Chakpong FC

Friday, January 28, 2011

cerita jubah

Jubah pakaian sunnah. nampak orang pakai jubah, teringat Rasulullah. Jubah nabi warna hijau, saya masih boleh ingat. heh, kau ingat apa? heee nothing nothing. Dan bila pakai jubah, terus rasa macam baik. Jubah saya hanya ada dua, satu hitam, satu lagi putih. kalau rakan pinjam yang putih, dan saya pakai yang hitam, kami boleh dikira sebagai tahi cicak. kuikuikui. Oh, sudahlah, tahi yang putih sudah tak boleh pakai. sebab udah senteng! lagi pun itu kan dikira baju sekolah. (teka: sekolah apa yang pakai jubah putih? ;D)

Dulu-dulu, kalau yang suka pakai jubah tu orang dakwah. Kalau sekarang, orang balik haji buat umrah pun dah suka pakai jubah. Terbalik, imam muda pulak yang pakai neck tie. kadang-kadang yang perempuan pakai jubah sebab macam trend pulak. jubah arab. pakai pergi dinner. itu, aku pun buat LOL ini kes dah takda baju. bedal saja jubah. selesai.

oh cerita belum selesai

Cerita bapak pula, orang dakwah dulu-dulu time nak nikah pun pakai jubah, tak perlu baju melayu. siap dengan serban, takyah pakai tengkolok. Yang perempuan, pakai baju kurung memadai. takyah sebok sebok nak sewa baju pengantin. jimat! lagi jimat bila makbapak aku kahwin takda pelamin. huii memang paling jimat kahwin macam nih. Lain pulak orang dakwah zaman sekarang, pelamin ada jugak. buat tangkap gambar saja katanya. tapi macam membazirlah jugak kan .huhu. engkau cakap orang, esok engkau pun buat jugak. bahaha. saya mengikut tradisi emak ayah(kunun). engko diam! :P

bila tiba masa nak nikah, setting sudah baek. tetiba ada makcik dari belakang tanya

"mana pengantin lelakinya? tok kadi dah sampai ni !"



hahaha.kesian ayah saya, hari menikah dicop sebagai tok kadi. esoklusa kalau bapa saya mahu menikahkan anaknya, saya kena ingatkan dia, supaya pakai baju melayu. biar paksa menantu yang pakai jubah. takpasal dua-dua sekali yang nikah nanti. XD

kecik-kecik aku dah pakai jubah konvo. korang ade ke? ;P

Monday, January 24, 2011

14 Safar sudah berlalu. hati terkilan TUHAN saja yang tahu.


kenapa 14 Safar? ada apa 14 Safar?

nak ajak korang pergi buang bala bulan safar. haha


nope. 14 Safar menandakan saya sudah masuk 22 belas. oh man, kadang-kadang memang tak suka tengok kalender Islam sebab tarikhnya laju bangat. LOL

dan sebulan selepas 14 Safar, macik ni pulak mengalami sindrom 22 belas yeah yeah!


hipotesisnya disini:

pertambahan garis umur itu menandakan bertambahnya garis masa menuju kematian. oh lagi, memang saya tak suka hari lahir saya. tapi tarikh ini lah yang sering mengingatkan kita, walau uban tak tumbuh lagi, kubur macam ajak kata mari, rumah kata sila waris pada waris terdekat. ngeh sejak bila haku beli rumah siap suruh waris pulak. haha.

err officially 14 Sept, baru 22. sekarang masih 21 belas belass kesian. lalala~




14 Januari lalu besday boy neh. lupe nak wish. dah 24 belas dah pakcik tua nih, tah bila nak kawen (setiap tahun, ayat wish besday kepada beliaw haruslah disudahi dengan 'bila nak kawen' ;D)


++ saya adalah anak '14' dari pasangan '14'. sebab tarikh kawen makbapak haku 14 Dis. har~

