Chakpong FC

Wednesday, June 30, 2010

KEMPEN: sayangi tangga, anda akan sihat

Tiap kali turun dekat KL Sentral, aku paling menyampah dengan tangga. bukan tangga sebenarnya, tapi manusia2 yang guna tangga itu.

erk.

bukan tangga yang diorang guna, tapi escalator.

paling jelas ketara kemenyampahan tersebut, adalah ketika waktu kemuncak.

sebagai manusia yang memiliki lutut yang disyakki berDNA 60tahun, dan pergelangan kaki yang masih tak jelas status, serta beg cukup muat pulang ke kampung halaman, sudah tentu saya akan berusaha juga nak guna escalator.

walaupun escalator dihatiku, saya tetap berusaha memanjat escalator tersebut secara selow dan steady. bukan macam sesetengah pihak, kaki sihat wal'afiat, tapi tetap berdegil nak jadi OKU, siap berdiri tengah2 escalator.. tepi sikit la weyyy!! paling ekstrim, saya sebut "excusme" pun dia boleh buat derkk saja. wahh kau ingat escalator abah kau?

menunjukkan betapa pemalas orang-orang Malaysia ni ye. patutla biggest looser datang malaysia.haha.

alih2 aku guna tangga. sebab rasa mesengkelkan betol la mereka neh. bagi saya, escalator hanya untuk OKU macam saya saja, yang sihat normal..sila guna tangga. nampak sangat aku nak bolot tangga sorang2. haha. eh tak ah, membolot bersama golongan OKU. *perfecto

cingjing~!



kalau letak macam ni pada tangga2 di tempat2 awam, konfem... hanya OKU macam saya akan bolot escalator. yeahaa~

err..mungkin juga, OKU tetiba tak perasan OKU..sebab nak main tangga punya pasal. tiheee.


++juga, sayangi jiran tetangga anda

Wednesday, June 23, 2010

teori makcik-makcik mengenai perempuan

Teori makcik-makcik kini mendapat perhatian khusus saya. secara tiba-tiba. tak tau apa tebiat saya. mungkin terlalu bosan. maka terciptalah senarai teori makcik-makcik.

sila ambil iktibar, kalau suka


pertama

kalau nak tengok perempuan tu pembersih ke tak... sila cekedaut dapur masak bliaw.
dengan syarat, bliaw la yang masak bukan bibiq mak dia.
kalau bersih, lulus buat menantu
kalau takbersih (tak kata kotor) itu bermakna perempuan tu masak tak sedap!


kedua

bilik air.
bilik air kotor..itu petanda wanita itu tak jaga solat
kalau bersih.. alhamdulillah.


yang pertama dan kedua, dijana oleh seorang nenek, dalam petua hal ehwal carik menantu. hehe. nenek ini akan jadi nazir kepada bilik air dan dapur masak calon isteri anak dia, sebelum dia pigi meminang perempuan tersebot. lahhh gelak kau eh. kau ingat aku reka cerita ke?

jadi berhati-hatilah terhadap makcik2 yang tiba2 kata nak tumpang bilik air rumah anda,.. ya perempuan sekalian. bilik air rumah aku lebih dari 3. aku sarankan bakal mak mentua aku check semua. cecara nak 'mendera' mak mentua . yeahhh mertua VS menantu. *evil

saye guro2 je makcik.kui3 :P


ketiga

kebanyakkan perempuan cantik/cun gila..mesti tak reti berkemas. kemas diri dia tau, kemas rumah, bilik.. ouT!

mula2 memang rasa.. "aik kesiannya siapa yang cun sangat tuh..tak pasal2 dapat teori tak bernas" tapi memandangkan saya duduk sekolej kediaman dengan wanita-waniti yang cun dan mengiurkan para jantan, aku agak nak menyokong jua teori ini. hue3.

kepala anda akan serabut secara tiba2 bila masuk bilik diorang.

