Chakpong FC

Sunday, October 30, 2011

Cara membezakan daging BABI dengan daging LEMBU

perbezaan lemak. Lemak babi lebih geli. #%$& dasar gemok punye babi


Tapi,kalau dah digaul sebati dua-dua jenis daging ni....memang nahas. Susah untuk dikenalpasti. Sebarkan kepada Muslim yang lain :)

Mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam

Friday, October 28, 2011

Gua Ikut Enta The Movie - Part 3(final)



 gi jangan tak gi! Pemuda je. (pemuda = orang muda) Pemuda yang tak nak gi tu harus dipanggil petua.haha

Gua Ikut Enta The Movie - Part 2


 pelakon: Ustaz Azhar Idrus, ustaz febret muda mudi mase kini. :D

Thursday, October 27, 2011

Nak Camwhore Biar di Google Sendiri

Macam budak baru lahir dapat ipad. Hari ni keje aku macam pertama kali masuk Google.com. muhaha!


picture removed


Tutorialnya DISINI


SAYA MENANTI FOLLOWER YANG KE-100 =D
cehh baru 100 bising

Masterchef


Lumrah manusia, bila mulut tak berbunyi, memang tak sah. Ya, fungsi mulut memang begitu..mengeluarkan bunyi-bunyian. Begitu juga kalau yang tukang makan je. Tengah makan pun banyak bunyi.

"Kau ke masak ni? apsal rasa cam pelik je....? macam kurang garam nih...."


"cili ni masak bagi lama sket..baru sedap.."


lagi..lagii..
"lepas tu..kentang potong dadu, baru best nak makan.."


sejak menonton masterchef, aku lebih pandai menjawab,




"makan jelahhh, tu signature dish aku"






Wednesday, October 26, 2011

Perubatan Alternatif: Bagaimana membezakan yang Syari'e dengan yang Syirik?

Salam'alaik. Hari ni terbaik hati nak beri salam dalam belog. Bukankah menyebarkan salam itu sunnah nabi? 

wew

Sebenarnya agak malas nak menceritakan pasal benda ni kat blog (public area) sebab ini adalah hal peribadi. Eleh, korang suke ke nak baca hal peribadi orang? Which is, aku bukan retis. Aku nak tertonggeng tergolek pun takda siapa kesah. hahaha.

fine.tak kelakar.

Dalam 2 minggu lepas, ada seseorang menyarankan saya untuk ikhtiar dengan rawatan urut patah dengan sorang pakcik nih. Pakcik ni handal dalam urut patah. Di mana, situasi saya sekarang agak make sense jugak untuk diurutpatah, walaupun tak patah sebenarnya.

Sampailah waktunya,...terrraa...

"....#$$# ..." sambil pegang kaki aku. *jampi

Done. itu je. aku dah jeling-jeling nenek aku kat sebelah. "what the fish he's doin?" terdetik hati.. Dah ah pegang-pegang je kaki aku. Takda gaya mengurut langsung.

"air ni air selawat, air ni guna sapu dan minum tiap malam sebelum tidur..." pakcik urutpatah berkata selepas mentiup-tiup sebotol air mineral.

"tapi..syaratnya, jangan guna apa-apa minyak sapu kat kulit, jangan minum air berais, tapi kalau dah terminum atau terpakai krim, air ni kena buang, takut dia membalas pulak, lepastu datang balik jumpa pakcik, pakcik bagi air lain.."

WAAAH. syarat dia ofcos la aku tak suka, sebab pertama syarat dia sangat pelik.
sebab kedua, macam maaane aku nak pakai moisturizer? (gaya adu du) habisla kulit mulus aku =P phuii!
sebab ketiga, dia baca 'selawat' tu sambil mengembus asap rokok.

tak shukew.
mencampurkan yang hak dengan yang bathil and i hate smoker.

