Chakpong FC

Thursday, April 30, 2009

anas oh anas

hoh.sape anas? boyfriend baru ke?




koq! terima kasih buat kami sebilik 'gelak macam setan'
sampai lupa, final tak habis lagi.
layanjela

++saje letak lagu faveret untuk menghayati lirik. video yang gelak macam setan tu video lain sebenarnye.hehe
++tgk 2 kali.mcm muke Zam. Ikinnnnn!!!

Wednesday, April 29, 2009

kerenah aN: double tagged


I've been tagged. Here are the rules:


1. 1st insert this badge or the pic above to inform u have been awarded
* baikk

2. Make sure u take the pic n said it is from
* took it. it was from aN-budak-UTM-yang-cute-T.T

3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
* senget
* benget
* luv choc!! and all kind of peanuts. wiii~
* kelihatan skema dari perangai sebenar
* fall in luv with math lately
* suki tido. tak kuat makan.
* celcom broadband is my boyfriend
* the owner of aNdi
* mereject perokok tegar seadanya
* malas masuk dapur.lalala~

4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog

* ummul khairiah
* irah irah!!
* afiqah manan (sbb makcik ni da lame x apdet blog)
* sape2 yang rasa admire kat saya
* entahla.sape2 rs bosan da abes paper.sile2.

5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged !!!
* malas laa...org bz exam kot.

----

1. Pastikan jantina anda adalah perempuan.
.oh kejap2. tengok IC. ohh pasti2. baikk.

2. Copy badge sebagai award anda.
.sudeyh


3. Nyatakan 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan.

.boleh jalan pegang2 tangan sesama girls. boleh main cubet2 pipi (rindu nk cubet pipi tNa..huhu) lelaki kalau buat SAH GAY

.boleh makan dengan bangga dibulan puasa
-girls, lakukan dalam keadaan tertutup k.. hormat sikit :) -

.period setiap bulan.lalala. korang(lelaki) mesti da lupe rasa enak memakai 'pampers' kan? hueh3

.GUYS, READ THIS CAREFULLY - IBU ANDA SEORANG PEREMPUAN, DAN ANDA WAJIB MENTAATI DIA. (selagi syarie) -yes! yes! yes!-

.doa seorang perempuan mudah termakbul kerana mempunyai lebih sifat penyayang berbanding lelaki. -wekkk to all boys out there =P -

.oh ya, kawan saya; seorang lelaki; berfakta, "sesama lelaki tak panggil rindu2 ni, nanti dikatakan pelik."
kalau perempuan, boleh cakap rindu pada sesiapa. "tak kesahh.." =P

.seorang perempuan ditanggung oleh 4 lelaki ; ayah,saudara kandung lelaki,suami,dan anak lelaki.
manakala, seorang lelaki menanggung 4 wanita; ibu,saudara kandung perempuan,isteri dan anak perempuan.

SERIUS, INI FAKTA YANG PALING MEMBANGGAKAN SAYA. ISLAM SENTIASA MENGANGKAT DARJAT WANITA.
-mungkin ini jugak adalah faktor lebih ramai lelaki transform jadi perempuan? heh-


4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda.
. true girls, grab it! (untuk yang benar2 perempuan, half2 tak boleh~) ngeh3

Saturday, April 25, 2009

pabila nikmat ditarik

kenapa merungut?

nikmat diberi Allah sebagai kesenangan dan kesempurnaan hidup, dan sekarang nikmat itu diambil kembali.

dalam kes lain, mungkin ada yang merungut dan membebel panjang kerana tiada air sepanjang hari, atau mungkin laptop rosak ketika assignment macam nak rak. Namun kedua-duanya bukanlah sehebat mereka diPalestin.

dalam kes saya,
nikmat ini mungkin diambil sebentar(atau selamanya?). aish
tapi telah merungut sepanjang waktu.heh.

kaki sakit dan bengkak
Ini kisah terlalu suka melompat, kurang behati-hati dan akhirnya jatuh tergolek. aiyak!

suatu malam dalam perjalanan ke PI. (Pusat Islam secara signifikan bagi pelajar UiTM adalah masjid) Mungkin terlalu excited atau lapar, berjalan dan melompat pabila turun tangga kolej, sambil reply mesej henset.

lepas jatuh, sudah pasti bangun sendiri. Dengan gaya cool dan riak wajah yang selamba (padahal tengah sakit oh) jalan dengan pantas menuju destinasi

sehinggalah sampai di PI yang jaraknya dari tempat kejadian melebihi 1km. masuk PI dulu.

