Chakpong FC

Showing posts with label ceriterarakyat. Show all posts
Showing posts with label ceriterarakyat. Show all posts

Friday, January 13, 2012

SMS Sentap

"ade ke dia panggil aku tolol, kasarnya bahasa budak ni"


"eh yeke, bila dia panggil kau tolol?"


"ni, dia SMS aku"

mesej tertulis: LOL

***

"heeeh, kurang ajar betul budak-budak zaman sekarang ni, bahasa tu tak boleh lagi sopan ke? ingat kita ni sebaya diorang ke."

"kenapa dengan kau ni?"


"tadi aku mesej dia, 'semua orang tengah tunggu kat bawah ni, cepat sikit boleh?' , dia reply, 'orang tau' "


"isk, tak sangka pulak dia macam tu, bagi aku baca mesej tu"

mesej tertulis: OTW


***

"what is AYSOS" sambil menunjukkan SMS di telefon bimbit, pada anaknya.

"are you stupid or something..."

"what??!!" *muke dah bengkek

"AYSOS is, are you stupid or something"


"ohh.."



Wasiat orang muda: Hargailah warga emas XD



Saturday, July 2, 2011

Sindrom Usop Wilcha: "..Anin dah nak kahwin"

Sebelum cerita, saya nak mintak maaf sebab holiday kali ni tak upload gambar holiday. Cakap macam ni konon-konon semua readers ternanti-nanti gambar holiday aku. muhaha.

sajela nak poyo kalau bukan di belog sendiri, di mana lagi ..? heh


Lepas pulang dari Terengganu darul Iman, di mana tempat ini dikatagorikan sebagai 'kampung halaman'. err.. mak ayah orang KL mahu mengaku kampung Terengganu jugak..takpalah, kasihanilah budak ini.

seorang kakak ofis pun baru pulang dari cuti-cuti Terengganu.

"..penatlah....Hanin tau tak, akak sorang je drive. memang flat" adu kakak-ofis

"Akak ikut Jabor ke?"

"tak..ikut Kuantan keluar kat Gambang..tu yang makin jauh perjalanan"
"singgah rumah sedara kat Kuantan sekali"
"Akak suka Terengganu sebab banyak masjid, paling suka masjid kat Paka tuh"

(orang Terengganu sila LIKE dan baca statement di atas KUAT-KUAT. sebab boleh berlagak dekat orang Pahang belakang engkorang. eh tetibe belakang korang ada orang Pahang pulak ye :P)

"Masjid kubah biru tu ke?"

"eh tak kot...masjid lain, tp kat Paka la seingat akak" jawab kakak-ofis

"eh Hanin, kau ni orang Terengganu ke?" sampuk abang-ofis

"taklah, tp saya gi Terengganu macam balik kampung dah" jawab cikNin

"bakal kampung kot?" soal kakak-ofis yang dah tersengeh kambeng mengusik Hanin.

"ehh engkau nin, kecik lagi dah nak kahwin. biar betol" sebab abang-ofis tau makbapak aku orang KL-selangor piau.

*
*
*

selang 2 hari, abang-ofis pergi buat announcement kat jejaka-jejaka ofis *tetibe,

"Takyah ngorat anin dah, anin dah nak kahwin"

err masalahnya, aku sebut ke aku nak kahwin? takde kan.. =_= Dah lah nisbah perempuan:lelaki kat ofis, 1:6 SEGAN DOWH announce macam tuh. dushdush!

"bile mase dia balik rumah, Usin. ..Kan dia dah mati panjat Gunung Kinabalu"-Usop Wilcha


it's really happened... kan?

Saturday, November 6, 2010

selamat hari raya 1Malaysia

Kalau Deepavali serentak dengan Hari Raya, kita panggil

DEEPARAYA


Kalau Gon'Xi Fa Chai serentak dengan Hari Raya, kita panggil

KONGSI RAYA


abis kalau Deepavali dengan Gon'Xi Fa Chai tak pernah serentak...tetap ada nama, tapi..
kita panggil apa ya? emak saya cakap...