Wednesday, January 19, 2011

Black Eye Peas tumpang glamer Maher Zain

Someday lyrics by Black Eyed Peas

I'm bout to get it, bout to get, get, get it
Can't do it little cause I'm big, big Willy
I'm bout to do it just like Bill Gates did it
Cause I was born, I was born to kill it
Get in my dollars, get, get in my dollars
I need it bigger, I'm too big for smaller
I keep on working like I'm blue collar
I'm bout to get it, baby,
inshallah



bagi yang muslim, ada yang dah hantam2 kutuk2 BEP. saya bukan pakar nak ulas dalam hal ehwal ini, tapi bagi saya, macam takda masalah nak guna perkataan InsyaAllah bahasa Arab, membawa maksud "God willing" selagi kamu percaya Tuhan wujud.

kalau tengok cerita KINGDOM OF HEAVEN lagi la banyak orang yahudi, kristian, orlando bloom, sebut InsyaAllah. (tapi selalu kena cut dengan ASTRO, antonio banderas tulis LA ILA HA ILALLAH pun diorang cut)

tapi

ada yang cakap sebenarnya BEP sebut 'in shallow'


takpala dia sebut apa pun, yang penting, kau tu baca belog aku dah solat ke belom?

Tuesday, January 18, 2011

nota cinta kepada pelajar seluruh Malaysia

nota cinta kepada manusia seluruh dunia:

Anda adalah pelajar sehingga ke liang lahad, enam kaki bawah tanah. Homework yang Allah suruh buat 5 kali sehari tu dah buat ke belum? Cepat cepat siapkan, sebelum Izrael datang kutip homework :D


++jangan kerana menyiapkan homework cikgu beri, sampai lupa nak siapkan homework yang Allah beri. oh kemas rumah, basoh baju itu homework jugak =_=

Tuesday, January 11, 2011

apa beza berterabur dengan bertabur

jangan kira dari segi ejaan.

"sekali aku tumbuk, berterabur gigi kau!"

"sekali aku tumbuk, bertabur gigi kau!"


kedua-dua ayat menunjukkan kejadian yang sama. berterabur gigi dan bertabur gigi, kedua-dua menunjukkan gigi yang bakal jatuh dari gusi.

jadi, boleh guna ikut suka la ye?



"bang, milo tabur satu!"

"bang, milo terabur satu!"


apa itu milo terabur?

Thursday, January 6, 2011

Tips: selamatkan nyawa anda!

sila baca, demi menyelamatkan nyawa. cewah memaksa readers nampak?


SATU
Tips dari Taekwando. Siku adalah bahagian badan yang paling kuat. Jadi gunakan sebaik mungkin.

contoh: kasi hantam perut dia pakai siku. paling hebat kalau kau terus tunjuk siku, kemudian penjenayah terus lari..contoh ini hanya sesuai jika anda seorang yang buruk siku.


DUA
Kalau anda sedang so syok! jalan jalan, tiba-tiba disergah penyamun, dia hulur pisau tapi anda diminta menghulurkan sumbangan dompet anda. Perkara pertama yang harus anda buat, ialah.. keluarkan dompet. Jangan beri dompet tadi kepada encik penyamun, tapi campakkan dompet sejauh yang mungkin, agar penyamun tersebut berkejar terhadap dompet anda. Dan inilah masanya untuk anda lari lintang pukang selamatkan diri ke arah yang bertentangan dengan dompet tadi.

Dan lebih bagus kalau kau bawa bersama dompet extra (dompet kosong) supaya boleh campak dompet kosong tadi ke muka penyamun, lalu berlari menyelamatkan diri sambil ketawa ria. sekali balik rumah baru perasan terrbaling dompet yang salah. hahaha.

Apalah erti sebuah dompet, kalau dibandingkan dengan nyawa. (oh, ada orang lebih sayangkan dompet daripada duit yang ada kat dalam dompet tu.hehe)


TIGA
Wanita. Jantina jenis ini cenderung untuk cek lipstik, pakai bedak dulu, cek list barang didalam kereta,(diparkir awam/rumah sendiri/tempat kerja) TOLONG HENTIKAN PERBUATAN SEBEGINI. sememangnya ia akan mengundang padah. Kebanyakkan perompak akan aim wanita sebagai mangsa, berbanding lelaki. Lagi-lagi kalau dia dah tau kereta tersebut milik wanita. Dah engkau pegi letak teddy bear, bunga-bunga dekat dashboard, memang sohih la kereta perempuan kan.

wajib buat: Cepat cepat masuk kereta selaju mungkin lock pintu, sebelum ada orang masuk dipintu belakang acu pistol dikepala anda. err. dramatik

Jika anda berdepan dengan situasi begini, oh please, jangan la pergi ikut arahan perompak tu. dia akan suruh anda drive kereta ke..entah, mana aku tau. Perkara terbaik, start engine, lalu hantam saja perkara di depan kereta anda. Kalau dinding, kasi hantam itu dinding. Kalau kereta orang, hantam lagi kuat. takpa, inilah masanya anda dapat menghentam kereta orang tanpa rasa bersalah. hehe. kereta depan ada insurans. its ok.

