Chakpong FC

Showing posts with label campusLife. Show all posts
Showing posts with label campusLife. Show all posts

Sunday, October 31, 2010

Boikot Bas UiTM

tahu tak teluk rubiah kat mana? alaa dekat2 rumah makcik rubiah laa. XD

kebenarannya..hari ini terbaca artikel penutupan Pantai Teluk Rubiah.


jadi, ini hanya tinggal kenangan saja ya.
takperlu klik untuk tumbesaran, aku takda kat situ pun :P

err...jadi, apakaitan dengan tajuk?

kebenaran yang lebih benar...
punyalah excited bersiap dengan laju. sebab terbangun lewat...nak menghadiri majlis dengan adik2ku

dan dengan langkah maju ke hadapan...berserta harapan bas taklalu lagi...
bila sampai saja dekat perhentian bas, tak sampai 3minit dah nampak kepala bas UiTM.
Perasaan menjadi mekar berbunga-bunga...cewah.
sekali....

bas tu siap boleh tukar gear depan aku lagi...err maksudnya memecut dengan lebih laju =_=

bertuah!

lepas ni memang boikot.walaupun macam takguna je nak boikot bas free. keh3. sengaja cakap nak boikot sebab lepas ni memang tak akan naik lagi dah. (klas dah habis,tinggal 1 paper exam) kiranya tadi yang terakhir...baru nak rasa sentimental jap, pakcik ni buat spoil pulak.heh.


aneh betul, tiap kali ada program weekend2 mesti aku 'terkena' dengan kerenah manusia. hari tu dah jadi kancil. hari ni pula jadi.....hari ni bukan harijadi saya. ok baih.

Sunday, July 4, 2010

NR itu indah

bagi yang sudah bergelar NR, apa perasaan anda?

ohh kejab, NR itu bukan Nenek Rock, mahupun Norashikin Razak aik ni nama sapa nih?

NR itu istilah Non-Resident bagi student UITM yang telah ditendang keluar dari kampus kolej kediaman.

begitu sadis sekali sound 'ditendang keluar' itu ye. sobs.


perasaan saya?

tak da apa yang best selain;

ohh takda apa. setakat ni masih berjiwa kekolejan.


walaupun aku duduk johor, tapi takyah anggap rumah aku macam ni. ni cantik sangat nih. huhu
( bagi saya, klasik itu cantek :3 )


bagi saya rumah sewa akan best, kalau ada TV..paling2 pun, boleh tengok final World Cup, Germany VS ....

eh mana kau tau jermen masuk final?

sebab ..sebab UITM Segamat berhampiran Jementah.(jermen entah) waka waka XD
*
*
*
kemudian lepas habis World Cup, tivi itu harus dibuang segera. FOCUS STUDY!!!


yang betul benar,
entri pertama dari.. bekas rumah puan Nora.

Thursday, June 10, 2010

bukan sekadar result

Hurrraaaahhh





apa nak jadi kau neh hanin?? result huduh bertimpa-timpa.
opp
copp

student portal UiTM masih belum ditembusi, jadi bagi student UiTM yang belum cek result memasing, sila tetapkan hati, setting minda dan jiwa raga...apa yang kamu dapat, itu adalah REZEKI. bukankah kamu sudah usaha?

sudah lupakah usaha+doa+tawakal?

usaha sudah,
doa sudah,
tawakal sudah...

kamu tawakal kepada Allah..bermaksud, segalanya kamu serahkan kepada Allah untuk menentukan rezeki kamu banyak mana, setelah kamu berusaha+berdoa secara hyper.

yakinlah dengan rezeki Allah.. kalau bukan kali ni, mungkin next tyme..kalau bukan next tyme.. mungkin waktu kerja nanti gaji bertimpa-timpa lumayan...kalau bukan waktu kerja.. mungkin anak2 kamu pandai2, laki pulak solehHensemBeriman. eceh..hanin ni dah masuk kes berangan.. taktak..saya menyedapkan hati kamu lah kawan. harr~


tapi bagi yang takda usaha, lepas tu merungut result huduh, meh sini kauuu. tangan aku ni lebar je. hoh *saya garang*


saya tulis entri ini, kerana nak blagak bagitahu...setiap kali result keluar, saya akan jadi 'pakar motibasi' kepada rakan2 yang down kerana result memasing. aish..padahal result aku lagi 'superpower' dari diorang. tapi takpa rakan2 sekalian... I lUvLuvLUv U guys lahhh. haha.

...loading...
...loading...
...loading...

student portal masih belum ditembusi. citt. UiTM tak best !

renduuuuuuuuuu. kredit to nabilah lukman's FB :3

Monday, April 26, 2010

tajuk fikir kemudian

Alhamdulillah. sebijik paper telah diselesaikan, tak tau nak kira paper pertama atau kedua sebenarnya, sebab sebelum setadi week telah menyelesaikan satu paper lab. kalau macam tu, anggaplah semalam tu paper terakhir. wahahaha. hesh mana boleh, lagi 2 paper tu kau nak hampuk ke mana? next sem?? ui ui jangan.