"anis..kaki sakit ni..huhu" ngadu pada anis, yang tengah tunggu nasi goreng daging merah sektor B.

lihat kaki saya, sudah kebiruan semua urat (oh,kaki memangla banyak urat biru..he)

dengan pantas kami bertindak cari minyak urut. Anis buat rompakan bersenjata minyak urut dari Nur 'Afiah (budak kolej sebelah PI)

Pukul 2 pagi di PI.
-Anis berjaya menghasut saya menginap di PI-
study disini lebih baik dari tempat lain,
tidur disini lebih memberi kekuatan untuk bangun,
lepak disini lebih mudah bermesra dengan alam sekitar (termasuk kucing yang suka selongkar tongsampah PI)

mula kelihatan kaki besar sebelah. oh bengkak sudah. saat ini, baru betul-betul teringat grandma saya dirumah yang terel mengurut

merengus dalam hati.
tak fikir lain, terus tutup buku. tension betul ni. lalu tidur (selimut anis best dan wangi, meskipun anis busuk :P)

keesokkan pagi untuk subuh

kaki oh kaki. tiada upaya mahu memijak tanah
saat menyakitkan. Oh Tuhan, apa dosa ku semalam?
sepanjang subuh bermuhasabah diri dengan keadaan pukul 2 petang perlu berdating secara paksa bersama paper linear algebra. Ujian buat diri ini.

sepanjang pagi hingga tengahari, saya kehilangan mood dan mode study linear.
Anis beri cadangan bernas.. "pergi solat dhuha la.."
Makhluk sakit kaki ni selambe je jawab.. "hm..tak larat nak gerak lah, dengan kaki camni"
Anis balas.. "aii..baru sikit je ujian ni.."

(Betullah tu. baru sikit, tapi merengek tah pape. isk2 melampau betul ni)

Pada kejadian selepas zohor, saya dan anis memulakan langkah menuju ke dewan peperiksaan. Jaminan melebihi 1km dan perlu menuruni 3 tangga curam. (masa ni la nak menyumpah arkitek UiTM Johor -apsal letak masjid kat hujung dunia atas bukit??-ngeh3)
rasa mahu menangis kaki memijak tangga. kaki tiada upaya menginjak anak tangga. sob2.
terpaksa dipapah menuruni tangga.
saat ini baru betul2 rasa nikmat kaki hebat telah tiada.
nikmat kaki hebat hampir ditarik sepenuhnya!!

maka, tiada lagi ketenangan menjawab paper linear algebra, dengan kaki sakit dan membengkak.

lepas tu paper linear algebra yang macam ^%#$*$&% (ini bukan carutan, tapi kutukan secara berhemah)

hah, merungut lagi! ini mungkin cerita sebahagian orang yang tak tahu bersyukur. heh

"Innallaha ma'assobirin" ye Tuanku?


++eh tipu ye, entri lepas kata, hilang beberapa minggu? hehe







Sunday, April 19, 2009

pandang kiri kanan

depan
atas
bawah

sesuatu pelik sedang berlaku

ape dia? ape kah??

teruk. lupa final hari rabu ni.
ciss

jadi
kakak2, adik2, abang2 dan kaum kerabat

saya mahu menghilang beberapa minggu.
malas nak menjengah muka blog sendiri

jika selepas beberapa minggu saya masih tidak kembali
tangisilah pemergian saya. (ceh)
kerana
mungkin
saya telah mati syahid di medan peperangan
(saya pergi berjihad nehh..huhu)

boM biM Bim
terbaboO!!

