Chakpong FC

Sunday, October 31, 2010

weh, Rasulullah cakap 'pukul' bukan 'seterika'

Mengarut betul cikgu sekolah macam ni.

Rasulullah saw. bersabda, Perintahkanlah anak-anakmu sekalian solat sedang mereka tujuh tahun dan pukullah mereka ketika sepuluh tahun(kerana meninggalkan solat) dan pisahkanlah mereka tempat tidurnya" Abu Daud .
ade ke Rasululah cakap
seterikalah mereka ketika sepuluh tahun(kerana meninggalkan solat)
kenapa Rasulullah suruh pukul? bukan seterika kerr.. toreh dengan pisau kerr..

Al-’Alqami dalam kitab Tuhfatul Ahwadzi, dikatakan juga bahawa, “Diperintahkannya memukul itu hanyalah terhadap yang telah berumur sepuluh tahun kerana saat itu ia telah mampu menahan derita pukulan pada umumnya. Dan yg dimaksud dgn memukul itu pukulan yg tidak membahayakan dan hendaknya menghindari wajah dalam memukul.

sebenarnya sebelum pukul, bukan sesedap rasa je nak pukul, tapi ada macam-macam steps yang kena buat..contoh, kurangkan duit belanja, TV disita dan etc.. err yang lain tak ingat dah.hehe. Silalah menghadiri kelas family-in-Islam :D
*
*
*
hurm....faktanya ialah...ramai cikgu sekolah sekarang, sakit jiwa tanpa sedar.

cekgucekgu zaman kita, kalau masuk kelas lepastu marah-marah taktentu pasal..mesti ada student dia cakap camnih...

"isk cikgu ni period ke pe?

haaa tu kalau spesis mulut jahat la. paling-paling pun dia cakap, cikgu tu tak dengar pun. kalau spesis mulut baik,dia diam je...macam hanin. eh eh perasan. skali skala.haha. :p

cekgucekgu zaman sekarang kalau buat macam tu..budak kat kelas tu cakap apa?

"eh cekgu, malam tadi tak dapat ke?" cakap sekuat yang boleh

haah kau! tak dapat apa? pikirlah sendiri.haha. ini kisah benar, tiada yang benar belaka~
bukan takat mulut jahat nih dah masuk mulut puaka.

manalah tak sakit jiwa. hari-hari kena layan kerenah menyakitkan hati bebudak. kalau report kat makbapak, cikgu pulak yang kena balik. gaji pulak bukannye besar sangat macam Prof kat universiti, ajar sikit-sikit, student nak pass ke dismiss lantak mung. perangai macam syaiton tendang je keluar U, hujung bulan gaji masuk belas ribu. selamat haku.


Tapi..lain pulak cerita masa zaman aku form 5 dulu. kelas aku memiliki misi 'bising sepanjang waktu kecuali tidur' nama je kelas sains bio, tapi tahap biseng dan nakal boleh kalah kelas hujung2 yang dah konfem kuat main. kadang-kadang aku migraine bila dalam kelas. muka pun bajet stress je =_='

guru kelas kami pulak terkenal kuat membebel terpekik2 seantero sekolah. memang double migraine aku nih. =_="

"hey why are you doing that?!!"
"boys stop it!!"
"talk.talk.talk rubbish!" ni ayat standard dia :p

dapat pulak classmate suka menjawab...

"alaaa mommy....janganlah marah-marah macam ni. mommy cakap mommy sayang kitorang"

hahahadoi, mommy tu taktahan. habis pecah gelak satu kelas. terus hilang migraine aku. XD

I miss you lah teacher and also 5 Gamma 06. Bapak kelakar kot korang~ :D


++ Budak yang kena seterika tu, mesti dah rajin-tak-liat nak bangun solat pasnih. heheh

1 comment: