Chakpong FC

Saturday, December 27, 2008

Maal Hijrah vs senarai sukahati dan Adibah Ahmad

Tahun baru. Azam pun kene baru.
(semua orang nak cakap pasal azam, aku pun nak jugak)

kepada yang bernama Azam: jangan berperasaan terlebih.

wee

ada orang pelik ke aku berazam-baru untuk tahun Hijrah?
selalunyakan, orang berazam-baru untuk tahun gregorian.

sukati aku la.

secara keseluruhannya, tarikh Hijrah hari ni pun aku tak berapa ingat. Terhegeh jugak tengok kalendar. 29 Dzulhijjah 1429. Itu pun nasib baik ada kalendar.sedeh ek.

kerana syukur ku masih Islam sehingga kini. Maka adalah lebih afdal kita sama-sama mencari identiti yang baru sempena perubahan hijrah. -ini aku cakap, bukan pendapat ulama' atau apa, jangan kata aku bukak fatwa yang bukan²-

Dah nama pun tahun Hijrah. Pindah. Dari baru ke lama. -disaat ini teringat gadis yang bernama Siti Hajerah, ceh,tak de kaitan, jgn layan prasaan!-

sambung citer

azam baru ek?
hmm..

  • paling atas semestinya :
kuatkan semangat bangun awal. -tak bermaksud aku tak bangun subuh- untuk memenuhkan kehadiran kelas pagi. ekceli, ni la punca masalah yang menyebabkan aku hampir mendapat surat amaran sebab kedatangan untuk kelas Statistik. oho. Miss Shaieda, maafkanlah anak murid mu ini. -rupa²nya aku kaget jugak dengan surat amaran, sampai ngadu kat ainul tah bape kali.hihihi-

  • tak berapa nak buat, tapi nak buat jugak:
habiskan segala ubat/supplement mengikut jadual dan prosedur tanpa menyebabkan bahan² tersebot ahernya menetap dalam tong sampah.haha.kes makan ubat ikut suka. lagi² panadol. aku da buat dia macam gula² sebelom tido. aiseh.
to emy&eyda: tolong sorok panadols korang sebelum aku kembali ketagihan -.- terukbetul

  • yang ni kene buat:
aku nak celcom broadband!!!!
kerana tanpa internet siapalah aku.aiseh
kes subjek komputer sem lepas. sedeh wo. dapat pensyarah yang berdedikasi memanglah.

suasana: Presentation seorang klasmet

"kenapa database kamu takda ..itu ini..dan blablabla..?" pensyarah menyoal dengan muka separuh serius.

"sebab, tak da pun dalam buku, dah cari.." jawab klasmet yang hidupnya mungkin hanyalah buku text.

"kenapa tak try cari di internet??" pensyarah seolah menyerang dan tak puas ati.

jawapan monolog semua orang "macamlah kita hari-hari dapat bukak internet"

serius. subjek komputer jangan haraplah kau tengok buku dan kau pandai! Teknologi komputer adalah sebuah teknologi yang berevolusi sangat pantas. Info ria yang kau nak guna pun, kene berada dalam sebuah arena yang pantas. Tak lain internet lah. Kena pulak, rata² bilik klasmat² aku kebanyakan kedap wireless, termasuklah aku. Memang nasib malang wehh. Budak bisnes dan account yang boleh belajar dan 'dean list' tanpa internet, rata² boleh ber-online secara bebas. tergolek tertonggeng takde hal lah.

nak berinternet, silelah ke CC atau pun lab² komputer mahupun komputer library yang bagi aku, sangatlah membuang masa

kerana:
  1. list menunggu yang sangatlahhh panjang
  2. line internet toksah cakap. kalau aku bancuh megi untuk kali ke-3 pun browser tak siap2 lagi.
  3. yaa..kau aspect kau leh duk lame ke kat cc? assignment kau tu tak agak² banyak nya, memang all the time kalau boleh kene connect internet. kerusi tak sempat panas, tukang jaga CC dah kata nak tutup. Lab/library toksah layan la.lagi awal.
ada yang menyoal "kenapa korang tak bawak je lappy korang kat tempat yang ada coverage??"

soalan yang agak bijak jika si penjawab menggunakan laptop.

masalah terbesar, rata² bebudak sains kuantitatif/komputer dinasihatkan untuk menjana kompuer daripada laptop. Ini kerana, bersesuaian dengan projek² yang bakal terlaksana, nak apgred RAM lah, nak apgred itu lah ini lah. Bak kata pensyarah kami "laptop kurang sesuai lahh dengan kos korang"

kan??

