Chakpong FC

Saturday, December 31, 2011

define tempat dan orang

Pulang menjelajah dua tempat yang berbeza adat.

MPH. Beli Buku.

Y.E.S tak Y.E.S, MPH memang tempat favorite paling YES! kini dulu selamanya. Tapi bila masuk, masuk, dalam, dalam lagi., saya noticed, kenapakah semua Chinese sahaja pelanggannya. Ada signboard 'Chinese Only' kat luar ke? dan hanya keluarga saya sahaja Melayu sungguhnya. errkg.

tarik nafas.

Saya kagum dengan bangsa Cina, sebab inilah! Mereka cintakan ilmu,..dan juga duit. haha. Dua perkara yang penting untuk hidup. Tapi, kita fokus kat ilmu lah yea.

Ketika ni jugak, saya bawa adik kecil, si sumbu sudah berusia 8 tahun. Dia adalah pencinta buku. Semua buku kat rumah ni, kalau boleh nak digodeknya. Tapi masalah terbesar dia, malas nak baca. Weird heh? suka bukak buku tapi tak suka baca, haku pun pelik. Dia bukak buku tengok gambar sahaja. Kalau gambar tu menarik giler, baru dia buat bising satu rumah, tunjuk gambar tu kat semua orang. Tapi aku jadi annoyed bila dia tanya "kenapa camtu eh? kenapa lembu tu kene tembak eh?" padahal caption gambar dah tulis "lembu gila amuk tiga penjaga kandang"

"cuba baca bawah tu"

"ala..kakngah la baca kan"

Bukan tak tau membaca, tapi memang dasar pemalas. *kutuksedap

Rasanya boleh dikira dengan jari berapa kali budak ni dibawa ke kedai buku. Bila di MPH, dia memang gila loncat-loncat excited tengok buku banyak-banyak. Macam budak dibawak pergi playground, semua benda nak dipanjat. Maka kami beramai-ramai yang dewasa ni, mintak dia pilih mana-mana buku yang dia suka. Mula-mula dia pegang buku cerita, telek-telek-belek-letak. Buku tu agak tebal untuk budak darjah 2, maka dibawanya dia ke kids' area. Beraneka pilihan. Buku PTS paling syiok la weh. Banyak kisah fairy tales tapi Islamic version. Hehe. But, he's not interested to fairy tales. aww

Pusing punya pusing, alih-alih dia pegang buku..buku..

buku komik Ben-10 dan spongebob. Haiya =="

sangat menggoda buku komik tu kan? Tapi, kalau aku, baca je kat situ sampai habis. lepas tu letak balik. Cara terbaik baca buku komik secara free ;P

Puas dipujuk, supaya cari buku lain yang lebih ilmiah. Dia taknak jugak. Last-last janji, dia kene habiskan a novel then beli komik tuh. Payoh hok ni.

Masa main pujuk-pujuk tu, kami sebenarnya dah segan megan dengan orang sebelah. Chinese kids, tak payah di paksa nak pilih buku ilmiah, senang hati je mak diorang ambil masuk dalam bakul. Macam ambil koko-krunch di supermarket, 'pilihan ibu-ibu dirumah' eh? Punyalah. Aku kagum giler. Most of them pulak tu. isk.

See how they trained their kids. Agaknya sejak dalam perut dah diajar berkunjung ke bookstore. Memanglah.

got this one. naiss. (kredit)


I-City, Shah Alam, Malaysia Truly...what?

Sesampai di sana, maaaaaaaaaaaaaaak punya lengang! HAHA. Memang sengaja kami pilih tarikh lengang. Seronok usah dikata, rasa nak beguling-tenggiling di tengah jalan. oh, overacting. Sebab rata-rata pengkomen tegar orang Shah Alam "tak ada apa-apa pun i-city tu.boring", "i-city sesak, malas nak pergi"

takboring taksesak.

takboring sebab taksesak sebenarnya. hahaha. Kalau sesak, aku boring. serious.

Tujuan datang sini bukan apa pun, saja ambil angin. Rasa menarik perhatian jugak la lampu-lampu ni, since orang rumah aku memang agak obses dengan lampu. Kat rumah sendiri pun lebih 60 biji mentol lampu yang ada kat siling. erkkk.

