ahh abaikan.
Jadi meriah, sebab budak-budak cuti sekolah.
Bertambah tak ingat dunia meriah, bila dua ketul budak sekolah baru habis exam besar.
Kisahnya, kakak Jiha dengan Ammar berebut remote Astro.
Kakak Jiha, umur 18 tahun. Ammar, 8 tahun.
Dengan perbezaan umur sejauh 10 tahun, gaya bergaduhan dan perebutan mereka selalu menimbulkan aksi-aksi pelik.
Terlihat sahaja Ammar meloncat-loncat sambil tersengeh di depan TV, lantas tangan Kakak Jiha dengan laju membawa lari remote Astro, lalu mendudukan beliau.
Ammar memandang gaya duduk Kakak Jiha dengan wajah seribu kepoyoan sambil berkata:
"haaa nanti remote Astro tu menetas satu lagi, boleh la tambah banyak-banyak remote Astro tu"
"heeh. macam mana pulak boleh bertambah?" sahut nenda di belakang.
"tu ha.., Kakak Jiha tengah mengeram remote Astro"
this is our Kakak Jiha. Sejak tiga menjak ni, aku dah jadi adik Jiha. muahaha!

2 comments:
fenomena biasa dirumah2 yg ada ramai adik beradik.. tpi bila dtg je kaum bapak.. hehh.. apa pun x boleh.. tngok berita je la jawabnye.. huhu,,
kalau kat rumah akk, yang bukak berita tu akk la. haha. cis, adekah aku kaum bapak??
=.="
Post a Comment