"kenapa tak beli laptop yang bleh upgrade macam-macam??"

ni barulah soalan kurang bijak. Kami hanyalah tajaan ptptn.(jangan gelak, sebab web site UiTM tulih camtuh) kalau aku tajaan mara mahupun jpa sekalipun, aku tak rasa macam mampu nak beli laptop sechanggeh itu yang semestinya cecah lebih RM5000. Juga bapa aku bukanlah sehebat Dato' K. walaupun misai mereka sama, tapi janggut tak yek.



  • yang ni wajib buat: (bukan aku je, yang membaca pun)
MARILAH SAMA-SAMA FLAG-KAN BELOG BODOH SI KAFIR TOTOK NI

adibahahmad

flag kan ia sebagai violence tolong buat jika anda sayangkan Rasulullah S.A.W.

sungguh ku tak paham apa motif dia, selain di-prank atau sememangnya pengeblog ini menghidapi sakit mental.


- aku malas nak bukak satu lagi topik untuk belog bodoh ni, sebab ku kira ia seperti membazir space -



...sekian senarai sukahati

Friday, December 26, 2008

Picasa 3

aik

aku baru download bende alah ni.
Serius, aku ketinggalan zama
n nampaknya. Lihat dengan tepat terhadap no 3. Ye, aku pasti aku ketinggalan zaman. Picasa itu telah versi ke-3.
Dan semalam, aku baru tahu
Picasa ni wujud.

Picasa ni hape kemende?

Sejenis menatang yang sangat seronok digunakan untuk mengedit gambar

waaaw.

gagum? aku pun.

Interface atau antaramuka(nama tak glemer langsung) si Picasa ni, boleh tahan sematnye.

oop.s. jangan salah faham. Semestinya Picasa 3 bukanlah saingan Adobe Photoshop.
Setakat edit cikai² boleh lah. Setakat edit muka korang nampak lebih 'bersinar keimanan' tu boleh la jugak. Tapi nak edit bagi muka korang sechanteq! Angelina Jolie (orang kata dia cantik, maka aku meng-iya-kan aja) ..err..kem salam.Takboleh.melainkan kau memang berwajah Angelina Jolie.
intro die gini. aku suke loh intro die.'picasa' tu luncat² hoho
[seperti biasa: klik utk gambar lebih besar]


nah la mls taip panjang².
kalau nak download je, kalau tanak kau punya pasal.

Picasa 3 Download secara Free (aku bagi free ni, amik je laa... =P )

just added: [Permintaan orang ramai.ehe]


oke. Best,ada photo gallery. Ala² Windows Photo Gallery gitu


ni editted. Selalunye kalau nak edit camni, kita terhegeh-hegeh bukak Photoshop kan?
Untuk yang pemalas macam aku,seswai sangat la..takyah susah2 bukak Photoshop semata2 nak edit sikit2 gini.eheh.

credit to:faiza,sharif,fathinah.pinjam gamba sat.

Glowing effect. Sephia. Black&white. Sharpen. Blur. dan banyak lagi.-malas nk type-

Siap boley direct upload gamba ke belog memasing. Mesra bloggers la kira.Seswai sgt la untuk bloggers 'rajin' macam kita.aik? kita? ehe.
Dan kepada yang masih mempelajari ilmu Photoshop, jangan putus asa lak lepas dapat main Picasa 3.uhuh.

