Chakpong FC

Friday, July 31, 2009

... "kalung bunga kat berhala takpe. ..pegang lilin tak bleh"

.
.
.
.

hari ini hari pahlawan. ewaah
mari menyambut hari pahlawan. ewahh ewaah lagi.

engko ingat hari pahlawan tu macam boleh chakpong2 ke ape heh??



kalau dulu menyambut hari pahlawan dekat sekolah rendah, mereka kutip derma.
siapa dermawan akan beli buku tulis berharga seringgit. cover dia memang chantek tertarek wa cakap lu. tapi bukan hardcover ape pun. tak mengharap pun. *membeli buku juga dianggap dermawan eh? membeli sambil menderma cengcengceng (:


hari ini (bukan dulu) saya minyaksikan istiadat 7 kalung bunga tugu negara T__T (live kat TV! hahaha TV)

diorang ni memang saja nak kene sumpah dengan aku neh. orang da cakap kurafat tu kurafat laa..tak paham.


pengacara kemain hah "semoga istiadat hari pahlawan ini meningkatkan semangat mempertahankan negara setiap rakyat malaysia"

kalau macam ni punya gaya, mempertahankan negara dari serangan Indon-Malingsial-whatever kat dunia maya ni pun, malas dah saya. bukan takat rasa 'takde maknenye' bah kan malu saya nak angkat senapang untuk malaysia (malaysia, i love you ok) baik pergi korban diri dekat palestin sana heh

baik lagi kau buat majlis tahlil ke doa ramai2 untuk pahlawan yang dah tiada lagi baik!

sebab kalau saya jadi pahlawan, kemudian saya gugur syahid, (ececehh.amiin amiin) saya akan mengharap seluruh rakyat malaysia mendoakan saya. kankan anda semua?
(eh kalau dah syahid tak yah doakan pun tak pe, aku da freely di syurgawi.hakhak)


what a fish juga pergi buat tugu negara dekat dengan masjid negara.

atau perlu tunggu dapat gelaran TUN baru boleh cakap "istiadat tugu negara perlu dimansuhkan, tugu negara perlu dihancurkan" .ikut perangai buruk jiran the latest saya. haha


++ke diorang ni ada masalah membezakan kurafat tu kategori dosa mana? google sendiri.

Thursday, July 30, 2009

... kenali vagina anda!

.
.
.
.
tajuk yang waaaw. sape cakap perkataan 'vagina' takleh sebut dekat public?

saya berani bet, pembaca lelaki akan pandang kiri kanan dulu sebelum kelik chakpong kalini.kuikuikui

(yaa..'anda' ditajuk itu untuk pembaca wanita, pembaca lelaki jangan tiba2 nak ngaku heh)



ketahui keindahan haid, pad terbaik dan sebagainya mengenai wanita. apsal sound macam pengacara 3R. haha.

marii kelik sini


ketahui juga mitos2 mengarut (mitos memang ar mengarut)
antaranya

"saya dengar perempuan kalau berpegangan tangan dengan lelaki, akan menyebabkan kehamilan!"

abis ah pasni takleh pegang tangan atau salam ayah anda. haha
(eh nampak manjekan kalau perempuan umur 20 nak lintas jalan cepat2 cari tangan ayah dia kat sebelah? hahaha. -hanin nak kene ketuk nih!.LOL)


ada jugak tak kelakar pun. pelik kejab

"jangan simpan kuku panjang sangat, nanti syaitan buat tempat tinggal"

-__________-"

jangan simpan kuku panjang, nanti tak masuk air wuduk. haa yang ni bukan mitos heh.


website tajaan kotax ini sememangnya memahami wanita. ececehh
saya tahulah kotax da masuk senarai boikot kerna palestin, tapi info berguna berguni2 free ni takyah boikot ahh..saya tak sarankan.

(saya pakai softy. memang soft habis. -ngade.nak yang mahal sikit dari kotax :P)

tapi saya sarankan anda baca setiap slot sehingga habis. wahh setiap slot tu. ^_^

yang lelaki pun wajib bukak baca sekarang!
(maka pembaca lelaki pun menjerit "yahooooo~!" kahkahkah)


dibawah pengaruh: nurulism.com

Sunday, July 26, 2009

... hari tu giliran saya, kini giliran dia

.
.
.
.

hari tu, ketika saya sakit sebulan lebih
saya cerita pada dia
"aku lapar, tapi takleh makan, kalau makan muntah, walaupun seteguk air" *penyakit pelik

dia kata, dia nak menangis dengar saya cakap camtu.

