Chakpong FC

Friday, February 1, 2013

kisah terbuka buat si pencela makanan

In The Name of Allah

sunnah nabi, bukan sahaja solat berjemaah, makan pun berjemaah. even bekerja pun dalam jemaah. hidup berseorangan umpama anak kambing embekk sensorang carik mak kambing takjumpa, last-last mak serigala yang datang makan anak kambing,siap baca bismillah. Serigala pun tau ikut sunnah, kau?

yek yek tak malu

aku sebenarnya nak cerita sunnah ketika makan. woho panjang pule pusing-pusing nye.

Tersebutlah kisah.. thoibb~
Kami makan nasik di kedai nasik. Nasik! bukan nasi. haha.okfine abaikan.

Saya dan si A order menu yang sama. Apabila makanan yang di order telah pun sampai, kami makan dengan sopan-santunnya. Perempuan melayu pertengahan la kate.

tiba-tiba si B bersuara, "eh sedap tak?" merujuk kepada menu kami yang sama, memandangkan si B order makanan yang berlainan spesis. Si A jawab "boleh la...". Aku tersenyap seketika, cuma angguk nak cakap "boleh laa " jugak sebenarnya, cuma aku memang tak banyak cakap bila makan, fokus pada makanan adalah penting, sampai orang lalu pun selalu je tak perasan. hemo hemo maaf.

Si B tanya lagi, "nak rasa sikit eh..?" sambil Si B mencedok nasi di pinggan si A.

"eh, ok je..sedap jugak.." kata si B sambil mengunyah nasi. Mungkin itu cara si B ambil hati terhadap makanan rakan-rakan. Walaupun nasi itu sebenarnya katagori biasa saje.

Tiba-tiba si A mencelah, "kalau I masak, tak rasa macam ni..."

"kalau you masak, macam mana?" sahut si B. Aku senyap fokus makanan, tapi nasib baik telinga masih terpasang.

"kalau I masak, bla bla bla.. yang ni, macam ada kurang sikit, patut letak macam ni, macam tu..bla bla bla"

aku pandang muka si A. terkedu

"yang ni, dia macam lebih sikit ini itu ini itu.."

aku pandang lagi muka si A. bengang

"tapi ok la..nanti kalau you all nak rasa I masak, datang la rumah.."

aku pandang lagi muka si A. hilang selera

NAMPAK TAK? NAMPAK TAK? SIKAP MENCELA MAKANAN, BUKAN SAJA BOLEH BUAT CHEF KECIK HATI, TAPI BOLEH BUAT ORANG SEBELAH HILANG SELERA MAKAN! NAMPAK TAKKK???

Dari Abu Hurairah r.a beliau mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sama sekali tidak pernah mencela makanan. Jika beliau menyukai satu makanan, maka beliau memakannya. Jika beliau tidak suka, maka beliau meninggalkannya.” (HR. Bukhari no. 5409 dan Muslim no. 2064)

Tapi, takde pulak si A nak sedekah jariah je makanan dia kat aku, yela..kalau dah banyak sangat complain kann. =.=

***

dalam situasi lain, pernah juga aku berhadapan dengan orang yang kurang senonoh mulutnya, bila ada makanan yang tidak disukainya, dengan selamba beliau berkata "eeeeww ape benda tu, saya tak makanlah benda-benda macam tu"

woi kalau tak suka tak yah nak eeeeww sangat, yang orang offer kat kau tu makanan halal, bukannya najis. Betul-betul kasi sumbat najis dalam mulot tu kang baru tau. *memang rasa nak mengganas je ni.hew

***

yang ni, kalau tak sedap macam mana pun, takde sape sampai hati nak hina dia.oh ツ 


aku bukanlah orang yang kuat makan, mahupun penchenta makanan, dan ada juga beberapa spesis makanan yang aku tak boleh makan atas faktor kesihatan. Tapi aku sangat benci bila orang hina makanan. kbai

No comments: