Chakpong FC

Friday, August 6, 2010

freaky month freaky story

Macam biasa tajuk omputeh, entri mesti bahasa Malaysia. sebab? sebab cekgu BM selalu cakap
"karangan hari ini, tajuk bebas~"



satu
mula mendiami rumah ni 3 Julai 2010. posisi rumah ini dikelilingi dengan rumah students lelaki. hanya 3 buah rumah student perempuan, termasuk rumah aku. next, nothing...selain mengemas barang dan bermain dengan hamster comel hiburan sensasi kini.(sebab kami takda tivi.huhu)

freak? belum lagi


dua
bermulalah kisah kehilangan 'barangan dalaman' ciss bedebah betol. jadi pengajarannya ialah, 'barangan dalaman' haruslah di jemur di dalam ya kawankawan, 'barangan luaran' baru boleh jemur di luar. kankan? pandai hanin pandai

ok freak tak story ni? taaaak pun


tiga
seminggu kendian, kisah ular masuk rumah tak bagi salam. disebabkan housemates saya melarang saya dari mengketok ular tersebot, housemate I sayang I (ececeh)mengkhuatiri saya akan dipatuk ular maka housemate saya oyak gini

"call je bomba"

ha anda, sila lah gelak kuatkuat. takpernah pernah la kat rumah aku ular sawa berbatik-batik dah telan ayam pun takdenye nak panggil bomba. ni memang dasar orang hebat (poyo)

"mu ingat aku buat lawok, call cepat!!"

yelaaaaa. call la call.
setelah ketibaan geng pakcik bomba&penyelamat kami menebarkan redkapet untuk mereka..toksah menipu sangat. Pakcik bomba cakap

"haaa lain kali susun la kandang hamster banyak2 kat sini(ruang tamu)"

takpa la pakcik, nanti saya goreng je hamster2 tersebot. wahh kalau kakakIda baca, pasti membunuh saya malam ini (penggunaa gaya bahasa seperti translation cerita korea.sila abaikan)

kepulangan pakcik bomba&penyelamat diserta dengan slogan
"nanti kalau nak kawen, kawen ngan bomba, sebab bomba ni berani"

cehh, baik aku cakap, jom kawen dengan nenek aku, sebab setakat ular dengan biawak dia ketuk pakai parang je. T__T (dengan harapan, nenek tak lalu belog aku. muhehehe. cucu2 nenek jangan pecah rahsie ye :P )

dan memiliki seorang housemate brand Farahain dia boleh cakap
"kalau macam ni, ular masuk selalu pun takpe, sebab abang bomba hensem"

=_= oh tolong la farah.

cerita tak freak. sila tamatkan disini


empat
jam 3 pagi kami dikejutkan dengan bunyi hon kereta di depan rumah. haih. ni la masalah kalau berjiran dengan classmates lelaki yang tak paham erti tidur dan rehat. kebiasaaannya, masalah berakhir jika kami ketinggalan bas untuk ke kelas, "engkorang...nak tompang kete buleh?~" :P

mereka tak freak. mereka best. (memuji dengan penuh bermakna. keh3)


lima
kebiasaan hujung minggu, rumah ini akan dipenuh dengan rakan sebaya. sebab kami buat party hujung minggu mereka tumpang tido lah, tumpang rehatlah..macammacam kerenah. tapi paling menarik bila salah seorang daripada mereka perasan , seekor hamster telah lari dari rumah, kemudian menyelinap masuk bilik aku. amboi engkau hamster, baru setahun jagung dah pandai lari rumah. bilik aku takda jagung ah.

Pencarian Bakat Mencari Hamster Berbakat Lari Rumah bermula!

hamster dijumpai didalam beg luggage saya. =_= bukan main dia korek beg aku. adess.

ini bukan cerita freak dah, ini cerita friskies.


enam
Jabatan Statistik Negara sedang menjalankan bancian terhadap penduduk Malaysia. kini tiba giliran rumah kami (bapak skema ayat aku) ketibaan makcik pembanci agak tidak dirai sebab? sebab aku tengah solat 'asar. lepas tu terdengar makcik pembanci berbual sakan dihadapan rumah bersama kanak-kanak geng basikal. see punya kuat dia borak, sampai orang tengah solat pun dah join semangkuk nak dengar .haipp.

