Chakpong FC

Tuesday, January 27, 2009

bajet. atau terlebih?

trilogi pertama:

cik klasmet dan encik klasmet

 

henset seorang klasmet berbunyi "..lucky i'm in love with my bestfriend..tralalala.."

sambil-sambil aku melepak di bilik kolej beliau.

 

*mesej masuk*

 

aku tolong baca.

 

hoho.

 

["saya tengah study sikit...'blablabla'.. awk...'blablabla' ..?"

sender: encik klasmet]

 

aik?? pelik aku aih, sejak bila mereka ber-saya-awak?? kerana secara pastinya mereka ber-aku-kau di kelas. aku pelik ni.

 

kemusykilan terungkap apabila cik klasmet dengan tak segannya menjawab

"alahhh tu sopan sikit.."

 

"hahaha" aku gelak

 

dia

*berwajah pelik*

*berwajah serius*

"betul la..apsal ko gelak pulak??" cik klasmet tak puas hati

"ala.. kan biasalah tu.. lelaki, kalau nak mengorat pompuan, for sure, bersopan ..guna saya-awak lagi sopan ..tak pun ganti nama sendiri untuk diri sendiri..."

"...takkan kau tak perasan?"

 

"hahahaha" aku lagi la sambung gelak. dengan lebih evil.

 

"............!!."

"hanin, stop it.!."

 

"oke oke. serius, aku tak penah perasan. ganti diri ape pun yang orang nak guna..kesah pulak ke??"

"lagi satu, bukan ke mamat ni kat kelas, guna aku-kau dengan kau??" aku argue.

 

"a'ah..memang la..kaver line la sikit depan orang..hehehe"

 

"ohh.." terkedu... baru perasan. Dan terperasan jua. *sambil memikirkan guys yang guna saya-awak* lalalala.

 

tektik ye tektik

 

----

 

trilogi kedua:

mesej-mesej di YM

 

chattin dengan L (bukan nickname sebenar; jantina: lelaki)

 

L: ala..bagi jelah no nset ko, bukannya ak nak ngorat ko punn

hanin: so?? -sedikit ketegangan situasi di YM dek kerana ketegasan aku tentang no nset-

L: ey, klo ak nk ngorat ko, ak x guna ak-ko la ..mesti ak gna sy-awak

hanin: sukati ak lah nak bg ke tanak, ko nak guna ap pun..lantak ko lahh.bknnye ak kesa pun

L: -.-"

hanin: lalalaala

L: hanin..boleh laa...

hanin: wekkk

 

Pengakuan seorang lelaki tentang term aku-kau. Ini makhluk bernama lelaki yang keberapa tah yang telah menggunakan ayat '...bukannya ak nak ngorat ko punn...' sebut depan aku. tektik nak mintak nombor henset. (kalau nak no ekor boleh gak aku bagi) dan pengakhirannya..takmenariklangsung, malas nak citer. Aku jamin para pembaca ber-title perempuan, juga pernah mengalami situasi lebih kurang ni.

 

ini bajet ka? bajekk??

 

-----

aku tak pernah kisahkan untuk sahabat perempuan mahupun lelaki

 

aku-kau

saya-awak

ana-anta

kita-awak

 

mana-mana yang selesa dan lebih mesra.

 

----

 

trilogi ketiga:

Dialog bersahaja golongan makcik-makcik

 

"you tau tak..ade ke budak yang jual..tu, panggil i makcik, panggil aunty ke..takpe la.."

 

kofkofkof. aku ketawa hampir tergolek, seteleh terbuat muka pelik.. sebab ayat makcik tu..err..aunty tu, sungguh la pelik.  =))

 

"kampung betullah budak tu.." sambut membe makcik/aunty tersebot, juga merangkap seorang makcik entah..aunty..aish mane2 jelahh..

 

ahahaha. ni lah..mentaliti.. -ke mental?- wekk.. bajet sungguh!

 

----

 

so sudah-sudahnya.suka hatilah nak guna ape pun.asalkan tidak melanggar adat dan budaya.

Namun begitu, aku rasa penggunaan 'aku-kau' tu nampaknya lebih mesra~ dan coool. kankan. XD

 

Juga, untuk kelihatan lebih matang dan seswai dengan gaya specky B-) ...ehemm!~ dengan ini

Saya Hanin aka aNDi, ingin mengubah ganti diri di belog ini daripada 'aku' kepada 'saya'/'Hanin' (bergantung kepada mood dan tajuk) sekian, saya penulis belog yang sedang bajet.

-taktaulah tahan brape lame fufu-

 

kat tempat lain tak kesa la nak guna ape² pun. =)  'ayang-cayang' pun takpe. kehkehkeh. geli geli.





13 comments:

Cik Ateen said...

panajangnya blog..
pnt ak bca..
huhuhuhu

nur hidayah said...

wakakaka aku tau kisah ituh

aNdi.Hanin::حنين said...

ala. ten die panjang je. x full pun. bnyk tab.ehe.

eyda, hang tau kisah mn 1? aiseh. x seperais dahh

Anonymous said...

nk komen trilogi pertama
mmg bajekkk dh terlebey~
mcm le hanin nazura tu bkn org
[katanye dpn org nk kaver line gitu]


klo mmg sjak awal lelaki yg guna saya-awak cm ne???
x ke mcm x berapa supan utk gadis comel spt ak tetiba lak guna ak-ko huhuhu

srzal said...

hee awak hehehe

isk2 klu aku lah.. ikut org,, tetiba dia kata ana anta,, tentula ikut dia.. takkan nak ko aku plak? hee tak matching tul

aNdi.Hanin::حنين said...

whatever- entah. die rs ak alien kot. hoho.
adeh..klo dr awal tu..entah la ek. ikut la..isk.xtauu. ak pn x paham nau terms2 nih

srzal- ye awak. ekek.
ye ah. ikut la mane2 kan. asal cool dan mesre~ ^,^ whie

Anonymous said...

wooo~ guna awak dgn tearfate yek
x kaver line pn...
bgs2 xde bajek

aNdi.Hanin::حنين said...

hahaha.adeyh. apaka?

LittleFinger said...

ooo..becinta eh?ehehe.sukati je wat spekulasi

nur hidayah said...

semua kisah kasih itu
wakaka

aNdi.Hanin::حنين said...

semua? yelah. anda sngt memahami isi atiku. eiceh. rindula. ekeke.

IRAH HAJERAH AZMAN said...

:p teringat waktu zaman mula2 melangkah ke semenanjung aku segan beraku engkau dan menggunakan nama untuk menggantikan aku engkau...adakah aku bercinta dgn semua mahluk kmph =_="?

aNdi.Hanin::حنين said...

LittleFinger- terms2 utk bercinta.haha

fallen- ak rs warga kmph mesti ingt ko wanita kmph paling sopan dlm kmph tu.hahaha