Chakpong FC

Showing posts with label rasakan.sedap?. Show all posts
Showing posts with label rasakan.sedap?. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Bagaimana Kak Limah mempercayai bahawa dirinya adalah seekor hantu. Sebuah kepercayaan untuk renungan semua.

Sebulan lepas, saya ada menonton sebuah drama masyarakat. Dah nama pun drama, memanglah dramatik. Penonton juga berkelakuan dramatik juga sehingga tidak terlintas langsung untuk menekan button 'info' supaya mengambil tahu nama drama tersebut. Sesungguhnya hanya yang aku perasan, ini channel FOX.

nama watak utama pun tak ingat. muhaha!.

Tapi nak cerita jugak. =="

Baiklah, kita namakan saja watak utama ini dengan nama Susan. Susan adalah pegawai tinggi di syarikat agen hartanah. Tidak dapat disahkan apa jawatan sebenar Susan, samada CEO atau apa sajalah jawatan tinggi you name it, sebab aku pun dramatik* sangat nak tau jalan cerita, aku dah tak kisah benda remeh temeh ni. tsk.

*ini dramatik ke eksited? hoyeh

Ok, kita fast forward kan kisah Susan, sehingga beliau bertemu dengan  psikiatrisnya, Puan Megan(nama samaran - padahal tak ingat jugak nama dia nih =P) Susan memulakan kisah skandalnya dengan Peter Rabbit(obviously ini juga nama samaran. Fine, lepas ni apa-apa nama pun samaran jugak, sebab aku langsung tak ingat nama watak-watak dalam cerita ni. deal? haha) Keskandalan ini telah membawa penyesalan kepada Susan, kerana dia telah mengkhianati suaminya Jimmy(jangan buat2 tanya mana aku jumpa nama ni.huh)

Susan telah bersuamikan Jimmy dan mempunyai seorang anak. Mengenai kisah Jimmy pula, Susan memberitahu Megan bahawa dia mengesyakki Jimmy juga mempunyai skandal. wahwah. Ini kerana berdasarkan wajah wanita yang sama tertera di setiap latar belakang gambar Jimmy dengan anakknya. 

Demi menyembunyikan tembelangnya bersama Peter Rabbit, walaupun ia telah berakhir, Susan sedikitpun tidak mengusulkan perbuatan ini terhadap Jimmy. Sebaliknya dia membuat perancangan sendiri.

Setelah beberapa lama mengekori skandal suaminya, Sara, sehinggalah menyebabkan dirinya mendaftarkan diri ke kelas yoga, di mana jurulatihnya adalah Sara! 

Disertakan babak dimana Susan mula menegur Sara seperti guru dengan pelajar selepas kelas yoga. Berbual perkara-perkara biasa hal kewanitaan. well.. Sehinggalah ketika di dalam lift, lift ini bukanlah lift canggih, sekadar berpintukan grill besi sahaja. Ketika di dalam lift, Susan membentak dan mengugut Sara supaya menjauhkan diri dari suaminya Jimmy. Seperti kebanyakkan mana-mana kisah pun, skandal mana nak mengaku ada affair dengan laki orang beb. Sara berusaha menafikan tuduhan Susan, dan menyatakan tidak mengenali langsung suami Susan. Ketika pergaduhan, entah di mana silap Sara, tali beg atau tali apa entah yang disangkut di lehernya telah tersangkut di bahagian luar lift yang berpintukan grill besi, dan membawa kepada penjerutan di leher Sara. Sepatutnya dalam kejadian ini, Susan boleh menekan butang 'stop' untuk menyelamatkan Sara. Namun Susan hanya melihat Sara terkapai-kapai dengan kakinya juga sudah tidak menginjak lantai, dan akhirnya membawa kepada maut!

Susan puas. Kematian Sara menganggap masalahnya telah berakhir. Susan memberitahu kepada Megan, bahawa masalahnya telah selesai, tanpa  menceritakan  bagaimana ia berakhir. 

Hal ini menimbulkan syak wasangka Megan terhadap Susan, dan membawa kepada kepada usaha Megan untuk menyiasat dan mengekori Susan. Juga setelah Susan berkeras menyatakan bahawa dia tidak memerlukan khidmat nasihat Megan. 

Disertakan babak dimana Susan disoal siasat sebagai potential suspect kerana direkodkan turut berada di tempat kejadian kematian Sara, Susan terlepas sebagai suspect.

Kehidupan Susan bersama suami dan anaknya adalah normal. Tetapi Susan sedikit terkilan apabila dia melihat Jimmy kemurungan beberapa hari (selepas kematian Sara) tanpa diberitahu sebab musabab. Macam biasalah, skandal dah mati, mestilah depressed. Itulah yang difikir Susan.

Walaupun hubungan Susan bersama Peter Rabbit telah berakhir, namun sejak kematian Sara, Susan kelihatan lebih selesa menghubungi Peter Rabbit. Di mana babak mereka hang-out sehingga ke sebuah kedai, hampir saja terkantoi dengan Jimmy dan anaknya yang sedang membeli-belah. Peter Rabbit juga mengetahui bahawa Susan adalah isteri orang..tapi entah, janganlah kau tanya aku kenapa dia berminat dengan isteri orang. huhu.

okay.skip banyak babak. sebab engkorang pun letih nak baca. Aku tak letih pun nak menaip *taknakngaku

..dan penyiasatan Megan terhadap diri Susan, telah membongkar sebuah fakta yang sangat mengejutkan!
jengjengjeng...~!

Megan mendapati bahawa, Susan hidup bujang, tidak mempunyai anak dan tidak pernah berkahwin 

o_O
surprise??

Bagaimana ini boleh berlaku? ini kaki tengok DVD ni 

Nope, bukan DVD, tapi kepercayaan.

Susan percaya bahawa dia telah berkahwin dengan Jimmy dan mempunyai seorang anak. Kepercayaan inilah yang dihebohkan kepada orang sekelilingnya, sahabat, rakan pejabat, psikiatrisnya ofkos! dan termasuklah skandalnya sendiri, Peter Rabbit.

Bagaimana ia bermula? Kerjaya sebagai pegawai agen hartanah membuka ruang kepada Susan untuk melawat ke mana-mana tapak hartanah atau rumah pelanggan mereka, seterusnya membawa Susan ke rumah Jimmy, dimana, Jimmy bakal menjualkan rumah yang didudukinya. Ketika berada di rumah Jimmy, Susan sempat melihat gambar-gambar Jimmy bersama anaknya, dan dimana terdapat juga wajah Sara disetiap gambar-gambar tersebut. seperti yang telah disebutkan diatas. Yaa...blablabla, akhirnya pengarah filem telah membuktikan bahawa Sara adalah isteri Jimmy! 

Babak-babak yang ditonjolkan mengenai perkaitan Susan dan Jimmy berkeluarga, sebenarnya adalah hasil imaginasi Susan dek kerana teradmire dengan kehidupan Jimmy. Hasil imaginasi Susan inilah yang menimbulkan kepercayaan bahawa dirinya adalah isteri Jimmy, manakala Sara adalah orang ketiga. 

Susan telah mendapati bahawa Megan mengekorinya, dan mengetahui kisah sebenar kehidupannya. Pengakhiran cerita ini, Susan membunuh Megan bagi menutup kes yang telah berlaku. *Tragisgila. Sekali lagi dia terlepas daripada dijadikan suspek pembunuhan.