Masuk, masuk, dalam, dalam lagi. Aku penat berlari-lari kejar hadek-hadek. Kanak-kanak sering fikir kaki mereka sungguh laju merentas desa, padahal lupa tu, tukang kejar punya kaki laju merentas masa. cih.

Ya, yang punya makaih lengang tu, luar je. Dalam dia punya meriah. Tapi alhamdulillah tak sesak, kalau sesak memang aku tambat je kanak-kanak ni. Nahas kalau terhilang budak-budak kat public area macam ni.

Bila dah kat dalam, serius WOW. why wow? Meleis, meleis meleis. truly hedonism? 

Malas nak komen panjang-panjang lah. Kalau di cerita pasal belog pun, berapa ramai bloggers akan update pasal movies, artis kahwin cerai seksimeksi, semua certia pasal artis hiburan dikorek sakan, umpat gosip semua hiburan. Ramai tak terkira. Segala, oh artis, oh itu, oh ini, oh nenek.

Jarang jumpa blogger Melayu, Islam, update pasal buku-buku yang baru release. Eh bukan takda, adaaaaaa...ramaaaaaaai.

tapi, 
tak glamer. Beautifulnara lagi korang kenal kan?

Buku kalau jadi topik hangat pun sebab dah ter-rasis kononnye. Kesian novel interlok. 

Kesan paling obvious dan sangat mudah dilihat 'Jadi artis hiburan lagi cepat kaya berbanding penulis buku'

***

baguslah. the protocol of zion tu dah berhasil. Pisahkan umat Islam dengan ilmu, penuhi minda mereka dengan hiburan. 

wahyu pertama: "BACALAH" bukan, "BERHIBURLAH" 
Malam nanti, 31/12/2011: Sambutan Ambang Tahun Baru, Ceramah UAI di Dataran Shah Alam VS Konsert Bersama PM Malaysia di I-City. Wait and see. (takmahu membaca sekurang-kurangnya dengar ceramah ilmu)
 
anda di bahagian mana? #selfnote

orang pergi i-city jumpa lampu. aku terjumpa ni. errk. tangga.


++ nak train anak-anak pergi usrah sejak dalam perut. macam ummi saya buat. ihiks

Wednesday, December 21, 2011

Number One For me - Maher Zain (with lyrics)

Lagu ini dituju khas buat ummi seluruh dunia. You are the number one for me ^^



For all the times I made you cry

The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed



Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you




Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday




Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday




You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me




Now I finally understand
That  famous  line
About the day I'd face in time
Coz now I got a child of mine




Even though I was so bad
I've learnt so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kids the way you do




Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you




Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday




Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday




You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me




There is no one in this world
That can take your place
Oooh I'm sorry for ever taken you for granted




I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I'm around you




Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me




Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you




Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday




Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday



The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
number one for me




++Maher Zain free concert at Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak on 24th December. So orang Perak, pe cer? Pergilah serbu. Aku orang KL, kasik chance la kat korang. LOL

Friday, December 16, 2011

It's Jumuah. Miswaking! Miswaking! yeah! Salam Hari Jumaat

IT'S JUMUAH







LYRICS


5AM Waking up for Fajr

Got to make Wudu, got to pray my Sunnah

Got to make Ghusl, got to clip my nails

Looking outside, the sun is rising up in the sky

Everybody's rushing
Got to get down to the masjid
Got to say "Salam!" to the Imam



Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)

Got to make my mind up... Do what the prophet did!



It's Jumuah! Jumuah!

Got to make dhikr on Jumuah,

Everybody's looking forward to His mercy, mercy

Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking! 
Miswaking!, Miswaking! 
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf


12:45 the Imam's on the minbar, talking about something like "Fiqh Az-Zakat"
They're whispering, chatting from the crowd, don't they know that it's haram
I stand up, you stand up, prayer's about to start "Qad, Qaamat es-Salaah"
Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don't step on me!



Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!



It's Jumuah! Jumuah!

