Chakpong FC

Tuesday, August 9, 2011

never say never

Pertama kali menghadapi dunia kerja ketika ramdhan. Baru tahu macam mana penat hooooi.

Zaman kerja dengan belajar tak sama.

Belajar? ada masa kelas, ada masa boleh lepak. Jarang dapat jadual padat sehari suntuk. JARANG SANGAT.

Kerja? Sharp jam 8:30 dah tercongok kat opis. heh. sharp jam 5:00 baru boleh pulang. Dari jam 8pagi hingga 5petang tu ingat boleh lepak sangat kah? kerja setimbun. lepas tu bos asyik lalu lalang. ih orang tua neh.


Sekarang cukup seminggu aku flat bila lepas buka. bukan kenyang sangat, tapi badan lenguh penat. Sudahlah makan sikit sebab penat *xlalu*

kesian perut. eh tak, kesian ramdhan aku. tarawih asyik solo molo.huhu.

Tapi ini juga ramdhan yang indah, seorang rakan yang dulu rambutnya percuma saja, kini sudah bertudung, siap baju lengan panjang.SYUKUR YA ALLAH =)


Oh ya, berat dah susut 3Kg sejak bekerja. err.. BMI dah tak normal sebenarnya. Tertanya-tanya, orang yang kerja di POLO tu berat dia susut tak? HAHAHA


Harap tragedi ini akan berakhir, dengan cepat. Bukan mudah mengejar ramdhan. Saya silap, preparationnya terlalu lewat...yaaa sepatutnya prepare badan sejak bulan rejab bukan? uhuh.
Rasa pelik pulak tulis macam ni kat belog. hoh.

Sunday, July 31, 2011

hemo hemo: berapa ramai sudah memiliki GooglePlus


Sejak perubahan mendadak Friendster.com, dari social network kepada social-game-network, maka "hilanglah segala sentimentel value zaman-zaman hit testimonials/comments"-enolma

dan saya pula sudah hampir mencarut bila semua gambar di Friendster dah hilang

hampir saja, belum lagi cakap baa


Sejarah telah membuktikan bahawa cikNin memang takde Facebook. hehe. Dan sekarang rasa susah pulak rakan-rakan mahu cari saya sebab Friendster dah TAKberGUNA!

Kalau dulu memang saya pesan sama rakan, "sila cari FS saya" hohoh. walaupun konon taknak 'menyusahkan' rakan untuk contact saya, tapi sebenarnya mereka sudah cukup susah nak bukak FS, sebab masing-masing bukak FB, apedehal FS ?? wakaka. kesian.

Dengan itu saya ingin menjemput sekalian umat untuk contact saya via GooglePlus.

teringat C++ takdapat A =_=' mencik

Dah ramai ke Circles googleplus ko nin?


takde sape pun nak add, sebab baru 2 orang invite. err
maksudnya, aku tak register pun lagi.

harhar

NAK TUNGGU 10 ORANG INVITE BARU PERGI BUAT 1 ACCOUNT XD
(encek mus invite aku sampai 4x, terharu siket -padahal dia salah klik ja tuh- lol)


++mahu saya add G+ anda dikemudian hari? sila bagi link di kotak kumen. trimaass. SALAM RAMADHAN

RAMADHAN+

Sunday, July 3, 2011

Ukuran wanita dengan matematik

Telah ditanya kepada Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam., mengenai wanita terbaik. Lalu dia menjawab:

"Jika wanita itu solehah (beragama) = 1"

"Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10"

"Jika dia kaya tambah lagi 0 = 100"

"dan jika dia dari keluarga yang baik-baik, tambah lagi 0 = 1000"


"akan tetapi, jika '1' tiada, maka tiada apa pun yang tersisa kepada wanita itu melainkan '0' "

gambar pelaris entri

Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara:
Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

++selaku pelajar jurusan matematik, TERIMA KASIH AL-KHAWARIZMI sebab buat kitorang pening.heh. TERIMA KASIH lagi sekali, sebab aku dah grad. ngeh2
+dah ada BUTTON LIKE. ce LIKE ce LIKE - be the first :D

Saturday, July 2, 2011

Sindrom Usop Wilcha: "..Anin dah nak kahwin"

Sebelum cerita, saya nak mintak maaf sebab holiday kali ni tak upload gambar holiday. Cakap macam ni konon-konon semua readers ternanti-nanti gambar holiday aku. muhaha.

sajela nak poyo kalau bukan di belog sendiri, di mana lagi ..? heh


Lepas pulang dari Terengganu darul Iman, di mana tempat ini dikatagorikan sebagai 'kampung halaman'. err.. mak ayah orang KL mahu mengaku kampung Terengganu jugak..takpalah, kasihanilah budak ini.

seorang kakak ofis pun baru pulang dari cuti-cuti Terengganu.

"..penatlah....Hanin tau tak, akak sorang je drive. memang flat" adu kakak-ofis

"Akak ikut Jabor ke?"

"tak..ikut Kuantan keluar kat Gambang..tu yang makin jauh perjalanan"
"singgah rumah sedara kat Kuantan sekali"
"Akak suka Terengganu sebab banyak masjid, paling suka masjid kat Paka tuh"

(orang Terengganu sila LIKE dan baca statement di atas KUAT-KUAT. sebab boleh berlagak dekat orang Pahang belakang engkorang. eh tetibe belakang korang ada orang Pahang pulak ye :P)

"Masjid kubah biru tu ke?"

"eh tak kot...masjid lain, tp kat Paka la seingat akak" jawab kakak-ofis

"eh Hanin, kau ni orang Terengganu ke?" sampuk abang-ofis

"taklah, tp saya gi Terengganu macam balik kampung dah" jawab cikNin

"bakal kampung kot?" soal kakak-ofis yang dah tersengeh kambeng mengusik Hanin.

"ehh engkau nin, kecik lagi dah nak kahwin. biar betol" sebab abang-ofis tau makbapak aku orang KL-selangor piau.

*
*
*

selang 2 hari, abang-ofis pergi buat announcement kat jejaka-jejaka ofis *tetibe,

"Takyah ngorat anin dah, anin dah nak kahwin"

err masalahnya, aku sebut ke aku nak kahwin? takde kan.. =_= Dah lah nisbah perempuan:lelaki kat ofis, 1:6 SEGAN DOWH announce macam tuh. dushdush!

"bile mase dia balik rumah, Usin. ..Kan dia dah mati panjat Gunung Kinabalu"-Usop Wilcha


it's really happened... kan?