(juga sedang berjuang untuk tidak tidur selepas subuh, selepas asar dan tidur meniarap.haha-habit pelik dan menakutkan)

kemudian

mari melompat dengan lebih tinggi!!

just added:
semoga maju dan berjaya untuk kalian para sahabat. doa menyusul usaha kita :)

Monday, April 13, 2009

makan free yang berprestij


MALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
(diorang ni macam tau2 je buku ma'thurat aku ttinggal kat umah.hehe)

prestij sgt ke? oh best giler JAMES-BOND(S) itu.haha.suki2.. tu yang prestij ny kot.hehe.

pembukaan yang mantap. tahniah MPP dan Unit Kualiti

siap ijam si klasmet silat last sem, buat show dihadapan. gahaa..ustaz syazali pasti gagum (oh, cikgu din x datang pun.) ade motor harley davidson lagi tuh. (tah, motor jaguh sape korang rembat.haha)
Pn Azizah, (hep ke hea ek?) sedang merasmikan. ehem.

walaupun makan free, tapi makanan sedap (but ummul kate sakit perut-ha, tu mesti perut ummul yang angin kot.hehe)
dan macam segan pulak Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif (FTMSK) dah tukar nama kepada Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), lepas tu budak kos aku sume blur dan baru tahu ketika pengumuman kedatangan timbalan dekan fakulti datang.huhu. Nampak macam dinner ini di conquer oleh FSKM (hish tak biasa sebut lagi ni),kui3, dah la Pn Azizah pun pensyarah FSKM juga...gaa


Sains Kuantitatif paling ramai. Kos lain sile la jeles :P (ni sbnrnye lagi suku dah naik dulu..hehe, dan lelaki tak lebih 5 orang -.-" -pupus-)

buku petisyen bantahan. tapi kene tanda lawa2

klasmet ku yang hadir 4 orang saje. (lagi seorang tiada gambar-menghilang)
in the picture: elin, ati, syaie-suke-belon
PO-YO.nye


LAIN KALI PAKAILAH HIGH-HEELS LAGI. ;P


op maaf, akak tudung merah mencapub depan admin -kalini menepati tema pulak.hee


oh bulan....


selamat tinggal Bangunan Admin. kami mahu pulang ke kolej.

Sunday, April 12, 2009

tahniah. bergembiralah anda



pergghhhhhhhh
apesal rapat2 sangat diorang ni
sejak bila mereka berkawan rapat?

ini pertama kali saya dapat gap jadual exam yang rapat2
(jangan kire SPM loh)
selalunya, budak kos memang eksyen giler gap antara paper lebih 5 hari :P

dengan muka yang panas membara separuh cuak, kami mengada-ngada mengadu pada mr chu, pensyarah calculus (MAT199) kami.
"cam ne ni mr chu, gap rapat sangat"
(mcm nk bagi alasan awal2, kalau result calculus teruk sila salahkan jadual)

nasihat mr chu untuk kami:
"jangan tension2...kalau stress sangat pergi jogging. Pergi la jalan2 dekat padang sana.
Lepas tu tarik nafas dalam2, menghadap Gunung Ledang..dan
jerit
'BODOH PUNYE JADUAL!!!!!!' "

2 my classmates: "jom.."

Saturday, April 11, 2009

perempuan suka baju

saya ada kawan perempuan
suka berjoli

tempoh hari, datang pinjam wang pada saya.
saya bagi
kerana alasan munasabah; terdesak uruskan wang persatuan. Saya faham situasi itu, kerana saya juga berpersatuan dan faham kerenah HEP. (HEP? :P)

kemudian janji tinggal janji, minta tangguh bayar hutang.
MAK TAK BANK IN DUIT LAGI
atau, mungkin ada masalah dalam menunaikan janji dia ni.
.
.
.
minggu seterusnya datang minta tangguh bayar hutang lagi
alasan tangguh kalini macam tak munasabah;
MAHU SEWA BAJU UNTUK DINNER

saya mula tak mengerti, untuk dinner perlu sewa baju?
kenapa perlu berhabis uwang semata-mata kerana baju??
pakai sajalah apa yang ada,
atau
pinjam saja dari rakan-rakan, mix dan match macam appy buat. (kan appy kan?)
saya yakin, kawan saya ni, tak kreatif langsung.