Susan kembali kepada kehidupan asalnya. Berhubung dengan Peter Rabbit seperti biasa. Menyatakan bahawa dia berpisah dengan Jimmy. Menjalani tugas dipejabat dengan jayanya. Everything looked fine. ;) and she looked normal as well.

*
*
*

Walaupun ini bukanlah kisah benar, tetapi, betapa kita boleh lihat, ada orang disekeliling kita yang gemar menimbulkan pelbagai kepercayaan. Tanpa kita sedari juga, kepercayaan ini adalah hasil dari jiwa-jiwa yang sakit atau lebih mudah, GILA.


sedikit selingan cerita di hospital bahagia

situasi: seorang doktor melihat pesakitnya menyanyi sambil berbaring. namun tidak diendahkannya dan berlalu pergi.

kali kedua doktor tersebut melalui tempat pesakit tadi, kali ini dia melihat pesakitnya menyanyi sambil meniarap pula.

Doktor: Aik, tadi baring, ni meniarap pula? 
Pesakit: Ye doktor, tadi side A, ni side B pulak.

Bahaha. Lihat bagaimana pesakit ini mempercayai bahawa dirinya adalah sebuah kaset radio. Demikian juga kepercayaan Kak Limah bahawa dirinya adalah seekor hantu. Ini adalah kepercayaan orang-orang gila dan diakui gila oleh doktor. 
jangan lupa daftar mengundi ;) [picture googled: source]

*
*
*

Bagaimana pula kepercayaan orang yang kelihatan normal, tapi hakikatnya sakit jiwa?

Seperti kes Susan, ya, kepercayaan seperti inilah menyebabkan Peguam Negara bertindak memfailkan rayuan terhadap kes liwat. Kepercayaan ini jugalah yang menyebabkan terbitnya 'tweet' yang menyatakan "terlepas hukuman dunia, belum tentu di akhirat"

berlangsungnya..kepercayaan demi kepercayaan.

walau bukti tak sepadan dengan tuduhan, 
dia percaya bahawa dia telah diliwat.


++siapa setuju, pegang mouse 


Saturday, December 31, 2011

define tempat dan orang

Pulang menjelajah dua tempat yang berbeza adat.

MPH. Beli Buku.

Y.E.S tak Y.E.S, MPH memang tempat favorite paling YES! kini dulu selamanya. Tapi bila masuk, masuk, dalam, dalam lagi., saya noticed, kenapakah semua Chinese sahaja pelanggannya. Ada signboard 'Chinese Only' kat luar ke? dan hanya keluarga saya sahaja Melayu sungguhnya. errkg.

tarik nafas.

Saya kagum dengan bangsa Cina, sebab inilah! Mereka cintakan ilmu,..dan juga duit. haha. Dua perkara yang penting untuk hidup. Tapi, kita fokus kat ilmu lah yea.

Ketika ni jugak, saya bawa adik kecil, si sumbu sudah berusia 8 tahun. Dia adalah pencinta buku. Semua buku kat rumah ni, kalau boleh nak digodeknya. Tapi masalah terbesar dia, malas nak baca. Weird heh? suka bukak buku tapi tak suka baca, haku pun pelik. Dia bukak buku tengok gambar sahaja. Kalau gambar tu menarik giler, baru dia buat bising satu rumah, tunjuk gambar tu kat semua orang. Tapi aku jadi annoyed bila dia tanya "kenapa camtu eh? kenapa lembu tu kene tembak eh?" padahal caption gambar dah tulis "lembu gila amuk tiga penjaga kandang"

"cuba baca bawah tu"

"ala..kakngah la baca kan"

Bukan tak tau membaca, tapi memang dasar pemalas. *kutuksedap

Rasanya boleh dikira dengan jari berapa kali budak ni dibawa ke kedai buku. Bila di MPH, dia memang gila loncat-loncat excited tengok buku banyak-banyak. Macam budak dibawak pergi playground, semua benda nak dipanjat. Maka kami beramai-ramai yang dewasa ni, mintak dia pilih mana-mana buku yang dia suka. Mula-mula dia pegang buku cerita, telek-telek-belek-letak. Buku tu agak tebal untuk budak darjah 2, maka dibawanya dia ke kids' area. Beraneka pilihan. Buku PTS paling syiok la weh. Banyak kisah fairy tales tapi Islamic version. Hehe. But, he's not interested to fairy tales. aww

Pusing punya pusing, alih-alih dia pegang buku..buku..

buku komik Ben-10 dan spongebob. Haiya =="

sangat menggoda buku komik tu kan? Tapi, kalau aku, baca je kat situ sampai habis. lepas tu letak balik. Cara terbaik baca buku komik secara free ;P

Puas dipujuk, supaya cari buku lain yang lebih ilmiah. Dia taknak jugak. Last-last janji, dia kene habiskan a novel then beli komik tuh. Payoh hok ni.

Masa main pujuk-pujuk tu, kami sebenarnya dah segan megan dengan orang sebelah. Chinese kids, tak payah di paksa nak pilih buku ilmiah, senang hati je mak diorang ambil masuk dalam bakul. Macam ambil koko-krunch di supermarket, 'pilihan ibu-ibu dirumah' eh? Punyalah. Aku kagum giler. Most of them pulak tu. isk.

See how they trained their kids. Agaknya sejak dalam perut dah diajar berkunjung ke bookstore. Memanglah.

got this one. naiss. (kredit)


I-City, Shah Alam, Malaysia Truly...what?

Sesampai di sana, maaaaaaaaaaaaaaak punya lengang! HAHA. Memang sengaja kami pilih tarikh lengang. Seronok usah dikata, rasa nak beguling-tenggiling di tengah jalan. oh, overacting. Sebab rata-rata pengkomen tegar orang Shah Alam "tak ada apa-apa pun i-city tu.boring", "i-city sesak, malas nak pergi"

takboring taksesak.

takboring sebab taksesak sebenarnya. hahaha. Kalau sesak, aku boring. serious.

Tujuan datang sini bukan apa pun, saja ambil angin. Rasa menarik perhatian jugak la lampu-lampu ni, since orang rumah aku memang agak obses dengan lampu. Kat rumah sendiri pun lebih 60 biji mentol lampu yang ada kat siling. erkkk.

Masuk, masuk, dalam, dalam lagi. Aku penat berlari-lari kejar hadek-hadek. Kanak-kanak sering fikir kaki mereka sungguh laju merentas desa, padahal lupa tu, tukang kejar punya kaki laju merentas masa. cih.

Ya, yang punya makaih lengang tu, luar je. Dalam dia punya meriah. Tapi alhamdulillah tak sesak, kalau sesak memang aku tambat je kanak-kanak ni. Nahas kalau terhilang budak-budak kat public area macam ni.

Bila dah kat dalam, serius WOW. why wow? Meleis, meleis meleis. truly hedonism? 

Malas nak komen panjang-panjang lah. Kalau di cerita pasal belog pun, berapa ramai bloggers akan update pasal movies, artis kahwin cerai seksimeksi, semua certia pasal artis hiburan dikorek sakan, umpat gosip semua hiburan. Ramai tak terkira. Segala, oh artis, oh itu, oh ini, oh nenek.

