-tibabertandukpulakhanin

eh tolong ah, next time kalau ada bas/LRT/Monorail/teksi/flight yang kewanitaan, tolong ah jangan PINK. rasa nak sentakgelisentap je.

nasib baik aku takpernah sentak bila lalu belog irah


Ijustwonder: mamat2 aww yang sukak merah jambu neh pasti akan tercabar jiwa tengok koc pink. nak join masuk jugak ke bang? =P

Wednesday, April 28, 2010

Rahsia Personaliti

Ini bukan tilik nasib. cuma kadang-kadang ada yang benar, kalau rasa tak betul, buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi..eceh! dan amaran pihak berkuasa, tolong jangan serius/obses sangat dengan bendalah ni, takut2 jadi khurafat, dosa tanggung sendiri haaa :)

okei, untuk mengetahui nombor lahir anda, sila
campurkan nombor-nombor tarikh lahir, sehingga ianya menjadi
satu nombor tunggal

Contoh:

14 September 1989
14 + 9 + 1989 = 2012
2 + 0 + 1 + 2 = 5

so the number is 5.

Keterangan nombor lahir..jengjengjeng


1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur
dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert
Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach.


2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.

- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang
lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.

- Mereka tidak suka bersendirian.

-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka
untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk
meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
President Bill Clinton,
Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.


3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa
berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.

- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster


4. Konservatif
- Golongan ini sangat pe
ka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang
sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara
sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan
alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik
terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
Neil Diamond, Margaret
Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan



5. Perintis
- Mereka adalah perintis.

- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil
risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.

- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan
mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
Abraham Lincoln,
Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.


6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.

- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.

- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.

- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.

- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin
persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang
tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane
Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang
tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
-
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka
tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan
dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi
penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu
belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare,
Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana


8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.

- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara
objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:
Edgar Cayce, Barbra
Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.


9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.

- Mereka sangat penyayang dan pemurah.

- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk
berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang
sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan
diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer,
Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.


anda percaya? percayalah sayang~

Monday, April 26, 2010

tajuk fikir kemudian

Alhamdulillah. sebijik paper telah diselesaikan, tak tau nak kira paper pertama atau kedua sebenarnya, sebab sebelum setadi week telah menyelesaikan satu paper lab. kalau macam tu, anggaplah semalam tu paper terakhir. wahahaha. hesh mana boleh, lagi 2 paper tu kau nak hampuk ke mana? next sem?? ui ui jangan.

Semalam, seorang wanita yang sejenis supan santun,cakap pun berlapik *aish malunye* bila selak saja kertas soalan, terus menyebut "vavi betul! soalan hapa neh??!!" tengokkk, aku tak pandai mencarut, boleh mencarut tiba2 neh. T___T

soalan yang tak pernah wujud dalam past sem question tiba-tiba menjelma. jengjengjeng. apa?? kau kata aku tak setadi?? ciss! masa tengah menembak soalan no.4, menggunakan IQ matematik budak 20 tahun, aku yakin giler aku tak pernah belajar topik ni dalam kelas. dengan kata lain, MUNGKIN lecturer ada ajar, tapi aku yang tak datang kelas.hahaha.

stress sudah. *tetiba rasa nak makan cokelet* dengan perasaan yang cokelet, lantas beristighfar panjang2. apela yang kau sebut tadi hanin..isk isk isk. "tunjukkan kami jalan yang lurus.." haa doa ni banyak-banyak sebelum angkat senapang nak tembak.


ini bukan coklet, ni dodol.


dan agak ajaib, selepas paper calculus III(last sem) paper kalini juga tiada yang keluar awal. waw! dah la tak keluar awal, sambil gigit2 pen, ushya mamat baju belang kat depan(sbb kaler ni paling obvious), walaupun tak tau sapekah mamat bertuah tersebut, tapi macam mana tah boleh terfikir, "tenung mamat neh, takde ilham datang ke he?" ohoo. memang kuat merepek kalau stress. orang lain, ramai juga yang dah flat. bukan four flat. tapi duduk secara flat pada kerusi, kemudian tenung kertas soalan. mungkin, dengan harapan mata masing2 akan keluarkan laser untuk bakar kertas soalan tersebut.

ada juga terfikir buat nak macam ini(tips menyelamatkan pointer ketika dalam dewan exam). tapi jangan ooooi. letih aku. ~.~

selesai saja pengawas peperiksaan mengutip buku jawapan. kelasmet sebelah saya tanya
"soalan no 4 ni, Puan pernah ajar ke??"


yes!! aku menang! sebab orang yang tanya aku tu, memang kaki setadi. lalala~



ehem, Puan Pensyarah, bagi jelah 9markah tu bonus mark. bole ka? haha. =_= ouch macam tak bole je.

