Chakpong FC

Thursday, December 3, 2009

...perkongsian WEHDAH'09 (tips comel hari ini)

.
.
.
tips menjadi seorang dai'e :)

1) apa yang diajar, adalah yang diamalkan

Ilmu tanpa amal memang waste saja. seorang da'ie hendaklah mengamalkan terlebih dahulu amalan tersebut, kemudian baru mengajarkan kepada yang lain, atau contoh tragedi: dia sibuk suruh orang solat malam, tapi dia sendiri tak bangun solat malam. Engkau kasik ceramah kat orang pongpangpongpang, tapi anak bini tak siap. eh apa yang tak siap? haha.



2) Berdakwah adalah ibadah, bukan profesyen

maksudnya disini, berdakwah sebagai keperluan setiap umat Islam. Bukan semata-mata mahu berdakwah kerana habuan dsb (astaghfirullah...) kalau ada begini, nama dia 'pendakwah duniawi'. fufu~



3) Dakwah adalah amanah kepada khalifah di bumi Allah.

Seperti yang difahami semua, kalau bab mengaku 'manusia sebagai khalifah bumi' semua angguk kepala. yakin bebeno dia khalifah, maka manusia boleh buat bumi ini sesuki rasa. aik? tapi malangnya kita terlupa, apa amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah sebagai seorang khalifah. (bukan terlupa, kadang-kadang saje buat tak tawu.egoistik)



4) Cuci hati dengan solat malam

Bangun solat malam, bukan baru nak solat isyak arh, maksudnya, buat qiamullail.
cuci hati dengan solat tahajud, taubat, hajat etc etc.



5) Jangan tinggal al-Quran

paling malas pun 2 pages sehari. Kalau dah tau tak pandai arabic, tolonglah selak tafsir.



6) Berilmu - hafazan AQ, hadis, dalil, nas

kena kuat dan strong perkara ini. bayangkan, anda mahu memberi ilmu dan berdakwah kepada yang lain, tapi ilmu anda sendiri masih tak tercapai akalmu~~ dah bayangkan? eheh
Tapi, tidak bermaksud, anda kurang ilmu, maka sampai ke sudah tidak memulakan dakwah.
Ilmu Allah Maha Luas, mana mungkin anda mahu takluk semua ilmu Allah, baru nak berdakwah kepada yang lain. Contohi Baginda s.a.w. adakah Baginda tunggu ayat al-Quran habis turun baru nak mula menyebarkan Islam? tidaklah begitu hai pembaca sekalian.

"ada ilmu sedikit, kita sampaikan sedikit"


7) Ikhlas! - niat semata-mata kerana Allah

lebih kurang no.2
Niat menegur seseorang untuk berdakwah hanya kerana ingin memperbetulkan kesalahan. Jangan emo ungkit-ungkit kisah silam yang takda kaitan. Tiba-tiba cerita dia malas basuh baju 2minggu masuk line. aiks?. Jaga hati, jaga emosi ya anda semua.


8) Berjemaah dalam berdakwah

Sama juga seperti study group. Input dan output lebih banyak dan efisyen, berbanding study secara solo. Berkaitan juga dengan smart group atau nama glamer 'usrah'. Kepentingan berjemaah seperti ini, seolah pelengkap dalam jalan dakwah, dan membuatkan para dai'e takkan tension sorang-sorang. next sem sapa nak jadi naqibah ni? poning oik kak nur. heh, apsal titibe kak nur pulak? haha


9) Memberi penerangan mengenai Islam, berdasarkan kemampuan akal fikiran mereka.

Kalau budak enam tahun, tapi anda explain macamlah dia 20 tahun, memang lain macam saja heh.
Kalau memberi penerangan kepada nenek-nenek di kampung, memang tak jadi kalau engkau guna bahasa saintifik. Lain la kalau atuk nenek anda macam atuk saudara di indon bekas lecturer walau duduk kampung-kampung -,-
Ini terjadi wo, nenek saya pernah cakap "aih, mentang-mentang dia(penceramah) profesor, guna bahasa tak faham orang kampung" kata nenekku ditujukan kepada penceramah IKIM. haha. sori ye IKIM.fm


10) Jaga akhlak dan tingkah laku.