paling worst...telekung pun macam tak reti2 nak basoh. gila mak aiii T__T tiba2 rasa fobia nak bermenantu neh. kawen pun belum, prasan nak menantu. hoho

tapi aku kata kebanyakkan je..bermaksud tak semua macam tu. Jadi, kalau anda rasa anda chantek, anggap sajalah anda bukan yang kebanyakkan. haha.

teori selingan: makcik-makcik sekarang pegi pasar naik heli.
gamba curik google je

keempat

pembersih atau tidak seseorang lelaki, terletak pada kebersihan keretanya. eh eh bukankah ini entri ekslusif untuk perempuan? apsal teori lelaki pulak ni? ah, sukati guwa la. ni belog lu ke blog guwa? miahaha

abisla, member lelaki yang pernah tumpangkan aku dedulu, sure sentap kejab kalau baca enti ni .lalala~

yaaa, saya tahu. memang tak semua lelaki begini. ada juga yang kereta bliaw kemas nak mampus, tapi bilik tidur..ya Rabbi..tiba2 rasa nak mampus.

apa2 pun, yang best tetap bapa aku la. kereta dia wangi dan kemas, bilik dia,..sudah pasti isteri dia la yang tolong kemas. err...

abistu, kalau dia takda kereta, kita nak check apa?

kita check benda lain. treeeeeeet~
*
*
*

nak percaya atau tak terpulang kepada logik akal memasing. kalau rasa nak buat research keatas teori2 di atas.. sila jangan letak (haninchakpong, 2010) aku seligi kau mau?

oh ya, teori no empat adalah hasil telekkan saya sendiri. yelaa..aku kan sejenis makcik juga. haha



dah ah. class dismiss

Monday, June 21, 2010

Ikram..i'm sorry

Sorry dear...tak pegi bithday party you.

but ape2 pun, you tau kan.. I sayang you, sampai mati


and..cut!

tanggal 20 JUN 2010, berlangsungnya pelancaran pertubuhan IKRAM

IKRAM ni kebenda ye?

hasil gabungan transformer dari badan2 NGO Malaysia.. seperti
Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia(JIM), Pendidikan SRI-SMI Berhad(MUSLEH), Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS) dan Aqsa Syarif Berhad

maka terhasillah sebuah robot transformer yang besar berjuang menegakkan kebenaran....ewah2

tapi saya takda rejeki untuk ke pelancaran ni.. dengan itu, segala gambar2 kenangan..sila refer sini

Apa yang membuatkan saya rasa nak tergolek tetiba bila lihat logo IKRAM dinzly ni...
ting!

bukankah INSOFT UiTM Johor, pernah berura-ura nak tukar logo? dan bukankah saya telah reka logo InsoFt...lepastu dah sbijik macam logo ikRAM... ???

uwaa..IKRAM tiru. lepas tu dia launch dulu. T___T

lepastu baby blue sama2 juga.



tapi takpe..kami suke SANGAT :P

dengan harapan, gerakan jamaah islam..semakin wide dan wild aumm!!

*tadi suruh jadi transformer, la ni suruh jadi aum2 pule



++tetibe teringat lecturer BEL bernama En.Ikram. bliaw bagi saya gred B tahu. fufu. its ok, I deserve it :3

Friday, June 11, 2010

just say it

Alhamdulillah :)

macam biasalah..orang akan aneh dengan budak neh, result cerah kah mendungkah hujan, dia happy saja.

bukan saya takda perasaan.

cuma
perasaan saya...cukup syukur untuk Allah.

result-yang-pukul-rata

ini rezeki, sila ambil, kalau tamaw ambil, nanti Allah bagi yang 'lain' kang. ha ha. ayokk. =P


kepada tujuh orang kelasmet yang four flat, mr spidey yang empat rata juga dan kepada rakan2 yang terrr dean list tetiba,haha, saya ucap TAHNIAH....dan ucapan special.. DUNIA BELUM BERAKHIR keh3. ada sound dengki ini olang.