..

semalam dia bagitawu dia sakit,
saya rasa saya dah tahu, 'rasa nak menangis' yang dia rasa.

tapi attitude saya, bila saya kaget dan cuak, saya akan bagitahu perkara itu kalau boleh hampir semua orang.

*perangai pelik

saya hampir memesej semua orang.


sekarang Ainul aka cik pepel kawan saya, disahkan positif selesema babi, ditahan di wad hospital melaka, saya rasa ini jangkitan pertama UiTM Shah Alam. Tahniah Ainul, you'r the first. hehe..

doakan beliau sembuh cepat, takpun..tak teruk sangat. tolong. saya mohon.
nikmat sakit untuk dia, nikmat cuti sem awal untuk semua UiTM.ohh.


++yang tak dapat mesej saya, harap maaf. mungkin gangguan line, atau gangguan kehilangan no. heh. (ketika saya taip ini, ainul tengah boring dikuarantin kat hospital, dan takleh on9.haha)

Saturday, July 18, 2009

... cerita dua minggu

.
.
.
.
sem baru yippi~!
rumet baru, yippi lagi~!
bilik lama, dan lagi yippi~!
barang-barang yang tertinggal, kene kebas..tak yippi dah -_-"

barang-barang yang sengaja ditinggalkan atas alasan, malas-dah-nak-bawak-turun-masa-balik last-sem.hahaa ini dia : tikar, madu, soya, coffee, cermin Syer, water heater, sudu, garfu, pinggan, cawan, mangkuk.. daa~

barang-barang yang ditinggalkan oleh mereka ini ha: putung rokok

*&^*#$!!

ohh bagus betul diorang mensistembarterkan barang-barang daku dengan putung rokok.sigh~

siapa mereka? mereka ialah pelajar siswa intersesi. heh. hantar balik Sempana Riau kang!
(apsal taknak cakap Taming Sari?? hahaha)

lepastu siap memandai-mandai bebudak wing(aras) saya buat ulasan sendiri tentang siswa yang tinggal kat bilik diorang:

"yang tinggal kat bilik aku, yang jenis samseng agaknya..habis pecah itu ini"

"student lelaki yang duk kat bilik aku, mungkin mamat aww kot, sebab kemas giler satu habuk pun tak tinggal!"

statement no 2 memang takyah tahan gelak. hahaha. macam mana boleh terfikir camtu diorang ni.haihh. XD


ini dia rumet baru saya, sedang tidur. haiz..bukan teddy bear itu rumet saya, rumet saya telah hilang disebalik teddy bear. hehe. berasal dari Berserah,kuah kentang, maka nama beliau di belog ini ialah Cik Kentang. XD

teddy bear Cik Kentang terlalu besar, saya teruja sebentar.nah lihat
bandingkan dengan Ketupat Cinta saya.
gile kentang! besarkan?

ohh tidak dilupakan Miss yang masih setia menjadi rumet.kui3. dan tahniah buat Syer kerana telah berjaya menjadi ahli PERSATUAN EX-RUMET HANIN. hahaha

totally rumet saya semua mempunyai teddy bear, saya je tak. -ini ayat macam nak bagitawu "tolonglah beri hanin teddy bear satu" huahaha. padahal besty hanin da bagi teddy bear sebagai birthday present dua tahun lepas. yang u bagi tu kecik sangat la sayang, i nak yang besar.haha. ngade. (fathinah, meh sekeh hanin nih cepat!!) :P

apsal main teddy2 semua nih, macam budak kecik ah.wakaka.
dahdah. cerita lain.



kelas bermula! maka kami dengan setia nya menjadi pelajar setia mr.chu. ecehh. mr chu sedang mengajar vector. dan memakai baju kemeja birthday present oleh kami. hoho.

untuk kelas experimental design and analysis, best heh buat eksperimen helikopter.

mana heli nye hanin? tuuuu handmade helikopter kertas.haha. mesti anda ingat kami dipaksa buat heli betul2. cehh ingat saya budak mechy kah? saya budak math tahu.

itu kak ida, selaku klasmet merangkap pencatat masa. kami kena buat 18 heli kertas, kemudian campak satu-satu dari tingkat 3. hari ku tak pakai sportshoes, hari tu lah nak suruh aku lari turun naik tangga. cis betul. =_="

dan lecturer subjek ini Prof Madya S, telah memberi warning
"if you're not attend, once, i'll deduct 2% of your carried marks"

warning dikeluarkan semasa hanin tak attend kelas. ha.hamik kau! gaaa
dari segi apakah saya mahu memberi alasan migrain, pada beliau nanti. adoi. (takde MC doc.sob2)


ini cerita dining pulak. dining hall yang baru dan chantek. yeah. makanan sedap. nyum2.

