semalam.
aku lepak kat shah alam.
kat mana?
aih tak kemana pun, rumah maksedara aku je.
lokasi:
kondominium kristal
jalan pulasari
sek 7
SA
sebelah pintu pagau UiTM sek 7 je. siap share pagau ngn UiTM lagi.aih
Pendekkan cerita, di petang hari memang syiok la tido. Tapi..adikku si Bongsu beriya-iya mahu ke playground. Alah, sebab kawasan rumah aku tak de playground pun. Disebabkan akak² si Bongsu ni semua tengah best lalok [bahasa minang, membawa maksud tidur] dan disebabkan maid ikut skali, maka maksedara aku yang kupanggil Ucu ni, mintak dia temankan si Bongsu dan bro Imam yang darjah enam ni turun ke playground. Dah darjah enam pun tak leh caye sangat.
pendekkan cerita lagi..
6.30 petang. aiihh awat awal nau adik² aku ni balik? selalunya da azan maghrib pun buat² lupa je yang diorang ni ada rumah.
si Bongsu mengadu "ammar takut...ucu, ada hantu.."
Budak kecik ni sah muka ketakutan.
"Ada hantu..panggil Ammar..masa kat bawah tadi.."
Aik, hantu apa siang² terang gini.
Mula² memang rasa nak buat undi tak percaya kat dak kecik nih. Tapi dari ekspresi muka dia, kesian lahaii, rasa²nya betul kut apa yang dia cakap.
Maka bro Imam memulakan bicara "tadi..ada orang, besar, lelaki..panggil Ammar, tapi lepas tu Ammar terus lari dekat Amin (bro Imam tu lah) "
"besar mana orang tu?" ayat tanya yang tak beberapa patut ditanya sebab hanya untuk kepastian bahawa 'orang itu' sememangnya orang.
"adelah tinggi besar kakngah" cinabeng kau Amin. aku besar sangat ka?? -_________________-'
isk²
"muda ke orang tua?"
"takde lah tua pun, sebaya kakngah kut" tengokkk aku lagi yang dijadikan contoh. Nampak sangat aku ni spesis big-grin-evil-sister di mata dia. *-*
huhhuu
Agak² orang tu berniat jahat ke tak?
Ucu memandang tepat ke arah maid selaku penjaga diorang secara sepatutnya kat playground tadi.
"abis makcik kemane?" soal Ucu. A'ah ek, maid tu kemane? takkan lah orang-tu berani² pulak panggil si Bongsu yang kiut ni, [ala² aku, mase kecik² dulu, keh³] kankan.
"acik tu, die tak jaga pun Ammar, dia borak-borak dengan orang sapa tah kat tempat lain"
aihh tu dia, bro Imam da menunjuk² sifat mengadu dia. eheh
Di saat ini, semua jeling nak maut dengan maid yang sorang ni. Memang Ucu dan Nenek dah ada feel tak best dengan dia sejak dia mula² kerja lagi. huhu. aku? iye, aku pun. Problematic maid memang tak duk lame la kat rumah aku nampaknya.
Benasib baik dengan sifat si Bongsu yang agak² penakut sebab terus lari, kalau tak, [dan kalau ye orang-tu berniat jahat] mesti da dicekup bawak lari je budak kiut sorang nih.huhu. tak pasal² aku kurang sorang adik.aishh.
Hari berikutnya, si Bongsu masih mengadu. Dah macam ada fobia je aku tengok.aih.
Orang cakap, nak menghadapi ketakutan atau fobia, kita kene berdepan dengan perkara tersebut. Si Bongsu bukan menghadapi fobia dengan orang yang tak dikenali, tetapi fobia nak main kat playground. Dek kecian kan budak kecik yang baru nak pandai main di playground yang ku kira masa muda² dulu suatu tempat yang best sebab boleh lompat² panjat², maka, Ucu mintak aku dan si Sulong temankan makhluk dua orang ni yang buat aku rase banyak songeh betul, nak releks pun tak leh.huhu.
"nanti Ucu suruh Kakngah temankan ye.." pujuk Ucu
"nanti ada hantu lagi" balas si Bongsu yang muka bajet cuak. aku tak paham kenapa adik aku panggil orang-tu hantu.
"tak..kalau hantu tu datang, nanti Kakngah pukul kepala dia dengan kasut" balas Ucu.
Terima kasih kerana menjadikan aku sebagai Superhero beliau dalam kasus ni. -_-
Si Bongsu tak fobia lagi, dan bermain dengan gembiranya.
whiee~ gelungsur bes
Maid pulak?
segala jenis denda, potong gaji elaun, bebelan oleh Ummi nanti, aku tanak amik tahu.
sekarang paham kan kenapa budak² boleh hilang, Sharline, Awi, Nurin...lagi²? akibat kelalaian ibu/bapa/penjaga (sila potong mana-mana yang tidak berkenaan), budak² kecik yang kiut, malah cun seperti Nurin Jazlin menjadi mangsa.
Aku rasa, nanti kalau aku ada anak, aku ikat je ngan tali..macam bawak anjing jalan² haha. Tali tu pun memang ada khas untuk budak. Ikat kat tangan. Kat rumah ni ada satu. Memang tak juallah kat Malaysia, tapi tak tau lah kot² sekarang dah ada. Rasa² nampak keji tak buat anak macam anjing peliharaan? lols.
5 comments:
olololo
ko super hero?
nanti gurd ak pulak ye
ak ketakutan le nk jln2 kt shah alam
maklum le masih bwh umo
dlm jagaan mak bapak lg
takyah
kasut ko lagi hebat dari kasut aku.
owh ye ke?
sbb kaki ak bersaiz 8 ka?
ehehee
ak..? 6..?
nmpknye begitulah.
=P
ya memang keji oii..lol
Post a Comment