Chakpong FC

Thursday, September 15, 2011

business-minded

Suatu ketika.., saya pulang ke rumah, terlihat segumpal akhbar lama bersusun di tepi kali. eh tepi dapur.

"siapa susun ni?" memandang ke arah emak, sebab sangat pelik akhbar bersusun, tapi bergumpal, tapi eh tak taulah nak cakap apa.

"Ammar..." jawab mummy


Ammar adik bongsu, (note: anak sumbu) tetiba muncul dari celah pintu dapur dari ruang tamu.

"Ammar nak buat apa kertas-kertas ni?" soal saya

"nak susun, nanti jual lah kat orang kutip surat khabar, nanti dapat duit" jawabnya spontan, sambil buat muka Pakcik-Kayo

"eleh, kalau banyak ni, baru 20 sen je orang tu nak bayar..
" jawapan dengki seorang kakak untuk mematikan mood 'pakcik-kayo' budak darjah 2. HAHAHA

*
*
*

kad Ben10 sekarang macam-macam, peraduan pun macam-macam, beli itu, dapat ini, kumpul-kumpul kad pun boleh menang PSP pergh.~

"kakngah, Ammar dah ada satu kad Ben10" menunjuk-nunjuk dengan penuh gembira

"mana dapat?" soal saya, dengan muka stone.

"Ammar beli keropok, lepas tu dapat la, tapi satu je ada d
alam ni" jawab budak kecik nih. "Kalau kita fotostat kad ni, lagi 2..boleh tak?" sambung budak lagi.

"ehh..nak buat hape?"

"nanti boleh menang PSP" jawabnya dengan mata gilang gemilang bersinar bak mata spongebob.

"errk"
"mana boleh, fotostat nanti hitam putih je. tak sama" aku pulak mengajar. LOL

"alah, kan ada fotostat warna"



Owww cheating-minded pun boleh tahan nih.

sebelah kanan: anak bongsu, sebelah kiri: anak sumbu. Belah belakang? minggu depan jawab PMR. tak, bukan menara UiTM tu.


++Tadi mak aku cakap hari ni takyah masak, sebab mak mahu masak dikedai. YESyes!

Wednesday, September 14, 2011

how to spell 'rendem' ?

Bermula sem baru budak-budak IPTA. Tahap degree je. yang tengah buat diploma, sijil, takyah buat muka tersipu-sipu kekonon baru start klas. heh.

aku memang malas update belog. *tetibe mention, padahal tengok tarikh post pun tau*

Jadual kelas pun aku tak tahu lagi nih. hahaha guwa terpaksa ponteng seminggu la der XD

*
*
*

bah! arini birthday aku. =_= macam biasa, tak suka jadi tua. sebab bila tua dosa pun bertambah tua. dikhuatiri pahala tak tua. hesh..

arini jugak cikRoqah fly ke Jordan. doakan beliau cekal berjuang. Best kan orang dapat buat degree jejauh, aku ni yang dekat Pahang pun pikir sepuluh doploh kali nak pergi. hakhak.

CikRoqah cakap "ilmu ada kat mana-mana, yang penting niat belajar" CikRoqah cakap camni teros I tacing.isk.

lepas tu, CikRoqah cakap lagi (banyak cakap cikRoqah ni), "saje fly ikut tarikh birthday hanin" tacing lagi le kunun. ngade :P

*
*
*

Berapa ramai sekarang dah remove gambar dekat 'public area' maksud aku blog, facebook, faceblog,..?


takut kena santau.
muhehe.

gelak pulak dia

Dari dulu lagi aku memang tak berkenan letak gambar sendiri merata tempat, melainkan diniqobkan wajahku. :P

sebab alkisah dulu pernah berlaku, gambar diculek =_=" err relex-relex, penculek-penculek telah dikenal pasti. PENCULEK-PENCULEK huh? yaaa ramai. (bukan ko sorang je buat)

Penculek dikenalpasti berjantina lelaki. itulah masalahnya. tak kira lagi yang mengarut mintak gambar. alasan? rindu~

RASA NAK TAMPAR PAKAI KAKI.

sorilah kalau aku tulis macam ni macam bajet howwwt. wakaka.

aku tak hot la weh, diorang yang rabun =_="


Seee..dah kena macam ni pun sakit hati berkilo-kilo, inikanpulak kena santau. KORANG NAK?
baik remove gambar korang cepat. tak kisah la kau perempuan ke lelaki.

ehem. aku memang protective dengan diri sendiri.

*
*
*

aku dah tau nape ada orang tak suka buat physiotherapy. leceh, penat, sakit. Aku dah lama sangat tak buat benda sakit nih. especially yang berguling atas padang, weh tu tak sakit pown.

*
*
*

bercambah

bergabung!

gambar raya. takde gambar aku pun sini, santau la mana-mana yang kau suka. hahahaXD

*
*
*

saje update jugak walau mengarut nya lebih dari faedah. untuk mengelakkan orang asek tanya "hanin napa tak apdet blog?" rindu le tu~ takpe yang ni I tak tampar pakai kaki

hahahaha