Di saat ini anda akan bersyukur beli kereta mahal sikit sebab ada AIR BAG (aku wonder, kereta kancil ada airbag tak? hehe) anda selamat dengan air bag, tapi perompak dibelakang anda mungkin lebih parah terhumban ke hadapan otomatik pistol tadi tidak dikepala anda lagi. Ini masa yang terbaik untuk keluar dari kereta. Run for your life!!!~~~~

Usah risaukan kereta anda, ini lebih baik daripada orang jumpa mayat kau entah nowhere. Lebih tragis siap 3B; Bunuh, Bakar, Buang. mungkin sebelum tu dia rogol ko siap siap. oh God~ na'uzubillah min zalik.
*
*
*
eh, cakap memang senang, tapi kalau betol betol bukan cobaan, kalau dah gelabah, satu tips pun tak terfikir dah. =_=

ada lagi 8 tips yang akan menyusul. tapi publish 3 dahulu. yeahh~


++rasa ingin menampar diri setelah mengetahui program 1000Jiwa 1Hati adalah sangat best. Itulah, siapa suruh tak jadi pergi, kan Maher Zain dah datang. cess~

Tuesday, January 4, 2011

Intake IPT bulan September

Banyak kali dah dengar orang cakap, intake bulan Jun untuk IPT, di anjakkan ke bulan September.

"itu rumours je" kawan kawan aku kata

tapi tadi di berita jam 8 tivi 3, aku rasa aku memang tak salah dengar

pak menteri cakap "untuk menyelaraskan dengan universiti luar negara, seluruh IPT malaysia juga akan bermula bulan 9"

woa!! bak kata Irah Hajerah, "kalau kawen, sempat kau pregnent" XD


"dijadualkan kelas akan bermula lepas raya Aidilfitri"

9 bulan aku berjimba-jimba neh. nak ekot koda pergi Syria la camneh..nanti buleh jadi ostajah Bahasa Arab. haha

yang tak bestnye...cuti dah tak sama dengan budak sekolah. dah tak boleh ajar adik-adik ngaji masa cuti sem. cehh..selama ni manada aku ngajar ngaji, ngajar buli ada laa.hohoh

Saturday, January 1, 2011

lepas countdown, kena tunggu 9bulan

kalau duduk lembah klang di ambang tahun baru, anda tidak boleh lari dari traffic jammed, melainkan duduk rumah senyap senyap tido. ini kita panggil jammed atas katel. he heh.

one utama sesak, the curve sesak nak lalu balik rumah pun susah, konon konon lari pergi shah alam la pulak, sekali shah alam lagi sesak, i-city punya kerja. disana ada winter -5C. woaa!

tapi saya tonton bunga api dari kondo saje la yeah. gile aku nak berhimpit semata-mata nak countdown (countdown fireworks je sebenarnye, bukan new year.hehe). dan lebih sepatutnya kena pergi 1000Jiwa 1Hati, tapi tak dapat pergi. dah rasa bersalah sebenarnye nehh :P *poyo Lepastu bonda pergi menambah kebersalahan hati, "dekat Masjid KLCC, ada program Nisa' " saje je dia =_=

nah, bunga api dari I-City, orang jawa panggil fireworks, viewed from Kristal Condo.


sila abaikan background music yang terlibat. :P


sebut perkataan kondo, aku teringat perkataan kondom. agak-agak berapa ramai kena tunggu 9bulan 10hari lepas ni?

bulan september; bulan membuang bayi secara berjemaah (menjejas kemuliaan bulan kelahiran haku X_X)

ANDA BIJAK JAUHI ZINA.
bijak? memang bijak~ clever edisi Islam

++entri terlambat publish sebab 'traffic jammed' hehehe