Jarang jumpa blogger Melayu, Islam, update pasal buku-buku yang baru release. Eh bukan takda, adaaaaaa...ramaaaaaaai.

tapi, 
tak glamer. Beautifulnara lagi korang kenal kan?

Buku kalau jadi topik hangat pun sebab dah ter-rasis kononnye. Kesian novel interlok. 

Kesan paling obvious dan sangat mudah dilihat 'Jadi artis hiburan lagi cepat kaya berbanding penulis buku'

***

baguslah. the protocol of zion tu dah berhasil. Pisahkan umat Islam dengan ilmu, penuhi minda mereka dengan hiburan. 

wahyu pertama: "BACALAH" bukan, "BERHIBURLAH" 
Malam nanti, 31/12/2011: Sambutan Ambang Tahun Baru, Ceramah UAI di Dataran Shah Alam VS Konsert Bersama PM Malaysia di I-City. Wait and see. (takmahu membaca sekurang-kurangnya dengar ceramah ilmu)
 
anda di bahagian mana? #selfnote

orang pergi i-city jumpa lampu. aku terjumpa ni. errk. tangga.


++ nak train anak-anak pergi usrah sejak dalam perut. macam ummi saya buat. ihiks

Sunday, October 30, 2011

Cara membezakan daging BABI dengan daging LEMBU

perbezaan lemak. Lemak babi lebih geli. #%$& dasar gemok punye babi


Tapi,kalau dah digaul sebati dua-dua jenis daging ni....memang nahas. Susah untuk dikenalpasti. Sebarkan kepada Muslim yang lain :)

Mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam

Wednesday, October 26, 2011

Perubatan Alternatif: Bagaimana membezakan yang Syari'e dengan yang Syirik?

Salam'alaik. Hari ni terbaik hati nak beri salam dalam belog. Bukankah menyebarkan salam itu sunnah nabi? 

wew

Sebenarnya agak malas nak menceritakan pasal benda ni kat blog (public area) sebab ini adalah hal peribadi. Eleh, korang suke ke nak baca hal peribadi orang? Which is, aku bukan retis. Aku nak tertonggeng tergolek pun takda siapa kesah. hahaha.

fine.tak kelakar.

Dalam 2 minggu lepas, ada seseorang menyarankan saya untuk ikhtiar dengan rawatan urut patah dengan sorang pakcik nih. Pakcik ni handal dalam urut patah. Di mana, situasi saya sekarang agak make sense jugak untuk diurutpatah, walaupun tak patah sebenarnya.

Sampailah waktunya,...terrraa...

"....#$$# ..." sambil pegang kaki aku. *jampi

Done. itu je. aku dah jeling-jeling nenek aku kat sebelah. "what the fish he's doin?" terdetik hati.. Dah ah pegang-pegang je kaki aku. Takda gaya mengurut langsung.

"air ni air selawat, air ni guna sapu dan minum tiap malam sebelum tidur..." pakcik urutpatah berkata selepas mentiup-tiup sebotol air mineral.

"tapi..syaratnya, jangan guna apa-apa minyak sapu kat kulit, jangan minum air berais, tapi kalau dah terminum atau terpakai krim, air ni kena buang, takut dia membalas pulak, lepastu datang balik jumpa pakcik, pakcik bagi air lain.."

WAAAH. syarat dia ofcos la aku tak suka, sebab pertama syarat dia sangat pelik.
sebab kedua, macam maaane aku nak pakai moisturizer? (gaya adu du) habisla kulit mulus aku =P phuii!
sebab ketiga, dia baca 'selawat' tu sambil mengembus asap rokok.

tak shukew.
mencampurkan yang hak dengan yang bathil and i hate smoker.

Tapi yang paling terkezut mak~ bila pakcik tu cakap "kalau tengah tidur malam karang, kalau terasa sakit sikit, tahan, tu tandanya pakcik tengah buat kerja"

FUH LA MAK.
Gile la pakcik ni buat kerja dari jauh.

Bila sampai point ni, aku reject habis-habis. nak bersekongkol dengan jin jangan ajak aku, kang aku jadi jin, baru kau tau!

Dekat rumah, aku telek-telek air mineral tadi, wehhh ada minyak terapung atas air tu, nak suruh aku minum? aku konfiden minyak tu dari asap rokok tadi^%&#. eww

Secara psikologinya, kalau orang tak percaya, memang tak jadi apa lah kan? so nothing happen..dun wury.Hanin is still alive.



dan secara logiknya, MANA ADA AIR SELAWAT/AYAT 30JUZUK SKALIPUN, PAKAI SYARAT BAGAI. NAK MINUM, MINUM JELAH, JANJI BACA BISMILLAH.

maka, sinki yang tolong minumkan air 'selawat' tadi. takpe..sinki takperlu baca bismillah.

aku cerita sama mak sedara, dengan selamba beliaw berkata "pakcik tu nak tolong tambah jin kau ke? HAHAHA" *gelak seevilnya.

cis.
aku jadi puteri bunian kang



Yang Syari'e macam mana pulak? Tunggu entri berikutnya...dengan penuh debaran. kihkih. konon.

Saturday, May 14, 2011

Merong MahaTakKuasa

rindu nak tonton Lord of The Rings. heheh



bila terlihat iklan Merong Mahawangsa, kepala teringat Lord of The Rings.



bila ternampak muka Stephan Rahman, teringat lagi Lord of The Rings. haiz



tapi antara Lord of The Ring dengan cincin kawen mana lagi best? :P kehkehkeh (macam ada unsur kemiangan disini. haippp!)

ya, saya sudah tonton Merong Mahawangsa yang dikatakan best tuh. sebab ramai sangat cakap BEST. maka saya pun tonton ah.



BEST KAN? BEST KAN?




1. CGI cantik tertarik.


Kalau dibandingkan dengan filem berCGI KRU yang lain, especially Cicakman, Merong Mahawangsa tersangatlah better. Dalam Cicakman, dengan jelas kau akan heran apsal Apek dah tergantung kat siling macam cicak, tapi rambut panjang dia sikit pun tak terjelir, lepastu t-shirt tetap melekat kat perut. hahaha. aku dah konfius graviti kat Metrofulus tu sebenarnya celah mana.



2. tapi maaf cakap, R&D very baaaaaad. yeah..tersangat teruk.



Kau bayangkan eh, orang Itali jumpa orang India, pastu borak sekali dengan si Merong tuh, guna English woo. Lepas tu Putera Rom borak dengan Puteri Cina (bakal isteri dia) guna Bahasa Inggeris jugak. Walaupun Puteri Cina tu dah habaq,yang dia boleh bercakap dalam banyak bahasa. Apsal dia tak cakap Itali ja?


picture googled

Puteri Cina dengan inang dia pun borak guna English jugak., yang sepatutnya guna Bahasa Cina lahh. =_=' kenapa malas sangat kau nih Yusry.


