ilmu baru
dulu.
zaman sekolah rendah. memang jarang dengar orang kene santau. takpun kene sihir.
Kes begini hampir zero.
kalau ada pun, mesti kau akan cakap "nih mesti dari seberang nih" kalau kau duduk pantai timur, mesti kau tuduh dari siam tak pasal-pasal.
paling drastik pun, kalau ahli politik yang nak main sihir, kena carik tokmoh kat kampung ceruk pedalaman mana ntah.
sekarang.
kat bandar beso gini pun, makin berleluasa kes orang kene santau. makin banyak cerita toyol menoyol duit orang. pelikkan? material negara makin maju, moral rakyat makin mundur.
dan yang sepatutnya kita perasan,
kes mistik macam ni, bercambah dengan hebat bila kerajaan luluskan cerita-cerita mistik untuk menerjah masuk telebisen rumah anda.
seolah movie-movie ilmu hitam tadi adalah umpama 'ilmu baru' buat rakyat malaysia.
macam "oh, balas dendam pakai santau ok jugak ni" sebab dia baru habis tengok cerita santau.
dulu dia takda idea nak balas dendam kat orang macam mana, sekarang dia dah tau. =_='
ada pengarah pilem cakap,
"tujuan saya buat filem sebegini, adalah bertujuan untuk mengajar masyarakat supaya menjauhi benda-benda terlarang"
sudah-sudahlah tu encik pengarah, aku tak nampak pun mana yang islamiknya, paling-paling islamik pun dalam movie encik pengarah tu, pak ustat sama pak imam datang pastu baca ayat halau jin. =_="
dah ah taklogik langsung ustat tu tulih nama ALLAH dekat angin pastu buat 'kame-kame ha'.
islam itu logik, bukan magik
novel mistik yang paling logik dan islamik Maaf Dari Sorga
pengaruh novel
dulu.
anak dara anak teruna mana berani nak pacar-pacar nih. kalau dua insan bercinta terjumpa di majlis kahwin orang, paling berani pun senyum-senyum kat belakang emak je.
kalau yang spesis berani pulak, boleh sempat borak-borak tanya khabar itu pun tempat terang.
lepas tu kalau orang lain nampak, tak kisah la sape, sure kene sembur "haih, gatal nye kome nih, dah pegi balik!"
Dan macam biasa, kalau mak bapak tau anak dia dah tersuka dengan sapa-sapa, memang laju je diorang nikahkan. takyah nak tunggu lama-lama.
sekarang.
kalau terjumpa sekumpulan lelaki perempuan berborak sakan, siap bertepuk tampar. macam dah tak heran.
terjumpa orang dating dalam gelap terpegang-pegang, korang bleh lalu dengan muka toya, dalam hati siap boleh cakap "ah sweetnye boyfriend dia~"
-_-"
mak bapak pun tak kisah kalau anak dara bawak boyfriend balik rumah, "asalkan anak nampak kat depan mata tak pe"
kenapa benda camni boleh jadi?
banyak sangat movie orang bercinta. dan masalahnya, cerita bercinta ni tak islamik langsung!
contoh terbaik cerita cinta melayu yang penuh adegan berpeluk sakan, Lagenda Budak Setan.
Lepas ni kalau terserempak couple berpeluk sakan macam tuh, mesti dah malas nak tegur.
Paling benci pun dalam hati, lepastu cakap "ah lantak la korang"
alah bisa tegal biasa la senang cerita.
masa aku kecik-kecik dulu, kawan aku offer sebuah novel, dia cakap novel ni best..maka dia suggest aku baca jugak.
"apa yang best?"
"jalan cerita dia best, boyfriend dia sweet giler kott" jawab rakan
o_O
lepas baca novel tu, memang terasa best kalau dapat boyfriend sweet giler macam novel tuh, padanlah kawan aku siap pasang azam tahun baru 'mesti ada boyfriend' tapi best kah kalau perkara itu HARAM? kalau haram tak berkat ye kawan-kawan.
Zaman sekolah menengah aku adalah zaman limpahan novel-novel cinta. Jadi zaman itu juga adalah zaman orang tak kesah ada couple. Kiranya, kalau kau tak couple, atau kau mencemuh orang couple, kau nih alien.
Disebabkan aku tak kisah jadi alien, aku berterima kasih kepada jiwa perempuanku yang berspesis jiwa kental. Novel Ayat-Ayat Cinta pun aku boleh tertidur, inikan pulak novel orang bercinta lupa Tuhan camtuh.
kalau tak, mesti dah panjang list nama ex-boyfriend aku kan :P
tapi sebenarnya kewujudan Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih telah membuka ilmu percintaan yang halal. Makin ramai remaja kita faham apa cara menuju gerbang pernikahan. apa itu baitul muslim. bukannya memasang impian dan bermentaliti 'untuk kahwin perlu couple dulu'
disebabkan cerita cinta islamik tu telah terbukti disukai ramai, maka terbitlah beberapa buah novel cinta islamik yang lain. yang masalahnya, ada gaya islamik, heroin dia pakai tudung, banyak-banyak doa kunun, tapi ada je part dia dating dengan boyfriend yang dia dok doa tu kan. HAMPEH.
kartun oversea sekarang nih pun banyak adegan kissing. walaupun kiss nye main-main je. tapi mesti ko rasa nak sepuk je adik lelaki ko bila ko suruh dia kiss pipi, dia pegi kiss mulut ko. hoh sinchan.
Selepas Syukur21 menemui kegagalan (david teo yang cakap) entah bila la orang nak buat filem hiburan yang mendidik jiwa. kalau filemkan novel 1511H[KOMBAT] mesti lepas tengok tu rasa semangat je nak syahid sebagai pejuang Islam :D
DAHH..takyah nak salahkan yahudi orang kafir bagai, sebab dah rosakkan minda anak-anak Islam, sebab tugas anda sekarang, sebagai seorang Islam, perlulah menjadi penapis filem dirumah sendiri. kalau rasa hiburan tu tak mendidik jiwa, cepat-cepat alih ke rancangan Imam Muda.
Jangan kau pun sama tengok Baywatch anak beranak sudah =.= geli
3 comments:
baca sambil sengih sorang2..
ngeheheheh..
well, secara jujur, zaman sekolah men ren saya juga kaki novel.
masuk f4. stop terus.
rasa macam loser novel2 cinta melayu. bosan. balik2 benda sama.
wahahah..
berubah ke manga jepun.
blajar kat uni, baru kenal novel hlovate.
skali dengar, first impression, ingat cam kerek jugak.
tapi bila baca review irahhajerah kat blog beliau, terus rasa nak baca plus budak laki pon sakan baca.
skali baca. wow. not bad.
:)
try baca.
pasal cerita2 kat tv tuh.
itu sangat lah betul.
*teringat cerita hantu mak limah,
itu cerita banyak maksud tersirat dan tersurat.
kalaulah ramai yg berfikiran macam mamat khalid tuh, tapi karyanya jauh lebih realistik.
kan bagus.
kan?
*err... macam essay plak dah.
uu.
@ummul
memang ada kewajaran filemkan citer novel.hhuhu
@.::annemishi::.
yup, dah baca novel hlovate. mmg best. ada kelainan dari novel cintan melayu yg lain. :D
kak limah tu, org xpasan sgt maksud tersirat dia, sbb org lagi fokus kat tang kelakar nuh.. tp sy rs, sy tau ap signifikan dia. hehe
Post a Comment