KONGSI GELAP

;D ;D ;D gurau2 seyhh. jangan marah. Kita 1Malaysia maa~


++happy2 raya. aiduladha dah nak dekat. bukan main pulak aku :P hepp siapa belum habis exam pegi study!

Thursday, July 15, 2010

Teka-teki: APA BENDA YANG NAIK, TAK MAW TURUN PUNYA?

Apakah bendanya, wahai saudara saudari sekalian?


ala..benda tu la..alaaa, yang tuu...
tu
tu
tuuuuut!


di zaman kemerosotan duit poket sekarang, RM0.05 adalah sangat berharga. contohnya macam penulis belog ni. surat saman dari peguam dah sampai rumah pun dia boleh buat derkkk saja. :P


harga petrol naik. harga barang naik. hangin pun naik.


persoalannya sekarang, kalau harga petrol turun, adakah harga barangan akan turun jua?


"tak dapat punyeeee" *gaya shaheizey sam dalam SyurgaCinta* hohoh

ini Malaysia beb! takyah beranganlah.. (lihatlah betapa ektrimnya pricing di Malaysia, sampai berangan pun aku tak bagi. ^&*%$. haha)


alangkah bagusnya kalau iman kita naik macam harga barang naik. naik naik..memang takkan turun dah.kankankan?

gambar selingan tsunami: iLuvAllah


sapa-sapa yang dah boleh mengundi pilihanraya umum nanti, tolong la undi bagi realistik sikit. takyah banyak..sikit pun jadilah. ke korang memang suka harga barang Naik belake neh?

again

undilah secara rasional realistik berfaedah dan berpahala. kerana setiap undi adalah penentu bagi harga barangan kelak. eceh. dan setiap undian untuk pemimpin anda akan disoal di akhirat kelak. :#


opp. aku dah start skema ni. maka harus berhenti menaip sekarang. salamBai.

Wednesday, June 23, 2010

teori makcik-makcik mengenai perempuan

Teori makcik-makcik kini mendapat perhatian khusus saya. secara tiba-tiba. tak tau apa tebiat saya. mungkin terlalu bosan. maka terciptalah senarai teori makcik-makcik.

sila ambil iktibar, kalau suka


pertama

kalau nak tengok perempuan tu pembersih ke tak... sila cekedaut dapur masak bliaw.
dengan syarat, bliaw la yang masak bukan bibiq mak dia.
kalau bersih, lulus buat menantu
kalau takbersih (tak kata kotor) itu bermakna perempuan tu masak tak sedap!


kedua

bilik air.
bilik air kotor..itu petanda wanita itu tak jaga solat
kalau bersih.. alhamdulillah.


yang pertama dan kedua, dijana oleh seorang nenek, dalam petua hal ehwal carik menantu. hehe. nenek ini akan jadi nazir kepada bilik air dan dapur masak calon isteri anak dia, sebelum dia pigi meminang perempuan tersebot. lahhh gelak kau eh. kau ingat aku reka cerita ke?

jadi berhati-hatilah terhadap makcik2 yang tiba2 kata nak tumpang bilik air rumah anda,.. ya perempuan sekalian. bilik air rumah aku lebih dari 3. aku sarankan bakal mak mentua aku check semua. cecara nak 'mendera' mak mentua . yeahhh mertua VS menantu. *evil

saye guro2 je makcik.kui3 :P


ketiga

kebanyakkan perempuan cantik/cun gila..mesti tak reti berkemas. kemas diri dia tau, kemas rumah, bilik.. ouT!

mula2 memang rasa.. "aik kesiannya siapa yang cun sangat tuh..tak pasal2 dapat teori tak bernas" tapi memandangkan saya duduk sekolej kediaman dengan wanita-waniti yang cun dan mengiurkan para jantan, aku agak nak menyokong jua teori ini. hue3.

kepala anda akan serabut secara tiba2 bila masuk bilik diorang.

paling worst...telekung pun macam tak reti2 nak basoh. gila mak aiii T__T tiba2 rasa fobia nak bermenantu neh. kawen pun belum, prasan nak menantu. hoho

tapi aku kata kebanyakkan je..bermaksud tak semua macam tu. Jadi, kalau anda rasa anda chantek, anggap sajalah anda bukan yang kebanyakkan. haha.

teori selingan: makcik-makcik sekarang pegi pasar naik heli.
gamba curik google je

keempat

pembersih atau tidak seseorang lelaki, terletak pada kebersihan keretanya. eh eh bukankah ini entri ekslusif untuk perempuan? apsal teori lelaki pulak ni? ah, sukati guwa la. ni belog lu ke blog guwa? miahaha

abisla, member lelaki yang pernah tumpangkan aku dedulu, sure sentap kejab kalau baca enti ni .lalala~

yaaa, saya tahu. memang tak semua lelaki begini. ada juga yang kereta bliaw kemas nak mampus, tapi bilik tidur..ya Rabbi..tiba2 rasa nak mampus.

apa2 pun, yang best tetap bapa aku la. kereta dia wangi dan kemas, bilik dia,..sudah pasti isteri dia la yang tolong kemas. err...

abistu, kalau dia takda kereta, kita nak check apa?

kita check benda lain. treeeeeeet~
*
*
*

nak percaya atau tak terpulang kepada logik akal memasing. kalau rasa nak buat research keatas teori2 di atas.. sila jangan letak (haninchakpong, 2010) aku seligi kau mau?

oh ya, teori no empat adalah hasil telekkan saya sendiri. yelaa..aku kan sejenis makcik juga. haha



dah ah. class dismiss

Friday, December 25, 2009

... anda suka mihun?

seriusli suka mihun? mari baca sini.
.ehem.
lepas ni janganlah sampai tak makan pulak.
cuma
lebihkan sedikit hati-hati dan curiosity

:)
selamat beramal

Thursday, December 17, 2009

... Dosa, kini boleh didapati di pasaran.

.
.
.



oh my!

++geram dengan dosa2 anda? kunyah kan sahaja mereka dengan memakan tosai. RM4.15 haha. merepek. tak..kalau geram, sila bangun pukul empat pagi solat taubat. :)

Tuesday, September 1, 2009

... perihal keretapi : ulat gonggok bergolek-golek

9.
.
.
.
tanggal 31 ogos 20062009. anda pergi menyambut hari kemerdekaan?
pergilah..kalau tidak anda akan menyesal.

-_-" heh

hari ini hari bersejarah buat saya, WW and the geng. kerana kami melangsungkan majlis akad nikah beramai2...di masjid.. hanin, boleh tak stop merepek? OK OK :P

pada hari ini, Kuala Lumpur lengang selengangnya. aneh aneh.
ini di dalam kereta bersama bapa, nak hantar saya ke KL sentral. lihatlah, 7.15 pagi, Jalan Duta berhampiran rumah sangat sepi. boleh bergulek2 ditengah jalan kalau mahu. haha. kalau hari lain...hm...*geleng kepala*

dan 31 ogos 2009 juga,
kami pulang ke segamat menaiki keretapi. cooot~! cooot~! eh zaman skang tak coot!2 dah.

tiket semua habis, padan muke sape suruh gatal beli tiket lambat2. haha.
dan sungguh sengal maka, terpaksa amik business class pukul 8.30am. heh.lari bajet guwe. whatever.
WW, model KTM KL sentral. haha


syiok grandma ni tidur. ok, syok tak tengok gambar?

nak yang lebih syok? kejab, saya story sikit.

11 pagi,
lepas penat saya dan WW buat lawak bodoh dan cerita funny nightmares(diam kau wani! haha)
kemudian WW gedik gedik mintak kek coklat dekat abang stewart (tak malu bulan puasa camneh),
saya mengambil keputusan untuk melelepkan mata. macam siut aku da sampai gemas baru tau ngantuk. haha.

geng lain Wan, Aini, Caie and Reefa berada di gerabak lain.

sekejap saja selepas saya sungkup muka dengan sweater, tren menambah kelajuan. eh syok pulak laju, yelah penat duduk lama2 neh. tah bila nak sampai.

tiba-tiba laju dia lebih dari laju, gegaran dan hentakan kuat. abis semua zikir terkeluar. ingat Tuhan ingat Tuhan.