Got to make dhikr on Jumuah,

Everybody's looking forward to his mercy, mercy

Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking! 
Miswaking!, Miswaking! 
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf



It's Jumuah Jumuah

Got to make dhikr on Jumuah,

Everybody's looking forward to His mercy, mercy

Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy

cara-cara menambah bilangan remote Astro di rumah anda

Rumah saya paling meriah kalau hujung minggu. Tapi sebabkan hari ini belum hujung lagi minggunye, maka tak bermakna tak meriah. apsal ayat berbelit nih?

ahh abaikan.

Jadi meriah, sebab budak-budak cuti sekolah.
Bertambah tak ingat dunia meriah, bila dua ketul budak sekolah baru habis exam besar.

Kisahnya, kakak Jiha dengan Ammar berebut remote Astro.

Kakak Jiha, umur 18 tahun. Ammar, 8 tahun.

Dengan perbezaan umur sejauh 10 tahun, gaya bergaduhan dan perebutan mereka selalu menimbulkan aksi-aksi pelik.

Terlihat sahaja Ammar meloncat-loncat sambil tersengeh di depan TV, lantas tangan Kakak Jiha dengan laju membawa lari remote Astro, lalu mendudukan beliau.

Ammar memandang gaya duduk Kakak Jiha dengan wajah seribu kepoyoan sambil berkata:

"haaa nanti remote Astro tu menetas satu lagi, boleh la tambah banyak-banyak remote Astro tu" 

"heeh. macam mana pulak boleh bertambah?" sahut nenda di belakang.



"tu ha.., Kakak Jiha tengah mengeram remote Astro"


this is our Kakak Jiha. Sejak tiga menjak ni, aku dah jadi adik Jiha. muahaha!

Wednesday, December 7, 2011

Google ni kadang-kadang romantik


Nah, pergi Google ni.
(sqrt(cos(x))*cos(200x)+sqrt(abs(x))-0.7)*(4-x*x)^0.01, sqrt(9-x^2), -sqrt(9-x^2) from -4.5 to 4.5

kan?





Wednesday, November 23, 2011

Suami aku perokok...alahai...

alasan rokok juga boleh jadi excuse.

"jom Nin, lunch dengan aku.." ajak seorang rakan.

"mane?"


"kat bawah la." level satu bangunan ni restoran.

"tak nak lah, tak tahan rokok"

Alasan baik punyalah...
padahal

aku segan laaaa nak makan-makan dengan rakan lelaki =P tuihh

*
*
*

"kenapa kau tak suka sangat orang merokok? 


"tak tahan lah, nak bersin, dah lah busuk"


"eleh, kau kutuk-kutuk la, nanti esok kahwin dengan lelaki perokok, baru tau"


"apsal pulak? dah tak suka, nasib laaa"


"kadang-kadang, apa yang kita tak suka, itu yang kita dapat"


"..tapi characteristic kan boleh dipilih, 'dilarang merokok' itu first priority." Kalau 'boleh jadi imam' first, dan 'dilarang merokok' second, tak gunalah pak imam merokok, because you're NOT A GOOD IMAM. ohh imam suhaib webb. tetibe kau Nin


"kalau dia berhenti merokok sebab nak kahwin dengan kau, lepas kahwin dia start merokok balik..apa kau nak kata?"


"lahh...make sure la dia memang tak merokok"


"habis kalau lepas kahwin tiba-tiba dia terhabit merokok, macam mana?"


"aku nak make sure jugak dia bukan orang sejenis itu" dasar budak degil memang macam ni


"kalau dah jodoh, kau nak make sure celah mana.."

terdiam.lama.


Kena buat deal lah macam ni. =.="

Kalau you merokok, I pun nak merokok jugakk!! Amacam, setuju tak bos? bos suka tak kalau isteri bos merokok? wahahaha.