Semalam, seorang wanita yang sejenis supan santun,cakap pun berlapik *aish malunye* bila selak saja kertas soalan, terus menyebut "vavi betul! soalan hapa neh??!!" tengokkk, aku tak pandai mencarut, boleh mencarut tiba2 neh. T___T

soalan yang tak pernah wujud dalam past sem question tiba-tiba menjelma. jengjengjeng. apa?? kau kata aku tak setadi?? ciss! masa tengah menembak soalan no.4, menggunakan IQ matematik budak 20 tahun, aku yakin giler aku tak pernah belajar topik ni dalam kelas. dengan kata lain, MUNGKIN lecturer ada ajar, tapi aku yang tak datang kelas.hahaha.

stress sudah. *tetiba rasa nak makan cokelet* dengan perasaan yang cokelet, lantas beristighfar panjang2. apela yang kau sebut tadi hanin..isk isk isk. "tunjukkan kami jalan yang lurus.." haa doa ni banyak-banyak sebelum angkat senapang nak tembak.


ini bukan coklet, ni dodol.


dan agak ajaib, selepas paper calculus III(last sem) paper kalini juga tiada yang keluar awal. waw! dah la tak keluar awal, sambil gigit2 pen, ushya mamat baju belang kat depan(sbb kaler ni paling obvious), walaupun tak tau sapekah mamat bertuah tersebut, tapi macam mana tah boleh terfikir, "tenung mamat neh, takde ilham datang ke he?" ohoo. memang kuat merepek kalau stress. orang lain, ramai juga yang dah flat. bukan four flat. tapi duduk secara flat pada kerusi, kemudian tenung kertas soalan. mungkin, dengan harapan mata masing2 akan keluarkan laser untuk bakar kertas soalan tersebut.

ada juga terfikir buat nak macam ini(tips menyelamatkan pointer ketika dalam dewan exam). tapi jangan ooooi. letih aku. ~.~

selesai saja pengawas peperiksaan mengutip buku jawapan. kelasmet sebelah saya tanya
"soalan no 4 ni, Puan pernah ajar ke??"


yes!! aku menang! sebab orang yang tanya aku tu, memang kaki setadi. lalala~



ehem, Puan Pensyarah, bagi jelah 9markah tu bonus mark. bole ka? haha. =_= ouch macam tak bole je.

Saturday, April 17, 2010

hesh, pikir rumah pun pening

Eh ini bukan cerita rumah yang dirumah sekarang ye.
erk, maksudnya, bukan rumah yang didiami orang tua saya.
eh paham takk?

ok hanin, fahamfaham

baiklah, untuk next sem, saya terpaksa cari rumah sewa sebab, ada cakapcakap mulot orang, next sem kampus saya neh amik intake ramairamai sebab ramairamai jugak yang grad. Pastu, program kat sini pun bertambah-tambah.

Ho : bila manusia bertambah, maka probability yang akan disepak keluar kolej kediaman juga akan bertambah.

orang-orang yang bakal disepak tu mestilah dari katagori saya. =_=
takkan diorang nak halau budak2 pra perdagangan, diploma yang baru masuk tuhh.


ohkeyh, kami(menunjukkan rasa gah dan ramai) telah menjumpai sebuah rumah berlokasi tepi jalan, harga boleh tahan. but waittt..rumah tu kosong takda perabot. hoh. tiada perabot bermakna takda fridge. hukhuk. takda fridge takda la dapo masak.


ni lah rumah kitorang tu. eee tiputiputipu

aku baru je nak berangan masak sendri (fuiiiyyyooo) walaupun berangan buah berangan macam takda makna pun, sebab kalau kat rumah bersama ibu bapa probabiliti aku masak macam 0.1 ngeh3.

idea masak sendiri ni datang bila incek arip mengemukakan cadangan, 'makan ayam HPA je, jamin halal' Bila pikir balik, aku dah loya tekak dah. iskkk. bape banyak ayam tak HPA aku sental sem neh? sebab kalau kat rumah dunworrybehappy memang dijamin halal, kalau tak HPA, sembelih sendiri. ^_^

pastu konon konon nak meniru tabiat bapa, tak makan ayam sebarangan. heheh. bapa saya sejenis manusia yang hanya makan ayam kampong, sebab ayam tu dia yang sembelih. takpun ayam HPA je, sebab itu je yang dia rasa tak waswas nak makan. lainlain seperti KFC bla3 dia tak pernah anggap tu nikmat hidup. sungguh pun begitu, ayah saya tak pernah pulak nak larang makan ayamayam len neh. maksudnya disini. 'kau kan dah besar, pikir la sendiri'. baek kan ayah saya =P anak dia pula bagaimana?


bapa dan nenek yang terel


ini sketsa cabot bulu. "terima kasih kakak hanin!" kata ayam itu


bukan masalah tekak loya ke apa, masalahnya sekarang, kalau dah termakan benda-benda syubahah, bukankah doa juga tertolak, doa tertolak hati pulak tak terang. Udah la aku ni memang tak terel AKA tak pandai. hati pulak makin hari makin memblackout. sebab dah telan macam-macam yang ada logo halal pun takleh caye =_= pastu dah makin membarah penyakit lupa! sigh~

takyah makan ayam, makan ikan je.

ikan kat sini lunyai lunyai ko tak tau. ikan pulak tak banyak choice, tak ikan keli, ikan kembung, tak kembung pari. tak pari, pari-pari. okey yang tu takda dah.

daging?daging?

ehem. tekanan darah I dah lebih paras, tak berani nak makan daging (sekarang, sila predict umur aku berapa.hahaha)

eh
gaya cerita macam duduk oversea kau neh sebab susah sangat nak cari makanan halal! haha. padahal aku duduk segamat je nehhhh. Inilah Malaysia negara Islam yang anda sayang. aku pun tak paham apsal starting entri ni rumah, ending dia makan.(nampak sangat menaip sambil lapar)

err
err.
entri da habis dah.

