adik bongsu saya berusia 7tahun.
"ayah, anak sumbu tu apa?"
"entah..ade ke anak sumbu?" jawab bapa.
Saya menyampuk, "mana ada anak sumbu, badak sumbu ada lah.."
"badak sumbu tu..badak lah" explaination terpaksa sesimple boleh untuk budak bawah umur macam ni. konon. padahal memang malas nak explain. haha
"oo.." adik saya senyap selepas huruf O
*
*
*
30 saat. dia sambung..
"..habis kalau anak terakhir kita panggil apa?"
terus pecah gelak semua orang.
"oooh nak cakap anak bongsu ke? apsal terkeluar anak sumbu?"
esokhari. bapa baru pulang dari kantor, terserempak adik bongsu dicelah langsir,
"anak sumbu dah solat?"

si sumbu bajet cumel
5 comments:
oh comel anak sumbu nih....rasa cam nk sepak2 je akibat geram dengan kecomelan beliau :P
sila lihat kakaknya. trimas trimas trimas XD XD
hahahah comel!! mungkin sebab bunyi dia lebeh kurang kott
haha. terus melekat 'sumbu' dia
haha.. manja btol anak sumbu ni ngee...
Post a Comment