.
.
.
.
nyamuk pun pandai bermutasi. ceh bukan mutasi badan. tapi mutasi pemikiran. wahh. sila teruja.
sekarang segamat memang tengah hot. uitm segamat hot2go!
apakah hot hot inih. saya maksudkan jerebu. wuu. itu yang panas nye.huhu.
maka jika malam menjelma, kami warga kolej tingkat tiga memang tak segan silu buka tingkap sebab panas haba. sambil-sambil tu boleh ushar abang2 lalu kat bawah pewit pwitt. haha.
tapi kalau dari tingkap nya bilik si hanin, jangan kau tegur abang lalu kat bawah ke ape, sebab tingkap menghala jalan keluar uitm yang agak spooky di malam hari, toksah nak mengarut nak tegur. hahaha. kau gila ape, sekali tegur entah ape mende kang. (da start ar nih nak buat entri seram.haha)
bila tingkap dibuka, kain juga kami selak. ok kain langsir. tujuan utama untuk menyejukkan bilik. konon bleh buat bilik sejuk like DSP. tapi neh nyamuk pula tidak segan masuk bilik tingkat tiga. sob sob. benci laa
jika dahulu tiada seekor nyamuk pun berani ceroboh bilik saya tahu (ini saje tulis untuk melahirkan rasa nyampeh dari kalangan budak bilik tingkat bawah.kahkahkah)
jika balik rumah, ada disuntik nyamuk bagai, mula lah menyumpah. eksen punya poyo.
ayat tindak balas emak kawan saya jika anaknya kata begini dirumah
"eee..nyamuk nih..kat segamat tak kene gigit nyamuk,kat rumah kena pulak"
maka, emaknya jawab "ala nyamuk je.."
lain pula kalau saya "haih nyamuk neh, abes kaki mulusku. kat segamat takde nyamuk pun!"
emak saya pula jawapannya "yela..pulanglah dikau ke segamat nuhh. sane tade nyamuks"
hamek ko, terus kene halau T___T (ayat cipta lah tu. tapi lebeh kurang itulah. kuikuikui)
ini lah yang saya maksudkan, jika dahulu nyamuk takpandai fly tinggi2, sekarang nyamuk dah pandai lepas baca buku "How To Fly To The 3rd Floor" huahh. hebat. mungkin juga nyamuk nyamuk telah penat membuat latihan stamina kepak sayap mereka. wahaha. hebat betul. ahh memang la nyamuk universiti kan.
entah kenapa pula berjerubu panas segala segamat neh. dulu kemain kau switzeland jiran jerman. kabus sampai ke arena koridor wing. kira siapa tingkat atas buka tingkap pintu lebar2, pasti ruang bilik juga dikabuskan. uiceh.
nah lihat
tajuk gambar ini: PULANG KE TAMING SARI PADA PUKUL 7 PAGI xD
tapi sejak dua hari nih hujan ribut ribat semua datang, jangan harap taufan katrina pula, itu tiada. maka saya happy segamat kembali sejuk. yahoooo.co.uk tengahari nanti kita boleh berkabung dalam selimut.
---
lagi ini pula perkara panas uitm segamat hot2go, HAPE KEMENDE CUTI SEBULAN, EXTEND 1 SEM. melampau le engkau. tahulah ada pelajar kampus segamat meninggal dunia kerna h1n1 (alfatihah untuk siti aishah)
pandai press buat cerita. sampai hati mempermainkan perasaan kami.sobsob. buat cerita UiTM tutup berbulan lah apetah, padahal kami bahagia bagai nak rak kat sini buat assignment. bahagia juga dikuarantin beramai2. UiTM telah men-gam semua aktiviti luar dari UiTM. kira kuarantin la tuh kan? tapi boleh pulang ke rumah. haha. ceh, bek takyah cerite.
eh betul bahagia ni. serius (bahagia, test 1 finance dah berlalu meski jawab cam terel. terel sebab keluar awal. keluar awal sebab jawab separuh. haha tepuk tangan)
tak terel ah finance. huhu.
saya penat heh jawab beratus panggilan telefon, sms, buzz ym "EHH YA BENAR UITM SEGAMAT TUTUP?" (beratus? nampak sangat tipu tu hanin oi. haha.diamlah kau! aku tengah bajet jadi jurucakap uitm johor neh)
maka percayakah anda jika hebahan uitm segamat di extend sebulanlah se-sem lah adalah sebuah konspirasi?
baik anda jangan caya. saya warning. haha
tapi, percayakah anda jika saya cakap penularan H1N1 adalah sebuah konspirasi?
sila percaya. saya warning juga.
nah, baca dalam hati...
lagi ini pula perkara panas uitm segamat hot2go, HAPE KEMENDE CUTI SEBULAN, EXTEND 1 SEM. melampau le engkau. tahulah ada pelajar kampus segamat meninggal dunia kerna h1n1 (alfatihah untuk siti aishah)
pandai press buat cerita. sampai hati mempermainkan perasaan kami.sobsob. buat cerita UiTM tutup berbulan lah apetah, padahal kami bahagia bagai nak rak kat sini buat assignment. bahagia juga dikuarantin beramai2. UiTM telah men-gam semua aktiviti luar dari UiTM. kira kuarantin la tuh kan? tapi boleh pulang ke rumah. haha. ceh, bek takyah cerite.
eh betul bahagia ni. serius (bahagia, test 1 finance dah berlalu meski jawab cam terel. terel sebab keluar awal. keluar awal sebab jawab separuh. haha tepuk tangan)
tak terel ah finance. huhu.
saya penat heh jawab beratus panggilan telefon, sms, buzz ym "EHH YA BENAR UITM SEGAMAT TUTUP?" (beratus? nampak sangat tipu tu hanin oi. haha.diamlah kau! aku tengah bajet jadi jurucakap uitm johor neh)
maka percayakah anda jika hebahan uitm segamat di extend sebulanlah se-sem lah adalah sebuah konspirasi?
baik anda jangan caya. saya warning. haha
tapi, percayakah anda jika saya cakap penularan H1N1 adalah sebuah konspirasi?
sila percaya. saya warning juga.
nah, baca dalam hati...
Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.
Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".
Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.
Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.
Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.
Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.
Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.
Apa sebenarnya semua fenomena ini?
Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.
Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.
Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:
- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.
Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.
Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.
Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.
Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.
Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:
"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.
International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.
The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."
Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.
Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.
Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.
Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.
Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.
Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.
Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.
Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:
1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.
Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.
Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.
DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!
Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.
DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.
Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.
Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.
Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.
Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.
Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.
Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.
Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.
Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.
Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.
Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.
Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.
Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.
Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.
Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.
Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.
Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.
Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.
Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.
Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.
Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.
Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.
Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.
Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.
Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan. -bukanHaninTulis, TapiHishamuddinraisTulis
sumber: malaysiakini
4 comments:
wah tgh strugle la skrg???
still wondering bila UIA nk tutup...
huhuhu...
xmintak ye :P
inilah donia tanpa sempadan huuu~
ak insan teraniaya le klo cm tu
fathinah
xyah tutup la. nyusahkan jek. wasting time oh. :'(
cik ainul
INILAH dunia. hehe
aku doakan aku dpt 4 rata le
*ak insan teraniaya, doa makbul :D*
Post a Comment