Tapi yang paling terkezut mak~ bila pakcik tu cakap "kalau tengah tidur malam karang, kalau terasa sakit sikit, tahan, tu tandanya pakcik tengah buat kerja"

FUH LA MAK.
Gile la pakcik ni buat kerja dari jauh.

Bila sampai point ni, aku reject habis-habis. nak bersekongkol dengan jin jangan ajak aku, kang aku jadi jin, baru kau tau!

Dekat rumah, aku telek-telek air mineral tadi, wehhh ada minyak terapung atas air tu, nak suruh aku minum? aku konfiden minyak tu dari asap rokok tadi^%&#. eww

Secara psikologinya, kalau orang tak percaya, memang tak jadi apa lah kan? so nothing happen..dun wury.Hanin is still alive.



dan secara logiknya, MANA ADA AIR SELAWAT/AYAT 30JUZUK SKALIPUN, PAKAI SYARAT BAGAI. NAK MINUM, MINUM JELAH, JANJI BACA BISMILLAH.

maka, sinki yang tolong minumkan air 'selawat' tadi. takpe..sinki takperlu baca bismillah.

aku cerita sama mak sedara, dengan selamba beliaw berkata "pakcik tu nak tolong tambah jin kau ke? HAHAHA" *gelak seevilnya.

cis.
aku jadi puteri bunian kang



Yang Syari'e macam mana pulak? Tunggu entri berikutnya...dengan penuh debaran. kihkih. konon.

Tuesday, October 25, 2011

Nama Kampung / Tempat Yang Unik dan Pelik

Senarai nama kampung yang aneh-aneh, tapi unik. Ce tengok kot-kot ada nama kampung korang. 

mempersembahkan..... *drumroll*


Kampung Beris Cawat

Kampung Teluk Budu

Kampung Wakaf Tiga Amah

Kampung Pengkalan Ajal

Kampung Pacat Joget
aku tengah imagine pacat dok juget-juget 

Kampung Beruk - Tumpat, Kelantan (sekarang Kampung Ana)
-kampung enta?

Kampung Janda Baik - Pahang
asalnya, janda kat sini baik-baik. :D

Kampung Tatau - Bintulu, Sabah
asal nama? entah, tatau.

Kampung Buntut Pulau - Temerloh, Pahang

Kampung Permatang Kerat Telunjuk - Lubuk Buntar, Kedah

Kampung Baru Jumpa, Sabah
yang ni baru je jumpe semalam

Bundu Tuhan - Ranau, Sabah
sejarah asal nama Bundu Tuhan : SINI

Bongek - Rembau
Kampung Penajis - Rembau
-kawasan khairy jamaludin, apakah maksudnya? ;p

Kampung Charok Ketiak - Kedah

Kampung Bongok - Baling, Kedah

Kampung Wireless - Miri, Sarawak
kampung paling canggih kat Malaysia

Tongkang Pechah - Johor

Kampung Bukit Kucing - Jeram, Selangor
ni kampung aku, belah ayah.isk. malangnya aku jarang jumpa kucing kat sini.

Kampung Enjin Gergaji - Kemaman, Terengganu

Pulau Babi Besar, Tioman

Changkat Jering, Changkat Petai, Changkat lada - Perak

Desa Temu Jodoh - Johor.
sape rasa nak kawen tapi takda calon, boleh pindah sini.

Kampung Padang Bual, Pasir Puteh, Kelantan
padang untuk berbual kot? bukan tempat bermain.hehe

Kampung Gatal, Pahi, Kelantan

Kampung Melayu Raya - Segamat, Johor
tak dapat jadi nama negara, dapat jadi nama kampung, pun ok.

Menggatal - Sabah

Meraba - Sabah
sudah kau menggatal, mo meraba plaa. haha =P

Kampung Ketek, Melaka
ketek (dialek jawa) = monyet
ketek (dialek Kelantan prons: keteyk) = mencuri
dok ketek (dialek nGanu) = senyap dan takut
ketek (dialek Kedah) = bertubuh kecil dan pendek.
pilihh la mana nak

Kampung Menyorok - Batang Kali, Selangor

Kampung Talak - Tumpat, Kelantan
ramai orang kena talak ke kat sini? hihi

Kampung Belum Baru terletak di antara Lenggong dan Grik, Perak,
belum baru, so..lama la kan?


