Chakpong FC

Sunday, May 22, 2011

Di saat mereka memerlukan anda. Do you care?




Rumah saya juga bersebelahan dengan kawasan bukit. bukan sikit-sikit punya dekat, memang dekat sangat-sangat. Untuk pengetahuan, bulan April dan Mei adalah bulan tanah runtuh. Bulan lepas, rumah jiran saya hampir-hampir diranapkan oleh landslide.

Selaku rumah yang dekat dengan bukit dan tanah tinggi, kami amat memahami situasi tanah runtuh-meruntuh sebegini. Ini bukan masa untuk bertekak rumah kau ada CF ke tak. Kalau CF tip top, tapi runtuh jugak..apo nak dikato jang oi.


Jesteru itu saya ingin menyeru kepada semua, hulurkan sumbangan ringankan beban Rumah Anak Yatim Al-Taqwa Hulu Langat, yang baru saja dipenyek-penyekkan oleh segerombolan tanah. isk isk. kepada Dia kita kembali, kepada Dialah kita memohon perlindungan.

sila bank in kan sumbangan anda kepada;

Bank: RHB (2621 2000 0047 47)
Atas nama: MUSLIM CARE
Tempoh kutipan: 21 Mei 2011 hingga 31 Mei 2011 (dilanjutkan jika ada permintaan)

a) Nama penderma
b) Jumlah bank in (derma se ikhlas bulih)
c) no. telefon
d) tarikh bank in
e) masa bank in

dan rajinkan diri anda emailkan info di atas ke tabungmzmfc{at}gmail.com, bagi memudahkan pihak MZMFC, nak tau mana satu derma ikhlas mana satu nak riak. eh acah jer :P Heh tu bukan kerja MZMFC tu kerja Allah.

Yaa...untuk memudahkan urusan rekod-merekod. kang derma ko tak masuk tabung, mana taw kan. :D



Oh ya, tabung ini dilancarkan oleh Maher Zain Malaysia Fan Club. Kalau beli CD Maher Zain boleh..takkanlah derma sikit tak boleh kan kan :)

psst cek nin, kitorang main sedut lagu je tak beli CD pun. Oh.ek? Ko nih, ta baek taw. Di sebabkan anda hanya tau sedut, tapi tak beli CD pun, seharusnya anda rasa bersalah. so kena derma lebih-lebih yeah. nak senang kira, harga CD darab 3. LOL



kepala penuh tanda soal? nah, tanya di sini
Ingatlah, mereka tersangat memerlukan bantuan anda.

Muslim care. We care, we share

1 comment:

Cik Ateen said...

anin anda di tag!
sila ke
http://sisillybilly.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest.html