Selamat mencuba.Jadilah pengguna yang berhemah.Anda mampu mengubahnya

...penat jugak rupenye jadi promoter..even barang free


Thursday, December 25, 2008

antara sebab kenapa budak² boleh hilang

semalam.

aku lepak kat shah alam.
kat mana?
aih tak kemana pun, rumah maksedara aku je.

lokasi:
kondominium kristal
jalan pulasari
sek 7
SA

sebelah pintu pagau UiTM sek 7 je. siap share pagau ngn UiTM lagi.aih

Pendekkan cerita, di petang hari memang syiok la tido. Tapi..adikku si Bongsu beriya-iya mahu ke playground. Alah, sebab kawasan rumah aku tak de playground pun. Disebabkan akak² si Bongsu ni semua tengah best lalok [bahasa minang, membawa maksud tidur] dan disebabkan maid ikut skali, maka maksedara aku yang kupanggil Ucu ni, mintak dia temankan si Bongsu dan bro Imam yang darjah enam ni turun ke playground. Dah darjah enam pun tak leh caye sangat.

pendekkan cerita lagi..
6.30 petang. aiihh awat awal nau adik² aku ni balik? selalunya da azan maghrib pun buat² lupa je yang diorang ni ada rumah.

si Bongsu mengadu "ammar takut...ucu, ada hantu.."

Budak kecik ni sah muka ketakutan.

"Ada hantu..panggil Ammar..masa kat bawah tadi.."

Aik, hantu apa siang² terang gini.

Mula² memang rasa nak buat undi tak percaya kat dak kecik nih. Tapi dari ekspresi muka dia, kesian lahaii, rasa²nya betul kut apa yang dia cakap.

Maka bro Imam memulakan bicara "tadi..ada orang, besar, lelaki..panggil Ammar, tapi lepas tu Ammar terus lari dekat Amin (bro Imam tu lah) "

"besar mana orang tu?" ayat tanya yang tak beberapa patut ditanya sebab hanya untuk kepastian bahawa 'orang itu' sememangnya orang.

"adelah tinggi besar kakngah" cinabeng kau Amin. aku besar sangat ka?? -_________________-'

isk²

"muda ke orang tua?"
"takde lah tua pun, sebaya kakngah kut" tengokkk aku lagi yang dijadikan contoh. Nampak sangat aku ni spesis big-grin-evil-sister di mata dia. *-*

huhhuu

Agak² orang tu berniat jahat ke tak?

Ucu memandang tepat ke arah maid selaku penjaga diorang secara sepatutnya kat playground tadi.

"abis makcik kemane?" soal Ucu. A'ah ek, maid tu kemane? takkan lah orang-tu berani² pulak panggil si Bongsu yang kiut ni, [ala² aku, mase kecik² dulu, keh³] kankan.

"acik tu, die tak jaga pun Ammar, dia borak-borak dengan orang sapa tah kat tempat lain"
aihh tu dia, bro Imam da menunjuk² sifat mengadu dia. eheh

Di saat ini, semua jeling nak maut dengan maid yang sorang ni. Memang Ucu dan Nenek dah ada feel tak best dengan dia sejak dia mula² kerja lagi. huhu. aku? iye, aku pun. Problematic maid memang tak duk lame la kat rumah aku nampaknya.

Benasib baik dengan sifat si Bongsu yang agak² penakut sebab terus lari, kalau tak, [dan kalau ye orang-tu berniat jahat] mesti da dicekup bawak lari je budak kiut sorang nih.huhu. tak pasal² aku kurang sorang adik.aishh.

Hari berikutnya, si Bongsu masih mengadu. Dah macam ada fobia je aku tengok.aih.
Orang cakap, nak menghadapi ketakutan atau fobia, kita kene berdepan dengan perkara tersebut. Si Bongsu bukan menghadapi fobia dengan orang yang tak dikenali, tetapi fobia nak main kat playground. Dek kecian kan budak kecik yang baru nak pandai main di playground yang ku kira masa muda² dulu suatu tempat yang best sebab boleh lompat² panjat², maka, Ucu mintak aku dan si Sulong temankan makhluk dua orang ni yang buat aku rase banyak songeh betul, nak releks pun tak leh.huhu.

"nanti Ucu suruh Kakngah temankan ye.." pujuk Ucu
"nanti ada hantu lagi" balas si Bongsu yang muka bajet cuak. aku tak paham kenapa adik aku panggil orang-tu hantu.
"tak..kalau hantu tu datang, nanti Kakngah pukul kepala dia dengan kasut" balas Ucu.