Bukan saja kelihatan romantis, ini barulah namanya, hidup mati bersama, I taknak lah I mati sorang-sorang, esok kau kahwin lain dapat bini muda. ciss.



fakta bukan auta I : If indirect-smoker has 80% higher chances to get cancer than a direct-smoker. (berita harian, tahuntakingat) then, a direct-smoker has 80% higher chances to get new charming wife, sebab bini kau dah mati awal sangat. damn! suka lah tu.

fakta bukan auta II : ROKOK tak haram, tapi MEROKOK itu haram disisi undang-undang hukum Islam.

fakta bukan auta III : Lebih rela kahwin dengan indirect smoker(walaupun mati lagi awal) daripada kahwin dengan direct-smoker,yang hari-hari buat dosa. Jadi balu awal-awal pun taklah malu sangat =P

fakta bukan auta IV : Jodoh, rezeki, ajal, adalah rahsia Tuhan :)

Dear, PLEASE STOP SMOKING, NAFSU MEROKOK ANDA PENENTU GENETIK MASA HADAPAN. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. 

fakta bukan auta V : kena make sure yang si indirect-smoker tu tinggalkan harta berkepuk-kepuk baru best. woahaha!

ni bukan laki aku, ni matlutfi. Kredit: Rokok dan Kopiah


fakta penting : Semua orang jangan risau, aku belum kahwin lagi la wehh. Neither a plan. No No Not now.

Sunday, November 13, 2011

berkat tu bukan makanan yang bawak balik bila kenduri tu.


Satu.
Bila ambil peperiksaan, asek toleh kiri kanan. cuit-cuit orang depan belakang, tanya jawapan.
paling best siap seludup nota dalam poket.
Kalau perempuan, nota dia bawah baju kurung. bila duduk atas kerusi takda masalah nak kelepet baju ke atas. Orang lelaki mesti tak pernah terfikir benda best ni kan? :P

Dua.
Bila buat assignment. memanjang mintak copy orang. 
Kalau ada group assignment, buli habis-habis.
Lagi syok duk diam je ah, jadi 'sleeping-partner'.

Tiga.
Bila dah grade. CGPA first class pulak. Dapat kerja best.
Mau tak best, dah CGPA tinggi,
Sebab selalu buat kerja satu dan dua.

Empat.
Bila time kerja, asyik mengelat.
Pantang bos takda, tidur.
Pantang bos outstation, brok-brek brok-brek kerja taksiap-siap.
brok-brek brok-brek tu apa? 
shortform untuk: bawak-berokben-sendiri-online-facebook
Paling advance dibrok-breknya sampai terskip waktu solat.
Hujung bulan, gaji macam biasa la brai.

Lima.
Mentang-mentang gaji besar. Dah ah buat-buat lupa bayar zakat. 
Mak kat kampung lupa nak jenguk.

Enam.
Zaman bercinta tak hingat.
Orang dah cakap dah, couple tu dosa.
Dosa sebab? menghampiri zina.
"Eh, aku couple sebab nak kahwin ah"
Masalahnya, gaya belangkas tu pun dah macam lagi hebat daripada orang dah kahwin.
Walhal kalau dah bertunang sekali pun, hubungan itu masih tidak halal.

Tujuh.
Yeaaay! dah kahwin.
"Ofcos la dengan kapel guwa tadi"

dah takda nombor.
Dah ada anak, anak pun dah pergi sekolah.
Dah boleh mengaji al-Quran.
Kalau anak nakal bagi penyebat.
Siap hantar anak pergi sekolah maahad.

tapi..

Bila tiba masanya,
anak yang di ajar agama, seolah tiada agama.
Bukan saja durhaka sama mak ayah, siap durhaka perintah Allah.
degil giler!

Rumahtangga pulak goyah bergegar-gegar.
Lepas tu bercerai.
cerai?
iye..cerai *sambil membuat tangan penari kebudayaan

sekarang, fikirlah dari nombor satu sehingga tujuh.
yang mana-mana saya / anda / _____ pernah lakukan.

Membina ummah bukan semudah memvakum rumah.
Sedut-sedut habuk, sudahlah pakai elektrik. beg habuk penuh, boleh buang.

Muhammad bin Abdullah itu seorang manusia hebat, dari keturunan yang terpelihara.
Seluruh keturunan moyangnya adalah dari wanita-wanita dan lelaki-lelaki suci.



Adakah kau fikir untuk 'mencipta' seorang khalifah yang hebat dengan semudah hantar dia pergi maahad?
Adakah kau fikir seorang manusia boleh menjadi khalifah bumi yang baik dengan permulaan sebuah hubungan pasangan yang tidak suci dan tidak di redhai Allah? (coupling tadi tu lerr)

Tanpa keberkatan dan redha Tuhan. siapalah kita dibumi ini.