Monday, March 29, 2010

kelebihan surah al-waaqia'ah

Bila kita letak status kat mana-mana laman web sosial sekarang, ada saja tukang reply status tersebut, walau aku tak tanya soalan pun

contoh status yang direply,
"oh migrain"

tidak beberapa lama, ada seorang hamba Allah yang berhati mulia, hantar mesej pada saya
berbunyi..

"kenapa sakit kepala? amalkan surah al-waaqi'ah ayat 19, insyaAllah sakit kepala berkurangan"

waahwaah. bagus sekali ni. baik, mari selak tafsir ayat 19 surah alWaaqi'ah

mereka tidak pening kerananya, dan tidak pula mabuk
(alWaaqi'ah, 56:19)

tips hilangkan sakit kepala:
1) sambil picit2 kepala, baca ayat ni, insyaAllah.. you'll find the waaay~ sakit kepala berkurangan
2) saya pernah terbaca, kalau Rasulullah sakit kepala, caranya ikat kepala dengan tali/kain. ikat ketat2. saya dah cuba, berkesan. sedap giler. sampai ada makcik neh nak bawak lari aku punya black belt. haha.

ok sambung story balik, sebelum itu, saya check profil tinggi penghantar mesej tersebut, ooo..tak kenal la seypa dia. ehehe, tapi yang pasti dalam friend list bliaw ada emak saya sekali. huh. sape dia neh??

saya lantas bertanya kepada ummi, emak saya jawab..

"ehh, dia add kau?" emak dah mula gelakkan saya
"ala, dia tu ustaz, muda lagi, baru 25 camtu"

eh eh, tak tanye pun umur, tetibe pulak promot umur ustaz dekat anak sendiri.haha.

*
*
*

dalam kelas statistik tempoh hari.
prof madya kelas saya memang rajin buat tazkirah. lagi2 kalau lepas azan asar.

"kalau nak murah rezeki, amalkan surah waaqi'ah" ujar bliaw.

sepanjang kelas hari itu, itu saja ayat yang saya dapat simpan dalam kepala sehingga kini, sebab, MahaSuciAllah, kepala saya berpinar-pinar. takde makne nak fokus whiteboard depan tuh.

tiba-tiba

"ok class, simpan semua notes and books. saya nak bagi kuiz"

ahh sudahhhh. -_-"

dapat soalan kuiz.
jiwa sentap.
fruuu..ape mende soalan neh.

saya dah mula baca surah waaqi'ah. sebab saya betul2 tak dapat tangkap apa yang diajar sebentar tadi. huehhueh.

lepas tu bila sampai ayat 27 saja, saya dah blur..ape lagi ek ayat no 28. lupe..hahaha.


saya buat apa yang termampu, dan yang teringat saja menurut pengajian saya dari kelas yang lepas. pakai pensel pulak tu. nampak sangat tak confident nak jawab kuiz. isk2.

saya hanya buat muka surat pertama, mukasurat ke-2 baca soalan sekali lalu je.
sudahnya, saya tinggalkan kosong! sebab kepala saya betul-betul memberat.

"ok times up,pass up your paper to your friend behind. kita check sekarang"

mula-mula saya bagi orang sebelah kanan, sebab tanak bagi pada orang-belakang. sebab? sebab orang-belakang I seorang lelaki yang I tak kenal. I segan. ngehngehngeh.

lepas menanda kertas, saya tanya orang kanan, dia cakap kertas saya dibelakang sudah. bila saya pusing belakang, ohh betul2 orang-belakang yang mark paper saya. huhu.

saya perhati saja orang-belakang sedang menanda paper saya, soalan 1 dah salah dah. soalan 2, nasib baik betul.

saya pusing balik ke hadapan, monolog hati "habis la, mau 6/20 je ni" kata-kata yang superyakin, sebab mukasurat 2 kan dah tinggal kosong. hee.

"hanin!" orang belakang memanggil

"ok thanks" jiwa bergelora je jawab kuiz macam ni.

tapi ooopp sentap kejap.

tengok markah,
"12/20. haih. mana datang banyak ni???" saya tenung markah tersebut bagai nak tembus, dan saya sendiri tak paham kenapa boleh jadi banyak tu.

saya selak mukasurat 2.

tempat jawapan yang kosong telah berjawapan, siap tulisan pensel, kemudian ada marking dengan warna merah. 2 markah + 2 markah + wah + waahh.

tanpa menyempat,
tiba-tiba kawan saya dari meja depan ambil kertas dari tangan saya dengan suprlajunye, "eh meh hantar paper, puan dah nak keluar tu"

saya yang memang kepala pusing, asek terfikir, kalau dapat ingat surah waaqi'ah tadi sampai habis, agak-agak dapat fullmarks tak?

Monday, March 15, 2010

topeng dan hitam putih saja

pulang saja dinner,

topik panas-malam bersama estrella, adalah excitement
(bukan password quiz statistik)

"kenapa tidak berasa excited malam ini?"