Terima kasih kerana menjadikan aku sebagai Superhero beliau dalam kasus ni. -_-

Si Bongsu tak fobia lagi, dan bermain dengan gembiranya.

whiee~ gelungsur bes

Maid pulak?
segala jenis denda, potong gaji elaun, bebelan oleh Ummi nanti, aku tanak amik tahu.


sekarang paham kan kenapa budak² boleh hilang, Sharline, Awi, Nurin...lagi²? akibat kelalaian ibu/bapa/penjaga (sila potong mana-mana yang tidak berkenaan), budak² kecik yang kiut, malah cun seperti Nurin Jazlin menjadi mangsa.



siap boley view Menara UiTM ..dari dalam terowong?

Aku rasa, nanti kalau aku ada anak, aku ikat je ngan tali..macam bawak anjing jalan² haha. Tali tu pun memang ada khas untuk budak. Ikat kat tangan. Kat rumah ni ada satu. Memang tak juallah kat Malaysia, tapi tak tau lah kot² sekarang dah ada. Rasa² nampak keji tak buat anak macam anjing peliharaan? lols.

Wednesday, December 24, 2008

ANGKA-SAWAN bermula!

-tajuk agak femiliar-


aku akan melangkah kembali ke dunia kampus, setelah tersesak nafas beberapa minggu dengan kecuakan aku terhadap keputusan peperiksaan yang nyata membuahkan hasil

alhamdulillah



uitm johor.Here i come to you bebeyhh~! X)
-ucapan selamat kembali kepada diriku-

sememangnya persediaan aku untuk terus menongkah arus yang tak ade kaitan pun dengan arus elektrik, telah bermula. Ini bermaksud, 'angka-sawan' aku juga akan bermula dengan subjek-subjek yang memberangsangkan minda.ohoh

tadaa


  • INTRODUCTION TO INTERACTIVE MULTIMEDIA 3.0
  • CALCULUS II 4.0
  • LINEAR ALGEBRA I 3.0
  • FUNDAMENTALS OF MANAGEMENT 3.0
  • OPERATIONS RESEARCH 4.0
total crdt hours: kire ar sendiri.

menarik? tak menarik?

sukati. pada mata hatiku ia tetap cantik tertarik mereka sungguh howtt!~
Macromedia flash~! bersedialah, aku akan memperkotak-katikkan kau.
dan kepada yang tuko Flash kepada Macroeconomics. gudluck. Microeconomics aku pun macam darn hell. Tak kuaseee ak nak tengok Macroeco pulak.

dan. ehem. aku baru nak start linear algebra yang kebanyakannnye kate "aduiyay, senang je tu"
harap-harap telahan korang benar-benar betul.oke.sayang korang.

nampaknya, subjek kalini tak seteruk sem lepas, di mana, aku ada 3 subjek berstatus 4 jam kredit.mama~! trouble.
tapi atleast da bagi tau 4 kredit tu, pandai-pandai la manage kan.
dan lebih trouble kalau..ye..kalau.. status nya pura-pura aje 3 atau 2 jam kredit, tapi hakikat kebenarannya ...membuatkan aku mahu terjerit "tolooonnn!!" -lepas tu tensi je, call ainul.heheeehhh-

so, kepada subjek-subjek next sem yang howt belaka tuh, tolong jangan hipokrit dengan aku, sebab aku pun tak suka nak hipokrit dengan korang.oke.sayang korang.=)

one more thing.
kos dah terdaftar. Ucapan terima kasih kepada penggubal jadual waktu selaku makhluk yang berjaya membuatkan aku bakal tak makan tengahari pada hari Isnin. Isnin: 8 pagi - 4 petang. non setop. cis.

isk. xpelah.

berusaha untuk mencapai 4 rata
(pinjam ayat aN) titik


Monday, December 22, 2008

ajibtu.

selak-selak surat khabar hari ini
pasangan² yang telah diijabkabulkan

mawi 27 - ekin 29

rita rudaini 32 - zafuan 21 (muda lagi zafuan ni, tapi dah keje tak pe laa kann.lol)

-semoga berbahagia ^.^ -

tapi..
aiee.. aku kepelikan

terhadap lelaki yang cenderung untuk memilih pasangan(isteri) yang lebih tua?
ehem.
kalau ikut masyarakat luar negara memang benda ni dah biasa

tapi..
di Malaysia, agak jarang kedengaran[dahulu2nya]