PAKAI SAJA APA YANG ADA, ASAL JANGAN PERGI DINNER BERBOGEL SUDAH

sesudah itu
dia lunaskan janji. sudah bayar

Tadi, dia datang lagi..
mahu pinjam wang lagi..
UNTUK SEWA BAJU DINNER LAGI SEKALI

katanya mahu bayar balik hujung bulan. Kalini saya mahu minta interest atau cagaran kerana alasan pinjaman tak munasabah. PEDULIK APE AKU

Saya yakin yang teramat sangat, jika esok suaminya sekaya PERDANA MENTERI, dia bakal jadi IMELDA MARCOS

++aku jua mix dan match koleksi sendiri ; tak perlu sewa ; tak perlu meminjam

Friday, April 10, 2009

penat. peanut?

oh, peanut tak de kaitan.maaf

"selamat malam,
dengan rasminya pada detik
dan ketika ini, project ITC300
kita da siap..huhu.."
-appy [2.40am]-

gila.menggila

alhamdulullah..
projek 3 bulan. tapi dalam jadual kami benda ni 2 bulan je, lagi sebulan burn buat main-main.hehe.

2bulan? (tipu, kalau tolak yang tak jadi tu, 6 hari je ..haha; selain 6 hari tu hanya memantapkan skill, ye2 betol3)

memaksa anis dan fia tidur bilik hanin. isk2. Kalau tak sampai grad pun diorang tak jejak bilik saya kut..hehe.

Sebenarnya ITC300 ni mewakili kod multimedia interaktif, kami dipaksa buat flash .haha. Jadi, kami memilih untuk buat pasal "musical instruments for kids" kerana kriteria berikut;

pertama, boleh sumbat lagu dan video dengan banyaknya
kedua, ada gambar sudah pasti
ketiga, sedikit info
keempat, 'for kids' jadi sudah pasti tidak perlu formal

Ok baik baik, saya sangat suki subjek ini. Walaupun penat, tapi sangat FUN
Pecah rekod ok. Start buat dan touch-up pada pukul 4 petang (baru abis kelas ni)
Jam 4 pagi baru tutup aNdi kesayangan saya.(takut jugak kalau aNdi merajuk sebab penat nanti) adei. Rehat 10 minit saja dalam selang 2jam(utk solat,makan,mandi) .hoh sakit mata. (oh ibu ayah, belikan stok Permata Hijrah sekotak lagi). Benda ni simple je sebenarnya, tapi campur tolak dummies macam kami ni, terhegeh-hegOh guna Director MX, swish mx, photoshop!(ceh ni nmpk nipu sangat :P )

Untuk anis dan fia, jangan kecikk kan ati korang ye. Untuk bahagian korang hanin dah ubah hampir 98%. Sorry. Team member korang ini sangatlah cerewet. huhehe. Dah tu pe guna saya jadi interface designer ye tak? hee 60% markah final ni. (ayat pujuk rayu betul.ish)

Background tak cantik. Tukar
Button tak best. Tukar
Font tak sesuai. Tukar
Colour tak match. Tukar
Animation tak de. Tambah

geee.. Hanin memang cerewet bab memilih 'cantik/best atau tak'. Sampai ada kawan saya cakap, "nanti kite tengok laki die(hanin) cane.." siut gile! adoi (serius tak de kaitan langsung bab cantik dengan bab pasangan idop. ceh diorang ni)


assignment lain, meja yang bersepah, assignment kalini, desktop yang bersepah. sian kau desktop.huhu.

Lepas bahagian saya siap, kena pas pada appy, untuk bahagian dia pulak. Finale.
appy cuak tak memasal "hanin, nanti tah2 aku punya pun kau mo tukar juga ??"
haha "tak de la appy, aku bagi kau tu final dah..buat la pe yang kau nak buat.."

ehem. saya tak tau cane nk letak flash kat blog, siapa tahu, ajar saya boleh?

last:

HAHAHAHA sminggu punye stok. amik kau! ITC ni punye pasal. Dah la baldi baju kotor kene buat tadah stok air yang konon2 kate xde air sehari. Sabar ye akak dobi, jap lagi sy datang :P (dasar pemalas)

Wednesday, April 8, 2009

mamulamoon

terang bulan.
ketika entri ini ditaip, bulan penuh dan terang di luar sana.

ya, bulan purnama.

atau full moon, kata adik lelaki tingkatan 1.
adik lelaki tak tahu bulan purnama, tapi tahu full moon. Salah satu contoh mangsa
kehebatan PPSMI.

anda semua, mari lihat bulan terang diluar sana, kita semua akan melihat bulan
yang sama. Jangan pertikai fakta ini, kerana anda masih dibumi.