"entah" ... "entah"

kami pun entah2
walaupun estrella penat 'terlalak' kat pentas, tapi entah juga. perasaan yang aneh. heh.

jadi ramalan saya

besok kalau buat majlis kahwin, jangan buat theme color black and white
takut feel kau jadi blank and what?what?

warna mempengaruhi mood.
itu yang saya faham tentang warna.

rakan se-batch saya kelihatan tidak normal (bagi saya la)
tiada bunyi kegirangan manusia terpekik-pekik nak amik gambar
tiada manusia yang terkinja-kinja depan camera

tiada.

apsal tiada?

warna punya pasal la kot.. haha.

err..atau mungkin sudah jadi supersenior, dah tak heran. lepas tak heran, bukankah ini dinner terakhir bersama? ohhh.sound yang sedeh.

pix.removed

ESTRELLA


sudah.
nanti gambar lain-lain, kemudian. =)

Saturday, March 6, 2010

sorry.sorry.sorry.sorry *sambung nyanyi sendiri*


Semua orang melakukan kesalahan,
sebab tu
belakang pensil ada pemadam

:)

tapi kita semua tahu,
belakang pen takda liquid paper,
jadi
tak semua kesalahan mudah untuk dilupakan

(:

tapi bukankah Rasulullah s.a.w. seorang yang pemaaf?
seharusnya
umatnya juga perlu saling bermaafan

ustaz CTU saya pesan: hati memaafkan, tapi ingatan jangan dilupakan. sebab? pengajaran untuk kita, jangan diulang kesalahan yang sama

apa-apa pun

(。◕‿◕。)
maafkanlah


sorry.sorry.sorry.sorry *sambung nyanyi lagi.haha*

Wednesday, March 3, 2010

ada yang pergi; ada yang melompat tinggi

Sepatutnya, saya ada 2 ketul test yang perlu diselesaikan hari ini. dari jam 2 petang hingga 6 petang.

malam semalam saya hampir tergolek2 tengok soalan statistik, expected number pun boleh terpening.dush3~!

apa2 pun thanks to Radhiah Abu :D cekgu terbaek la cekgu.!

Tapi, untuk subjek Research Methodology (RM) sepatutnya jam 2 petang ini, saya masih kehilangan 1 chapter. =_=

masalahnya sekarang, saya langsung tak feel nak jawab paper ni.huhhuh. hatiku lebih sayangkan statistik drpd RM.

well, memang perangai budak matematik, suka yang mengira daripada yang membaca kan? haha

Pagi ni pun hampir2 mensubuhgajah. sebab tido lambat. pastu sambung tido tak ingat2. Sesungguhnya, saya memang takda feel nak jawab RM hari ini. dan mentang2la statistik dah habis stadi.kes3.

ting! mesej masuk.

"Test 120(RM) hari ini dibatalkan dan ditangguh pada Isnin depan ...

yahuuuu. tergulek2 tergulung2 terguling2 lah saya.
oh kejab, sambung baca mesej

"...sebab sepupu Puan meninggal..forward"

saya diam. lama.

terfikir, berapa ramai budak kelas saya take note mesej yang bawah, daripada mesej yang atas.

Sesungguhnya, Dia berhak ke atas nyawa kita

Thursday, February 25, 2010

hidup ini perlu ada 'give and take'

Ketika saya masih menyimpang di daerah Tangkak, dalam perjalanan pulang ke universitas terchenta, roomate saya yang memang tokey topap, dengan tidak sabar-sabarnya memesej saya yang masih di dalam bas, baca mesej sambil terlecet-lecet mata.mengantuk.

"woaa..langsir kunen wehh.."

padahal, macam ah dia tak boleh tunggu saya sampai kolej kediaman kalau nak explain langsir kunen sekali pun -_-

ya,
kolej kediaman UiTM Segamat kini mempunyai langsuir langsir baru. silau warnanya, mulus kulitnya, indah berseri corak-bunganya.

apa-apa pun, sebelum edisi pertukaran langsir baru dijalankan ketika musim cuti sekolah UiTM, pihak pengurusan kolej sudah pun mengeluarkan amaran awal tsunami
"...sila simpan barang-barang berharga di dalam loker masing-masing, pihak kolej tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barang ..blabblabla.."



wallahhh.! pabila terlencong saja anak mata menatap langsir ini, secara tiba-tiba feel rumah datang tanpa dipinta. Sebelum ini, sedia maklum, kolej kediaman punya langsir sudah pasti bercorak logo UiTM, jadi jika melencong2 anak mata melihat langsir berlogo UiTM, sudah pasti otak juga akan memproses maklumat "oh kat UiTM aku ni, sedar diri sikit"

jadi langsir kunen ini akan menyebabkan students sekalian tidak sedarkan diri?

oh, tidak sama sekali, assignment bagai tsunami mana mungkin diriku masih koma. -_-

yah, disebabkan kami sedar diri jugalah, kami sangat sedar dengan perubahan alam sekitar, maksudnya, kami tahu dan tersangatlah perasan, bahawa seterika kesayangan bilik 216B SMK sudah hilang.


great

Thursday, February 11, 2010

... makcik kempunan telur tembakul



"Derma darah?" -mesej by wanibani

setelah kuranglebih 3tahun menikmati hidup di Segamat, saya berusaha keras menaikkan berat badan supaya apabila mencecah usia kelayakan menderma darah, supaya berat badan juga akan berkelayakan menderma darah.