Mungkin masyarakat Malaysia kini telah berubah persepsi.mentaliti minda. kot?
mesti orang akan ckp.. "ala, dah jodoh.." tahu la jodohh,tapi dulu² kes gini jarang lak nak ade.selang tiga pat tahun, baru ada satu couple.

dan semalam

seorang sahabat bercerita tentang perkahwinan saudaranya. Pengantin perempuan, 25. Pengantin lelaki, 21. (kepada yang tahu tentang majlis ini, kalau umurnye salah,tolong betulkan.ehe)

Aku tak kata situasi gini adalah salah. Rasulullah s.a.w. dengan Khadijah pun berada di situasi yang sama. Cuma..baru-baru ini kat Malaysia macam makin menjadi pulak budaya macam ni. Budaya baru agaknye. dan..aku masih berada dalam dunia kuno -tak masuk lagi 'budaya baru'- hehe.adeh.aku masih kehairanan. anih²

[ jadi tak heran jugak yang admire aku, kebanyakkannya katagori 'adik2' aisehhmen ]


...bak kata In-Team 'ajibtu' -aku hairan.

Friday, December 19, 2008

bercinta selepas kahwin??

whie~ topik kawin lagii.

hoho

aih.

oke oke tajuk saje
sebenarnya tiada kaitan dengan sebuah perkahwinan

atau
lebih tepat hanyalah
PERUMPAMAAN

hehe


ini kes aku dengan kos yang aku amik sekarang.
sains kuantitatif


atau lebih popular sains matematik -mane2 yang engkorang suke =D -

siyes cakap.
Aku tak pernah terfikir nak amik kos ni, walaupun semasa isi borang UPU.
di-simple-kan. Main letak je.
fu


sehinggalah masuk kelas,assigment,etc etc
aku tak suka kos ni oke!

sebab.aku bukanlah berotak genius dengan matematik.biasa-biasa aje. minat aku lebih ke seni ker.lukis lukis ker.baca membaca pun oke jugak.hait.

sem 1 sem 2 sungguh hampeh.
Tiap kali result nak kuar, aku akan mengalami kecuakan yang melampau -termasuk semalam-

*makan tak kenyam*

*mandi tak basah*

*tidur tak lena*
*kentut tak bau*
hahahahhaha XD
*log in tak ter-sign in*
ehh apaka? adeh terlebih hiperbola

sebab aku tau, aku tak buat betul-betul, tak sepenuh hati pun. dek berguni-guni kemenyampahan terhadap kos sendiri.aiyay.tension ooo.

sehinggalah sem 3 baru dapat kesedaran. kesedaran yang pelik

"tak nak tukar kos ke anin? da result cam ni..",bermonolog sendiri, berdasarkan result sem 1 dan 2 yang sungguh hampeh.

dan akhirnya aku sedar. ini penentu hidup aku, kenapa pulak aku main-main.hm.?
dan aku berusaha untuk mencintainya dengan sepenuh hati. dengan segenggam tabah yang ada...



gambar hiasan: dirompak dari lappy Appy Hillester X)

usaha
doa
tawakkal
alhamdulillah
..hasil memberangsangkan walaupun kekantoian aku terhadap
subjek kalkulus.aiseh.takpe next sem ada kalkulus II pulak kan. ehe.

esok2 kalau korang kawin pun, pasangan korang mesti tak perfect jugak kan. perumpamaan ye..perumpamaan.. Hehee X)

maka aku nak teruskan bercinta dengan 'perka
hwinan' ini untuk mencari keredhaan-Nya. tak jadi tukar kos.

[ p/s:
realitinya, aku masih single.oke! =P ]

Tuesday, December 16, 2008

coooooooooooooooooool




uit.UK da buat camni.Malaysia??

anyway..


agak-agak, bape harga? heheeeh

Thursday, December 11, 2008

the event of drink and eat (reunion SP batch 89)


["salam, rabu minggu depan akan diadakan reunion kat rumah iqin. sape nk dtg bgtaw ak"-emma]

lebih kuang camni la msg nye.

whie~~ suka, happy plus gumbira.