"ada orang ke tak rumah ni??" sebab dia bagi salam banyak kali tak berjawab

"ntahlaa...semua perempuan, keluar pagi balik malam" said geng basikal.

gila kurang asam punye budak! keluar pagi sebab pegi klas, keluar malam tu sebab pegi makan ah budak. kakak2 ni dah ah semua malas nak masak, makan jugak budak2 ni kang.

ahh tak kisahlah budak2 an. tapi just wonder.. hebat kanak-kanak ni memerhatikan kami? siap dengan hipotesis diorang bagi. tapi apehal diorang memerhati sebegitu sekali? think think.

freakin' you?


tujuh
tanggal 3 Ogos 2010. secara tak sengaja terrrjumpa cik Konah(bukan nama sebenar) ditepi pondok. gaya dramatic heh. padahal pondok kat blok U UiTM tah apa barang. haha. cik Konah merangkap jiran studentperempuan terhampir dan paling dikenal cakap...dia dah pindah ke rumah lain dengan superlaju dan supersenyap. haih tak baik punya jiran, pindah senyap2.

berdasarkan kisah cik Konah, rumah mereka telah diganggu oleh sekumpulan geng motor.

pelbagai kisah dan keluh kesah. sehingga menjumpai 'barangan tanaman' di halaman rumah, najis dibelakang rumah, dinding rumah dicakar, hebat siutt main bomoh bagai. yes, geng PUKAU.

ustaz merangkap lecturer kami mengeluarkan amaran tsunami:

"diorang ni bukan nak barang, tapi nak orang!"

sehinggalah tiba harinya, geng2 motor secara total 20 motor mengepung rumah mereka. mak haihh. gilo apo. penghuni rumah sah2 masuk kereta teros blah dari rumah. tetiba otomatik permohonan mendiami kolej kediaman diterima. cit. polis? anda mengharap apa daripada pak polis? I dunno, JustDance~

sambung cik Konah "korang beware la, dah la rumah korang je rumah student perempuan kat situ, kitorang awal2 dulu pun hilang 'barang dalaman' gakkk"

gulp

dan semalam Freaky Friday, memandangkan hanya tinggal berdua saja bersama WaniBarney, cik Wani baru saja bukak pintu rumah, terperasan seorang budak kecik naik motor dari simpang empat tepi rumah kami, lalu depan rumah... sampai saja depan rumah kami, buat U-Turn ke simpang empat. lalu berhenti disitu..bersama geng2 motor lain cakap "pintu rumah terbukak"

and obviously its our house. Tetibe ibunda cikWani call "mak tak sedap hati, pegi la tido rumah kakngah malam ni" maka, merempatlah kami ke rumah Puan Noraini.


freak? nantikan episod seterusnya. ceewahh.

11 comments:

Nabila Lukman said...

aku rasa macam ada yang suruh call bomba kan? wahahaha. lawak la korang ni.

nur hidayah said...

yaaaa ni la kisahnya ko tdo rumah lec law tu ek...
memangla pemuda segamat nih..
sungguh freak..
aku rase baek ko dok bdekatan dgn uma lec la
bley mintak tumpang g klas :D

Unknown said...

uih~ aku lak yg risau baca..

SiLenCe_oRanGe said...

hahaha...gila xperience ko hanin...smoga slamat slalu....km slam kak ida....

Vanilla said...

giler menakutkn!!
take care of urself!!

siput said...

tulah,,,nak sgt yg murah...kan dh jadi mcm tu...pindah jela...kakanda yg baik hati ;P

siput said...

tulah,,,nak sgt yg murah...kan dh jadi mcm tu...pindah jela...kakanda yg baik hati ;P

~ZuLhAiRi~ said...

salam 'alayk...

warni warni sungguh ceritenye nin...:D

yang paling mendebarkan yg last tu la...fiuh3...pindah ajee

aNdi.Hanin::حنين said...

@nabila, yang suruh tu kak ida, tp ada yang call. mmg lawak pun, kitorang layan ular tu gelak2 kot XD

@dayah, xyah tunggu dkt, umah jauh pun da slalu da wani mintak tumpang kui3

@ esh muz,xyah ah risau, kami sihat je :P

@epy duduk luar menjana pengalaman. hahah.

@ok tina, thanks dear !

@akak sipot aku nak pindah kondo, baru fair kan? hahah

@zuuuul.. xtahu nak pindah mane ni. huk3

M.I.N.O said...

uhh...jga diri bebaik..
kalo susah sgt, pindah jek..

aNdi.Hanin::حنين said...

niss nak pindah kolej awk bleh? hehehe