"11 Februari - Derma Darah"

"cantik dah tarikh tu" jelas saya pada rumet.

*
*
*

Beberapa hari sebelum 11 Februari, makcik Wani ajar saya timbang berat di Pusat Kesihatan (Klinik Penawar ye kawan2)

dengan tak sabarnya, saya melompat di atas penimbang.

cing!!

sentap

" ** Kg je..???"

kilogram yang tak layak derma darah

sekian terima kasih. -_-"
makcik kempunan, nak pegi lari dekat batu belah batu bertangkup, "batu belah batu bertangkup, telanlah akuu!!" eh tak tak, "batu belah batu bertangkup, aku nak pegi buat test lab kejab lagi" aku benci nabila lukman. hahaha tibe2 doqq. XD

Tuesday, February 2, 2010

...polystyrene banned

Berikutan adalah kisah banned menbanned di UiTM Johor. Bermula, 1 Februari 2010, pihak UiTM kampus Johor telah mengeluarkan perintah berkurung terhadap semua gerai makanan, adalah dilarang sama sekali malah berkali-kali, menggunakan polisterin sebagai bahan tapau makanan.

ngeh

sebulan sebelum itu, seorang gadis UiTM bernama H telah bercadang ingin menuruti agenda 'mari banned polisterin' by UTM (hasil pengaruh belog arlina amirah) hoh. gadis ini mengalami kesedaran dalam sedar terhadap penjagaan alam sekitar. Maka dengan itu, apabila pulang ke rumah tempoh hari, bliaw sempat menculet tupperware kesayangan Ummu. (ummu itu emak)


apabila mengetahui bahawa 1Februari adalah permulaan hari bagi polystyrene banned di UiTM Johor, dengan blagak giler nye bliaw menshow-off pada rakan sekelases dan rumets

"oh, semalam aku balik, aku dah siap bawak tupperware dari rumah, sebab nak tapau nasik benteng ar"

walhal gadis tersebut tidak pernah mengetahui langsung tentang hari 1Februari di UiTM adalah hari menbanned polisterin, yang dia tau 1Februari adalah Hari Wilayah, sehingga terangau-angaulah tuan hamba, "..bila lah Wilayah Persekutuan Segamat ada cuti sendiri.."

tapikan..
tapi.tapi.
kalau tapau dalam bentuk begini...

...apa gunanya? macam sama saja, malah charge 30sen bagi setiap tapaw-ware rapuh ini adalah kelihatan-murah, sebab ada student tuh, lepas makan buang saja itu tapaw-ware. oh atau, adakah student UiTM ni memang kaya raya? uish..amiin amiin XD. Lepastu tongsampah yang dahulunya dipenuhi polisterin, sekarang dipenuhi oleh tapaware rapuh ini pula. Ya benar ya kawan2, plastik mengambil masa 500tahun untuk lupus. *iklan hot.fm*


Syomel sekali. ini adalah tupperware milik gadis H. Tuannya syomel seribu kali (mana bleh kalah comel dgn tupperware weh.haha). apa-apa pun ini bukan tupperware rapuh, sebab lebih mahal daripada 30sen. XD


siepa teyda tupperware tak rapuh, boleh bawa mangkuk tingkat. siap angkut pegi kelas, akan kelihatan comel sejuta billion kali. hahaha.

Tuesday, January 12, 2010

... kejadian sebelum ulang tahun kak miza

Ehem!!! tanpa kita sedari, dunia kini, apabila membina rumah, bangunan pasti perlu ditebang habis, pokok2 tumbuhan2 di sekitarnya.

tapi, tanpa sedar juga, bagaimana Puteri Gunung Ledang dapat membina istananya di dalam hutan, tanpa menebang pokok?

err.

tanggal 9 Januari. sekumpulan warga Johor (cececeh ngaku johorian titibe) meneroka hutan simpan taman negara melalui Pintu B, Sagil. Terpaksa meredah ladang sawit, lecak, lopak tanah merah. dah ah pakai baju kurung, giler hebat kan? ..tanpa menggunakan tenaga kaki walaupun sedikit..maksudnya, kami naik kereta. wakakah. Err.ok, tekan minyak dan break tu kena guna tenaga sikit(driver saje, penompang takyah)

maka tatap lah gambar. eceh~ tapi akhwat saje la ye (ayat ada unsur2 balas dendam terhadap video akh taufik. hohoh)



Welcome To Taman Lagenda, Gunung Ledang
(model cewek tanpa bayaran)


percaaaya pada diri, dengan harapan dan keyakinan ;D



plink! tersergamlah sebuah Istana Sangkut. siapa sangka dalam ladang kelapa sawit ada istana sangkut. :P


turn right to the heaven. err. turn right to the dorm. :P
(oh beg Unta-active saya comel LOL.
saya harap,untuk beg bekalan hari esok lebih besar dari beg Unta tu *pray*)