lagi skali reunion. jumpa segala teman yang pernah terukir nama mereka di dalam sejarah hidup aku, dan buat kesekian kali mereka diundang untuk nama mereka di refresh dlm otak aku.ngehehe.kiranya ini reunion kali ke-3. terima kasih iqin!. 1st time di rumah Khalid, thanks to him, sekali dengan jamuan raya. 2nd time di rumah Izzat, thank you so much, sekali dengan doa selamat sempena kejayaan semua masuk ke alam kampus. =)

but first, maaf ampun dipinta kepada manager selaku ketua projek kalini di atas ketidaktanggungjawaban AJK kebersihan, aku la tuh, tak buat kerja. hehehee.. maaf maaf hal yang tak dapat dielakkan
-adekah alasan ini diterima?-

"itulah hanin, penuh dengan alasan" kata salah seorang klasmet aku di kampus. isk.
beralasan untuk tak join discussion group di library
beralasan untuk datang lewat
beralasan untuk memerap dalam bilik di kolej.

kalini manager dah terkena dengan alasan aku. tapi ini bukanlah semata2 sebuah alasan. oih, alasan lagi.lantaklah.huhu.

tp ok what? atleast aku da tolong kipaskan BBQ, hahaha punye la sikit keje yang aku buat, itu pun lari2 dari asap sedap je aku dibahan Ubey "kau ni hanin, pakai lawa2 pastuh kipas BBQ, kene asap lari.." adeii..yelah,lainkali aku buat uniform bagi sesiapa maw kipas BBQ.hahahadeih.

secara keseluruhan aku sangat berpuas hati dengan makanan yang tersedia malam tuh. hahaha. trimas kepada Aisyah selaku AJK katering. pas buat menantu. =P

juga kedatangan yang tak disangka2. wahh perempuan 11, lelaki 17. [kalo bab makan mmg slalu lelaki lebihi perempuan. hahaha. guys, jangan marah XD] juga terjumpa kembali teman2 yang ingat muka tak ingat nama, ingat nama tak ingat muka, dan muka dan nama langsung tak ingat. hehehe. maaf maaf. bukan terniat di hati untuk melupakan korang. tapi... err... sbrnye ak masih bermasalah dengan memori. kadang2 terlupa siapa diri sendiri. lupa diri lupa dunia. itu lumrah buat masa ini. huhu.

tapikan..ada yang terlupa akan diriku jugak. haha. takpe2 aku paham tu. bisa diatur. =)

Ehem, cerita-cerita, mostly sambung belajar lah kan, ade jugak yang dah keje, tak kurang ada jugak yang udah mau kahwin. agak2 next reunion ade yang bawak anak tak? hahaha.

kahwin ek? " tak lama lagi Ibah dah nak kahwin...ngn Sharif" Ibah berseloroh. XD XD engkorang bab melawak no 1, sampai aku pun terkonpius. aiyaaa. maka Sharif, merangkap headboy masa form 5 dulu, membuat pengumuman "segala rumours tentang saya adalah tidak benar" hahaha.

gelak.ketawa.happy.

yang sambung belajar,masyaAllah, tak kurang hebat gak korang ni. kalau tengok dulu-dulu zaman skolah, selekeh je semua. selekeh sememehh semua korang jelah. eleh aku pun same. hahaha. alhamdulillah ramai jugak yang membesar akhirnya sekarang dalam laluan untuk menjadi saintis2 korporat2. semoga yang pakar2 itu dalam kalangan kita jugak ye. insyaAllah.

yang mahu fly tak lama lagi. waahh best! Naqi selaku headboy masa sekolah rendah telah memberi ucapan salam perantau, walaupun dia tak fly pun lagi.cess kau neh.lelebih betol haha. jangan lupe bawak emma skali dalam bagasi. =P kalau emma nak ikut Naqi -dlm beg- aku nk ikut Jehan fly jugak -J, t bwk beg besau2 sket ek.hoho- joke joke. XD

asyik headboys yang dapat cerita.
aku, antara pengawas sekolah yang femes suatu ketika dahulu [dulu2 je], ada cerita jugak. XD

"ohh..kau tuh tak femes, sebab tu kitoang tak ingat kau kot",

ayat power aku nak kenekan orang2 yang telah dilupakan. XD XD

mangsanya adalah Musoddiq. mau tak nye, dia habaq aku, kelas dia 1A,2A,4S,5S,6S bukankah ini semua kelas aku??? ohh. memang ko invis sepanjang 6 tahun tu kot. isk isk.