Tuesday, April 20, 2010

Mari Sholawat

oh, i loikeee this song. layan~




Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Daripada kita pacaran
Lebih baik kita sholawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan

Awas jangan dekat-dekatan
Kita ‘kan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita sholawatan

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Bukan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau liat dulu
Setebal apa imanmu

Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlah jangan kau pikirkan
Mending kita sholawatan

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah


Wali Band-Mari Sholawat

Sunday, April 18, 2010

Q&A : Who are you people??

Q: Siapakah orang yang sibuk?

A: Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

-hepp. seypa belum solat, baik solat sekarang!


Q: Siapakah orang yang manis senyumanya?

A: Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

☺


Q: Siapakah orang yang kaya?

A:Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



Q: Siapakah orang yang miskin?

A: Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

-people, i need money :(



Q: Siapakah orang yang rugi?

A: Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.



Q: Siapakah orang yang paling cantik?

A: Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

-aiseh, janganla cakap kuat2.segan da nei (keh3 XD)



Q: Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

A: Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.



Q: Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

A: Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

-na'uzubillah min zalik



Q: Siapakah orang yang mempunyai akal?

A: Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

-think before you thrown(in hell)

Saturday, April 17, 2010

hesh, pikir rumah pun pening

Eh ini bukan cerita rumah yang dirumah sekarang ye.
erk, maksudnya, bukan rumah yang didiami orang tua saya.
eh paham takk?

ok hanin, fahamfaham

baiklah, untuk next sem, saya terpaksa cari rumah sewa sebab, ada cakapcakap mulot orang, next sem kampus saya neh amik intake ramairamai sebab ramairamai jugak yang grad. Pastu, program kat sini pun bertambah-tambah.

Ho : bila manusia bertambah, maka probability yang akan disepak keluar kolej kediaman juga akan bertambah.

orang-orang yang bakal disepak tu mestilah dari katagori saya. =_=
takkan diorang nak halau budak2 pra perdagangan, diploma yang baru masuk tuhh.


ohkeyh, kami(menunjukkan rasa gah dan ramai) telah menjumpai sebuah rumah berlokasi tepi jalan, harga boleh tahan. but waittt..rumah tu kosong takda perabot. hoh. tiada perabot bermakna takda fridge. hukhuk. takda fridge takda la dapo masak.


ni lah rumah kitorang tu. eee tiputiputipu

aku baru je nak berangan masak sendri (fuiiiyyyooo) walaupun berangan buah berangan macam takda makna pun, sebab kalau kat rumah bersama ibu bapa probabiliti aku masak macam 0.1 ngeh3.

idea masak sendiri ni datang bila incek arip mengemukakan cadangan, 'makan ayam HPA je, jamin halal' Bila pikir balik, aku dah loya tekak dah. iskkk. bape banyak ayam tak HPA aku sental sem neh? sebab kalau kat rumah dunworrybehappy memang dijamin halal, kalau tak HPA, sembelih sendiri. ^_^

pastu konon konon nak meniru tabiat bapa, tak makan ayam sebarangan. heheh. bapa saya sejenis manusia yang hanya makan ayam kampong, sebab ayam tu dia yang sembelih. takpun ayam HPA je, sebab itu je yang dia rasa tak waswas nak makan. lainlain seperti KFC bla3 dia tak pernah anggap tu nikmat hidup. sungguh pun begitu, ayah saya tak pernah pulak nak larang makan ayamayam len neh. maksudnya disini. 'kau kan dah besar, pikir la sendiri'. baek kan ayah saya =P anak dia pula bagaimana?