UiTM-UTHM-KMJ-IpTHO unite!~

hish. adik Part 4 ni, sedulang makan sorang2. *geleng3*

saya sungguh tak sangka mereka sanggup membotolkan tebuan2 ini. sebab, saya ingatkan saye je sanggup buat tebuan-packing. wahaha. sila refer sini


pertandingan Ingat Nama Orang Sebelum Turn Kau


hai readers cemua, nama caye Dina~

inilah jumlah air sungai yang sedikit pun tidak menaikkan nafsu mandi. percayalah tatkala ini kami benci giler dengan ikhwah sebab dorang dapat mandi kat air terjun, sambil terjun menerjun T___T

oh, nasib baik pertandingan Tangkap Ikan Pakai Tangan sangat memberangsangkan. err. group saya hanya dapat seekor ikan saje. fufufu~


aktiviti terakhir Mendenda Cik Babat Yang Tido Kat Belakang. haha. kami paksa bliaw baca puisi. haha. dahdahdah, nak nipu tak agak2. ini lah dia representator group 1. hehe. membentangkan tajuk kumpulan 'Isu-isu Semasa Umat Islam'.
alahh..walaupun hanya dapat seekor ikan saja, tajuk group aku lagi best 'Murabbi Idaman'
bestkan.bestkan? haha


11hb, happy 22th to kak Miza ^__^
(uii, siapa kak miza? gambar pertama, paling kiri)

14hb...? happy 23th to zul-eri (wish awal2 kan sonang :P)

++ kepada ummul dan radzi, SILA JELES =P

Friday, January 8, 2010

... si dia orang baru dalam hidup saya

Berdasarkan tajuk di atas, berikan pendapat anda, apa yang ada dalam fikiran anda sekarang? :P

ahh titibe.
annoying giler kau !


1) Vice Chancellor UiTM yang baru, tahniah kepada Datuk Sahol, semoga menjaga kami dengan baik. cewah~! (p/s: saya tak dapat subsidi makanan...sobsobsob)


2) Pengarah kampus UiTM Johor yang baru, Dr. Sohaimi. Tahniah juga, semoga menjaga kebajikan pelajar UiTM Johor dengan jayanya merentas dunia.(pls refer to the poster :P) haha, kebajikan penting oh.


3) Rumet baru. nama tipu, Dia. nama betul Lindsay Lohan. spesifikasi, satu: berwajah Lindsay Lohan versi Asia. Dua: selalu tak balik bilik. Tiga: dia masih tak duplicate kunci bilik.
(gasak ko la, kakak hanin taknak simpan kunci dalam kasut dah)


4) Situasi baru. Ada orang 'bergayut' dalam shower room =_=" giler aneh. aneh, mana dia dapat henset kalis air. aku nak beli satu. Ohh, adakah itu henset 3G ????


++short and fast.baii.

Tuesday, December 8, 2009

... kenapada jantung. seperti kapas

.
.
.

dush!dap.dush!dap.dush!dap.

ini namanya sound jantung. dia dah takda pause. taksempat !!

makan tak kenyang
tido tak lena
mandi tak basah
kentot tak bau


10hb saya dead ok.
jangan cari saya dah.
(moyang saya cakap, kalau dia state dia dah nak mati, tu tanda tak mati lagi tuh. haha)


seperti kapas.layan~

Thursday, November 12, 2009

...4minggu berExam

.
.
.
aik tajuk mana dapat tu? macam kenal je? ahak ahak. diam ah

ini cerita orang careless

1.QMT337 operation research . no komen. kang komen kang, kata aku terror wow. haha. poyo
-,-" (sekali careless salah kira lagi. ha ha..tatawu)


2.FIN260 finance. saya malas-malas jugak dengan ini. mementang ah 3 credit hours saja da mula main-main dia ye. tapi nasib baik masih ada sisa kesedaran dalam badan. uish tak pon baik menanti doa seorang anak murid mendoakan guru bliaw dapat A. ahaks. (kalau dia tak doa, memang saja ja dia~! )


3.QMT200 probability and statistic. ini toksah cakap banyak. see you next sem! hahahahahah(gelak over double meaning neh) eh tak baik, cakap tu doa juga. kejab aku strike.


4.QMT320 experimental analysis. wooooo mana jumpa interaction dapat negative????
budak careless sudah double careless. sigh~ ala takpa la tu 13 markah je. ahah! dengan carried mark aku yang 'hebat giler' hilang 13 markah boleh see you next sem juga tu. ><" aik? strike strike


5.MAT249 calculus III. appy darling, kakak ida ku cayang, marilah kita stado study sekarang. *pantun 3 kerat*




cuma,
saya takut, tiada lagi next sem untuk saya. atau nama lain dia dismiss tahu?



tolong doakan untuk final exam saya boleh? :) <-- dah senyum comel muka belah kasihan.tolongla. kalau rajin solat hajat la sekali. ahahaha. gedix, bagi fries nak burger. ha?

Monday, November 9, 2009

... pertandingan sukan

.
.
.

kami warga bilik depan toilet belok belakang tingkat teratas SMK, menganjurkan pertandingan sukan berprestij lagi menawan di UiTM Johor Indah Rupa Dari Khabar *serious*


masa pertandingan: lepas isyak sehingga subuh
(guna warna purple, semangat UiTM. hahaha)

venue: bilik penganjur

pengadil jemputan: Hanin best best!, Miss Rumet Sejati, Cik Siti 1Kentang dan Pemain Bola Sepak

pertandingan yang dianjurkan:

pertama) skuasy ala-ala badminton

cara perlawanan: pemain hanyalah dua orang dalam satu masa
pemain dikehendaki men-smash! sehabis tenaga terhadap tebuan-tebuan yang disediakan.


