Chakpong FC

Sunday, October 24, 2010

ingin tambah-nilai prepaid henset secara percuma ditepi jalan? kami ada cara

bukan kau beli kad top-up lepastu kau tercongok tepi jalan gores2 kad,
kemudian tekan *122*14 digit# selesai.

atau lari2 tepi jalan, sambil mesej atau call member kau tokey top-up
"weh reload kan aku rm10,.balik nanti aku bayar"


tak
bukan itu cerita hari ini. tu mukadimah je.


Maka tersebutlah kisah sang kancil dan harimau.

kancil pagi2 bangun... *gosok2 mata*, konon nak pergi kampus awal pagi. sebab dah janji dan menuruti titah sang raja rimba, 17 haribulan kena dating. kihkihkih.

memandangkan kancil ni tinggalnya diluar kampus.. kawan2 serumah kancil cakap,
"pagi2 gini mane de bas.." maka kancil terpinga hari ini hari ahad,. takdak bas UiTM, kancil lupe.

maka sang kancil pun mentunggu sehingga agak2 jam 8 gitu~ kekonon nak tunggu bas bukan uitm pulak.

tetibe...*oh saspen tak?*

perut kancil memulas. aiyakk kancil makan ape ntah semalam, mungkin semalam syok2 makan pucuk sirih, termasuk pulak dalam kebun jiran.

hish..

maka kancil tahan2 jugalah..sehingga 8.30 siap sempat breakfast roti gardenia perisa sirih.

8.45 kancil keluar saja rumah tanpa menghiraukan sakit perut.sob3


tengah on da way ke jalan besar.. seekor harimau naik motor tahan kancil.

harimau cakap "akak kancil, nak tompang tak?" harimau ni harimau kecik je
anak rimau lagi kot.

akak kancil mestilah dah macam orang mengantuk disorong bantal. orang sakit perut disorong motor. haha

lagipun harimau sama jantina dengan akak kancil..so akak kancil peduli hapa.

dengan membawa perut sakit menaiki motor..baru kancil perasan, harimau ni pakai short(seluar pendek) wahh. seksi gitu.

haih, tebakan kancil salah. ingatkan harimau ni pelajar sekampus kancil.sebab orang sekampus takkan pakai tiada sahsiah rupa diri begitu, walaupun diluar UiTM. takpa..orang berbudi apa salahnya.

sampai satu selekoh, kancil minta diberhentikan.. bukan tak sedap hati takut harimau ngap kancil..tapi memang situ port bas. heh.

tetibe ...*saspen tak? saspen tak?*

"akak..nak no. phone boleh?" said the harimau.

"erk.." kancil terkedu kejab. apsal ni nak ngorat ke hape?

mustahillah nak mengorat sesama jantina. bukannya kancil ada ciri2 lesbian pun. haha.

"mana tau lain kali jumpa..nak contact2 ke ape ke.."

"hurm..orait.. 013(sensed)"

"awak miskol saya boleh?" sambung kancil.

"alamak kak..takde kredit la.. amik jela nombor saya"

sempat itu ini. tetiba... *ok fine, tak saspen dah*

"akak..nak pegi tunggu bas kan? tolong belikan topap RM10 untuk saya boleh tak? kat kedai tepi tu ada"

kancil pun orait jelah. dengan perut yang membara, separa blur pulak tuh pagi la katekan.. kancil pun blah. oh nak cepat ye kawan2 raja rimba dah mesej2 tanya nih.

tengah memblahh tetiba terperasan rimau tersebot tak bagi kancil duit. ceh.. saje je engkau ye.


mainan kepala kancil.. "~takpa la, beli je dulu, balik nanti bagi la dia~"

tapi sambil tu wonder. haih..ade motor tu pusing jela kat kedai. susah sangat ke?

dipendekkan itu ini, sampailah sang kancil dikampus kesayangannye. berkejaranlah sang kancil ke tempat bersemayamnya raja rimba. ada meeting la nyahh.

aik penglipur lara, tadi cakap kancil nak dating? hish ni kan trend orang sekarang, kalau dating cakap meeting, so meeting kenalah panggil dating. adepehem? ;p

takkanlah dating dekat kampus. tak romantik you.