Kampung Bukit Anak Teruna - Kijal, Terengganu
pewwit.


Kampung Bukit Anak Dara - Kijal, Terengganu
wiwiit. Sejarah BUKIT ANAK DARA: SINI

Kampung Dalam Surau - Pasir Puteh, Kelantan
see how big is the surau, boleh masuk sebuah kampung.

Kampung Bagan Tengkorak - Tanjong Karang, Selangor

Parit Puteri Menangis - Johor

Kampung Buang Sayang, Papar.
jangan dibuang sayang tu, kasi aku

Kampung Balun - Slim River Perak

Kampung Kangkung - Pasir Mas, Kelantan

Kampung New Zealand- Pahang

Kampung Paya Kecut - Pendang, Kedah

Kampung Minyak Gas- KB, Kelantan

Kampung Berhala- KB, Kelantan

Kampung Reban Ayam- Kedah,

Kampung Dada Kering - Kuala Lipis, Pahang

Kampung Gudang Garam - Segamat, Johor

Kampung Menyorok - Batang Kali, Selangor

Kampung Mambang Di Awan - Kampar, Perak

Kampung Awek - Jerteh, Terengganu

Kampung Oh - Besut, Terengganu
owh...~

Kampung Bukit Mengawan - Hulu Terengganu
maiGod. huh
Kampung Subahanallah - Besut, Terengganu
Subhanallah!


Kampung Nasi Dingin - Hulu Terengganu


Kampung Bunohan - Tumpat, Kelantan

Kampung Tok Imam Lapar - Hulu Terengganu
laper / lapar = hafaz (Quran) Sejarah: KLIK SINUN

Read the jawi: Kampung Iman Lapar. IMAN?  credit

Semabok- Melaka

Ayer Leleh - (jiran Semabok)Melaka

Kampung Pak Katak - Bukit Tunggal, Terengganu

Kampung Batang Bergedik - Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan.

Kampung Seronok - Pulau Pinang
nama kampung ni paling seronok.wiii~ Tukar nama jadi Kampung Wii pun ok nih ;D


weew~ 
penat quwa godek-godek nama kampung dalam gugel, rasa macam dah habis round satu Malaysia. Dalam banyak-banyak ni aku suka nama Kampung Subhanallah. terasa beriman duduk dalam kampung ni :D korang suka yang mana?

Gua IKut Enta The Movie - Part 1



movie ke? 3 part je..

Monday, October 24, 2011

Petanda Terkena Sihir atau Saka



1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan diatas,maka anda sedang terkena gangguan jin.

..Segeralah berjumpa PERAWAT ISLAM untuk sesi Terapi Ruqyah ataupun Berbekam. 


Aku dah highlight 3belas/41. cis ni bukan 3 dah, tapi berbelas! FINE fine. selama ni memang tau, sebab boleh 'rasa'. Tapi buat tataw ja, sebab aku bajet terer. hoha! which one kau highlight? neeeh.. personal matter takyah tau ah  =')

Saturday, October 22, 2011

DIY: Chair repainting

Terlebih rajin nak repaint kerusi lama. Kerusi ni arwah atok yang beli. Dah cat sekali, DULU. yeah..ini yang kedua, done by cucuanda.

Bahan-bahannya:

1. Kerusi. dan kertas pasir. Kalau nak repaint meja, bahannya ialah meja. perlu ke bagitahu?
Kalau rajin dan mahukan kerusi yang mempunyai kulit yang mulus tulus, gosok dulu dengan kertas pasir. So, takperlu tunggu 'kalau' la. maka HARUS rajin!