kedua) lontar peluru rejam sampai mati

cara pertandingan: lontar atau merejam tepat pada tebuan-tebuan yang telah pengsan diskuasy atau pening setelah terlanggar kipas. memandangkan pihak penganjur malas untuk menyediakan peluru berpandu yang canggih, jadi kami telah mensubtitudekan peluru dengan buku. ahak ahak. bagi peluru 0.5kg diganti dengan buku kamus oxford. manakala bagi 2.5kg diganti dengan buku calculus. (habisla takpandai calculus lepas ni.bhahaha) peserta yang berjaya mengumpul tebuan terbanyak akan mendapat rice cooker *pinjam* untuk menggoreng tebuan-tebuan tersebut. nyum~!


contoh target utama


penganjur tidak sesekali mengabaikan aspek keselamatan-didahulukan-kepala peserta-diutamakan. haha


ini adalah hasil setelah kami penat lelah bermain bersama mereka. aik pengadil main sekali? contoh ye contoh


snek lazat. rasai dengan girang. uh lala~

ketiga) polis-entri
pertandingan kejar mengejar diantara peserta dengan monyet pandai dia cari rambutan dalam bilik aku. huh!

cara permainan: sesiapa yang menyertai pertandingan ini otomatis dianggap pemenang, tiada pengalah. pengalah ialah walau dia menang tetap monyet cigak(note: bahasa minang -monyet) bijak sangat dia. huh! huh! aku nak monyet tu kalah jugak tak kire.



lihatlah bekas tapak kaki LITTLE FOOT yang dijumpai di atas meja. bukan BIG FOOT ek, yang itu takde.


keempat) nikmati keindahan study sambil pensel mekanikal anda dihinggapi kupu-kupu, telinga anda berdesiran bunyi kumbang dan sebagainya

maaf ini bukan pertandingan, tapi alamilah percutian menarik di alam fana, keindahan belajar sambil belajar eik? menelaah pelajaran sambil belajar kehidupan kumbang apa kau merepek hanin ^%$&




AKU TENSION DENGAN TEBUAN NI TOLONG LA!!!

Friday, November 6, 2009

... sabar saja lah. buat yang terbaik


.
.
;
marilah berpulun dengan lagi dua subjek nih. setelah bicara antara hati ketika berstudy statistic and probability "kita nak intersesi kat mana ni?" (melampau soalan kau ain!.haha)

marilah membuktikan walau 'terrrrepeat' sebijik subjek, tetap boleh dean list. eh boleh kah begitu?

hahaha.

entah
tapi. buktikan saja. marilah semua angkatan belia QS part 5, uitm segamat. ayuh!
saya menyeru


++bhahaha. ayat psiko saja dia neh

Friday, October 16, 2009

... blackout bebeh. blackout

.
.
.

rabu, 13 oktober 2009, UiTM Johor kampus Segamat: hari ini lunch, walau wani taknak belanja, tetap makan bersama dia. haha.

juge tidax lupe. ain, kak dhiya, miza. ini orang-orang pun taknak belanja. huu

baiklah, lepas kitorang makan, tiba-tiba dining "plink!" aik apsal dining tutup kipas ni? apsal dining tutup tv ni? apsal dining tutup lampu ni?

"dining dah nak tutup kot.." kak dhiya punya ayat

"baru kul 1 kak, takkan tutup kot. jimat elektrik ni"

"heh, ni tak de elektrik la wehhhh" ayat wani

urgh..panas. last2 kitorang lari balik kolej sebab panas.
tapi...
kat kolej pun macamla sejuk. adeh.

panas sangat, migrain makcik.migrain. di sebabkan migrain, makcik juga terblackout dari lepas zohor sampai pukul enam. pehh.

bila malam. dengan jiwa syahdu. temankan rumet berbuka dalam gelap. ciannn~ bukan berbuka saja, malah sambut birthday 15 haribulan pun ciannn~ walau ada pemain gitar, tetap nak konsider kesian sama dia. haha. (ingat aku tataw ke korang main gitar sampai pukul berapa? salah orang la kalau taknak bagi aku dengar sambil tidur. haha. tak faham? abaikan)

ohh, lepas tu, cik siti wan kentang telah berjaya menculik sebatang lilin dari aras bawah. heh sebatang jek. heh tak pelah, tahniah rumet hanin!

maka dimalam itu, kami menyiapkan assignment bertemankan sebatang guru.. haha. sebatang lilin yelahyelah, sebab orang selalu cakap 'guru ibarat lilin, membakar diri menerangi orang lain' sedap hati kita panggil lilin itu guru. heh hanin heh.

pada jam 10 malam sebatang guru telah pun padam.eheh. sebatang lilin telah habis dimamah api. dah boring kami terkelip-kelip dalam gelap, saya dan miss membuat misi pencarian gadis sunsilk (titibe) tak ah, misi menjelajah UiTM Johor dalam gelap itu macam. isk2. serius gelap. sampai turun tangga pun teraba-raba. aiseh raba ape tuh? pemegang tangga la woh. -_-"


misi nightwalking in the dark diluar jangkaan. 0.o
tak sangka turut serta ramai giler wo. serius ini semua lilin kat bilik telah habis agaknya.hehe.