Sedarlah para dai'e. tingkah laku anda sentiasa diperhatikan masyarakat.
"haa tu dia..nama je ustaz, tapi bawak motor laju gilerr.." zuuush~! padahal ustaz tu tak tahan nak kejar toilet. haha.
Atau, orang telah label anda seorang dai'e tapi dengan berani melepak2 dengan lelaki bukan muhrim. wushh~ na'uzubillah..


11) Focus on solutions, not the problems

Ini macam semua sudah tahu. Bagaimanakah mengatasi gejala pelacuran/anak luar nikah.
Asek parents tuduh government, government tuduh parents. sampai bila nak sudah. orang suruh buat undang-undang Islam, taknak. 1,2,3..testing,testing..


12) Dakwah berperingkat

i) berdakwah kepada orang terdekat

ii) keep on dakwah, sebagai didikan yang berterusan kepada yang menerima dakwah, agar mereka tidak mudah terpesong atau influenced

iii) penanaman dakwah kepada orang lain sebagai cara hidup. contoh, anda sebagai seorang ketua jawatan, berkuasa dalam menetapkan undang-undang jabatan. eg: disiplin waktu solat and so on

iv) dakwah di kawasan pedalaman. ada bran? cubalah~

v) interfaith dialogue. ada bran lagi? cubalah lagi~
yang ini ada task untuk anda: watch sheikh ahmad dedat's video. berkenaan interfaith dialogue. youtube sudaa.. =D



13) Islam tersebar dengan kasih sayang dan kelembutan, bukan peperangan/keganasan.

Berlembut dan berhemahlah dalam pendekatan berdakwah.

Ambil contoh kedatangan Islam di Nusantara; datang dengan cara berdagang, menyebarkan akhlak yang baik dan dikagumi penduduk Melaka. bandingkan dengan kedatangan Kristian di Melaka. 1511 kejatuhan Islam Melaka kerana peperangan dan penjajahan. see the difference?
Terbalik sudah dengan dunia kini. Islam dilabel pengganas. sigh~ sigh~
para dai'e sekalian, marilah kita ubah persepsi ini. (semua muslim readers belog ini otomatis dianggap dai'e secara mandatori.haha)

berkasih sayanglah sesama manusia. jangan salah bagi kasih-sayang 'lain macam'; salah jantina udah ar. tu lain tu. nak kena ketuk dia tu.



14) "Kalau anda sibuk dengan dunia kapel(coupling) anda, jangan diburu kejayaan dakwah anda."

Ini statement by dr.Harlina.
Nilailah dengan iman, coupling itu sendiri adalah haram. Bagaimana anda sendiri membuat perkara haram, tapi dalam masa yang sama mahu ajak orang jangan buat benda haram.

Kalau anda mengajak sekalipun, ada kemungkinan ajakan anda akan diserongkan dengan ayat biasa guna "eleh, nak suruh orang tutup aurat konon, dia sendiri tutup aurat tapi pergi dating dengan boyfren. takde beza pun." pluegh~ T_T

'coupling' disini adalah budaya yang remaja kini biasa buat (hanya segelintir yang berjaya menepis budaya ini. amiin ya Allah) bukan coupling dengan laki/ isteri engkau. tu takpa hoh. jangan titiba bagi alasan tak sempat jenguk anak bini sebab sibuk dengan dakwah, baik tak payah.


culik ayat representative dari KPM BM
"kalau anda ingin mengubah dunia, ubahlah manusia"
"kalau anda ingin mengubah manusia, ubahlah hatinya"
"kalau anda mengubah hati, nescaya anda mengubah semua"



ini kefahaman saya menerusi WEHDAH'09, kalau salah tolong betulkan. sekian. wassalam. (macam first time oh entri aku ada wassalam. haha. ok again, wassalam)

4 comments:

Unknown said...

baguslah join WEHDAH
sy xsmpt join, ad prgm lain
dpt input n sebarkan

~ZuLhAiRi~ said...

salam nin...nin nOn nin nOn...:D

bagus!...perkongsian input yg menarik, camni x p pun xpe la...kire ok la duk2 igt2 je pun...:p

Unknown said...

tahniah~ 100 tu... hahhaha.. nnti la.. aku celen~ hehhe

aNdi.Hanin::حنين said...

■rushdunk
next wehdah, org usim wajib dtg ☺


■zul
w'salam, pe nin non nin non, nak kene eh??

ohoh!
eleh..mn same org yg tengok bola dgn y main bola. haha