2. Berus dan cat yang dibeli dikedai cat. melainkan kalau mengecat pakai air liur, takperlu beli cat.

3. Berus bersijil halal dan kertas surat khabar Harakah yang lama. =_=' err..
"Orang Melayu suka yang halal-halal oo..ni saya bagi berus halal. nilon punya" - tokeykedaicat.
 Bagus tokeykedai ni, walaupun non-muslim, sensitivinya tinggi. =D

Kenapa kena guna Harakah? Kalau letak utusan, dikhuatiri kerusi akan terbantat. 

4. Kerusi ni dah berlobang-lobang. maka HARUSLAH ditampal. Aku tak taula nama saintifik dia apa, tapi bapak panggil 'penampal kayu' hey, bukan penampar

5. Sertakan sekali orang suruhan, dalam project DIY kali ni, cekNin adalah ketua projek. =P
Boleh mula mengecat yo!

 Bawah-bawah ni sekali jangan lupa.

 First layer. bughokk kan? tak mulus langsung. maka HARUS meletakkan lapisan kedua.

Ajak konco-konco yang lain, bagi mencepatkan kerja. err boleh ajak sekali mandur, macam yang kat belakang tu.

 Oh ya, perkara penting!! Goda segala makhluk yang berpotensi mencacatkan hasil kerja anda. Dalam projek ni, kami goda mereka untuk bermain air di hadapan. uhuh (kite buat kije kat blakang)

tadaaaaa. lagi dua! ~~ iklan ditaja HARAKAH

yeah..lepas siap kerja-kerja mengecat, bersihkan berus dengan thinner.

 ala, thinner.. yang kurus-kurus tu.

Friday, October 21, 2011

Picture-less Friday

Saje nak main Churp-Churp pulak

Tuesday, October 18, 2011

why t-shirt labuh? orang sekarang obses korean shirt


Ohoh, yes I admit that!

Aku pun obses (sikit) dengan korean shirt. tapi tu DULU. Lepas tu tak obses dah. Walaupun best jugak, sebab baju tu pinafore straight cut, labuh sampai ke bawah lutut. then, I grabbed seluar panjang inside, lepastu t-shirt lengan panjang inside jugak, di mana, baju tersebut pendek cukop sampai pinggang je. banyak inside dia. lepastu aku panas.

ok. panas.

aku tak suka panas. walaupun baju tu coool gila. Baju berlapis-lapis mesti tampak cool. aneh. Memandangkan cool saja bukan cold, jadi tiap kali pakai rasa riak.kahkahkah. sebab orang akan tegur, "hey hanin, cumelnye baju kau" instead of, "hey hanin, comel muka kau ari ni."

tak suka aa ada competition dengan baju sendiri =.='

Kalau duduk London ke tengah winter ok la kot. (gampang gile winter nak pakai tshirt+pinafore jek! LOL)

Malaysia truly panas ni takyah ah. dah ah shawl haku terbelit-belit panas. orang suruh pakai tudung yang biasa tamaw, walaupun yang tu best berangin-angin. Tapi aku tamaw, sebab aku sukak stylo. poyo.



Bila tengok kiri kanan blogshop semua hebat-hebat jual korean shirt, walaupun comel, aku tengok jela. Lepastu konfius, kenapa dah jarang orang jual t-shirt labuh..and at last, I decided nak blogshop t-shirt labuh aka t-shirt muslimah. Dan tiap kali menyarung baju ni, akan menyemat sifat muslimah dalam diri. Daaaah takyah nak perasan-perasan comel macam tiap kali menyarung korean shirt plink! jadi korean yang comel. huh huh. lepastu berkelakuan gedik, konon comel, padahal tak! kita muslimah comel hokey :D

ok I faham, Korean fever sedang melanda, dari retis sampailah ke t-shirt, esok lusa aku blogshop korean wall sticker yang comel sampai korang ternganga. barulah dikatakan berlaku adel dengan korean fever..yeahoo.