terangkan bulan hari ini? betul tak?

dan..

cahaya bulan semakin terang cahayanya dengan cahaya yang melimpah meruah bergantang-gantang menerangi malam yang gelap

ayuh, nyanyi lagu Terang Bulan ; jangan risau, melodi masih ikut lagu Negaraku, tonjolkan sedikit semangat kenegaraan.
smile or smirk at your own risk
---
jika semalam aku terliur dengan nasi ayam pada pukul 3 pagi oleh kanda yang jauh diperantauan (uiceh~! =P) arini aku order nasik goreng daging merah(makan malam) dan mi hailam(utk 3 pagi). uish tamaknye <.<"

Tuesday, April 7, 2009

melayan kerenah SF

alamak, SF sudah tagged saya!

[ini adalah salah satu cara mengatasi stress : pergi bermain.yeah!! - thanks SF]

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 9th folder of photos.
3. Go to the 9th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

pictures > 9th: newfolder > 9th: 100_2211

jeng.jeng.jeng
.
photo; removed on 8th April 09 [10:28pm]

lokasi: rumah atuk
jurugambar: ayahanda
peserta: saya yang baik, ummi, kakak ku senget, abang botak, jia budak gedik

kami kecoh bergambar selepas maksedara (adik ayah) bertunang, sekarang dah ada anak sorang pun.hek3. oh, masa ni muhammad ammar dah tidur dalam buai, tu pasal tak join the club. kalau die tengok pic ni, mesti bising dan kecoh wajah beliau tak kelihatan. isk2

notiskah ini? : wajah masih suci, ye selepas SPM. barang siapa yang pernah berjumpaku (selepas masuk UiTM) pasti terkesima dan terkagum mungkin hairan bagaimana 'wajah suci' berubah to very very scary face. hah! blame makcik dining dan segamat. T.T


6[enam] makhluk paksaan, layan kerenah hanin =p :

1) anis busuk dan masam
2) irah gadis bermata lebam =P
3) miss rumet yang telah mendoyot. lalala~ :P
4) aN-budak-UTM-yang-cute
5) ainul (tagged lagi.x dulik!)
5) zulhairi (konfem pakcik ni takmau bt)
6) ijal (ni pn dah konfem xnak buat.kankan?)


++ade sesape nak marah, tudung aku x bape nk labuh ke?? -,-

Saturday, April 4, 2009

"miao miao" (translate: "bila bosan menguasai")

Berita Hari Ini :
UiTM Johor kemungkinan besar bakal menggantikan SPCA atau PAWS

1) kucing bajet garang tapi manja



waktu: petang
lokasi: depan Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Johor (PTDI)
spesifikasi: tua, berumur sudah. Kelihatan seperti musang, kacukan kucing hutan mungkin.

2) kucing bunting


waktu: lepas subuh (kami OTW balik bilik ni.huhu)
lokasi: depan PTDI
spesifikasi: manja, mengada, comel, cute, cute dan cute lagi..hehe.. Kami nobatkan dia sebagai
'first-lady' -kucing anggun walaupun dah bunting beberapa kali

3) anak kucing sesat

"miaoooo..miao" (translate: "saya lapar..saya laparr"); lokasi: depan pintu bilik pemilik belog

tuan bilik kehairanan. Bagaimana kucing kecik boleh sampai ke tingkat 3? Kucing universiti memang bijak2 ye.

hanin(bukan nama sebenar) baik hati bagi anak kucing kopok ikan milik Miss (Miss pergi dinner kos, main rompak je ni.ho)



kopok ikan ganti friskies, duduk dekat UiTM mana boleh makan mewah ye cicing. =)


hanin terus pergi mandi, secara express, sebelum terdengar rumet-lagi-satu menjerit kerana kucing. Opps..tu rumet-dah-pindah.hehe. Rumet-lagi-satu tak jerit kecuali lipas, tapi alah haiwan berbulu.

hanin selesai mandi. *masuk bilik, pandang kiri kanan* bersoal pada rumet-lagi-satu "eh, dah kuar?"
rumet-lagi-satu hairan "keluar??"

"miao.." anak-kucing-sesat jenguk kepala dari bawah katil hanin.