Sudah 'terlepas' satu khalifah. Habis kalau ramai-ramai buat begini, apa nak jadi dengan Daulah Islamiyyah?



Fikir dan zikir..
Kalau ada yang terrrbuat dari nombor satu sehingga tujuh, jangan mimpi laaaa anak kau boleh jadi Mursyidul Am Pas. selagi belum bertaubat

senaraikan sendiri perkara lain yang tidak berkat. 
Bertaubat sebelum terlambat.
Mencari keberkatan itu fardhu bagi umat Islam.


nota berkat: 'Berkat' tu memang makanan yang bawak balik bila kenduri tu. Kenduri orang Jawa je.

nota terabad: Entri ni ditaip seabad yang lalu. *I mean tahun lepas. Baru sekarang nak publish. tehee.

Friday, November 4, 2011

Penerang Hati 6ixth Sense feat Saujana




Mencinta-Mu tenangkan jiwa ku
merindu-Mu hatiku selalu
hanya diri-Mu satu.. cintaku

Takkan mampu ku jauh dari-Mu
satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada-Mu Tuhan, ku rayu

*Ku akan mencinta-Mu
selalu merindu-Mu
seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
pendamping jiwaku
cerahkan cintaku
cinta yang abadi

jangan pernah
Kau menjauh...


++apsal ada muka shahir AF..? macam dia pulak yang nyanyi.

Tuesday, November 1, 2011

dah pakai tudung labuh pun seksi, macam mana ?

Sekali lagi, ini adalah sebuah entri mengenai aurat wanita. Jadi, kalau lelaki tak suka nak baca, boleh nyah sekarang. haha. err sebenarnya elok dibaca untuk kalian ingatkan juga kepada rakan-rakan perempuan, oh ya, lebih afdal emak, adik dan kakak sendiri.

Minta maaf siap-siap, entri ini mengandungi ayat-ayat keras dan menggelikan. justeru itu, haruslah dibaca dengan tenang, bagi mengelakkan kesalahfahaman...dan putihkan minda masing-masing..sekarang!

Ada orang cakap, "makin tertutup seorang perempuan, makin kuat imiginasi lelaki, jadi yang memakai tudung labuh juga seksi"

aku bukan nak cerita pasal yang tu. TAK. yang itu gasak dioranglah..dah tak reti nak elakkan pandangan, lagi nak cakap macam-macam. aku emo nih! 

eh...enaf.
Aku nak cerita pasal tudung lycra.

Lycra? Kenapa lycra? dia sakit gigi ke?

Cik Lycra seorang wanita berkerjaya separa hari, bersiap-siap mendandan tudung, mengenakan jubah berwarna polos, stokin dan stongan tidak dilupa. Kakinya pantas berjalan ke kedai membeli sayur...sayur kangkung rasanya,..kangkung berwarna hijau-hijau emas, dibawa berlayar di atas peti, weh hanin, ke laut dah ni. aku tak merepek ni.. teruskan membaca.

yahu~ yahu~ sekadar gambar hiasan

Sebelum sampai di rumah, cik Lycra menyinggah ke rumah Kiah. Kiah baru selesai menyusun buku resepi kegemarannya di tepi tingkap. Terlintas saja cik Lycra di depan rumah Kiah, anak mata Kiah terserempak 

dengan ....

dengan ....

sesuatu yang montok

HAAAH, APE YANG MONTOK??

Sungguhpun di dalam tudung, tapi dari jauh sudah boleh disaksikan keagungan kemontokan tersebut. 

"cik lycraaaaa oiii...dari jauh aku dah nampak silau kau punya susu tuu...!!" pekik si Kiah. kredit

HOOO TOLONG PLEASE saya merayu, jangan pakai tudung lycra dengan cara begini. Adalah salah disisi undang-undang Islam kerana tidak memenuhi syarat melabuhkan kain. Lebih-lebih lagi yang memiliki  big size breast...seperti, cup B,C,D, DD, DDD dan seterusnya.