saya pantas berlari ke pintu keluar setelah tren berjaya berhenti, untuk menengok entah kemende pulak neh

dan berpatah kembali ke seat, tujuan untuk ambil beg.

grandma disebelah saya yang katanya nak pergi JB, bersuara "what happen?"
"seems like, the coach is not on the rail" jawab saya pantas.


nah lihat, ini gerabak saya. mantap kau! rel dah berderai-derai
coach belakang, dihuni Reefa, senget sikit ke kiri, Reefa merasa 'beg turun dari langit'. huhu


ni lagi mantap. coach hadapan coach saya.


kelihatan pasukan Rela sedang mengeluarkan mangsa. Wan dan Aini di dalam coach itu!
T_T

saya gagal menduga apa yang berlaku terhadap mereka berdua, kerana henset saya kehabisan bateri! T_T lagi

manakala Caie yang berada di gerabak ke-3 bersama gerabak 1 dan 2, sudah terlepas 700meter kehadapan dari tempat kejadian.

alkisahnya, gerabak ke-3 terlepas dengan gerabak ke-4. dasar ulat gonggok ditetak pisau
-_-"

gerabak ke-4, 5, 6(kafe) terbalik. tergulek-gulek.

dan gerabak ke-7 dan 9 tersembam ke kiri. tapi gerabak ke-8(saya's) hanya menyenget saje. alhamdulillah alhamdulillah syukur ya Allah.

"Tuhan merahmati kamu ni hanin" ulasan terbaek Appy. gelak la weh, gelak. haha.


keadaan di dalam coach yang terbalik. kredit untuk cameraman-someone-unknown
(main mintak je kat sapa tah =P )

lagi?
sila baca di Kosmo.com.my


ini view dari kilang Sime Darby, kerana kemalangan ini betul2 bersebelahan kilang latex Sime Darby. dan dihiasi oleh kepala Ummul dan Encik YDP. hampeh kau hanin. hahaha

macam mana boleh sampai Sime Darby si hanin neh?

ohh selepas kemalangan di Batu Anam, Segamat ini, Penghulu Mukim Gemas berbaik hati mentelefonkan bas UiTM untuk menjemput seramai 40 orang pelajar UiTM Segamat yang terlibat (trimas pakcik, trimas).

ada juga yang mengalami kecederaan,maka kami 1bas macam poyo buat laporan polis. gila betul 1bas yang datang, tapi yang amik report sorang saje polis. sengal tak sengal.
jadi adalah lebih baik saya sambung tidur di dalam bas. huhu. ngantuk letih sakit badan.

kemudian pada jam 4 petang baru selesai report polis segala. dan sampai di UiTM jam 4.30 petang. sementara ondaway ke UiTM, bas sikit punya laju la pulak, berlaku lagi gegar2 segala, kami dalam bas dah sentap2 jantung. trauma tak habis lagi T___T huk3.

bajet saje saya dan WW mesej kak kay beritahu sampai pada 1 tengahari dek kerana kami ada program sebenarnya. heh.

kemudian lepas sampai, bersiap pergi iftar dan tarawikh di rumah Ummi di Batu Anam, Segamat di Sime Darby. Lorhh..berpatah kembali ke tempat kejadian. hadeh.

tetamu kehormat: WW, Ummul, Kak Nur, Kak Kay, Hanin(belakang kamera)


kak kausar bersama anak-anak beliau. dan paling kanan muawiz (cane tah nak eja). muawiz budak comel yang paling baik ^_^


tetamu lain.


ok. makan semua ye. saya belanja. *lalala~

eh gambar Ummi tiada la pule.hee. keseronokan selepas kemalangan, dapat berkenalan dengan orang-orang baru. hehe. tapi terkilan kak mia dan kak zar dah pulang dulu. hu~


++more pictures about the excident, at Caie's blog. Caie nak buat hak exslusive gambar2 tersebut meski saya yang penat snap kan.heh.mementang henset aku habis bateri.fufufu. (caie, tolong kredit sikit yeh. haha)

++rasa seperti mendapat peluang kedua untuk terus hidup. *sakit badan

Tuesday, June 2, 2009

... handbag? ah ya.!