and... (saya takpandai kecek korea)

buhbai. eh, muslimah haruslah mengucapkan salam. barulah terlebih comel :)


wassalam

Wednesday, October 12, 2011

T-shirt Labuh For Sale



klik BELOG LAGI SATU : PEDAGANG TANAH MELAYU


Takde orang follow lagi tu..sila la follow, nanti saya suka awak :)

happy shopping 

Monday, October 10, 2011

Bahana Tak Pakai Kain Dalam


picture credit

Kerja gila orang lelaki yang gatal. Tak, fakta sebenarnya, orang lelaki memang gatal.HAHA. Gatal je nak tengok. Cuma yang membezakan di antara lelaki-lelaki itu: ada yang terpandang, langsung berpaling ke lain. Ada yang terpandang, pandang lagi lama-lama. Ada yang terpandang, langsung angkat camera. Scary? Itu belum kira, sengaja pandang, lepas tu fikir bukan-bukan. (aku bekerja disekeliling lelaki, aku selalu dengar borak orang lelaki mengenai perempuan. cis! sebab tu perasaan dalam entri ini pernah terbit)

Itu lumrah lelaki. Walau tok imam sekali pun, nafsu mereka memang ada satu je iaitu nafsu kepada perempuan.(Hawa nafsu. Hawa=Perempuan) Takpe.. kita paham mereka manusia, bukan malaikat. Punyalah baikhati aku back-up lelaki hari ni. heh, bapak aku kan lelaki. (: 

*iklan kejab*

(kalau lelaki back-up perempuan lepas tu cakap sebab mak dia pun perempuan, adalah sangat comel. Jadi aku juga back-up lelaki sebab bapa aku lelaki. aku comel tak? comelkan? perasan)

*iklan habis*

Tanpa kita sedar, kain yang dipakai nipis atau jarang. Tanpa kita sedar asalnya kain itu tebal, tapi bila di 'panah' mentari lalu 'menipis' (jarang)

Jadi, kepada muslimah(wanita Islam) sekalian, yang diyakini hanya manusia, bukan malaikat juga, (yang non-muslimah pun, kalau boleh): JANGAN LUPA PAKAI KAIN, DALAM KAIN.

tak taulah kalau korang memang suka nak tunjuk-tunjuk ;I

Tapi, aku pun tak biasa pakai kain dalam kain. Sebab aku pakai seluar dalam kain. Eh seluar panjang lah! 

Sebab, kalau naik tangga, naik motor, naik hangin, aku konfiden aurat takkan terselak. yoho!

Eh apsal naik hangin nin oi??

Masa muda-muda dulu, aku pernah naik hangin dengan klasmet lelaki (keje dia mengacau aku) Tanpa sedar kaki sudah naik ke muka. Tapi tak kena.dish. Lepas tu rakan lelaki kaget, muka terkujut. Lepastu lepastu..

lepastu???

Lepas itu, dia tersengeh kambeng sambil berkata, "eh pakai seluar panjang kat dalam ye?"

Aku tau, dalam hati dia tadi mesti tengah carik chance nak tengok kaki aku. cih,pantang ada peluang. (dah nama pun lelaki.)

Ya, selain itu seluar panjang juga boleh digunakan sebaiknya apabila nak kejar peragut, nak menjuring perogol bersiri, nak menendang lelaki yang buat sexual harrasment dalam LRT.etc.


Untuk perempuan yang ku sayang sekalian:
"Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang(disebelah dalamnya)"
-Riwayat Al-Uqayli,Dar al-Qutni dan kitab Kanzul Ummal

Hadis ni terbit apabila Rasulullah s.a.w. terpandang(lalu Baginda menoleh ke arah lain) seorang wanita yang terjatuh dari kenderaannya, lalu kainnya terselak. Wanita tersebut kemudiannya memakai seluar panjang, lalu Rasulullah s.a.w memujinya.

hai wanita tersayang, mahu dirahmati Allah tak?
sama-sama mahu dirahmati Allah, sama-samalah PAKAI SELUAR PANJANG DI DALAM bukan diluar. Eh aku kata seluar panjang kan? bukan tight pants kan? legging pun bukan..


nanti dulu! bukan perempuan je..
untuk lelaki yang ku sayangi juga: (geli ah :P)
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." an-Nur:30
Hai lelaki, kamu beriman dengan Allah? Tundukkan pandangan ya sayang...