"ala...nape ade kucing pulak nie...?!" rumet-lagi-satu cepat2 mahu tolak anak-kucing-sesat keluar bilik.

hanin rela hati angkat anak kucing keluar bilik, dan kembali meneruskan kerja-kerja menuju kejayaan

sela beberapa minit..

Miss baru pulang. "sape bela kucing kat wing ni?"
hanin, "biar je la dia makan kat luar, tadi dia makan kat dalam.."

oke, sela lagi..

hanin dan miss jenguk depan pintu bilik



dah tidur dengan nyenyak di atas kasut hanin. Jangan kencing sudah!

seorang kakak berlari keluar dari bilik air (note:bilik hanin depan bilik air) ketika hanin dan miss bermusyawarah tentang; kucing, kasut dan kencing; depan pintu bilik

"...ade kucing..aaa~". Kakak ni berasal dari Kuching, tapi takut kucing. -_______-"

"esok2 mesti tidur kat sini lagi la ni.." komen Miss

hanin selambe "takpe, kasut murah.." *dapat idea nak tukar kasut..lalala~*


++harap maaf, entri kalini agak hancing sebab asek ulang perkataan 'kencing'

Thursday, April 2, 2009

soalan psikologi dan kotak

lalala. ni satu kes entri mengarut

tujuan asal: pemilik blog tear of fate beriya-iya mahu saya tulis entri ni (ceyh,pdahal ak yang gatal pegi promise.haha) -blog dia yang mana satu? entah,kau cari la sendiri,pastu kalau dah jumpe jangan tanye aku tear itu air mata atau koyak-

Mari uji diri sendiri.
soalan nya begini

"kebebasan memilih, anda mahu kotak kecil atau kotak besar?"

dah pilih? satu je, jangan gatal nak dua-dua. tak baik tamak tau~!

baik. menurut apa yang saya pernah baca suatu-ketika-dahulu, jika jawapan anda:

terbahagi kepada 2 bahagian, A
1) kotak kecil
menunjukkan seseorang yang miliki ego rendah. tak taulah rendah tahap mana, sukar dibayangkan. Hanya tuan diri dan tuhannya mengerti.hehe

2) kotak besaaaar
tah bape besar dia minta, maka sebesar itulah ego dia kot. (hahaha)

opps..

bahagian B pule

1) kotak kecil
anda memiliki sebuah impian, tapi mungkin tak sebesar mana.

2) kotak besar
bercita-cita tinggi, menyimpan impian yang besar, dan indah.

jika kotak yang dipinta adalah kotak yang indah dan cantik, mungkin impiannya sesuatu yang indah, jika kotak kasut, anda fikirlah sendiri.

lepas ni jika anda suka men-psiko orang, tanya mereka soalan ni, dan hanya beri jawapan A, bahagian B jangan sebot. dengki punye pasal kan...? ngehngehngeh.

AMARAN KERAS: JANGAN CAYE SANGAT BENDALAH NI..ngaa

---

cerita sebenar:
pada 27 mac tempohari, saya dengan saje2 tanye pada seorang sahabat saya En Kidding, sempena beliau telah masuk alam awal-puluhan.
sebab dia pernah bertanya soalan yang sama sempena hari ulang tahun saya yang ke-19, tahun lepas .. saya jawab.. "nak kotak sebesar soyuz.." hahaha. ha amikkk kau! (ms ni ak tak tau lagi pasal soalan psikologi karut2 ni..huhu) dah die gatal pegi tanye tyme aku tengah mamai tido best2 sape suruh. mengarut le pe lagi. kuikuikui

dan jawapan beliau pula adalah..jengjengjeng

"nak kotak yang penuh makanan"

-_____________-" dasar kuat makan punye orang. En Kidding sudah pasti seorang lelaki, jadi saya fikir, mesti jenuh nak masak bagi siape yang jadi isteri beliau nanti.hahaha. (masih single, kuota masih empat, wanita-waniti yang pandai memasak dan single, meh isi borang pencalonan. Hanin tak layak, sebab die xpandai masak -wohh pengakuan berani mati ni.lalala~)

sekian. abes. puas ati tak? dah2 pegi wat keje masing2.

++jika selepas ini anda mendapati tuan belog ini menghilang, ketahuilah, beliau sudah 'mati' diketuk dengan kejam oleh En Kidding. sekian.