.
.
.
.
.
bahasa Melayu baku tas tangan. Tas tangan wanita lah, apa lagi.
hari tu, mak saya beriya-iya tunjuk tas tangan baru.pergh.apsal tunjuk kat aku pulak ni?

tapi ada dua..

"nah korang dua, pilih la mana satu nak." mak saya tunjuk barang yang dibeli dari jauh. tak pelik lah kalau kitorang tak dapat pilih beg sendiri kat kedai. huhu. (korang/kitorang tu saya dan kakak)

kakak kaku. saya static. (sengaja meletakkan perkataan static untuk menakutkan budak mechy yang tengah tunggu result static.haha)

"ni ke mi?" soal kakak. *dahi berkerut versi bapa sendiri*
(soalan macam tak nak terima kasih betul.haha)

-eh 'mi' tu merujuk kepada 'ummi' , selalu orang ingat aku panggil mak, 'mummy', aii gelik telinge-

saya. *garuk2 telinge comel yang tak gatal*


anda yang membaca, mesti anda ingat, Beg-Itu-Sangat-Pelik atau
Beg-Itu-Fesyen-Teruk-Macam-Zaman-Retro-Liplapliplap


salah.
bukan.
nonono.

sebenarnye...
sepanjang 20 tahun kami menetap dibumi Allah ni, we all tak pernah ada handbag punnn.haha
(cayalah kita kak! sep3!!!)

yaa.. kami suka pakai beg kain ala beg budak sekolah. pertama sebab comel
kedua sebab cool (eh?) ketiga boleh menjahanam dengan sesuki hati atau nama lain, tak de sape nak ragut beg budak sekolah la wehh. haha. Sama ada beg silang, atau beg galas, kedua-duanya boleh disumbat ala tahu sumbat dengan telekung atau pakaian ketika berhajat melarikan diri dari rumah. eh mane pernah kitoang lari2 ni. jalan elok2 je. lalala~

kurang feminin betol budak2 nih. sah diorang kalah dengan adik perempuan yang girlish.

walaupun adakala dipaksa temankan makcik bershopping handbag entah Bonia. serius la saya HANYA DUDUK LEPAK tengok aksi dan buat pengesahan.

makcik-makcik panggil saya mata-pengesahan. Bila saya cakap benda tu OK, terus diorang pun OK. hahaha. Apsal rasa macam orang SIRIM dah ni.

whatever



"berapa ribat nih mi?" bajet soalan macam nak bayar balik. ceh

"ade lah ribu2..." jawab ummi (eh eh relex anda semua, mak saya bukan rosmah. tu ribu rupiah. kene tipu :P)

"leather ke ni mi?" saya belek-belek. soalan macam tak baik betul la. sebenarnya nak buat2 baik. yele orang dah beli siap free, takkan nak kata pulangkan balik.

"a'ah.."

"kulit ape eh ni, lembut gile.."

"buaya kot" jawapan tak munasabah kakak sendiri

"ehek la buaya lembut camnih.."
"ni kulit manusia nih..(hehehe)" hanin ni prediction selalu mengarut. maaf.

"last2 amik je karung handbag nih buat beg. jadi ar ni. haha" hanin cakap mengarut sekali lagi.
Untuk lelaki mesti tak faham: Karung handbag nih guna untuk simpan handbag itu sendiri kalau taknak pakai agar tak mudah rosak. Umpama 'buy one bag free one karung' lah gitu.


pssttt ni kat bawah ada cara-cara buat tas tangan. jangan tutup mata yee. ;)

relex jah muka pakcik nih. muka macam tengah siang ikan keli je

hai bang, gaji brape sebulan? bleh ngorat? haha (bukan hanin yang cakap)

bukan ular je, biawak pun sekali harung

ha. yang takde tangan tuh mesti semalam curi telur ayam dari reban nenek, kan da kene qisas.

cantek ke?

sumber gambar: BERNAMA (ceh tipu betul. email je)


warghhhh walau selalu ular mengganas makan ayam kampung jiran tetangga, mahupun bunuh hamster paling comel dan kiut giler dirumah. saya tetap sedih lihat ular diperlakukan sebegitu rupa.

sobsob.

dah la korang..gi beli beg kain sudah la.. jangan menidakkan HAK ASASI HAIWAN.