ayat penyata aku juga disokong hebat oleh Fathinah, Naqi, dan Ubey merangkap klasmet aku zaman2 tuh. haha. hanya Ibah dan Salam yang menyokong kehadiran Mus di dalam kelas tersebut. hahaha. kesian kau ek. tu lah..sape suruh tak femes. lalala~ -dude, sorilah mmg tak ingat- [smpai skang Mus masih tak puas ati ngan aku. XD]

banyak sangat isi, lenguh tangan menaip, penat korang membaca.

jom tengok aksia~ [aksi-aksi la...]





emma,aisyah,iqin,hanin,fathinah,faiza,qila,ibah,azira, jehan,tiqa, sharif,mus,khalid,ubey,zaid,salam,naqi,affiq,hadi,azhar, faris,alif,faiz,ali,izat,safwan,sayuti

so..bg yang rasa2 nak nama dia termaktub dalam list, next time ringan2 kan la tulang,free2kan masa korang untuk hadir memeriahkan.ehe

trimas kepada yang hadir,
trimas kepada yang mengingati,
trimas kepada yang minum2 makan2,
trimas kepada yang kipaskan BBQ
Trimas.Trimas.Trimas. =D


lepas ni turn rumah siapa pulak ye?

Saturday, December 6, 2008

.bosan case.

Lagi topik bosan.
...
Ait, bkn di blog ini. Tapi di blog2 lain di mana bukanlah kepunyaanku, tp kepunyaan orann2 lain lah jugekk:

tajuk : bosan.
tajuk: arghh~~ bosan.
tajuk: aku kebosanan. tolonggg.

lol

aku pun bosan mehh.adeh. tapi..
daripada cerita kenapa aku bosan, terus orang yang membaca jugak boleh mati kebosanan
bak kate maksedare ak, 'mati kutu' merujuk terus kepada semangat bosan yang melampau.
meh aku citer kisah Ummi dan Imam (samimangnya bukan nama sebenar)

Imam: Ummi..boring la..

4saat kemudian..

Imam: Ummi,...bosanla...

Ummi membisu. Diam.

Imam: Ummi.... *muka bosan dan 'mati kutu'*

dan akhirnya..

Ummi: yelah, kalau bosan sangat nanti Ummi carikkan kawan. (merujuk kepada kahwin) -haha-
main sama2, makan sama2, belajar sama2. nanti tak boring kan...?

tak terkata bengangnya si Imam . hahaha.

sbnrnya Imam, merangkap adik aku ni, nak mintak kat Ummi supaya bagi permission main PS atau keluar merayap dengan basikal dia, di mana telah dirantai dengan jayanya oleh ayahanda, dan PS telah disimpan oleh si Sulong. hakokoko. padan muko. XD

sampai sekarang dia telah 'dibahan' oleh akak2 nya yang suka menyakat, tiap kali perkataan 'boring' atau 'bosan' terkeluar dari mulut dia..

"kalau boring, pi kawen lahh" huehuehuehh keciiiaannn..

tips: barang siapa maw kawen awal, slalu2la mengadu kebosanan/keboringan pada mak korang. lalala~

[ dituju khas kepada encik yang nak kawen awal tuhh.haha XD ]


"semalam 'mati kutu',
hari ni kutu mati,
antara kutu dengan mati,
aku lebih rela pura2 mati daripada berkutu"

...fufufu~

Wednesday, December 3, 2008

Aku Dibumi Asing ??

Well..bosan2 di uitm kami memulakan misi merayap ke bandar
(kami disini adalah aku dan Mrs<--rumet x seberape-->hahaha)

Dimulakan dengan langkah kanan.(sopan le sikit =P) maka merayaplah kami di muka bumi ini dengan jaye nye, ke :
1#billion segamat-shopping baju(wehh tyme ni baru rasa shopping itu indahh.hOhO)
2#kfc segamat- makan2 , siap terjumpa geng anis che harun 'berdansa' (ohh??) xde la, diorang celebrate bday adik piah n adik adak. hihi. (they really my 'adik' coz they both younger than me 1 year -ala budak lompat)
sempat jugak la merase bday kek korang ek



Meneruskan ekspedisi 'merayap' kitoang,maka ke kedai tudung pulakk..

ha...ni nak komplen sket...