Lelaki menunduk pandangan,
perempuan berseluar panjang di dalam.
Fair and square secure. *pantung3kerat

Saturday, October 8, 2011

Hanya Kerana Separuh Cawan Air, Anda Dicop Sebagai Sahabat Syaitan!

Well..sekarang aku penghuni tetap rumah. Atau nama lainya MakGuard. Selain itu, jadi bibik. kemas rumah, sapu rumah, adik tukang sepah, hish.

Apa, Jengka? Jengka tu apa? HAHAHA *keji

Dan..kebisaannya, bila ada tetamu datang mengundang, aku juga adalah tukang bancuh air. Orang cakap, anak dara kalau bancuh air, sedap! Maka aku pun buat. Entah siapa 'orang' tu agaknya. Aku bancuh 3 in 1, memanglah sedap. LOL.

aku jarang kecewa bila tetamu pulang, yeah..aku tengok air dah luak. suka yo! Masa ni perasan sendiri dalam hati "Alhamdulillah..orang dapat minum air aku buat, bertambah pahala hari ni" perasan je konon-kononnya. Padahal Allah yang kira, bukan kita. Tak..., baik sangka sama Allah tak salah kan? :)

Tapi yang TAK BEST nya, bila tetamu hanya minum separuh cawan.


Aku lagi suka kalau dia tak minum langsung.

Kenapa?

Dengar sini kakak nak cakap sama adik-adik, kau tuang air penuh satu cawan, kemudian kau minum separuh cawan, tinggalkan air lagi separuh dalam cawan tadi, kemudian kau balik rumah kau, kemudian kau fikir tuan rumah nak tolong habiskan separuh sisa kau tadi, ke?

ceh. sinki yang tolong habiskan.

Itulah namanya membazir!

Dan disebabkan itu, kenapa aku lagi suka kalau tetamu tak minum, atau kalau memang dihidang dalam cawan saja, bukan jug(weh jug bahasa malaysia apa?) lebih afdal kalau minta pada tuan rumah untuk beri satu lagi cawan, buat tuang lebihan air. Atas alasan, sebab kau nak minum separuh je.

Tak perlu nak jaga hati tuan rumah konon-konon kalau tak minum, nanti tuan rumah kecik hati, maka kau pun minumlah..walau seteguk, lepas tu membazir?

Aku lagi keciikhati kalau orang tinggalkan sisa, menunjukkan bahawa "Alamak, air ni tak sedaplah, minum separuh jelah..tak sanggup nak habiskan"

Kesian orang yang bancuh air tu. Hatinya menangis bersama separuh cawan air yang disisakan. *tsk,tacing doh*


Aku tau kat rumah aku air free, tapi gula dengan bahan, plus elektrik buat panaskan air tu tak free. Minumlah sampai habis. Janganlah kerana separuh cawan air, anda dicop sebagai SAHABAT SYAITAN.


"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya." Al-Israa':27 
"tengok macam atuk, menikmati secawan air siap cicah ceklet lagi tau~"




Teringat episod LAUKANA BAINANA, di mana, pelanggan restoran yang tidak menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan, akan di charge di dalam bil sebanyak mana kuantiti sisa yang ditinggalkan. Lepastu bila pelanggan dah mengamuk sebab extra charge, tiba-tiba datang pengacara tanya, "Andai Rasulullah s.a.w bersama kita hari ini, adakah baginda akan habiskan sisa makanan di dalam pinggannya?"