++mesti akak aku dah bangga sebab nama dia dah naik pangkat kat blog adik sendiri. haha

Sunday, May 24, 2009

... kucing kena aids

.
.
.
.
saya kekonfiusan setelah terbaca kisah ini

Pemenang Soalan Terganjil

seolah ustaz hasrizal mula menulis gaya faisal tehrani. hehe. (ustaz jangan marah ya, assumption saja)

bukan kisah di atas yang saya mahu bincangkan,
anda punya akal,pandai2 lah fikir signifikannya.

tapi
tertanya saya,
bolehkah haiwan terkena aids?

mungkin kucing tersebut telah melakukan pemindahan darah menggunakan jarum suntikan sang pengidap aids.hehe. dah2 mengarut..



makcik saya punya cerita, dari seorang rakannya
namakan rakan beliau sebagai R

R dan suami pulang ke kampung halaman, seperti kebanyakan orang bandar, haiwan peliharaan kebiasaannya ditinggalkan saja dirumah.

begitu juga kucing kesayangan mereka. kucing betina masih belum baligh

setelah beberapa hari kucing-kecil ini ditinggalkan (sangkar diluar rumah mungkin)

seketika R pulang ke rumah, kucing-kecil dilihat seperti ketakutan. tapi masih mahu manja-manja dengan R. Namun juga hairan, kucing-kecil gayanya sangat ketakutan pantang melihat sosok lelaki, termasuk suami R. errr..

perangai pelik kucing-kecil tak pernah dibuat kucing lain. kucing-kecil juga menunjukkan ciri-ciri kucing sakit

maka seperti kebanyakan orang bandar juga, R bawa kucing-kecil ke klinik haiwan.

sang veterinar mengesahkan kucing-kecil sakit. ya..kesakitan, dan juga..
mendakwa kucing-kecil telah dirogol.

hah! kucing pun dirogol??? ya Tuhan, kami yang mendengar ini seperti terdengar raungan sang dajjal mahu keluar dari perut bumi. apakah dunia ini kiamat esok?

macam-macam zaman sekarang..

jika haiwan boleh dirogol, walau tak tahu siapa angkara, ini juga termasuk dalam seks rambang, dan
haiwan juga berkebarangkalian terkena aids. hehehe

credit kepada tuan kucing-kecil


++abu hurairah jangan menangis ye baca cerita ini.ehe.

Thursday, December 25, 2008

antara sebab kenapa budak² boleh hilang

semalam.

aku lepak kat shah alam.
kat mana?
aih tak kemana pun, rumah maksedara aku je.

lokasi:
kondominium kristal
jalan pulasari
sek 7
SA

sebelah pintu pagau UiTM sek 7 je. siap share pagau ngn UiTM lagi.aih

Pendekkan cerita, di petang hari memang syiok la tido. Tapi..adikku si Bongsu beriya-iya mahu ke playground. Alah, sebab kawasan rumah aku tak de playground pun. Disebabkan akak² si Bongsu ni semua tengah best lalok [bahasa minang, membawa maksud tidur] dan disebabkan maid ikut skali, maka maksedara aku yang kupanggil Ucu ni, mintak dia temankan si Bongsu dan bro Imam yang darjah enam ni turun ke playground. Dah darjah enam pun tak leh caye sangat.

pendekkan cerita lagi..
6.30 petang. aiihh awat awal nau adik² aku ni balik? selalunya da azan maghrib pun buat² lupa je yang diorang ni ada rumah.

si Bongsu mengadu "ammar takut...ucu, ada hantu.."

Budak kecik ni sah muka ketakutan.

"Ada hantu..panggil Ammar..masa kat bawah tadi.."

Aik, hantu apa siang² terang gini.

