Chakpong FC

Wednesday, February 6, 2013

Nama Saya Halimunan dan Ini Semua Krisis Ukhuwah

In The Name of Allah

Entah kenapa susah sangat orang nak memberi senyuman. ini muka ketat kita panggil. Apatah lagi nak bagi salam. yang ini pula mulot ketat. Starting entri saja sudah ada aura membebel. teruskan baca kalau suka.

Bila kita senyum kat orang, orang taklayan, betul betul rasa kecewa. sroot sroot. cepatla pujuk saya

Kemudian rasa macam nak letak notis tampal atas dahi

"saya seorang halimunan, kalau tak senyum kat saya pun, tak kesah, harap maklum"

Tapi yang peliks bin blogspot (eh ni belog sapa?) bila saya jalan di tempat lain, di hari dan waktu yang sama, tiba-tiba saja ada orang beri salam. Aik? Yang bagi salam tu lelaki. Aik?lagi, bukankah saya perempuan?

Saya dah tak jadi halimunan kah? Atau saya memang halimunan di mata perempuan sahaja.pfffttt bajet hot latuw. Atau bagi salam dalam kalangan lelaki itu benda biasa. Dan bagi salam pada strangers memang aneh dalam kalangan wanita. Excuse me,
"Sesungguhnya, di antara tanda-tanda kiamat ialah, seseorang lelaki melalui satu masjid tetapi tidak melakukan solat dua rakaat, dan tidak memberi salam kecuali kepada orang-orang yang dikenalinya sahaja"
tambah lagi:
"Tidaklah kamu akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidaklah kamu dikatakan beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukan kamu aku tunjukkan kepada sesuatu yang jika kamu mengamalkannya kamu akan saling mencintai, iaitu sebarkan salam di antara kalian"
 [Hadith Riwayat Muslim]

Nampak? Kau orang tak suka dicintai disayangi ke? Pelik ah korang. Amalkanlah memberi salam, senang-senang lenang-lenang, takyah pakai minyak dagu nak calit orang bagai, orang boleh jatuh chenta pada anda semudah ABC, walaupun masa kat tadika anda cakap kat teacher, ABC tu susah. Nampak? Kini tidak lagi

Apakah cara yang paling mudah untuk menyebarkan salam?

1. Mulakan hari mu dengan senyuman. Senyum lebau-lebau tapi takyah ah nampak fake, hokoloh. Senyuman di awal hari bukan sahaja memberi motivasi pada diri, tapi akan merangsang diri untuk berasa positif dalam setiap gerakkan. Secara tak langsung akan menyebabkan anda rasa nak menyebarkan salam. Iya, saintis Hanin yang kata. Ey aku kan budak sains, tak percaya ke =.=

2. Beri salam pada rumet "assalamu'alaikum encik rumet, bangun bangun, solat subuh jemaah yok!". -Aik, encik??? ahak.gatainoh

2. Senyum dan beri salam bila masuk dalam lift. Walaupun dalam lift tu saya sorang-sorang? Kau ingat bila berdiri dalam lift sorang-sorang tu kau memang sorang-sorang je ke? aiyok aiyok seram. well, kadang-kadang ada pakcik security tengok pada skrin kamera litar tertutupnya. =P (kadang-kadang)

3. Senyum dan beri salam bila berselisih dengan sesiapa. (kalau susah sangat atleast try senyum okeh!) Tapi kalau berlainan jantina, saya tak galakkan. Takut juga kalau nanti ada yang takboleh kusyuk dalam solat pula. Maklumlah, anda kan cun dan hensem macam saya? wait. saya machomel je. *merendah diri konon.puii

Kalau mulut dan muka anda terlalu ketat, mungkin patut cuba buat begini (pinjam)

4. Beri salam bila masuk kelas dan pejabat dan rumah. 

5. Beri salam bila menaiki kereta sendiri / kereta orang / teksi orang

6. Senyum dan beri salam pada pakcik driver bas. Walaupun pakcik bas kadang-kadang takmaw jawab salam kite, takpe ar, dosa dia biar dia tanggung sendiri. wahaha!

7. Apsal atas cerita halimunan bawah cerita sebarkan salam? haha entah. belog ni kan pelik. kau layan sapa suruh

8. Tak perasan ke nombor dua ada, dua kali? haha. seronoklatu

9. Kalau ada tambahan sila kongsi gelap dipetak komeng. Terimakasih daun keladi, esok-esok saya update belog lagi. wii lari lari.

Friday, February 1, 2013

kisah terbuka buat si pencela makanan

In The Name of Allah

sunnah nabi, bukan sahaja solat berjemaah, makan pun berjemaah. even bekerja pun dalam jemaah. hidup berseorangan umpama anak kambing embekk sensorang carik mak kambing takjumpa, last-last mak serigala yang datang makan anak kambing,siap baca bismillah. Serigala pun tau ikut sunnah, kau?

yek yek tak malu

aku sebenarnya nak cerita sunnah ketika makan. woho panjang pule pusing-pusing nye.

Tersebutlah kisah.. thoibb~
Kami makan nasik di kedai nasik. Nasik! bukan nasi. haha.okfine abaikan.