Kalau kita lihat dalam Pirates of the Caribbean, Chow Yun Fatt guna bahasa cina dengan krew kapal dia. alah, secara real, depan mata kau pun, kalau orang kelantan jumpa sesama diorang dekat KL pun, diorang terus guna dialek kelantan le giteww.. lepas tu kau kat sebelah diaorang bukan orang kelantan, dah kecik ati dah. hahaha XD


kalau Yusry baca belog saya (kekononnye laa)



"Yusry, saya sangaaaaat kecewa dengan penggunaan bahasa dalam
Merong Mahawangsa"


-(ceknin chakpong, 2011)



Dan lebih teruk bila, Putera Rom telah mengeluarkan taekwandonya..hahaha. what daaa???

Kalau ditonton dalam filem Queen of Langkasuka, menurut hikayat dimana Queen of Langkasuka nih keturunan si Merong Mahawangsa... walaupun pembuat cerita ni orang Thailand..tapi diorang guna silat Melayu dalam cerita nih. Dah tuh apahal Putera Rom pakai taekwando, aku sampai jatuh rahang tengok dia berlawan.

Oh ya, Stephan Rahman juga telah gagal dengan jayanya. Kalau dilihat orang Melayu bercakap, lagi-lagi orang zaman dulu..MESTI ada ton dan lenggok dalam bercakap. Contoh lenggok orang melayu dulu-dulu

"apalagi yang boleh menconteng arang di muka Maharaja Cina!.... kalau bukan anak gadisnya...." -Khir Rahman sebagai kamawas. Nampaknya Khir Rahman lebih berjaya, sebab aku dah boleh hafal skrip dia... macam si usop wilcha :P

yang si Stephan bercakap punyalah streeeet jek. takde ton, takde lenggok. ouch. saya memang Melayu tulen. harr~


3. Jalan cerita terlalu singkat dan garapan yang tak seberapa. *pehh.. ayat.

tau tau saja berlawan, tau tau saja dah habis. macam..."aik? tu je?" lebih lawak kalau kau terkonfius, ni dah habis ke ada sambungan nih? aku siap pergi tanya orang sebelah lagi tuh. haha.

Tak jumpa apa yang mengujakan, sebab jalan cerita dah boleh agak. uhh.. Senang citer la...Merong Mahawangsa masih tak boleh menandingi filem historical-fantasy antarabangsa.

Kalau letak sebelah Kingdom of Heaven pun..awal-awal dah kena tolak tepi. lalala~memanglah pun.

Kingdom of Heaven...my fevreett~~ kalau dalam filem ni, 5minit pertama kau akan excited. 10minit seterusnya kau dah panic-excited, hapa punya ayat neh. Lepas tu part tentera Salahuddin Al-Ayubi dah datang..bulu roma kau dah meremang. Bila diorang jerit Allahu Akbar jantung dah berdegup kencang..eceh :p dan bila masuk part tentera Salahuddin dah serang dan runtuhkan tembok kota suci, kau rasa nak menangis. touching.

bukan aku je rasa, bekas housmate aku yang rajin mengemas rumah tu pun cakap benda yang sama, padahal dia tonton Kingdom of Heaven sorang-sorang. err


0h ya..saya memang peminat filem historical-fantasy-advanture. memang Merong MahaTakKuasa.
dah ah, nak tengok Imam Muda. muhaha

Saturday, November 27, 2010

faktanya ialah, rakyat Malaysia memang senang kena tipu!

Kena tipu RM26,000 mentol ajaib

KOSMO!

terlalu selalu keluar berita macam nih. pelik bin lampu ajaib. kenapa orang boleh bayar ribu-ribu semata-mata nak beli benda mengarut? tak terfikirkah mereka. bila baca betulbetul, Kosmo! tulis..

"...disangka ‘batu geliga delima’ kononnya boleh digunakan untuk menyedut duit yang dibeli dengan harga RM26,000..."
nak sedut duit sapa ya ha?

Otamak,
Otagi,
Orang tamak,
Selalu rugi. XD


kalau kes kena pukau tu lain cerita la ye kan. amalkan baca ayat kursi selepas solat dan tiap kali keluar rumah, insyaAllah dijauhi bendabenda jahat camnih.

mintak pada Allah ah. bukan pada batu ke hape ke.

*
*
*

penipuan kes lain.

rakyat Malaysia terlalu mudah memberikan maklumat peribadi di mana-mana laman web. contoh terbaik FACEBOOK. segala jenis profile peribadi dia nak letak, anak berapa orang, sijil banyak tinggi sampai pHD semua bagi tahu. kadang2 lagi best, link anak beranak semua letak. woah!

sejenis 'penipuan' yang korang tak tahu. tapi berhati-hatilah. ;)


++ummul khairiah bagi giveaway! cepat hantar email. siapa cepat melompat! yahoo~

Sunday, October 10, 2010

penipu dah kena tipu!

ohoooi. baru kena tipu SEKALI, melatah-latah ye engkau



Klik sampai besar

selama ni kau tipu orang RIBU-RIBU KALI, takpe pulak. Sekarang dah kena tipu dengan budak2...terus terbit artikel 'bernada-kuciwa-gila -kena-tipu'

ekekeke!

takyah la take serious sangat Utusan oi, diorangkan budak-budak lagi...
memang dah dari kecik engkau ajar diorang menipu, sekarang pandai lah diorang tipu kau pulak.haha.
Antara tanda-tanda kiamat:

Tersebarnya banyak pasar Rasulullah bersabda : "Kiamat hampir saja akan berdiri apabila sudah banyak perbuatan bohong, masa(waktu) akan terasa cepat dan pasar-pasar akan berdekatan (karena semakin banyaknya)"

(sahih Ibnu Hibban)

SALAM PERANTAU BUAT KELUARGA YANG NUUN JAUH DI KUALA LUMPUR, DOAKAN KEJAYAAN ANAKANDA, SEMPENA PEPERIKSAAN KALI INI. -dari UiTM Switzerland (Segamat)-

Utusan takdok buat korum untuk student kat dalam Malaysia, so kite buatla korum sendiri.hue3.


p/s: Jangan tipu orang, nanti orang tipu kau balek

Monday, May 3, 2010

ini semenanjung malaysia ke semenanjung gaza?

Ingat lagi tak, sebelum korang pegi sekolah dulu.. kalau mak tak hantar sampai sekolah, dia tetap akan hantar sampai depan pintu rumah..pastu cakap..

"hati-hati jalan ye, belajar pandai-pandai, jangan nakal-nakal.." *salam.cium tangan.cium pipi.babai*

itulah doa seorang ibu untuk anaknya setiap pagi.

*
*
*

tapi sekarang duduk kat kat kolej kediaman, takda sapa nak buat macam tu dah.. *ceh titibe sadis* tapi tak salah kalau kita doakan pula untuk roomate sendiri, setiap kali dia keluar bilik, akan cakap


"Hati-hati jalan ye... nanti kena tembak"

Saturday, April 17, 2010

hesh, pikir rumah pun pening

Eh ini bukan cerita rumah yang dirumah sekarang ye.
erk, maksudnya, bukan rumah yang didiami orang tua saya.
eh paham takk?

ok hanin, fahamfaham

baiklah, untuk next sem, saya terpaksa cari rumah sewa sebab, ada cakapcakap mulot orang, next sem kampus saya neh amik intake ramairamai sebab ramairamai jugak yang grad. Pastu, program kat sini pun bertambah-tambah.