Mula² memang rasa nak buat undi tak percaya kat dak kecik nih. Tapi dari ekspresi muka dia, kesian lahaii, rasa²nya betul kut apa yang dia cakap.

Maka bro Imam memulakan bicara "tadi..ada orang, besar, lelaki..panggil Ammar, tapi lepas tu Ammar terus lari dekat Amin (bro Imam tu lah) "

"besar mana orang tu?" ayat tanya yang tak beberapa patut ditanya sebab hanya untuk kepastian bahawa 'orang itu' sememangnya orang.

"adelah tinggi besar kakngah" cinabeng kau Amin. aku besar sangat ka?? -_________________-'

isk²

"muda ke orang tua?"
"takde lah tua pun, sebaya kakngah kut" tengokkk aku lagi yang dijadikan contoh. Nampak sangat aku ni spesis big-grin-evil-sister di mata dia. *-*

huhhuu

Agak² orang tu berniat jahat ke tak?

Ucu memandang tepat ke arah maid selaku penjaga diorang secara sepatutnya kat playground tadi.

"abis makcik kemane?" soal Ucu. A'ah ek, maid tu kemane? takkan lah orang-tu berani² pulak panggil si Bongsu yang kiut ni, [ala² aku, mase kecik² dulu, keh³] kankan.

"acik tu, die tak jaga pun Ammar, dia borak-borak dengan orang sapa tah kat tempat lain"
aihh tu dia, bro Imam da menunjuk² sifat mengadu dia. eheh

Di saat ini, semua jeling nak maut dengan maid yang sorang ni. Memang Ucu dan Nenek dah ada feel tak best dengan dia sejak dia mula² kerja lagi. huhu. aku? iye, aku pun. Problematic maid memang tak duk lame la kat rumah aku nampaknya.

Benasib baik dengan sifat si Bongsu yang agak² penakut sebab terus lari, kalau tak, [dan kalau ye orang-tu berniat jahat] mesti da dicekup bawak lari je budak kiut sorang nih.huhu. tak pasal² aku kurang sorang adik.aishh.

Hari berikutnya, si Bongsu masih mengadu. Dah macam ada fobia je aku tengok.aih.
Orang cakap, nak menghadapi ketakutan atau fobia, kita kene berdepan dengan perkara tersebut. Si Bongsu bukan menghadapi fobia dengan orang yang tak dikenali, tetapi fobia nak main kat playground. Dek kecian kan budak kecik yang baru nak pandai main di playground yang ku kira masa muda² dulu suatu tempat yang best sebab boleh lompat² panjat², maka, Ucu mintak aku dan si Sulong temankan makhluk dua orang ni yang buat aku rase banyak songeh betul, nak releks pun tak leh.huhu.

"nanti Ucu suruh Kakngah temankan ye.." pujuk Ucu
"nanti ada hantu lagi" balas si Bongsu yang muka bajet cuak. aku tak paham kenapa adik aku panggil orang-tu hantu.
"tak..kalau hantu tu datang, nanti Kakngah pukul kepala dia dengan kasut" balas Ucu.

Terima kasih kerana menjadikan aku sebagai Superhero beliau dalam kasus ni. -_-

Si Bongsu tak fobia lagi, dan bermain dengan gembiranya.

whiee~ gelungsur bes

Maid pulak?
segala jenis denda, potong gaji elaun, bebelan oleh Ummi nanti, aku tanak amik tahu.


sekarang paham kan kenapa budak² boleh hilang, Sharline, Awi, Nurin...lagi²? akibat kelalaian ibu/bapa/penjaga (sila potong mana-mana yang tidak berkenaan), budak² kecik yang kiut, malah cun seperti Nurin Jazlin menjadi mangsa.



siap boley view Menara UiTM ..dari dalam terowong?

Aku rasa, nanti kalau aku ada anak, aku ikat je ngan tali..macam bawak anjing jalan² haha. Tali tu pun memang ada khas untuk budak. Ikat kat tangan. Kat rumah ni ada satu. Memang tak juallah kat Malaysia, tapi tak tau lah kot² sekarang dah ada. Rasa² nampak keji tak buat anak macam anjing peliharaan? lols.