Chakpong FC

Tuesday, February 23, 2010

...cerita sumpahan suku sakat

Suku Jambak, adalah salah satu suku pecahan dari orang Minangkabau.

menurut nenek saya, the minangkabawi, beliau bukanlah suku jambak, tapi suku semambu.
ceritanya, suku jambak mempunyai sumpahan keturunan. wow? macam syok neh. baiklah, mari baca sampai habis.

sumpahannya ialah,

setiap kali orang suku jambak buat walimah, pasti berlaku hujan lebat.
[inforia: bahasa minang panggil keduri kahwin beralek]

terus rasa entri ini dikopek dari mastika.haha.

cara-cara menghentikan hujan ini adalah dengan, menterbalikkan penyapu mengarah ke langit, dan dihujung penyapu tersebut hendaklah dicucuk dengan cili. kebiasaannya, akan dilakukan oleh bomoh hujan.
cara lain ialah, tuan rumah perlulah mencampakkan sehelai baju ke atas bumbung rumah
dan syarat seterusnya, tuan rumah tidak boleh sama sekali mandi sehingga kenduri selesai. Jika tidak, hujan lebat the return.

dan perkara yang amazing ialah, setelah selesai kerja bomoh hujan tadi, memang plink! hujan berhenti. dan pernah berlaku juga, ada tuan rumah yang degil pergi mandi, siraman pertama terus kedengaran bunyi guruh..dan..hujaaaaanlebaaaat.

anyway, anyhow, any when dan where. tiada siapa tahu dari mana asal sumpahan sebegini. justeru itu, usahlah dipercayai sama sekali. dikhuatiri hanyalah lintasan khurafat dan..mainan psikologi.

mainan psikologi? ya. Apabila kita mempercayai bahawa perkara tersebut benar-benar AKAN berlaku. memang plink! ia datang seperti yang diduga. Tak percaya? pergi baca mana-mana buku motivasi dan kaunseling yang mendidik diri dan minda untuk berjaya.pergi pergi.saya galakkan. buku sebegitu biasanya akan mendidik minda supaya memahat kejayaan di dalam minda, kepercayaan etc etc apetah lagi...bahawasanya kejayaan itu benar-benar berlaku.


cerita lain..
penah suatu ketika, dimana masyarakat berkumpul mengadakan kenduri kahwin, pagi,langit cerah seperti selalu, namun hujan lebat ditengahari. maka bertempiaran para hadirin, termasuklah pengantin. Tiba-tiba, datang bertengkot seorang tua kepada tuan rumah, "wa'ang ko suku jambak iyo?" [kamu ni suku jambak ke?] soal orang tua itu. "iyo..ma-nga?" [iye..kenapa?]
tersenyum simpul si orang tua. apabila diexplen mengenai sumpahan suku jambak, maka terpinga saja sang tuan rumah. tidak pernah mengetahui bahawa sukunya mempunyai sumpahan sebegitu.

nampaknya, mainan psikologi bukan sahaja dalam pemikiran orang yang terkena 'sumpahan' itu, malah masyarakat sepenuhnya. weird jugak huh?

maksudnya, kalau kita SANGAT mempercayai bahawa keesokkan hari rumet kita akan mensedekahkan duitnya pada kita, mungkin perkara itu BENAR-BENAR berlaku. woaahaaa. jom cuba jom! =D


cerita seterusnya...
jiran saya orang minang, bersuku jambak. Tahun lepas buat kenduri kahwin anaknya, merangkap mak saudara saya. emak mak saudara saya tu, merangkap nenek saudara lah senang kira(yang sedarah dengan keluarga saya adalah bapanya) beliaulah suku jambak yang kita cari!~ eceh.

ketika dihening pagi, tiada apa yang berlaku. Malah yang bernama hanin hanin sekalian pun siap boleh makan sampai bertambah-tambah takda segan punya. menjelang tengahari, si hanin hanun hanon sekalian keluarga berangkat pulang ke rumah, memandangkan jarak rumah hanyalah sehasta, maka tiadalah salahnya jika kami pulang untuk melepak-lepak kekenyangan, sambil memasang iltizam 'kejab lagi kitorang datang balik, jadi penanggah' iltizam konon ja.

heh.tak sempat datang, hujan lebat bertebaran di alam dunia. woaaa. malah lebat yang luar biasa sehingga membanjirkan halaman rumah, luar dan dalam khemah. Red carpet yang disediakan, tiadalah lagi berwarna RED melainkan GREY, mewakili lumpur. Pengantin diarak ketika hujan, apa yang menakjubkan, mereka tetap nak buat istiadat silat menyilat. aiyoyo. silat dalam air kau!

keluarga pengantin tiadalah lain dijawabnya.. "dah agak dahhh..."
namun, tiada bomoh hujan dan apa-apa persiapan banjir atau hujan lebat, yang disediakan oleh mereka, melainkan berserah saja kepada Yang Maha Esa. Diorang memang cool dan besh! tak main ah khurafat2 bagai neh kankan.

dan fakta yang sebenarnya ialah..

nenek saudara tadi, sebenarnya hanyalah anak angkat kepada sebuah keluarga bersuku jambak, tiadalah beliau berdarah suku jambak pada asalnya.sekian.


++nenek aku cerita sikit je, aku cerita berbelit-belit. =P hueh ptuih.

2 comments:

~ZuLhAiRi~ said...

salam nin!..

ewah...mcm baca mastika versi ninnOn2 la pulak...hehe

kuasa minda!...mmg hebat minda kita ni, kalau nak tdo tu igt betul2 nak bgn kul 4 pg, bukan 4 ptg ok!..tup2 tepat kul 4 pg tesedar...sambung balik tu lain la ceghita...

kalau klate ni ade gak pantang larang dia, kalau makan budu xleh la curah camtu je dalam pinggan buat kuah, nanti kenduri dalam ujan, hebatnye kuasa minda...mmg ada la yg jd mcm tu...da pecaye sgt...amek ko...hehe...skrg mmg tgh duk makan cara macam tu la, tgk la kenduri aku nnti camne jd...mengarut betui...

khurafat2!...ape la kaitan budu, penyapu, baju, ngan hujan?...heh!

aNdi.Hanin::حنين said...

wsalam.
mastika versi chakpong nih. haha

yang tang bangun pagi tu, kawan aku slalu buat, tp dia ckp, malaikat yang kejutkan -_-" ...ok finefine.

nengok nnti, zul walimah banjir ke idok. haha. mcm2 la kan..

kuasa minda aku, zul walimah nanti, ada banjir budu! XD..eh kuasa minda ke sumpahan ni? ;P