bapa dan nenek yang terel


ini sketsa cabot bulu. "terima kasih kakak hanin!" kata ayam itu


bukan masalah tekak loya ke apa, masalahnya sekarang, kalau dah termakan benda-benda syubahah, bukankah doa juga tertolak, doa tertolak hati pulak tak terang. Udah la aku ni memang tak terel AKA tak pandai. hati pulak makin hari makin memblackout. sebab dah telan macam-macam yang ada logo halal pun takleh caye =_= pastu dah makin membarah penyakit lupa! sigh~

takyah makan ayam, makan ikan je.

ikan kat sini lunyai lunyai ko tak tau. ikan pulak tak banyak choice, tak ikan keli, ikan kembung, tak kembung pari. tak pari, pari-pari. okey yang tu takda dah.

daging?daging?

ehem. tekanan darah I dah lebih paras, tak berani nak makan daging (sekarang, sila predict umur aku berapa.hahaha)

eh
gaya cerita macam duduk oversea kau neh sebab susah sangat nak cari makanan halal! haha. padahal aku duduk segamat je nehhhh. Inilah Malaysia negara Islam yang anda sayang. aku pun tak paham apsal starting entri ni rumah, ending dia makan.(nampak sangat menaip sambil lapar)

err
err.
entri da habis dah.

Friday, April 16, 2010

Kay Bee Em. (bukan adik kakak Kay)

Tanggal 27 & 28 mac 2010 (okeh kalini tarikh da betul =P) berlangsunglah sebuah pesta...
err
pesta gelaktawa pesta air mata. haha.
now, nama dia KEM KEINDAHAN BERSAMAMU. sebentar lagi nama kem ini akan berubah mengikut situasi. ayuh gambar sekalian, paparkan KEINDAHAN BERSAMA MU~


blagak je letak 60 orang. kejab lagi kita tengok yang datang berapa orang (lagi sikit lagi bagus, sebab lagi banyak makanan extra! haha)

"ehh kat mana aku ni?"


"e'eehh, 'ramai' nye orang..."


"paklang dengan maklang pun ada sekali" (opp maklang belakang kamera.eheh)


KEM BANYAK MAIN:

oo suke engkorang ye. jage korang jap lagi.



aik fesi pun nak suke2 skali. ni takyah jaga. jaga diri sindiri



sarah.hani. and again, kak myza senyum. hahaha



apabila nikmat ditarik



tiada tangan kanan.tiada mata.tiada mulut

KEM BANYAK MENANGIS:

isk2. faez, janganla nanges =P


sobsobsob. amiin...ampunkan dosa kami sama kau, kami ampun kan jua dosa2 kau


"cutttt!!" mayat ni TERbangun pulak.


anis steady weii


ni pun anis steady lagi. yang lain sudah tumpas dengan air mata.
(mentulis segala 'lafaz yang tersimpan')


KEM BANYAK MAKAN:


anis, si ayam goreng


Kem Banyak Minum. sampai kembung perut aku heh.


haa..makan makan, kakak hanin belanje


okey.makan makan, buat macam kampus sendiri. eh eh, memang la pun


sedap kan kakak hanin cik ana masak?

KEM BANYAK FESI: erk KBF pulak ke?


kakNur.Ida.Farid(di sinun) and Fahmi


ini fesi kah makhluk ahseng?


ketua projek: Tong Sampah. eh salah, Koda. Ida. okey2

MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA. next sem KBM lagi ye (:

Saturday, April 10, 2010

warghh.,!! BTN lagi

Ini kali kedua saya menghadiri BTN (biro tata titi tutu~ negara) sepanjang hidup di UiTM neh,.heh.

Seperti yang semua orang jangka, BTN merupakan tempat berlakunya kerja2 membasuh otak para pelajar seperti kami, sehingga menjadi otak yang 'mulia' di mata kerajaan m _ _* *_ _ a
wahwahwah sedap ngutok nampak. lalala~

lagi2 kalau yang jenis degil macam haku, berkali-kali lah diaorang akan paksa pigi. huh.