i love like shahir *tetibe

Thursday, June 10, 2010

bukan sekadar result

Hurrraaaahhh





apa nak jadi kau neh hanin?? result huduh bertimpa-timpa.
opp
copp

student portal UiTM masih belum ditembusi, jadi bagi student UiTM yang belum cek result memasing, sila tetapkan hati, setting minda dan jiwa raga...apa yang kamu dapat, itu adalah REZEKI. bukankah kamu sudah usaha?

sudah lupakah usaha+doa+tawakal?

usaha sudah,
doa sudah,
tawakal sudah...

kamu tawakal kepada Allah..bermaksud, segalanya kamu serahkan kepada Allah untuk menentukan rezeki kamu banyak mana, setelah kamu berusaha+berdoa secara hyper.

yakinlah dengan rezeki Allah.. kalau bukan kali ni, mungkin next tyme..kalau bukan next tyme.. mungkin waktu kerja nanti gaji bertimpa-timpa lumayan...kalau bukan waktu kerja.. mungkin anak2 kamu pandai2, laki pulak solehHensemBeriman. eceh..hanin ni dah masuk kes berangan.. taktak..saya menyedapkan hati kamu lah kawan. harr~


tapi bagi yang takda usaha, lepas tu merungut result huduh, meh sini kauuu. tangan aku ni lebar je. hoh *saya garang*


saya tulis entri ini, kerana nak blagak bagitahu...setiap kali result keluar, saya akan jadi 'pakar motibasi' kepada rakan2 yang down kerana result memasing. aish..padahal result aku lagi 'superpower' dari diorang. tapi takpa rakan2 sekalian... I lUvLuvLUv U guys lahhh. haha.

...loading...
...loading...
...loading...

student portal masih belum ditembusi. citt. UiTM tak best !

renduuuuuuuuuu. kredit to nabilah lukman's FB :3

Friday, June 4, 2010

Maher Zain's CD now available in Malaysia

Semasa di WEHDAH'09, aku nak tido dengar lagu maher zain, bangun3 saja telinga da didendangkan dengan lagu maher zain, sebab ada housemate bukak lagu maher zain macam nonstop.woo. gila melampau housemate camneh, nama housemate Solehah Kasim. haha. takpe solehah iloikee :D

nahkau sebijik!




Adakah ini yang anda nantikan? *ecewah aku da macam promoter neh*

Takyah berlari ke Speedy mahupun ke kedai CD, sila layari Inteam Mobile Online

aku buat promosi ni tak ada komisen heh, ini promosi free. mungkin juga mengharapkan sekelumit pahala, mengajak anda mendengar hiburan sambil mendidik jiwa. eceh :P

taktahu seypakah Maher Zain? ini dia orangnya lagunya


jangan asek download free je, SOKONGLAH INDUSTRI NASYID DUNIA!!! *jerit konon2 dunia bergegar* =P


terimakaseh. kasih diterima

Wednesday, June 2, 2010

FIFA countdown

Gooooooooooooool!!!


ok belum lagi.
tak sabar dah eh?

bermulanya FIFA WORLD CUP 2010, petanda berakhirnya cakap2 kedai mengenai SAVE GAZA! HANCUR ZIONIS KEJI whatsoever.


kenapa kita bersuara mengikut musim? baru sekarang terhegeh2 pikir balik produk zioniz yang anda boikot ....suatu ketika dahulu....~

ketahuilah, rakyat GAZA dibedil hampir setiap hari, bukan ikut musim.


sengaja aku tulis entri ini sebelum korang 'berehat' mengingati GAZA.walaupun dalam doa.


kredit to makcik joyah


bermulanya FIFA, juga petanda bagi malaikat atid jadi banyak keje catit amalan orang yang tak bangun solat subuh.


antara ciri-ciri calon swami: seorang makhluk yang tak fanatik dengan bola. hak3 salambai =P