Ho : bila manusia bertambah, maka probability yang akan disepak keluar kolej kediaman juga akan bertambah.

orang-orang yang bakal disepak tu mestilah dari katagori saya. =_=
takkan diorang nak halau budak2 pra perdagangan, diploma yang baru masuk tuhh.


ohkeyh, kami(menunjukkan rasa gah dan ramai) telah menjumpai sebuah rumah berlokasi tepi jalan, harga boleh tahan. but waittt..rumah tu kosong takda perabot. hoh. tiada perabot bermakna takda fridge. hukhuk. takda fridge takda la dapo masak.


ni lah rumah kitorang tu. eee tiputiputipu

aku baru je nak berangan masak sendri (fuiiiyyyooo) walaupun berangan buah berangan macam takda makna pun, sebab kalau kat rumah bersama ibu bapa probabiliti aku masak macam 0.1 ngeh3.

idea masak sendiri ni datang bila incek arip mengemukakan cadangan, 'makan ayam HPA je, jamin halal' Bila pikir balik, aku dah loya tekak dah. iskkk. bape banyak ayam tak HPA aku sental sem neh? sebab kalau kat rumah dunworrybehappy memang dijamin halal, kalau tak HPA, sembelih sendiri. ^_^

pastu konon konon nak meniru tabiat bapa, tak makan ayam sebarangan. heheh. bapa saya sejenis manusia yang hanya makan ayam kampong, sebab ayam tu dia yang sembelih. takpun ayam HPA je, sebab itu je yang dia rasa tak waswas nak makan. lainlain seperti KFC bla3 dia tak pernah anggap tu nikmat hidup. sungguh pun begitu, ayah saya tak pernah pulak nak larang makan ayamayam len neh. maksudnya disini. 'kau kan dah besar, pikir la sendiri'. baek kan ayah saya =P anak dia pula bagaimana?


bapa dan nenek yang terel


ini sketsa cabot bulu. "terima kasih kakak hanin!" kata ayam itu


bukan masalah tekak loya ke apa, masalahnya sekarang, kalau dah termakan benda-benda syubahah, bukankah doa juga tertolak, doa tertolak hati pulak tak terang. Udah la aku ni memang tak terel AKA tak pandai. hati pulak makin hari makin memblackout. sebab dah telan macam-macam yang ada logo halal pun takleh caye =_= pastu dah makin membarah penyakit lupa! sigh~

takyah makan ayam, makan ikan je.

ikan kat sini lunyai lunyai ko tak tau. ikan pulak tak banyak choice, tak ikan keli, ikan kembung, tak kembung pari. tak pari, pari-pari. okey yang tu takda dah.

daging?daging?

ehem. tekanan darah I dah lebih paras, tak berani nak makan daging (sekarang, sila predict umur aku berapa.hahaha)

eh
gaya cerita macam duduk oversea kau neh sebab susah sangat nak cari makanan halal! haha. padahal aku duduk segamat je nehhhh. Inilah Malaysia negara Islam yang anda sayang. aku pun tak paham apsal starting entri ni rumah, ending dia makan.(nampak sangat menaip sambil lapar)

err
err.
entri da habis dah.

Thursday, March 25, 2010

inilah dunia: JAGA AKHLAQMU

Kalau Allah tak hantar 'orang macam tu' dekat kita,
macam mana kita nak tau level kesabaran kita.
kan?kan??!


bulan ini bulan optimis saya. Tengok bulan depan macam mana. Semua orang sabar berhad ye. Jangan sampai saya hilang sabar. Saya warning ni.

Eh ingat saya gurau ke? ada saya gelak? takda pun.

lepas sorang....sorang.tak tau lah.

Saturday, February 27, 2010

Peniaga Hari Ini : Nak Untung Dunia ke Untung Akhirat?

Sepatutnya sudah jam 2 pagi, saya harus tidur sekarang. Bentang tilam *ala2 nobita* tarik selimut, lalu tidur. ceh konon ja tu. manada saya tidur. Maka jari saya yang boring ini pantas mengusap2 seekor tikus diatas meja 1, 2, 3.. merepek

Memang line tengah laju gila, aku pun gila la nak search macam2 kan.

Perkara yang saya tak faham bagi dunia hari ni,
Tudung berharga RM65, tapi dress labuh tanpa lengan hanya RM40. keseluruhannya, penggunaan kain adalah sama saiz. agak2nya la kan, kalau anda seorang manusia yang tak cukup iman, malah hanya mementingkan keseronokan dunia, yang mana satu anda akan pilih?


saya yakin, ia sepatutnya RM40 itu bukan?


pernah saya terbaca komen balas seorang gadis belasan tahun, apabila disapa mengenai baju yang dipakainya serupa pinjam-baju-adik-baby-dia agaknya...
jawapannya "alah kak, baju camni kan murah baru 10 ringgit lebih..kalau baju tshirt labuh berpuluh ringgit"

ting!

peniaga t-shirt labuh dan tudung boleh sentap sekarang. haha

Peniaga pakaian sekalian, mikir dong..kamu meniaga untuk apa? mencari rejeki yang halal? ya, sudah pasti. Tapi mikirkah kalian, adakah cara dan harga barangan kalian itu membantu dalam menggalakkan wanita waniti Islam menutup aurat? jawab...jawab.. nak jawab sekarang ke, nak jawab kat akhirat?


beruntunglah bagi mereka yang beruntung untuk kedua-duanya (dunia dan akhirat)


++ maaf kepada kedua-dua 'tuan kedai' yang saya linkkan tadi, sebenarnya sangat bekenan terhadap kedua-duanya. haha. dan sekarang tengah rambang mata. amik dua-dua? uii..kopak aku kang. XD

Kepada QUASARIAN kedua-duanya 'black n white' bolehlah order untuk dinner nanti. *ceh promote* err..tapi untuk dress tanpa lengan tu, tolong jangan lupa pakai longsleeve di dalam, aku sekeh kang sapa yang gatal nak tunjuk ketiak cantek hoh.

p/s: last2 tak jadi amik, sebab lupa lak dah ada jubah cantek dalam almari.kui3

Thursday, February 25, 2010

hidup ini perlu ada 'give and take'

Ketika saya masih menyimpang di daerah Tangkak, dalam perjalanan pulang ke universitas terchenta, roomate saya yang memang tokey topap, dengan tidak sabar-sabarnya memesej saya yang masih di dalam bas, baca mesej sambil terlecet-lecet mata.mengantuk.

"woaa..langsir kunen wehh.."

padahal, macam ah dia tak boleh tunggu saya sampai kolej kediaman kalau nak explain langsir kunen sekali pun -_-

ya,
kolej kediaman UiTM Segamat kini mempunyai langsuir langsir baru. silau warnanya, mulus kulitnya, indah berseri corak-bunganya.

apa-apa pun, sebelum edisi pertukaran langsir baru dijalankan ketika musim cuti sekolah UiTM, pihak pengurusan kolej sudah pun mengeluarkan amaran awal tsunami
"...sila simpan barang-barang berharga di dalam loker masing-masing, pihak kolej tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barang ..blabblabla.."



wallahhh.! pabila terlencong saja anak mata menatap langsir ini, secara tiba-tiba feel rumah datang tanpa dipinta. Sebelum ini, sedia maklum, kolej kediaman punya langsir sudah pasti bercorak logo UiTM, jadi jika melencong2 anak mata melihat langsir berlogo UiTM, sudah pasti otak juga akan memproses maklumat "oh kat UiTM aku ni, sedar diri sikit"

jadi langsir kunen ini akan menyebabkan students sekalian tidak sedarkan diri?

oh, tidak sama sekali, assignment bagai tsunami mana mungkin diriku masih koma. -_-

yah, disebabkan kami sedar diri jugalah, kami sangat sedar dengan perubahan alam sekitar, maksudnya, kami tahu dan tersangatlah perasan, bahawa seterika kesayangan bilik 216B SMK sudah hilang.


great

Friday, December 25, 2009

... anda suka mihun?

seriusli suka mihun? mari baca sini.
.ehem.
lepas ni janganlah sampai tak makan pulak.
cuma
lebihkan sedikit hati-hati dan curiosity

:)
selamat beramal

Thursday, November 19, 2009

... tarbiyah jenis apa ini?