Namun saya bersyukur, BTN kali ini dijalankan didalam masjid, walaupun ada yang tidak puas hati nampaknya, heheh. Dengan harapan tidak pudar, tiada lagi gambar2 'orang itu' atau 'orang ini' dipaparkan di slide hadapan. Tiada lagi maki hamun buat bazir masa aku, sampai boleh rasa nak jerit "woii kau nak cerita kenegaraan ke, berkempen??" itu semua tiada sudah. Biasalah, kan buat dalam masjid, kena hormat tempat mulia bukan?
Oh mungkin kerana penceramahnya adalah seorang pensyarah UiTM, maka memang bersopan itu amalan kita :) -yang dulu tuh pensyarah univ mana tah, kang kalau sebut kena saman kang. haha-

Terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor.


eh sukahati akulah nak cakap terima kasih kat sapa pun, aku lahir dekat selangor, apahal kau?

Friday, April 9, 2010

enjoy your work

Kerja assignments, test sedang menimbun kini. biasalah dah nak final exam bukan? apsal tah aku merapu kat belog, kata banyak keje. huishh

Macam biasa, kalau kepala saya hampir2 jatuh dalam assignments mahupun dalam buku teks. saya akan cari bahan menambah ilmu didada memotivasikan diri dengan harapan masa depan tidak basi. ape cakap berbasa-basi neh.

Tempoh hari, on my way pulang segamat dari KL-bersama anis dan wani, sambil menunggu caie (pewhh, sempat jugak balik rumah tuhh)- ada telatah polis trafik di belakang Puduraya yang mencuit dan mencubit hati saya.

lets swatch watch. (kuatkan sound sistem anda) -dengar bunyi wisel dengan teliti.




see.see. pakcik polis sangat enjoy dengan task sebegitu, walau kita tahu, betapa terik penat letih nye nak berdiri sambil pakai boot, tangan dihayun kekanankekiri. Kalau difikirkan, mana tah istilah enjoybesh buat keje macam tu, tapi dengan terelnye pakcik polis mencari perkara lain yang membuatkan bliaw bekerja sambil seronok. sampai kami pun asek tersebut-sebut dimulut "yaAllah, enjoy betul pakcik ni buat keje"

video ini diambil oleh saya menggunakan kamera henset yang tak seberapa sen, sambil pakcik tu boleh jerit kat aku "pe lagi,amiklah gamba pakcik!!" iye pakcik..iye, takdenye gamba, skali dengan video aku lenjan. haha. orang disekeliling bliaw juga turut terhibur, see sambil buat kerja boleh menghiburkan orang. kan dah dapat pahala 2 in 1. heehe.

sebenarnya, ada aksi pakcik polis lebih menarik dari yang ini, tapi tak sempat...fu~ *bernada kuciwa* kan anis kan.

eh, kejab, muzik tu datang dari mana? ada seorang pemain gambus? gitar? err tatawu la apa alat muzik dimainnya, dibawah susur gajah, betul2 belakang pakcik polis tersebot. This is Malaysia Truly... _______ isi slogan tidak melebihi %^#*@$. heeegh titibe je suh buat slogan

another video, dari Puduraya Baldwin Hills Mall, Los Angeles.

eh,ni video selingan sajalah. haha.


jadi, walaupun penat dengan test assignment, kita enjoyy~!! contohnya, bila saya penat menghadapi migrain, saya akan enjoy tido. kah3. XD

anda pula bagaimana? ewahh sukati je tanya orang macam tu.



kejab, aku nak pikio, macam mana nak enjoy buat statistik dengan 30 formula neh.nguu.nguu.nguu.


Thursday, April 8, 2010

catatan berdarah

Walau gap paper final exam memang indah rupa seindah khabar. jangan pelik ada orang kena jawab paper final exam dahulu, baru boleh menikmati study week.




sekian, catatan berdarah sambil die empat kali. walaupun tahu, nyawa hanya ada satu, tapi tatawu kenapa boleh die banyak kali. Haha. Selamat tutupkan pagar kampus, bagi semua kosmet saye

I
LOOOOOOOOOOOOOOOOOOOVE

UITM.fighto~!
dahbetulkantarikh.heheh

Sunday, April 4, 2010

steady intanpayung.steady.


Baby mosquito came back after 1st time flying.

His dad asked him "How do you feel?"

He replied "It was wonderful, Everyone was clapping for me!"




Now thats what we call Positive Attitude


picture flickred

(= jangan nanges2 ye lalink