Chakpong FC

Monday, August 29, 2011

secebis ramadhan: berakhirnya penantian waktu maghrib

Sudah genap 29 hari berpuasa, lagi 10 minit dah nak berbuka. huish...

korang tak rasa apa-apa ke?

Saya?


Oh, awal ramdhan saya tercicir dipinggiran, orang bertarawih disurau, aku bertarawih di atas katil,muhehe. penangan tak tahu ape jadah aku letih, sampai takleh bangun.

hampir seminggu puasa baru boleh 'exercise malam' itu pun sekali sahaja di masjid negeri,shah alam. lepas tu keadaan kaki tidak mengizinkan aku bergerak banyak. larat-larat pun buat kat rumah jaa. yaaaa ini juga antara problem kenapa aku rasa nak mengamuk dengan sahol. erk ?

Macam biasa aja ramdhan kali ni, serius aku tak rasa apa-apa yang best. teruk huh =_="

Aku admit aku memang terkurang tarbiyah sejak 5bulan lepas. Entah mana silap, buat apa semua tak kena dah. Ya Allah ampunkan aku...adakah aku sedang menjauhi Engkau? kot? errr..

Universiti ramdhan kali ini tidak mengusik jiwa. macam lost ;I bahye nih!

Tapi tibanya akhir ramadhan, sebak giler pulak dah! Entah mana datang sebak, asek nak meleleh air mata. Terasa amat-amat-amat rugi untuk ramdhan ini. Kerugian mengalahkan kalah judi. hoh. Andai ini ramadhan terakhir....


picture: aku-perompak-setia-gugel

*
*
*

dan...
macam biasa, kebanyakan kita lepas ni sudah tak berapa nak alert dengan masuknya waktu maghrib.

lalala~

kan?

(aku tulis 'kita', aku pun samalah. Melainkan kamu kamu kamu yang mengejar solat berjemaah)

salam 'idulfitri.
ditulis 10minit sebelum berbuka,29Ramdhan.

3 comments:

nur hidayah said...

selamat hari raya hanin :)

aNdi.Hanin::حنين said...

salam lebaran untuk kamu juga (:

.::annemishi::. said...

eid mubarak cik hanin!

kullu am wa anti bikhair.

hehe. <3