.
.
.

ini kisah seram. kalau tak suka tak payah baca. kalau suka, tak payah baca jugak. haha. alt+f4 sekarang!


aik, anda masih membaca,makanya anda adalah orang yang ragu-ragu suka atau tidak?

hanin, what's wrong with you?

*merepek*

tiba-tiba saja saya melihat manusia bertempiaran lari menyelamatkan diri. (dalam kes ni, saya ialah hanin, tiada orang lain)

saya melihat dengan rasa heran. blur. stand alone. stand alone application. heh titiba.

melihat ke arah kejadian, saya ternampak keluarga saya di penjuru jalan,cuba mengalahkan sesuatu. oh Tuhan, apakah itu. rupa-rupanya seekor makhluk ganas cuba menggasak umat manusia. karangan darjah tiga dah start dah dia blurpphhhg

tiba-tiba saja saya diarahkan untuk menentang kejahatan. cencengceng! power ranger color pink is here~! aik, zaman bila kau suka pink ni hanin? oik eh, kejab..power ranger merah. silap. *plep kepalaku ayoyoh*

bertukar~!

tapi tiada apa yang bertukar pun. saya lantas membaca ayat pelindung diri. ayat kursi. apetah lagi aku baca semua benda aku baca heheheh. tapi.. (banyak betul tapi di entri ini ya)

saya takleh baca.terganggu dengan bunyi/lagu bising lagi bingit. aduiyay.

baca ayat kursi pun sudah separuh jalan, kemudian asyik ulang balik dari mula.

makhluk ganas tersebut dah gelak2kan aku. ciskek bliaw neh. nak kena dia neh.

makhluk Allah yang dipanggil syaitannirrojim ini mentertawakan saya sambil berkata


"haaa tu lah. siapa suruh dengar MP3(lagu) sebelum tidur. lain kali baca lah doa ke ape ke. tengok sekarang ni, nak lawan aku pun tak boleh."



T______T moral of the story: aku tak cipta cerita ini. ini kisah benar. lepas tu aku konfius suda itu syaitan kah apa kah pandai memberi tarbiyah sedemikian rupa melalui mimpi.

sebab

sampai sekarang aku tak berani, sebelum tidur sumbat gegendang dengan mp3, sehingga terlelap. baca ayat hafazan sampai terlelap itu okeh.
(kadang2 berani sikit-sikit la jugak.ahak ahak)

bukan apa, kot la mati ketika tidur tak sempat mengucap. haa..kankan.


[nota bawahan: idea untuk menulis entri ini, tidak diplagiat dari mana2 belog. macam aneh, aku nak tulis pasal mimpi, tiba2 kau pun 'plink!' entri mimpi. aneh la engkau ni. haha -taknak mengaku aneh, tuduh orang aneh pulak-]

sekians entri tamat disini. takda kisah seram pun.

Monday, November 16, 2009

... campfire song

.
.
.

bom. bom. bom.

C.A.M.P. fire S.O.N.G song *ulang 10x*


semalam saya tengok makcik saya, berkerut dahi sambil menanda kertas jawapan student bliaw.stress kot.

lepas tak berapa lama, saya lihat dia mumbling, tulisan buruk lah, susah baca lah, kosong markah lah, jawab entah papa lah, ayat essay tunggang langgang lah, pak lah. eh tak, paklah takde. hehe.

tak lama kemudian, dia dah mula ketawa sorang2. hoh.

saya menyampuk "aik, tanda paper pun ketawa2?"

"entah, budak-budak ni, apa2 jelah diorang jawab" riak wajah mula terseyum, tiada kerut resah yang kelihatan lagi

"takpe la, entertainment jugak tu..hehe"


now
saya terfikir. adakah lecturer kami tanda kertas kami dengan begitu stress atau dengan begitu ketawa?

saya berharap lecturers saya menanda kertas secara hepi, beri markah hepi dan kami pun hepi. saya berdoa ni, tolong aminkan sekali. hohhoh.



++ markah penuh CHE692 ada di simpanan sekarang, ada siapa2 nak betulkan markah korang, sebelum lappy vaio ini disita? haha. opp kejab, tengok, dah campur carriedmarks, baru 3 orang lulus. isk2. (tak campur lagi 2 soalan belum tanda) oh teringat QMT200, 320, calculus III, apa khabar kamu semua? wuu~

++malas betul. dah duduk rumah pun nak fikir kertas apa bagaimana sihat. heh

Saturday, October 24, 2009

... kisah perempuan botox dengan seekor tebuan.

.
.
.

ini kisah sadis. menyayat hati. mensentap jiwa.

oik.

haha


jumaat 8 pagi, 22 hb 10. seorang perempuan separa wanita, separa budak perempuan (not a girl, yet a women kata britney spears) bersiap2 secara rushing ke kelas terakhir untuk sem ini. woh semangat gile laa. sebab biasanya kalau dah lambat, beliau malas dah pergi kelas. konfem! (kecuali kelas calculus, setengah jam lewat pun tetap datang)

owkayy..berbalik kepada cerita tadi..

sedang bersiap dengan gigih, tiba2 "ouch ouch kepalaku"
"waa...sakitnya.."

"waa..." beliau melihat seekor terbuan telah pun terpelanting jauh, akibat tepisan oleh perempuan ini.

saksi kejadian, merangkap pemain-bola-sepak mengetuk2 tebuan ituh menggunakan botol. "dush~ dush~ dush~" kata botol tersebut.


perempuan yang disengat tebuan tadi, lantas bersiap ke Pusat Kesihatan (PK) UiTM, atau nama glamer Klinik Penawar.

jengjengjeng, rasa seperti berjalan pun sudah semacam atas angin, tetapi beliau tetap bertahan takkan pitam ditengah jalan. isk2.

sampai di PK, belum dipanggil masuk (mengikut angka giliran) sudah main serbu je bilik doktor. dah duduk kat kerusi, baru dengar angka giliran dipanggil "4001, bilik no 4" :P hak3. tak malu dan kurang sabar ini orang. doktor pun sudah pelik2 saje tengok.

takpe..doktor cool.

sudah dicheck itu ini, tekanan darah semua, doktor bersoal

"awak tak de rasa nak muntah ke?"

"tak"

"sesak nafas?"

"takde."