*
*
tengah best meeting. tetiba.. pap! tetiba nama rimau naik.. dia call.
"akak..dah beli topap tak?"

"belum..tadi tak sempat..nanti kejab lagi"

"akak kat mana skang ni ye?"

"kat UiTM dah..tunggu jap lagi boleh? tengah meeting"

"oo yeke..."

"eh..tadi cakap takde kredit..ni bleh plak call" pap! line mampos.

suwey betol. hidup2 nak tipu aku. jerkah kancil dalam hati.

bukan main rimau mesej kancil lepas tu siap nak pinjam duit bagai. wahh. walaupun dia nak RM15, manakah kancil mahu beri lepas kena tipu macam tu. cihh.

kancil cakap saja kancil tak cukup wang.

lepas tu dia janji mahu bayar balik bulan 11, lepas dia dapat duit undi.

waahh siap mengundi harimau ni. kancil ingat kecil lagi. rupanya sudah tua ganyut. sebab...
sang kancil ni pun baru lepas had layak mengundi. register pun belum.

sekarang boleh nampak bukan kancil lebih muda dari rimau? mungkin sebaya.

bukan main panggil kancil "akak" heh.


lepastu mesej lagi..lepas kancil reply "sori, takda duit..."

"kalau macam tu saya bayar esok la, RM10 je..takkan nak tolong saya pun tak boleh"

ayat bapak pujuk rayu. ceh.

"ohh esok? kalau camtu awak beli topap esok je la" balas kancil sesedap rasa.

"kalau RM5 boleh?"

kancil malas nak reply dah. buang kredit haku je. sebab..
1. bengang dah kena tipu idop2
2. bengang sebab tengah meeting sebok2 pulak reply mesej bagai. sudahlah meeting bukan sebarang meeting. meeting datangnya kontijen nasional. menyembah ufti menyembah duli. ewah ewah chakpong.


so kesimpulannya apa?

kau ingat kampeni celcom maxis digi tu bapak kau punye? nak free boleh blahhh. ceritera tamat. penglipur lara mahu beradu. sekian.kesian.

10 comments:

Vanilla said...

giler scary wei...
uish...
ada gak manusia mcm nie...
tolong giler xikhlas...
nasib xjd apa2 kat kau nin :P

aNdi.Hanin::حنين said...

nasib Rimau tu tak baik.sbb terrpaw org yg x lurus. kui3

kalau nk tau, rimau ni suara dia lembut halus gemersik weh..klau lelaki dah lame bg je ..haha.boleh cair.

tu la ummul risau gk ni nk memain dpn umah..skali dia bwk geng kang~

Nabila Lukman said...

gila la weyyy. nak paw prg sesedap rase. naseb tak dpt.

aNdi.Hanin::حنين said...

mmg giley pun. hopefuly x terserempak lg dah. hesh da nk abes sem dah XD wee~

Unknown said...

oic~ kim salam kat rimau tu.. ahhahahaha...
*ko jgn.. dia dig aku karang*

1st time aku dgr money digger kat sesama jantina~

nur hidayah said...

ape pny rimau daaa
tba2 nk kebas wet org
siap mintak topap
tah kebenda tah
bley jadik cerita tauladan kancil dan rimau gak la

aNdi.Hanin::حنين said...

kih3 andaa2, name rimau tu same ngn ex-sleeping partner saye.wuuu.hampeh.

~ZuLhAiRi~ said...

salam~

siut punye rimau, panggang idup2 baru tau...

tektik xbole blaa, yang kancel tu plak mcm blurr abes je...:p

aNdi.Hanin::حنين said...

wslm zul

haha.klo pikir balek mmg klakar gak blur... tp lepas tu bc ayat kursi bnyk kali..huhu

LittleFinger said...

kesah pelik nih~

pelik tapi benar~