dan itu Miss muka bangga sebab berjaya amik lauk sendiri. selama ni dia tak reti amik lauk sendiri. walau memilihnya. ok tu ayat tipu.haha.


kami berbangga dapat makan nasik goreng cendawan di dining, sebab selama ni memang takde hati pun nak makan kat dining yang selekeh!! (perlu ke letak tanda seru? haha)

betapa luluh dining dahulu, air kotak choc pun takde jual. semua brand air kotak pelik2, rasa pun pelik. tapi harga tetap tak pelik(harga biasa). cett~

ok ni perangai pelik UiTM dan tak patut story kat sini. tapi nak cerita jugek.haha.
"program lulus tanpa bajet" kesian kan kami? huhu. yaa kami ngerti duwet uitm kekeringan salur pada renovate itu ini. sadis~ encik ketua projek patut memikirkan langkah terbaik kalau nak laksana program ni jugak. hee. haa..pikio2.

semasa pendaftaran untuk kelab dan persatuan, ada pelajar part 1 free-haired tanya soalan begini
"kak, kalau tak pakai tudung bleh join insoft jugak ke?"
"hehe..boleh2..takde hal.."

jengjengjeng~

++hanin, sila siapkan tutorial statistik probability anda sekarang! ok baik.

Sunday, July 12, 2009

... amaran : manatuhanallah

.
.
.
.
anda umat Islam, berhati-hati dengan belog ini

MANATUHANALLAH.WORDPRESS.COM

pada mulanya saya disarankan membaca mengenai kewujudan Imam Mahdi dari Malaysia, oleh seorang sahabat. duhh~

baca baca, ter-shok! pulak . eh, shocking! bukan syiokk.

pertama yang perlu diragui apabila selesai meloading page ini
- tengkorak dipakaikan ayat "lailahailallah" di kepalanya. astaghfirullahalzim. *geleng2

kedua
- orang Islam tak kan sebut TUHAN Allah, macam lagu agnes monica. Rata-rata muslim sejati directly sebut ALLAH merujuk kepada Tuhan yang disembah, tiada yang lain layak selainNya.
- ini menunjukkan penulisnya MUNGKIN baru convert dari agama lain, ATAU dia nih bukan Islam, tapi sedang mempelajari Islam dan seterusnya, mengarut2 dekat belog. ATAU memang berniat untuk memesongkan akidah umat Islam.

ketiga
- rata-rata ayat al-Quran yang ditafsir macam sukahati tok nenek kau je tafsir sendiri!


mengenai Imam Mahdi tuh, tah..aku gelak je last2. hehehe. penulis siap letak lokasi kediaman Imam Mahdi tuh ha..kat Wilayah Pembangunan Iskandar. seterusnya mengaku Ustaz Ahmad sebagai orang kanan Imam Mahdi. haiz..


Dan Tuhanmu mendedahkan (Zat-Nya) menerusi seorang lelaki yang menzahirkan, yang menjadikan rumahnya di taman perumahan iaitu daripada pokok-pokok, dan di Wilayah Pembangunan Iskandar.

Oleh itu, ambillah dari tiap-tiap kurniaan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari dalaman lelaki yang menzahirkan itu, keluar petunjuk yang bermacam-macam caranya, padanya terdapat penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang memikirkan.

( An-Nahl: 68-89 )


gelak lah kalau mahu. alQuran made in malaysia.



saya disini hanya ingin mengingatkan pembaca blog ini, mengenai blog yang cantik betul design dia nih.. eh tak, bukan, jangan terpesong akidah selepas baca blog ni.

sebab memang kita sedia tahu, kat Malaysia ni Islamnya macam-macam ragam. huhu.

walaupun saya bukanlah ahli untuk membidas belog ini, tapi kita faham dan yakin apa yang menjadi fahaman kita sebagai Islam sunnah wal jamaah.



Sebaiknya, jika ingin menambah ilmu, tanya dan berguru dengan orang yang pakar dalam bidang itu, bukan sedap hati bukak buku itu ini dan buat tafsir sendiri berhad.

ingat ini : JIKA KAU MENCARI ILMU TANPA GURU, MAKA GURUMU ADALAH SYAITAN


pautan pembidas di sini


++camne nak flag wordpress?? err..ajar2

Friday, July 10, 2009

... entri ini mengenai : perasaan hati

.
.
.
.

saya ingin tahu perasaan anda terhadap...












ya..apa perasaan anda sekarang?


tidak dapat dipastikan ; an editted picture only atau sudah terhasil produk sebegitu.




++saya tengah minum Dutch Lady ketika membaca email ini T_______________T