Pelanggan terkedu. Aku gelak yohoho!


++ Google Translate tolong translatekan 'JUG' , Bahasa Melayu 'JAG'. =_=' ok fine fine.

Thursday, October 6, 2011

Design Nokia Untuk Tahun 2030


wahh menggode.!


simple.



tapi kena tunggu tahun 2030. cis masa tu umur aku dah 40 =_=" (kalau masih hidup la)



Teringat kelas visual art, form 5 dulu. Cikgu suruh design hand phone, tak terfikir pulak design macam ni. Tapi yang aku design tu boleh check bloodpressure, check gula dalam darah. Tah hape motif. :P

from: here

Wednesday, October 5, 2011

#Wordless Wednesday #2: Men's Aurah

Asek cakap aurat perempuan, kali ni cakap pasal aurat lelaki pulak :D
(wordless yang banyak cakap)


++Oh ya, i forgot where did i got this picture, so owner, do please tell me if you want some creditss.huhu

Tuesday, October 4, 2011

Doa senjata mukmin. Hari ini PMR.

PMR dengan PMS tu bukan benda yang sama.

Hari ni Enolma rakanku, sudah tua. muhaha. Dua PULUH dua tahun ok!. I dua puluh dua BELAS.

end of story.





naaah belum lagi.

Tepat jam 8 pagi hari ni, adik lelaki aku pergi bertempur di medan perang. Risau. Satu rumah risau dengan dia. sedih pilu..menyelubungi diri masing-masing...sudah sudahlah hanin.. dia nak jawab PMR je.

dia tengah study, kakak dia main game. seronok jugak buat macam ni =P

ngeh ngeh.
Selaku kakak yang BAEKHATI, aku nak mintak kau orang semua tolong doakan untuk adik aku, last chance nak tolong dia.

"Ya Alim(Maha Mengetahui), kau berilah kefahaman kepada budak ni bila dia memahami soalan"

"Ya Wahhab(Maha Memberi Kurnia) kau berilah kemudahan kepada budak ni bila dia menjawab soalan"

"Ya Muakkhir (Maha Penangguh), kalau budak ni selow sangat jawab soalan, tangguhkanlah masa sampai dia siap semua jawapan"

"Amiin..ya Samad, ya Mujib."


oh ya, nama adik aku Amin. Terima kasih bagi yang membaca doa ini. (:
Untuk adik-adik kau orang yang tengah amik PMR juga, ku doakan SELAMAT BERJAYA.

*
*
*

Imbas kembali kisah dua minggu lalu.

Result percubaan PMR dah keluar, result?

Sembilan subjek:
takde A
math D
Sains C
lain-lain C, D, C, bzzzt~

satu je B. =_="


Amiiiiin...ape nak jadi ni min, susah sangat ke nak belajar?? penat hantar sekolah, yuran mahal (private) -Nenek

Ya Allah, min...gigil lutut umi tengok result kau ni min, esok masuk vokasional jelah nak?. -Umi

Hesh, tak taulah nak cakap apa -Ayah

dan lain-lain: Banyak sangat dialog aku tak ingat dah.haha


kesian, kena kutuk, kena bebel..bla bla bla and bla.
tapi,


Aku: Bro, aku dulu pun dapat math D masa trial PMR (kantoi.hahaha) tapi bezanya dengan kau, aku tak bagitahu kat sapa-sapa pun, sampai result PMR keluar.

Dia: Huh? yeke?

Aku: haa tak caye kan, PMR math aku dapat A. banyak pulak A aku. Muhahaha *gelak belagak* ..Sebelum trial memang tak study pun. Lagi sebulan nak exam, pulun la habis-habis. (sila jangan tiru aksi ini)

Dalam sebulan ni aku nampak dia study gila-gila. Nampaknya dia sangat termotivate dengan ayat aku. Yelah, sebab dalam dialog dengan dia, aku lupa nak cakap "sila jangan tiru aksi ini"


saya dan dia memiliki 1 persamaan -Smart but lazy (said by the lecturer =_=")


Oklah, budak yang trial PMR matematik dapat D ni, sekarang tengah berada dalam jurusan matematik. Aku harap aku tak menghancurkan umat dengan math yang aku belajar sekarang ni.HAHAHA.