"hm..sebab, tekanan darah awak tinggi ni.."

woh terus kene high blood pressure aku heh. eh tak..perempuan itu. hehe.


lepas diinject oleh tebuan, kemudian diinject lagi oleh doktor sampai entah berapa kali di kepala, pesakit perempuan ini dihantar ke bilik rehat. mula2 pesakit blur saja, apetah bilik rehat ituh..

nah, ni lah bilik nya.
oh, rupanya bilik ini berbentuk wad ada katel.
yahoooooo. boleh sambung tidur, jeritku di dalam hatiku.
(eh, aku ke? bukan la, pesakit tadi..hehehehe)



ouch. muka sudah bengkak.(kanan)
eleh takdek pape pun muka kau nin.

takde ek? ok, nanti kau tunggu dan lihat.

lepas makan ubat, mula lah bosan, malah tiada pula pelawat mahu datang bawa buah tangan berbentuk KFC, lalu cik pesakit ini pun tidur.

syuh. aku nak tido, jangan kacau!

motif utama encik doktor suruh pesakitnya ini berehat di bilik rehat, adalah kerana, tekanan darah yang tinggi, encik doktor takut pesakitnya pengsan tiba-tiba.

sampai pukul 11 jugak la duduk di wad inih. aiseh.. burn la kelas finance. fufufu~

lalu doktor pun memberikan surat MC. hak3. lucu bha, kelas yang terakhir baru dapat surat MC, selama ni ponteng pat lima kali sebab migrain, tak pernah dapat pun. adeih. takpe, saya terima je surat tu.

kepada miss roslina, hari ini saya ponteng, saya ada MC. guguguu


malam menjelma, kan saya suruh anda tunggu dan lihat. maka tunggulah~ sedap hati je dia suruh2 orang.heh


nah tengok ! kepada encik mus, kau nak tengok sangat kan? nih tengok puas2. hahaha
MANGSA DERA TAHANAN GUATANAMO BAY

^(*%$#@)^

lagi? .. jap ..

fighto~!

inilah. wajah like baloon nak meletup. Miss cakap, dia rasa macam nak amik jarum dan letupkan muka perempuan inih. Puffff~~ meletup. haha.

dan keesokan harinya...


makin bengkak. jiwa pun bengkak sama.
dengan hidung pun sama sudah bulat like bawang comel. comel. hihi.

mesti ada yang macam konfius, tak boleh nak beza bengkak ke tak. baiklah.. untuk entri ini, saya berbaik hati untuk menshow-off muka sendiri. heh. kejab, sebelum tu kene bagi warning, "amaran, jangan tertipu dengan gambar" hahahaha.


ada rasa macam comel ke? (wekk~ wekk!) baik korang pendam kan aja perasaan itu. huehehehe.



kalau sampai kedua-dua belah mata saya tertutup, saya ingatkan nanti saya nak bawa keyboard dan kerincing, duduk di tepi jalan TAR, nyanyi lagu "belia benci tebuan"


++terpaksa batal date bersama kakak I & abang H dan dating pizza hut bersama Miss. hik2.

Tuesday, August 25, 2009

... syaitan cuti h1n1

.
.
.
.
.

maka kita apalagi? hooyyehh marilah berfiesta!

dingdongdingdong chakpong chakpong~

kemain engkau ye. aku maksudkan chakpong chakpong dekat masjid aka PI. mari semua! :D

eh tak, saya bukan suruh anda on9 chakpong saya ini dekat PI. mementang PI dah cukup wireless. jangan nak mengarut.

sempena sebulan syaitan nirrojim semua dah kene selesema babe nih, manfaatkanlah sepenuhnya bulan mulia inih. sebulan diorang cuti ni, kita dapat seminggu je. eh lebih ar kau nak sebulan pulak.

bagi pelajar UiTM Johor, Pusat Islam UiTM Johor menawarkan pakej:

1.berbuka puasa kurma sedap
2.solat maghrib berjemaah (as usual)
3.makan nasik. yahoo~
4.tarawih. yeahh~
5.tadarus. yuhaa~
6.moreh (-,-" hee ini penting ke? popia penting jugak :P)
7.qiam. kejab, yang ni aku tak sure hari2 ke ape. (eh, orang jauh dgn PI logik la, anda yang rumah sebelah PI patut amik tahu, tahu? kuikuikui -menyeringai budak sektor A XD)

bukan saja wireless(heh?) malah PI sudah dilengkapi sistem pendingin hawa yang berkaliber wuu and many more. cewah. macam iklan percutian mewah cukup.

semua pakej yang disediakan adalah free belaka, kampus sponser. hikhik. ohh iklan percutian mewah free. mari teruja. :D

hookey, bagi bukan UiTM Segamat, jangan merajuk. saya tidak melupakan anda.
disebabkan saya malas nak taip, jenis2 puasa ke fadhilat puasa ke (nanti2 jelah aku penat neh)

..marilah kita berdendang


Muhasabah Ramadhan

Hari raya hari kemenangan
(hanin: start lirik je dah hari raya, heyy -_-")
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman

Puasa perisai yang sangat maknawi

Penyinkap hijab antara hamba dengan Illahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa

Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga

Lalu di manakah puasa kita Adakah masih di tahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah ita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir

Unic.Nur Syawal

yang ni kopi-pasta je, tak penat. hehe.

tak tau nak lagu? ok kejab. klik sini
berdendang sambil menghayati ya :D


++syaitan dah cuti h1n1, jika anda berkelakuan 'syaitan' maka andalah setan itu. haHAHAha.

--NASEHAT SAYA DEKAT ORANG-BELAKANG, BULAN PUASA NI KURANG2KANLAH 'BERGAYUT' hamek kau. kahkahkah

Friday, July 31, 2009

... "kalung bunga kat berhala takpe. ..pegang lilin tak bleh"

.
.
.
.

hari ini hari pahlawan. ewaah
mari menyambut hari pahlawan. ewahh ewaah lagi.

engko ingat hari pahlawan tu macam boleh chakpong2 ke ape heh??



kalau dulu menyambut hari pahlawan dekat sekolah rendah, mereka kutip derma.
siapa dermawan akan beli buku tulis berharga seringgit. cover dia memang chantek tertarek wa cakap lu. tapi bukan hardcover ape pun. tak mengharap pun. *membeli buku juga dianggap dermawan eh? membeli sambil menderma cengcengceng (:


hari ini (bukan dulu) saya minyaksikan istiadat 7 kalung bunga tugu negara T__T (live kat TV! hahaha TV)

diorang ni memang saja nak kene sumpah dengan aku neh. orang da cakap kurafat tu kurafat laa..tak paham.


pengacara kemain hah "semoga istiadat hari pahlawan ini meningkatkan semangat mempertahankan negara setiap rakyat malaysia"

kalau macam ni punya gaya, mempertahankan negara dari serangan Indon-Malingsial-whatever kat dunia maya ni pun, malas dah saya. bukan takat rasa 'takde maknenye' bah kan malu saya nak angkat senapang untuk malaysia (malaysia, i love you ok) baik pergi korban diri dekat palestin sana heh

baik lagi kau buat majlis tahlil ke doa ramai2 untuk pahlawan yang dah tiada lagi baik!

sebab kalau saya jadi pahlawan, kemudian saya gugur syahid, (ececehh.amiin amiin) saya akan mengharap seluruh rakyat malaysia mendoakan saya. kankan anda semua?
(eh kalau dah syahid tak yah doakan pun tak pe, aku da freely di syurgawi.hakhak)


what a fish juga pergi buat tugu negara dekat dengan masjid negara.

atau perlu tunggu dapat gelaran TUN baru boleh cakap "istiadat tugu negara perlu dimansuhkan, tugu negara perlu dihancurkan" .ikut perangai buruk jiran the latest saya. haha


++ke diorang ni ada masalah membezakan kurafat tu kategori dosa mana? google sendiri.

