Chakpong FC

Saturday, January 30, 2010

...The Chronicles of Kronik

1. hari ini bangun pagi berasa hari ku indah, dua hati menjadi satu.. err.. sebelum tidur, dua panadol sekali telan. Kalau tidak, setiap kali celik mata, dunia berputar bagai rollercoster.. walau tak pernah naik rollercoster, tetap nak sebut rollercoster. lalala~


saya mengidap migrain tegar sudah hampir 3 minggu, jadi hampir 3 minggu jugalah escape kelas pagi. waahh. ini juga boleh dijadikan alasan malas update belog. kuikuikui.


so?

so. majulah rumah sendiri untuk negara. haha. memang syiok eh rumah.


tak, bukan rumah ceritanya, kalau migrain,, jangan makan coklat-milo-oligo coco, perlu tidur secukup rasa, dalam keadaan gelap seindah gerhana bulan, jadi wahai rumet sekalian, marilah sertai kempen tidur awal saya. usah dihadap mukabook sampai pukul 3 pagi, lebih lebih lagi kalau dia bernama lindsay lohan. ><" jenuh giler ada rumet taknak tido neh. kalau stadi takpo la jugak. huhu.

dan

kaki. kisah yang tak pernah setel sejak tahun lepas. -_-" orang tua heh dia nih. naik tangga sakit, turun tangga sakit, angkat barang berat sakit, pergi camping tak sakit, giler ajaib ini kaki.

jom camping lagi hoh. >,<


2. tudung putih tudung hitam, pakgad saman RM25 kalau siswi tak pakai tudung putih atau hitam. saya ingatkan uitm telah mendapat cahaya hidayah sehingga tidak bertudung akan dikompaun, rupanya tempoh berkabung seminggu sempena kemangkatan al-sultan. ummul kitab~

Jalan-jalan cari KFC di mana-mana ceruk negeri Johor dalam tempoh seminggu ini juga perlu bertudung putih atau hitam bagi muslimah sekalian, kalau tidak akan dikompaun Rm300. saya ingatkan Johor dah jadi Johor Darul Na'im, tapi seminggu sahaja la ya. lepas ini tukar balik jadi Johor Darul Ta'zim. :P

Bukan al-Marhum al-Sultan yang perlu dipersalahkan dalam kasus ini, dan saya jugak tidak berniat untuk menghina diraja Johor. Tapi..agak-agak la wehh, semata-mata berkabung sahaja sampai kes saman menyaman. Saya tahu rakyat Johor memang kaya raya. hehe. tapi kalau al-kisah syariat kenapa tak ditegakkan? selama ni tak ada pun orang tak pakai tudung kena saman mensaman. ><"

ahh jawapan senang...

"pejabat polis tengah cari duit lebih."


3. lagi dua minggu cuti midterm berlaku. ingat baik-baik tarikh ini wahai fathinah. haha. tapi, hari ini saya pulang ke rumah. sepatutnya keadaan ini tak perlu berlaku, sebab membazir duit dan masa kalau aku balik selalu neh. tapi... ada al-kisah mendirikan rumah...tangga, jadi saya perlu pulang weekend ni.

haa?

ha'ah

Friday, January 15, 2010

... wahai rakan-rakan, tolong jawabkan persoalan saya

Pada tebakan anda, zaman bila Malaysia akan begini?
jawablah dengan iman.
istighfar ya rakan-rakan sekalian. selamat beramal. :)

Tuesday, January 12, 2010

... kejadian sebelum ulang tahun kak miza

Ehem!!! tanpa kita sedari, dunia kini, apabila membina rumah, bangunan pasti perlu ditebang habis, pokok2 tumbuhan2 di sekitarnya.

tapi, tanpa sedar juga, bagaimana Puteri Gunung Ledang dapat membina istananya di dalam hutan, tanpa menebang pokok?

err.

tanggal 9 Januari. sekumpulan warga Johor (cececeh ngaku johorian titibe) meneroka hutan simpan taman negara melalui Pintu B, Sagil. Terpaksa meredah ladang sawit, lecak, lopak tanah merah. dah ah pakai baju kurung, giler hebat kan? ..tanpa menggunakan tenaga kaki walaupun sedikit..maksudnya, kami naik kereta. wakakah. Err.ok, tekan minyak dan break tu kena guna tenaga sikit(driver saje, penompang takyah)

maka tatap lah gambar. eceh~ tapi akhwat saje la ye (ayat ada unsur2 balas dendam terhadap video akh taufik. hohoh)



Welcome To Taman Lagenda, Gunung Ledang
(model cewek tanpa bayaran)


percaaaya pada diri, dengan harapan dan keyakinan ;D



plink! tersergamlah sebuah Istana Sangkut. siapa sangka dalam ladang kelapa sawit ada istana sangkut. :P


turn right to the heaven. err. turn right to the dorm. :P
(oh beg Unta-active saya comel LOL.
saya harap,untuk beg bekalan hari esok lebih besar dari beg Unta tu *pray*)


