Chakpong FC

Sunday, October 11, 2009

... perkara yang perlu di buat. tapi tak perlu sangat.

.
.
.

hello, bertemu kembali dalam rancangan, mari mengaji.

weh, rancangan mari mengaji pakai hello kah?


ketika saya berusia muda. ewah, belum dua puluh belas masa tu, sebagai pelajar semester 3, memang wajib ambil kos ko-kurikulum. tak amik nahas kau!

memandangkan saya dan rakan sebilik tak pernah (memang tak pernah langsung) sekelas, sebab kami memang bukan satu kos yang sama, jadi kami berkomplot untuk bergabung, konon-konon macam kereta power rangers dah jadi robot menentang kejahatan. ceh merepek sangat. konon-konon nak mengeratkan silaturrahim. haa..itulah perkataan yang kita cari.

"weh, jom amik taekwando weh" seru saya.

"tanak laa..amik silat la..silat.." jawab rumet mengada.

"ok fine, kite o-som, sape menang ikut dia" jawab saya.

kejadian ini berlaku di hadapan kaunter pendaftaran ko-kurikulum. sampai pegawai kaunter pun dah sengeh sengeh kamben tengok kami main o-som heh.

sekali rumet aku menang daa. T__T

sadis sekali, maka terpaksalah saya amik silat. memandangkan kami nekad siap iltizam yang nyata, nak amik subjek ko-ku yang sama.

sampailah di hari test silat. sepatutnya pukul 7 petang paling lewat kami dapat habiskan test itu, tapi memandangkan para pelajar perempuan kemain hebat nak melawan cakap ustaz. ada yang siap gedik gedik tak nak guling atas padang. walau siswa dah siap cakap "ok, kitorang pandang permandangan indah uitm (gunung ledang), tak pandang awak pun" tetapi beliau tetap gedik tak nak guling. kahkahkah. siapakah beliau??? jengjengjeng~ (siap kau hanin!)

tapi, memandangkan bilal pun dah bersuara, kami tepaksa menangguh test untuk bahagian Elak, ke malam hari.

pabila malam menjelma, usai isyak saya bergegas ke gelanggang silat. ya, saya sendirian berlarian ke gelanggang, sebab rumet saya buat perangai taknak datang test sambungan. alasan, assignment tak siap katanya, memang buat perangai.

tiba di gelanggang, semua sudah hadir. saya kaget memikirkan rumet. entah kenapa macam ada perasaan budak neh tak pasal2 kang kene repeat ko-ku. isk2.

saya bertindak pantas tekan butang dail

"weh, turun la sini, ustaz suro laa.."

"ala..taknak laa..banyak keje"

sampai hati dia peranaktirikan subjek ko-ku semata2 assignment lain

"ek eleh, keje tu nanti2 pun boleh.."

"ala tak leh laa. hmm.. dah tu kau katne ni?"

"kat sini (gelanggang) la..kitorang sume tunggu kau datang tau tak." jawab saya nada geram.

"hoh, yeke?"

"ye la.ala, kejab je pun..ustaz cakap, kalau tak habiskan yang ni, kene repeat next sem..dah la kau taknak guling ustaz suroh tadi" oopss adekah saya terberitahu anda siapa yang gedik2 tadi? kuikukui.

"ala .. tak pe la repeat pun" fuh gile nekad dia tak nak turun nih.

"heh.yelah yelah, tak nak turun sudah lah.. aku bagitaw ustaz kau tak nak datang"

"hm..." jawab rumet dengan nada yang saya agak macam cuak.

mendengarkan nada cuak beliau, saya lantas menyambung bicara dengan penuh efisyen

"weh, kau penah dengar tak rancangan Wakenabeb! ?"

"woiiiii!!! kuaja kau! eeeeeeeeee haniiiiiiiin!!!"


*hanin sedang gelak separa pengsan di dalam talian sebab
sebenarnya ustaz dah batalkan bahagian Elak tu. kerana ada hal yang tak dapat dielakkan. huahaahaha. aku pun dah kat bawah kolej dah masa tuh.*



++sekarang ada rumet baru, seorang pemain-bola-sepak. miahaha ^-,-^

5 comments:

srzal said...

ekh bkn ade sorg tu berguling2 ke? hehe

aNdi.Hanin::حنين said...

haha.sorang tu mmg ah guling.sorang lg tu tanak.beliau ngade. =P

antsemot said...

awat x amek tkd? best ape.. huhu

aNdi.Hanin::حنين said...

dah kalah o-som. tpakse la aku. T_T

Anonymous said...

wah2....ko wat kisah benar lak kat sini ek
[terasa d perkotak katikkan]
haiyaa petang lepas silat tu aku ada test tau...
sok pg lak aku ada test [bukan asgnmen ye kawan]
tpakse la nekad dan iltizam tanak turun
haizzzzzz

eydamokmey
[xnk link].