Monday, June 29, 2009

... anda dipukau facebook?

.
.
.
.
saya tak. (dengan nada dan wajah poyo tentera algojo).

[saya akan berikan fakta menarik hari ini sebentar lagi, tunggu ya :D]


tidakkah anda pernah sedetik pun berasa hairan "eh, kenapa facebook umur baru setahun jagung rebus, sudah punyai ahli yang ramai??" Malah lebih saya hairan, hebat pula menandingi friendster. Ala friendster takyah cakap la, memang boring. Ok OK. myspace. (er???)


yaa..silalah hairan, dan aware dengan alam sekitar. sesungguhnya (uiceh) perkara2 yang menjadi hebat dengan mendadak-dadak sekali, nyata ada 'sesuatu' di balik tabirnya.


ada juga beberapa kejadian aneh :
1)kita boleh lihat kebanyakan pengguna internet merebut-rebut men-register facebook. seolah facebook sedap macam goreng pisang raja yang panas ditepi jalan [note:benda2 tepi jalan memang laku sentiasa XD]

habis teruk juga kawan-kawan promote facebook di myspace dan friendster. adoi doi.
tibe-tibe plakk ramai jadi agen facebook takbergaji.

ada siap bergaduh-gaduh sebab membe tak nak main facebook. lahhh. pening dah.

kenapa terlalu hebat penangan facebook? kenapa? kenaapaaaa????

paling teruk yang terobses facebook, seolah facebook pakai vodoo untuk memukau anda. erk. Ok dah hiperbola. :P




2)kita juga boleh ditempias lempias air liur "ehh kuno la kau tak de facebook" ptuih ptuih
ohh begitu teruk sekali obsesi. saya tak main facebook maka saya kuno???? ptuih ptuih lagi.
bagi saya duduk depan internet tapi minda masih tertutup itu lebih kuno. huh. ulang, duduk depan internet tapi masih mengundi pemimpin tak berakhlak itu lebih kuno. oopss. im soriee~:P
[ni hanya untuk negara 1negara ni saja, yang lain tak termasuk.hehe.]tak paham?? dah, teruskan membaca yang bawah.



3)kita boleh lihat, para profesional juga tidak terlepas berfacebook. contoh terbaik, ustaz-ustaz dan para pensyarah sendiri. Kalau setakat student cikai macam kita, apalah sangat..-_-"

Mari lihat dengan lebih jelas, jika hampir semua para profesional dinegara ini mengumpul maklumat aktiviti dan details mengenai mereka di facebook, maka secara totalnya, 'pemegang' facebook dengan jayanya boleh merancang mengugut sesebuah negara/organisasi. jengjengjeng. [Ohh ayat yang sangat 'bias' daripada seseorang yang tidak mempunyai facebook] ok ok..lihat lagi jika 'pemegang' facebook berhati mulia, itu tak pe... kalau berhati tak mulia bagaimana? jika ada udang sebalik megi bagaimana? :D (megi boikot!)


ok baiklah, saya nak beri fakta,


fakta menarik hari ini: Tahukah anda, kangaroo tak boleh jalan terbalik?






eh bukan bukan

Tahukah anda FACEBOOK MILIK YAHUDI?

TADAAAAA!
SURPRISEE!!
HAHAHAHA (GELAK EVIL PULA)


mari baca sini ya..sini..kau nak pegi mana tuh? sini la aku cakap!! (wakaka ayat gile puas hati ah)

mengenai no 3 diatas, 'kalau dah style zionis, kau tahu jelah' jangankan ugut, nak menghancurkan negara dengan paling cermat pun boleh.

nak lalala~ lagi?

Juga untuk pengetahuan pembaca, FOTOPAGES (sini) GIGYA (sini) dan MYHERITAGE ala yang korang dok buat family tree tu..haa yang tu lagi bahaya. habis semua tok nenek keturunan kau dedahkan. Ini juga milik yahudi.

bagi MYHERITAGE tidak dipastikan ia milik siapa, tapi saya pasti ia bertapak di Israel, kerana saya pernah menggunakan MYHERITAGE suatu masa dahulu dan beberapa kali dapat notis email (ala macam biasa kau guna friendster la) dan dibawah sekali termaktub alamat company MYHERITAGE, ISRAEL. (oiihh heritage aku malaysia laa)

dan bagi FOTOPAGES dan GIGYA, sila contact penulis blog yang telah dilinkkan untuk kepastian diri sendiri (hue3.siot je ko nih hanin-kes malas)



takkan pula anda mahu saya ulas 'tak semua yahudi adalah zionis, tak semua bukan yahudi tak zionis pula' ?? lu pikir lah sendiri~




++dan seperti anda tahu, sememangnya produk yahudi bagus belaka, tak dinafikan. :) oh sitkom The Nanny memang kelakar habis. fufuufu~ [2post 1hari,baca dengan relahati]

Friday, June 12, 2009

... yang kelakar.yang teruk

.
.
.
.
hamende yang kelakar?

hari ni budak lelaki enam tahun bagi aku instuction resepi memasak.
KAHAKAHAHA

sebab beliau banyak songeh nak roti telur, dalam keadaan tukang masak tak tahu roti telur jenis ape pelanggan mahu. dirumah ini roti telur ada pelbagai versi. -_____-'

baru tahu, yang-bergaram versi ammar, yang-bersusu versi najihah, yang-kosong-roti-letak-kemudian versi amin. hek elehh. memang adik adik banyak songeh. yang-bertiram itu versi nazurah. dah, jangan biseng!



yang teruk

RESULT HAMPEH!! tahap c4 punye hampeh.
seperti biasa takperlu mention disini. kang habis semua tak nak caya.
sebab
ainul pun dah mengucap sepanjang boleh, sambil menggoreng ikan, setelah mengetahui result saye. (dengar weh bunyi minyak panas dlm tepon.hehe)
emma mati-mati kemudian hidup balik tak caye result saya nih.

ibu bapa masih belum tahu. kalau tahu habis pengsan seisi rumah nih. har~


mari salahkan jadual exam yang sangat pex!! haha. ye la gap rapat sangat tak sempat study. cehh. abes yang kau repeat tu kan gap seminggu. Yang tuh mungkin terlebih suka ria setelah sesak nafas gap rapat2. kahkahkah. BAJET SUNGGUH AYAT KALINI.


kalau selamanya di atas, sampai bila nak rasa yang dibawah. ayat maklong,"sekurang-kurangnya dapat tahu kita lemah di mana" terima kasih maklong.


tengok karangan hari ini tak seperti gaya result teruk pun.
ajaib.hati tetap berasa bahagia. entah kenape ha? anyone ada jawapan?



++ kepada YDP INSOFT, saya nak letak jawatan utk next sem boleh tak? sesak nafas dah ni. kofkofkofff