UiTM-UTHM-KMJ-IpTHO unite!~

hish. adik Part 4 ni, sedulang makan sorang2. *geleng3*

saya sungguh tak sangka mereka sanggup membotolkan tebuan2 ini. sebab, saya ingatkan saye je sanggup buat tebuan-packing. wahaha. sila refer sini


pertandingan Ingat Nama Orang Sebelum Turn Kau


hai readers cemua, nama caye Dina~

inilah jumlah air sungai yang sedikit pun tidak menaikkan nafsu mandi. percayalah tatkala ini kami benci giler dengan ikhwah sebab dorang dapat mandi kat air terjun, sambil terjun menerjun T___T

oh, nasib baik pertandingan Tangkap Ikan Pakai Tangan sangat memberangsangkan. err. group saya hanya dapat seekor ikan saje. fufufu~


aktiviti terakhir Mendenda Cik Babat Yang Tido Kat Belakang. haha. kami paksa bliaw baca puisi. haha. dahdahdah, nak nipu tak agak2. ini lah dia representator group 1. hehe. membentangkan tajuk kumpulan 'Isu-isu Semasa Umat Islam'.
alahh..walaupun hanya dapat seekor ikan saja, tajuk group aku lagi best 'Murabbi Idaman'
bestkan.bestkan? haha


11hb, happy 22th to kak Miza ^__^
(uii, siapa kak miza? gambar pertama, paling kiri)

14hb...? happy 23th to zul-eri (wish awal2 kan sonang :P)

++ kepada ummul dan radzi, SILA JELES =P

Friday, January 8, 2010

... si dia orang baru dalam hidup saya

Berdasarkan tajuk di atas, berikan pendapat anda, apa yang ada dalam fikiran anda sekarang? :P

ahh titibe.
annoying giler kau !


1) Vice Chancellor UiTM yang baru, tahniah kepada Datuk Sahol, semoga menjaga kami dengan baik. cewah~! (p/s: saya tak dapat subsidi makanan...sobsobsob)


2) Pengarah kampus UiTM Johor yang baru, Dr. Sohaimi. Tahniah juga, semoga menjaga kebajikan pelajar UiTM Johor dengan jayanya merentas dunia.(pls refer to the poster :P) haha, kebajikan penting oh.


3) Rumet baru. nama tipu, Dia. nama betul Lindsay Lohan. spesifikasi, satu: berwajah Lindsay Lohan versi Asia. Dua: selalu tak balik bilik. Tiga: dia masih tak duplicate kunci bilik.
(gasak ko la, kakak hanin taknak simpan kunci dalam kasut dah)


4) Situasi baru. Ada orang 'bergayut' dalam shower room =_=" giler aneh. aneh, mana dia dapat henset kalis air. aku nak beli satu. Ohh, adakah itu henset 3G ????


++short and fast.baii.

Friday, January 1, 2010

... blue moon. new moon

New moon = new year. new year = so syok holidays akan berakhir. erk. fufufu~ tanak balik sekolah. apesal tah bagi equition kau nih. rendu calculus diam ah.

Y.E.S sudah berakhir, maka saya perlu pulang ke sekolah menengah kebangsaan UiTM. walaupun saya memang takda kaitan shopping Y.E.S haha.


sempena bluemoon ini. saya mengepilkan beberapa azam baru. cewah~
sempena muharam yang telah berlalu, barulah tersenarai azam baru. *tertinggal keretapi

2, 3 azam datang, encik azam takyah perasan


1) kurangkan tidur. kepada rumet saya yang comel, sila pastikan saya tak tidur lepas subuh. kalau anda yang tidur, memang anda yang saya siram dengan air. hahaha. malang dapat rumet camnih. (untuk yang comel saja, yang tak comel diam2 saja kalau saya ketiduran jugak.kui3)


2) tidak memonteng kelas secara sukahati, tanpa MC mahupun emergency. (ini azam ulangan, takpa takpa, ulang 10x pun takda sapa kesah)


3) banyakkan membaca bahan ilmiah. ini macam selalu buat. tapi takpalah, azam tetap azam. anis sila diam. hahaha


4) tidak gatal nak escape assignment. mementang assignment persendirian, gatallah aku tanak hantar. lalala~ ok jangan buat lagi.


5) memastikan score setiap test sehinggalah ke final. kalau tidak, saya akan grad sambil mati. T_T


6) banyakkan makan. hahahaha. ada orang akan bengang dengan azam gedix nih


7) menghabiskan sisa-sisa kehidupan di UiTM bersama rakan-rakan secara jaguh 5 ceria. ^&*($ no 7 ni merepek. abaikan azam geli ini. ;P


8) merajinkan diri untuk menelaah. perghhh kalau aku betul2 buat, nanti ada orang sentap
"aik anin, apsal pagi2 dah study ni, ada test petang nanti ke?"

"takde ah, saje je"


pastu, nanti dia sentap.haha. yang aku pulak santap buku sambil santap makanan. sedap~


9) rajin pulang ke kampung halaman. err. yang ni saya tak pasti macam mana, sebab last sem, saya hanya balik 2kali saja. aku tak tipu weh. kalau najib sudi turunkan tax pengangkutan awam saya OK. malangnya macam hape dalam bajet 2009. kesian majoriti 3orang. takpalah najib, dah majoriti tu kire oraitla, pergi cari jet enjin cepat! huh! duit rakyat tuh! rakyat tak halalkan baru tau. eh aku kan rakyat, sukati aku la~ =P


8) saya akan jarang online. percayalah~ ta percaya? sila percaya sekarang.kalau tak...
kalau tak... hehe.takda apa. Maka dengan itu, segala perbincangan akan dilakukan di atas henset, bukan di atas talian YM. yang takda no henset saya tuh, pandai2 la nak hidop. wakaka. *kejam heh*


9) disiplin. solat,makan,mandi,study,tidur. robot siut. takpalah, usaha tangga kejayaan. hoho.


++sengaja menepek azam di sini, walaupun sebenarnya lagi berjela dari ini. kesan dari lintasan bluemoon, supaya mulut menyebut janji dikota. cewah. ke kota keriangan. hold my hands. blah~