Aku selalu dan teramat selalu menjumpai wanita bertudung labuh begini. Ya, aku paham, diorang memang tak perasan dengan kejadian dan keajaiban tudung lycra. Tudung kain jenis lycra bukan sahaja rasa sedap di tengkuk, sejuk di dalam, malah struktur yang lembut menyebabkan segalanya melekat-lekat di badan. pfff.

lebih dahsyat lagi, ada kes, siap nampak...err nampak...alaa..susah nak taip ni...hurm..nipple. (haiyoh!) Mungkin dek kerana bra yang nipis, atau memang tak pakai bra?..errk. =.='

kes-kes ini selalunya berakhir dengan, aku akan tarik orang tersebut untuk berdiri di hadapan cermin,  cermin diri kau! atau...kalau dah tak kenal, atau sememangnya terserempak ntah sapa-sapa di supermarket..aku hanya terunduk malu.,terdiam tiada upaya..aku terhentak lesu..ewah lirik lagu ni..sambung,sambung.

ehem
Aku ada seorang kawan, tiap kali dia lihat orang pakai tudung lycra cantik-cantik, dia mula jeles, kerana keadaan diri yang tak mengizinkan.ehem lagi.

tapi sekarang dia sudah pandai, pandai dia pakai baju panas di luar, bagi mengcover keindahan pencipta. gila bertapis aku nak sebut neh.

sebenarnya ada cara lain yang lebih sesuai untuk diadaptasikan. Ya, saya faham, tudung lycra memang best sebab tak panas,dah lah instant mengalahkan megi. Makanya sebelum readers sekalian marahkan saya sebab mengutuk tudung lycra, ada bagusnya kita ke sesi seterusnya.

Cara Memakai Tudung Lycra Yang Betul

ropol-ropolkan bahagian hadapan sebanyak mungkin. Sebenarnya gambar atas ni tak cukup ropol. sila tambah sendiri. kredit

Dah tu, jangan main ropol je. Lepas tu tiap kali bergerak, asyik tahan tudung. haih...guna pin la sayang. 

iyye, nama saintifik pin, brooch. kredit

yaaaa seperti ini. siap edit tambah ropol lagi. kenmain aku.

korang pernah jumpa tak design tudung lycra instant, macam ni? tudung ini sangat sangat sesuai dipakai bagi yang berbreast besar, hasilnya...ia akan beropol dengan bijak, seperti gambar di atas. 



contoh terbaik. nak letak gambar sendiri segan *blush2* Ini bukan jenis kain lycra, tapi..bole la. kredit


tapi nasihat paling jujur dan ikhlas aku nak bagitahu, kalau dah rasa breast besaaaaar sangat, takyah la pakai tudung dari jenis lycra. 

begini lebih selamat. (kredit: weh kazen,pinjam gambar)


fuhh

bukan sahaja tudung kena labuh, entri ini juga perlu melabuhkan tirai setelah penulis penat melabuhkan montot di kerusi.haih haih.

nota labuh: stongan = stokin tangan (handsock)

Sunday, October 30, 2011

Cara membezakan daging BABI dengan daging LEMBU

perbezaan lemak. Lemak babi lebih geli. #%$& dasar gemok punye babi


Tapi,kalau dah digaul sebati dua-dua jenis daging ni....memang nahas. Susah untuk dikenalpasti. Sebarkan kepada Muslim yang lain :)

Mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam

Friday, October 28, 2011

Gua Ikut Enta The Movie - Part 3(final)



 gi jangan tak gi! Pemuda je. (pemuda = orang muda) Pemuda yang tak nak gi tu harus dipanggil petua.haha

Gua Ikut Enta The Movie - Part 2


 pelakon: Ustaz Azhar Idrus, ustaz febret muda mudi mase kini. :D

Thursday, October 27, 2011

Nak Camwhore Biar di Google Sendiri

Macam budak baru lahir dapat ipad. Hari ni keje aku macam pertama kali masuk Google.com. muhaha!


picture removed


Tutorialnya DISINI


SAYA MENANTI FOLLOWER YANG KE-100 =D
cehh baru 100 bising

Masterchef


Lumrah manusia, bila mulut tak berbunyi, memang tak sah. Ya, fungsi mulut memang begitu..mengeluarkan bunyi-bunyian. Begitu juga kalau yang tukang makan je. Tengah makan pun banyak bunyi.

"Kau ke masak ni? apsal rasa cam pelik je....? macam kurang garam nih...."


"cili ni masak bagi lama sket..baru sedap.."


lagi..lagii..
"lepas tu..kentang potong dadu, baru best nak makan.."


sejak menonton masterchef, aku lebih pandai menjawab,




"makan jelahhh, tu signature dish aku"






Wednesday, October 26, 2011

Perubatan Alternatif: Bagaimana membezakan yang Syari'e dengan yang Syirik?

Salam'alaik. Hari ni terbaik hati nak beri salam dalam belog. Bukankah menyebarkan salam itu sunnah nabi? 

wew

Sebenarnya agak malas nak menceritakan pasal benda ni kat blog (public area) sebab ini adalah hal peribadi. Eleh, korang suke ke nak baca hal peribadi orang? Which is, aku bukan retis. Aku nak tertonggeng tergolek pun takda siapa kesah. hahaha.

fine.tak kelakar.

Dalam 2 minggu lepas, ada seseorang menyarankan saya untuk ikhtiar dengan rawatan urut patah dengan sorang pakcik nih. Pakcik ni handal dalam urut patah. Di mana, situasi saya sekarang agak make sense jugak untuk diurutpatah, walaupun tak patah sebenarnya.

Sampailah waktunya,...terrraa...

"....#$$# ..." sambil pegang kaki aku. *jampi

Done. itu je. aku dah jeling-jeling nenek aku kat sebelah. "what the fish he's doin?" terdetik hati.. Dah ah pegang-pegang je kaki aku. Takda gaya mengurut langsung.

"air ni air selawat, air ni guna sapu dan minum tiap malam sebelum tidur..." pakcik urutpatah berkata selepas mentiup-tiup sebotol air mineral.

"tapi..syaratnya, jangan guna apa-apa minyak sapu kat kulit, jangan minum air berais, tapi kalau dah terminum atau terpakai krim, air ni kena buang, takut dia membalas pulak, lepastu datang balik jumpa pakcik, pakcik bagi air lain.."

WAAAH. syarat dia ofcos la aku tak suka, sebab pertama syarat dia sangat pelik.
sebab kedua, macam maaane aku nak pakai moisturizer? (gaya adu du) habisla kulit mulus aku =P phuii!
sebab ketiga, dia baca 'selawat' tu sambil mengembus asap rokok.

tak shukew.
mencampurkan yang hak dengan yang bathil and i hate smoker.

Tapi yang paling terkezut mak~ bila pakcik tu cakap "kalau tengah tidur malam karang, kalau terasa sakit sikit, tahan, tu tandanya pakcik tengah buat kerja"

FUH LA MAK.
Gile la pakcik ni buat kerja dari jauh.

Bila sampai point ni, aku reject habis-habis. nak bersekongkol dengan jin jangan ajak aku, kang aku jadi jin, baru kau tau!

Dekat rumah, aku telek-telek air mineral tadi, wehhh ada minyak terapung atas air tu, nak suruh aku minum? aku konfiden minyak tu dari asap rokok tadi^%&#. eww

Secara psikologinya, kalau orang tak percaya, memang tak jadi apa lah kan? so nothing happen..dun wury.Hanin is still alive.



dan secara logiknya, MANA ADA AIR SELAWAT/AYAT 30JUZUK SKALIPUN, PAKAI SYARAT BAGAI. NAK MINUM, MINUM JELAH, JANJI BACA BISMILLAH.

maka, sinki yang tolong minumkan air 'selawat' tadi. takpe..sinki takperlu baca bismillah.

aku cerita sama mak sedara, dengan selamba beliaw berkata "pakcik tu nak tolong tambah jin kau ke? HAHAHA" *gelak seevilnya.

cis.
aku jadi puteri bunian kang



Yang Syari'e macam mana pulak? Tunggu entri berikutnya...dengan penuh debaran. kihkih. konon.