macam biasa, tajuk skema, entri garu kepala
ceritera chenta 1
Tidur selepas jam 1 pagi akan menyebabkan masalah pembangunan subuh. serius. Jadi untuk mengelakkan perkara serius, saya akan pesan berkilo-kilo pesanan pada rumet, jiran bilik sebelah, adik beradik, bapa di tingkat atas, etc etc.
Jadi, bila tidur berseorangan atau berseorang dalam rumah, saya akan beri pesan berkilo-kilo pada alarm handphone saya pula. Pelbagai jenis bunyi saya set. dari bunyi katak kucing ayam so-called-annoying-alarm semua lah.
Dipendekkan cerita yang sememangnya pendek ini,
suatu hari, saya tertidur yang agak lewat. Memang saya jangka akan mengalami masalah pembangunan. Saya betul-betul risau memandangkan saya tidur berseorangan, jadi seperti biasa berkilo-kilo jenis alarm saya set.
tapi.. saya saya
saya bangun lewat juga.! langsung tak dengar bunyi alarm. =.= sedih gila rasa nak ngamok.hahah! eh nak mengamok, tapi gelak
selang beberapa hari kemudian, saya terpaksa tidur lewat lagi. Kali ni saya set lebih banyak alarm. Saya yakin saya akan bangun! Ini kali lah!
dek kerana kekecewaan tempoh hari, saya berdoa sebelum tidur, "Allah, jika masih panjang umurku, bangunkanlah aku untuk solat subuh di waktu subuh.aamiin."
sememangnya, ini kali lah! saya terjaga sebelum alarm berbunyi. woha!
Walaupun masih terasa kantuk, tapi hati gumbira lalalala. bangun sebelum subuh pastu juget-juget atas katil. Eh? ABAIKAN
ceritera chenta 2
Saya ada masalah kelupaan kadang-kadang. maklumlah sudah tua lanjut usia. Dan kadang-kadang mulut lebih laju dari otak. standard perempuan. Begitu juga bila berjanji kadang-kadang lupa nak sebut 'dengan izin Allah'
contoh situasi :
Bila kawan mecej ajak keluar, "Jom weh OU this weekend"
Saya balas "OK" standard pemalas nak taip mecej. (messssej lah, pelat sangat ni dah kenapa. eww)
kebanyakkan masa, OK itu menjadi KO, last last minute kawan mesej "eh sorry ada hal, tak dpt hangout" atau saya sendiri "weh, aku sakit kepala la, sorry eh.takmampu nak angkat kepala ni"
BAJET KAU ABANG BESAR SANGAT?? SIAPA KAU PANDAI-PANDAI SUSUN QADA QADAR SENDIRI HAAA???
Selepas dari itu, bunyi "insyaAllah" selalu menari-menari dibibir apabila berjanji. Dan kebanyakkan masa janji ditepati.
Tapi.....tapi tapi tapi, ada juga kejadian lupa nak cakap "Insya Allah" dan ia sangat big deal sekarang. sebab most of the time perkara itu tidak terjadi. SELALU
Pernah kakak naqibah mesej "InsyaAllah petang ni ada usrah macam biasa 4:30, ada yang tak boleh dtg ke?" Saya balas "I will come bebeh" tak tanya pun sapa yang boleh datang, dia tanya siapa yang tak boleh datang je. saja gatal jugak nak bebeh camtuhaa. Bila dah ter sent, saya macam "Allah, lupa la nak taip 'insyaAllah'. takpela" dalam hati masih berbunga bebeh bebeh petang ni ada bulatan chenta.
lepas tu jam 3:00 petang, balik kelas kepenatan lalu tertidur, jam 5:00 baru terjaga. de hek bebeh kau!?
TERKENA LAGI (Y.Y)
Allah, sangat sangat Kau ajari aku, untuk sentiasa mengingati Engkau Maha Berkuasa, Maha Besar, Maha Pengatur. Allahurabbi.
Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi",
kecuali (dengan menyebut): "InsyaAllah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberikan petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini"
al-Kahfi: 23-24
perlu menghirup oksigen chenta, kalau tak mati lah (hati) kita

No comments:
Post a Comment