Saya dan si A order menu yang sama. Apabila makanan yang di order telah pun sampai, kami makan dengan sopan-santunnya. Perempuan melayu pertengahan la kate.

tiba-tiba si B bersuara, "eh sedap tak?" merujuk kepada menu kami yang sama, memandangkan si B order makanan yang berlainan spesis. Si A jawab "boleh la...". Aku tersenyap seketika, cuma angguk nak cakap "boleh laa " jugak sebenarnya, cuma aku memang tak banyak cakap bila makan, fokus pada makanan adalah penting, sampai orang lalu pun selalu je tak perasan. hemo hemo maaf.

Si B tanya lagi, "nak rasa sikit eh..?" sambil Si B mencedok nasi di pinggan si A.

"eh, ok je..sedap jugak.." kata si B sambil mengunyah nasi. Mungkin itu cara si B ambil hati terhadap makanan rakan-rakan. Walaupun nasi itu sebenarnya katagori biasa saje.

Tiba-tiba si A mencelah, "kalau I masak, tak rasa macam ni..."

"kalau you masak, macam mana?" sahut si B. Aku senyap fokus makanan, tapi nasib baik telinga masih terpasang.

"kalau I masak, bla bla bla.. yang ni, macam ada kurang sikit, patut letak macam ni, macam tu..bla bla bla"

aku pandang muka si A. terkedu

"yang ni, dia macam lebih sikit ini itu ini itu.."

aku pandang lagi muka si A. bengang

"tapi ok la..nanti kalau you all nak rasa I masak, datang la rumah.."

aku pandang lagi muka si A. hilang selera

NAMPAK TAK? NAMPAK TAK? SIKAP MENCELA MAKANAN, BUKAN SAJA BOLEH BUAT CHEF KECIK HATI, TAPI BOLEH BUAT ORANG SEBELAH HILANG SELERA MAKAN! NAMPAK TAKKK???

Dari Abu Hurairah r.a beliau mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sama sekali tidak pernah mencela makanan. Jika beliau menyukai satu makanan, maka beliau memakannya. Jika beliau tidak suka, maka beliau meninggalkannya.” (HR. Bukhari no. 5409 dan Muslim no. 2064)

Tapi, takde pulak si A nak sedekah jariah je makanan dia kat aku, yela..kalau dah banyak sangat complain kann. =.=

***

dalam situasi lain, pernah juga aku berhadapan dengan orang yang kurang senonoh mulutnya, bila ada makanan yang tidak disukainya, dengan selamba beliau berkata "eeeeww ape benda tu, saya tak makanlah benda-benda macam tu"

woi kalau tak suka tak yah nak eeeeww sangat, yang orang offer kat kau tu makanan halal, bukannya najis. Betul-betul kasi sumbat najis dalam mulot tu kang baru tau. *memang rasa nak mengganas je ni.hew

***

yang ni, kalau tak sedap macam mana pun, takde sape sampai hati nak hina dia.oh ツ 


aku bukanlah orang yang kuat makan, mahupun penchenta makanan, dan ada juga beberapa spesis makanan yang aku tak boleh makan atas faktor kesihatan. Tapi aku sangat benci bila orang hina makanan. kbai

Friday, January 25, 2013

Perutusan Maulidurrasul (saw)

Jika berat bagi mu untuk bertahajjud,
mulakanlah dengan dhuha,

Jika berat bagi mu untuk berdhuha,
mulakanlah dengan rawatib,

Jika berat bagi mu untuk berrawatib,
sempurnakanlah solat fardhu 5 waktu sehari,

Jika berat bagimu untuk fardhu 5 waktu sehari,
mohon segera jadi jenazah, pastu golek masuk kubur sendiri, tanam diri sendiri! ;I



Allahumma solli'ala sayyidina Muhammad. sayang Rasullullah bukan pada 12 Rabiulawal je. 
Teringin nak belajar kufi, ada siapa-siapa tau tempat belajar kalighrafi ni? (source)

Friday, January 4, 2013

boyfriend saya dah meninggal =(


Rakan: Kenapa you takde boyfriend?

Saya: Saje tak nak ada boyfriend...why?
Rakan: Rugilah takda, taknak try cari ke?

Saya: Takpelah...I memang taknak.

Rakan: Ayat you macam pernah kecewa je..

Saya: Eh mana ada. I hari-hari happy. *sengeh tipu

Rakan: You pernah ada boyfriend tak?

Saya: Pernah...

Rakan: Haaa betullah you pernah kecewa kan..? *gelak nakal

Saya: Hurm....actually, dia satu-satunya boyfriend yang I ada. Tapi dia sekarang dia dah takda..

Rakan: Haaaah, boyfriend you dah meninggal ke? bila???

Saya: 1400 tahun dahulu.



GOTCHA! =P




..dan Baginda tetap hidup di dalam hati-hati umatnya yang ingin mendampingi Baginda di syurga sana..

Allahumma solli'ala sayyidina Muhammad. 
Beruntunglah kami kerana mengenali kamu, malah lebih beruntung jika kami mengikuti jejak kamu.


++ tengah-tengah kesempitan waktu ni memang best update belog. berrrgh, final exam hari ahad ni! update sebab, tetibe rindu ~