AH. sebok cerita orang nak PMR, aku nak study PIZIK. wassalam.

Mencari yang sempurna; yang tak akan jumpa.

Bila baca sana sini, banyak sangat benda yang terbuat kita sentap. Kadang-kadang pelik pun ye jugak.

makin pelik, bila budak aliran agama bakal ustazah berperangai begini

konklusi aku senang, tak sakit jiwa, sakit mental. DASAR BUDAK TAK MATANG. walau apa pun, haruslah di pantau. rosak anak orang nanti wei.

aku taknak cerita pasal budak Farah kat sini.

*
*
*

kalau dah ustazah pun ada macam tu, mesti tak heran kalau terjumpa mafia masjid, tapi siap kapel pergi dating lagi. prfff. awek free-hair lagi. uii apemotif ko nih?

(note: 'mafia masjid' merujuk kepada golongan lelaki yang mendirikan solat berjemaah 5waktu di masjid)

Seorang anak gadish pernah menyatakan hasrat ketidakpuashatian beliau kepada ibundanya,

"Zaman sekarang susah nak carik laki, nama aja mafia masjid, tapi perangai entah ape-ape" ayat cakap bajet macamla orang paksa kawen, padahal taklayak kahwin lagi niih.

"budak tudung labuh pun boleh je dating ngan boyfren, malu la" sambung bebel lagi

"ah, ustaz pun sama ja, amik rasuah" kuat bebel betul budak ni.

dengan selamba ibundanya berkata, "alah ummi dulu kawen dengan ayah, mana ummi tahu ayah kau kaki perempuan ke tak. Kenal-kenal terus kahwin. Nasib baik tak."

"doa tu sebaik-baik senjata pelindung kita"

"yang penting ubah diri dulu jadi baik, baru boleh dapat jumpa orang baik"


tersentap.diam.
hambek kau selepuk dapat! ekekeke.

komplen banyak sangat, macamlah diri tu bagus sangat. *terasa*


Kata-kata hukama':

"Kawan kita, adalah cermin diri kita. Macam mana dia, macam tu lah kita."

Allah kan Maha Adil :)
aargh, sayakan tedi bear, saya takda kaitan dengan cerita ni
credit:hitamelekit.
*
*
*

Sejujurnya, saya memang ramai mengenali wanita-wanita yang luarannya sangat bagus menepati syarak, lelaki-lelaki yang sangat rajin solat di masjid

tapi bezanya sekarang

mereka adalah orang-orang yang berubah dari luaran...kemudian baru dalaman. sebab sesetengah orang berubah dalaman, baru luaran.

Tak semua orang perfect, akak tudung labuh, abang kopiah masjid sekali pun jika di asak dengan maksiat kiri kanan pun ada kesan jugak. Ya, sebab diorang bukan malaikat. Tapi ini sama sekali tak boleh dijadikan alasan nak keluar dating dengan bukan mahram ye akak sekalian.

Lepastu kalau kau free-haired sekali pun takyah la nak berlagak "weh aku free-hair tapi aku solat tak tinggal, tak ngumpat orang"

"memang la aku pakai ketat-ketat, tapi aku mana couple-couple ni, dating tak pernah pun"

wui. riak. haha. Sudahnya, apa fungsi solat kau kalau tak membantu kau menepis maksiat-maksiat yang lain? Kerana sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran.


last!

bak kata ustaz, "makin kuat hati seseorang dengan Allah, makin besar pangkat, setan gemuk yang menghasutnye"

oww

setan yang hasut budak Farah tu mesti dah giler gemuk gedempol kan? huhuhu.