dalam misi jelajah itu, kami telah mendapat tahu bahawa power supply telah terbakar. entah meletup ke ape ke tataw lah. seluruh UiTM Johor telah bergelap. dan sekarang kita perlu menanti bantuan kecemasan dari UiTM induk. jengjengjeng. konon dah macam mangsa gempa sumatera. tolong kami pak, malaysia bantulah kami~

haha. (sukenye aku!)

dan sehingga kini bantuan makanan masih disalurkan. ikhlas dari UiTM Shah Alam. haha. siot makanan apenye. diorang hantar ambulan saje lol. apsal ambulan?

nah. ni ambulannya

ambulan versi generator. haha. iya pak, MALAYSIA BOLEH!

oh ya, bagi yang sampai terjatuh longkang, sampai lutut terkehel, sebab gelap taknampak longkang, saya menlahirkan rasa simpati. kira oraitla ada jejaka tolong angkat. hak3.

sekarang pakai generator pun boleh nak bazir2 elektrik. update belog benda ngarut. yawn~


++now, saya ada soalan. bagi anda yang mengalami rasa gelap sampai terlanggar dinding siap,
kubur kita esok terang atau gelap? soalan berbalik kepada diri. mengingatkan diri jangan esok muflis di hadapan Tuhan. sekians, pergi buat assignment sekarang! errr..ye ye, nak gi la ni.fufu.

Sunday, October 11, 2009

... perkara yang perlu di buat. tapi tak perlu sangat.

.
.
.

hello, bertemu kembali dalam rancangan, mari mengaji.

weh, rancangan mari mengaji pakai hello kah?


ketika saya berusia muda. ewah, belum dua puluh belas masa tu, sebagai pelajar semester 3, memang wajib ambil kos ko-kurikulum. tak amik nahas kau!

memandangkan saya dan rakan sebilik tak pernah (memang tak pernah langsung) sekelas, sebab kami memang bukan satu kos yang sama, jadi kami berkomplot untuk bergabung, konon-konon macam kereta power rangers dah jadi robot menentang kejahatan. ceh merepek sangat. konon-konon nak mengeratkan silaturrahim. haa..itulah perkataan yang kita cari.

"weh, jom amik taekwando weh" seru saya.

"tanak laa..amik silat la..silat.." jawab rumet mengada.

"ok fine, kite o-som, sape menang ikut dia" jawab saya.

kejadian ini berlaku di hadapan kaunter pendaftaran ko-kurikulum. sampai pegawai kaunter pun dah sengeh sengeh kamben tengok kami main o-som heh.

sekali rumet aku menang daa. T__T

sadis sekali, maka terpaksalah saya amik silat. memandangkan kami nekad siap iltizam yang nyata, nak amik subjek ko-ku yang sama.

sampailah di hari test silat. sepatutnya pukul 7 petang paling lewat kami dapat habiskan test itu, tapi memandangkan para pelajar perempuan kemain hebat nak melawan cakap ustaz. ada yang siap gedik gedik tak nak guling atas padang. walau siswa dah siap cakap "ok, kitorang pandang permandangan indah uitm (gunung ledang), tak pandang awak pun" tetapi beliau tetap gedik tak nak guling. kahkahkah. siapakah beliau??? jengjengjeng~ (siap kau hanin!)

tapi, memandangkan bilal pun dah bersuara, kami tepaksa menangguh test untuk bahagian Elak, ke malam hari.

pabila malam menjelma, usai isyak saya bergegas ke gelanggang silat. ya, saya sendirian berlarian ke gelanggang, sebab rumet saya buat perangai taknak datang test sambungan. alasan, assignment tak siap katanya, memang buat perangai.

tiba di gelanggang, semua sudah hadir. saya kaget memikirkan rumet. entah kenapa macam ada perasaan budak neh tak pasal2 kang kene repeat ko-ku. isk2.

saya bertindak pantas tekan butang dail

"weh, turun la sini, ustaz suro laa.."

"ala..taknak laa..banyak keje"

sampai hati dia peranaktirikan subjek ko-ku semata2 assignment lain

"ek eleh, keje tu nanti2 pun boleh.."

"ala tak leh laa. hmm.. dah tu kau katne ni?"

"kat sini (gelanggang) la..kitorang sume tunggu kau datang tau tak." jawab saya nada geram.

"hoh, yeke?"

"ye la.ala, kejab je pun..ustaz cakap, kalau tak habiskan yang ni, kene repeat next sem..dah la kau taknak guling ustaz suroh tadi" oopss adekah saya terberitahu anda siapa yang gedik2 tadi? kuikukui.

"ala .. tak pe la repeat pun" fuh gile nekad dia tak nak turun nih.

"heh.yelah yelah, tak nak turun sudah lah.. aku bagitaw ustaz kau tak nak datang"

"hm..." jawab rumet dengan nada yang saya agak macam cuak.

mendengarkan nada cuak beliau, saya lantas menyambung bicara dengan penuh efisyen

"weh, kau penah dengar tak rancangan Wakenabeb! ?"

"woiiiii!!! kuaja kau! eeeeeeeeee haniiiiiiiin!!!"


*hanin sedang gelak separa pengsan di dalam talian sebab
sebenarnya ustaz dah batalkan bahagian Elak tu. kerana ada hal yang tak dapat dielakkan. huahaahaha. aku pun dah kat bawah kolej dah masa tuh.*



++sekarang ada rumet baru, seorang pemain-bola-sepak. miahaha ^-,-^