Chakpong FC

Sunday, December 27, 2009

Jawapan Tuhan Mengenai Persoalan Manusia


soalan:


1) "Adakah aku sudah dikira beriman?"

jawapan:
"Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami menguji orang-orang sebelum mereka, sesungguhnya Tuhan mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya mengetahui orang yang berdusta."
Al-Ankabut: 2,3



2) "Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan??"

Jawapan:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagimu, Tuhan mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
al-Baqarah: 216


jadi, janganlah terlalu membenci sesorang/sesuatu, boleh jadi esok dia jadi laki/bini engkau. haha. atau, janganlah terlalu menyintai/suka kan sesuatu melebihi Tuhanmu, kelak kehilangannya, membuatkan kau tidak keruan, sehingga lupa pula yang hilang tu manusia, bukannya Tuhan. (adapaham?)

3) "Kenapa susah sangat ujian ni!???"

jawapan:
"Tuhan tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
al-Baqarah: 286


4) "Aku rasa kuciwa~ tertekan.tension tensi! lemah semangat"


jawapan:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, sekiranya kamu orang-orang beriman."
ali-Imran: 139


wahai sahabat, bersabarlah dengan ujian, sedikit lagi hari kemenanganmu akan tiba.insyaAllah.


5) "So, macam mana nak menghadapi ni??"

jawapan:
"wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkan kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Tuhan supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)
ali-Imran: 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Tuhan) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang kusyuk."
al-Baqarah: 45



6) "Apa yang aku dapat dari semua ini??"

jawapan:
"Cukuplah Tuhan bagiku, tiada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."
at-Taubah: 129



7) "enough! aku dah tak tahan. aku dah bosan dengan semua ni!!!"

jawapan:
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Tuhan. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Tuhan itu melainkan kaum yang kafir."
Yusuf: 87

++ilmu.iman.amal :)

5 comments:

kacipcrew said...

bagus.. bagus.. sgt suke :D

Anonymous said...

yezaaaa tepat sekali jawapanmu itu....nyeh3....

Anonymous said...

aku suke post ini! tahniah! hoho. poyo betul komen aku

Unknown said...

aku buat sajak pasal post nie.. huhuhu...

.::annemishi::. said...

aku dah addicted baca blog kau nih...

ish...

terasa macam stalker.
sorry, cant help it. :PP