"akak, tudung bidang 60 ad tak?" soal si Mrs.
"maaf, takde la dik" jwb salesgirl.

mengumpat jugak kitoang "eyhh..tudung bawal aje ke semua??" sok sek sok sek. lol XP

"kat mana nak cari ek? ada ke kedai lain?" bertanya lagi si Mrs. Dlm kes ni, ak diam jek, sbb nk beli tudung tu die, bkn aku.kofkofkof.

"ada..di ujung sana...blablabla" -pjng sgt dialog, ak luper-
"ok, blablabla..terima kasih kak"

"hanin, ..blablablabla..?"
"ohh..apa kawu tanya ni? ak x paham 'blablablabla' apakah? -hue3- nk ke sane ek? ok, jom"


hehehee..


Mengesat peluh, meregang otot. tghari 1.00 pm. uhh panas+letih
ahernya sampai ke tempat dituju. jalan kaki beb. ala mcm jaoh nau la pulak kan.
hoho.

"ohh, adik, mau cari tudung mcm itu ya? mari masuk dalam, ada sini" soal pekedai kepada kitoang,
tanpa sempat kitoang bertanya.sungguh efisyen taukeh ni buat keje.
-'tudung mcm itu' adalah berdasarkan tudung kitoang kot-

Yaa..finaleyy, jumpe jugakk. comey2 ak suka.
kenapa ak suka pulak? yelahh ak terjumpa tudung putih.mmg nk carik sgt2 tp slalu jumpe yang tak berkenan jek. ngaaa.

-tadi kate tak nak beli, nipu tol anin nihh. =,=' -

Tanya2 jugak kepada si taukeh "selalu ke org beli tudung camni?"

"jarang la amoi, itu yang saya letak di dalam.."

"ohh.." keluhan tak biase.

itu ini,setel~!. Mrs sgt cerewet membeli tudung. haha.

Hm..ak pelik, kenapa kedai Melayu.Islam. tak jual tudung camtuh.
tp kedai Cina.Bkn Islam. ada pulakk..huih..betul2 rasa seperti makhluk asing, mencari sesuatu yang tak biasa.

Ummi ckp, kat kL pun skang dah susah nk cari tudung camni, slalunya di Jalan TAR .tp skang, terpaksa ke PKNS SA (shah alam ye, bkn south africa)
Perhatian: Shah Alam bukanlah Kuala Lumpur =P

dan..

ak pelik kenapa bnyk sgt tudung bawal dan jarang?? bukan kah boleh see-tru.serupa cam pakai anak tudung je, leher nampak lagi.. dan rata2 tudung mcm ni made from kelantan n terengganu. Kerajaan Kelantan, bila lagi nak amik tindakan? diulangi ye. boleh see-tru. =)

-harap maaf kepada pengguna tudung bawal, harap2 ini boleh jadi
'Kempen Jauhi Tudung yang Jarang atau Pendek' hehe... -


susah2 sgt nak cari tudung, meh window shopping (aku memang maksudkan bershopping di window XP/vista.hahaha) bkn takat2 tengok aje ye :mari2: (org punye ni, saje promote)


siap niqab pun ad ni =D .wslm.

[tgh pikir nak cuba tudung bulat pulak, ok ke? ehe - pikir sejuta kali dulu sblm makeover tang ni.ohoh-]

"tudung dipakai si gadis melayu
tanda beriman, berakhlak tak semu"

Tuesday, December 2, 2008

...and finally...

alhamdulillah. syukrillah.

hehe..amende?? gelak la korang..ha..gelak2.

hahaha.

-tula si hanin, dulu kemain sombong tak mau berblog, di ajak berblog, jawabnye
"..aku takkan terpengaruh dengan gerakan dakyah berblog korang.." sambil2 gelak evil.lol-

hOhO. bukan ape..ak bosan. alasan cheh.

takpelah. ape2 pun.siap sudah satu kan? ehe. da..nnti saya post lagi yeh. =)


"gendang gendot tali kecapi
siap sudah blog senang hati"