nikmat diberi Allah sebagai kesenangan dan kesempurnaan hidup, dan sekarang nikmat itu diambil kembali.
dalam kes lain, mungkin ada yang merungut dan membebel panjang kerana tiada air sepanjang hari, atau mungkin laptop rosak ketika assignment macam nak rak. Namun kedua-duanya bukanlah sehebat mereka diPalestin.
dalam kes saya,
nikmat ini mungkin diambil sebentar(atau selamanya?). aish
tapi telah merungut sepanjang waktu.heh.
kaki sakit dan bengkak
Ini kisah terlalu suka melompat, kurang behati-hati dan akhirnya jatuh tergolek. aiyak!
suatu malam dalam perjalanan ke PI. (Pusat Islam secara signifikan bagi pelajar UiTM adalah masjid) Mungkin terlalu excited atau lapar, berjalan dan melompat pabila turun tangga kolej, sambil reply mesej henset.
lepas jatuh, sudah pasti bangun sendiri. Dengan gaya cool dan riak wajah yang selamba (padahal tengah sakit oh) jalan dengan pantas menuju destinasi
sehinggalah sampai di PI yang jaraknya dari tempat kejadian melebihi 1km. masuk PI dulu.
"anis..kaki sakit ni..huhu" ngadu pada anis, yang tengah tunggu nasi goreng daging merah sektor B.
lihat kaki saya, sudah kebiruan semua urat (oh,kaki memangla banyak urat biru..he)
dengan pantas kami bertindak cari minyak urut. Anis buat rompakan bersenjata minyak urut dari Nur 'Afiah (budak kolej sebelah PI)
Pukul 2 pagi di PI.
-Anis berjaya menghasut saya menginap di PI-
study disini lebih baik dari tempat lain,
tidur disini lebih memberi kekuatan untuk bangun,
lepak disini lebih mudah bermesra dengan alam sekitar (termasuk kucing yang suka selongkar tongsampah PI)
mula kelihatan kaki besar sebelah. oh bengkak sudah. saat ini, baru betul-betul teringat grandma saya dirumah yang terel mengurut
merengus dalam hati.
tak fikir lain, terus tutup buku. tension betul ni. lalu tidur (selimut anis best dan wangi, meskipun anis busuk :P)
keesokkan pagi untuk subuh
kaki oh kaki. tiada upaya mahu memijak tanah
saat menyakitkan. Oh Tuhan, apa dosa ku semalam?
sepanjang subuh bermuhasabah diri dengan keadaan pukul 2 petang perlu berdating secara paksa bersama paper linear algebra. Ujian buat diri ini.
sepanjang pagi hingga tengahari, saya kehilangan mood dan mode study linear.
Anis beri cadangan bernas.. "pergi solat dhuha la.."
Makhluk sakit kaki ni selambe je jawab.. "hm..tak larat nak gerak lah, dengan kaki camni"
Anis balas.. "aii..baru sikit je ujian ni.."
(Betullah tu. baru sikit, tapi merengek tah pape. isk2 melampau betul ni)
Pada kejadian selepas zohor, saya dan anis memulakan langkah menuju ke dewan peperiksaan. Jaminan melebihi 1km dan perlu menuruni 3 tangga curam. (masa ni la nak menyumpah arkitek UiTM Johor -apsal letak masjid kat hujung dunia atas bukit??-ngeh3)
rasa mahu menangis kaki memijak tangga. kaki tiada upaya menginjak anak tangga. sob2.
terpaksa dipapah menuruni tangga.
saat ini baru betul2 rasa nikmat kaki hebat telah tiada.
nikmat kaki hebat hampir ditarik sepenuhnya!!
maka, tiada lagi ketenangan menjawab paper linear algebra, dengan kaki sakit dan membengkak.
lepas tu paper linear algebra yang macam ^%#$*$&% (ini bukan carutan, tapi kutukan secara berhemah)
hah, merungut lagi! ini mungkin cerita sebahagian orang yang tak tahu bersyukur. heh
"Innallaha ma'assobirin" ye Tuanku?
++eh tipu ye, entri lepas kata, hilang beberapa minggu? hehe
8 comments:
salam
byk2 bersabar
tu peluang pahala extra~
[cara anda jatuh hampir sama dgn saye, melibatkn reply msg]
ehem3... intro best tu... laptop rosak ehehe~
w'salam
cara sama?
haha.
cik ainul, ms tu sy tgh reply msg awk.
hue3.
adei.
ala, intro tu pinjam sat bt penyedap mukadimah. :P
amboi2..ngate kita busuk lak ye..
kang suh tidur bselimutkan kain lap tangan kat pagar pi baru tau..
anin bucuk!!!!
oih cik anis, da la gune id org. cit!
ouh ye ke???
ampun maap dipinta
so, pe cite kaki ko tu???
dh sehat?
actually hari pe ko jatuh ni?
huhu
ciannye dia.. takpe anin.. tulah halangan2 menempuh jlnNya..
nul, ak jatuh selasa malam rabu.
adeh.
srzal- dugaan..
ouh nanti ak check blek inbox, msg pe yg wat ko jatuh neh ish3
Post a Comment