Chakpong FC

Sunday, November 7, 2010

Entri Seram: Rakan Serumah Bertambah Lagi Sorang

Duduk rumah ni 5 purnama saja. tapi macam macam cerita yang keluar.

ini entri yang serius seram. baca diam diam


jam 9 malam

cik Barney rakan sebilik saya..keluar rumah dengan cik Ryna rakan serumah bilik sebelah. sebilik dengan cik hAin. cik farid pegi melaka. cukup 5.
pentulis belog sedang makan bersama cik hAin. kira hanin dan hAin makan berduet la gitu.

lepas makan... penulis belog dah ngantuk. melampau kan aku. lepas makan nak tido. haha.
harap maafkan saja, asalkan iltizam nak study sambil tak ngantuk akan tercapai.


jam 11 malam
aku bangun dengan girang *sila imagine muka gumbira bangun tidur tak ngantuk*

dalam perjalanan ke toilet.... (macam la toilet jauh sangat ek)
melintaslah saya di hadapan bilik cik hAin. saya terlihat kelibat cik Barney. berbaju hitam duduk diam. "ohh si Barney dah pulang.." monolog hati. cik Ryna me
mang macam biasa stayed-up di rumah misChinta.

pelik jugak.

pelik sebab langsung tak dengar sesuara pun dari mereka. p
adahal well-known makcik dua orang ni kuat ketawa kadang kadang extra jerit sekali. hoh hoh.

selesai keluar toilet..saya macam ternampak 2 orang juga. malas nak kisah apa. saya ambil buku..ewah ewahh study dekat ruang tamu.

gigih sangat study sampai jam 3 pagi kau. hueh3.



jam 3 pagi

saya baru perasan cik hAin dah tutup pintu bilik. pelik lagi sekali.

sebab jarang cik hAin akan tutup pintu bilik kalau berdua.


jam 3.10 pagi

dah ah. ngantuk. lalu mentidurkan diri lagi. double pelik dan aneh lagi sekali. cik Barney tak angkut bantal selimut dan Barney dia pun. ahh aku blur mengantuk. malas nak jalan ke bilik sebelah hantarkan bantal. heh.


jam 6 pagi

"assalamu'alaikum...haniiin oo haninnn" 4x. suara dari luar.
tapi suara cik Barney. haku dah konfius dah, asal si Barney ni kat luar pulak.

"kau dari mana?" soal saya. sebab cik Barney baru pulang dengan cik Ryna.

"dari rumah kakngah lah. aku tidur sana"

"eh,bila masa kau keluar?"

"tadi la..sekali dengan Ryna"

"ehh kul berapa?"

"laaa tadi la masa kau makan. lepastu aku balik kejap. then keluar balik kul 10 camtu"

"kau keluar balik tu, masa aku tidur lagi lah, ek?"

"ha'ah laaaa.."

"habis, kul 11 aku bangun tidur tadi, hAin dengan siapa??"


hAin cakap, dia sorang-sorang saja masa dia nampak saya pergi toilet jam 11. =_=



++kalau ikutkan hati, aku nak mintak dia share bayar duit sewa rumah. hahaha

4 comments:

Dikjaa said...

isk ko ni hanin. suh la dia byr kn utk korang sume. huhu

Unknown said...

kalo dia bayar.. dia pakai matawang apa weh?

nur hidayah said...

kenape aku rasa macam penah bace entry ni ek?

aNdi.Hanin::حنين said...

@Dikjaa
isk.tak fair camtuh. XD


@Muz
pakai dinar emas! waka waka


nurhidayah
ade org rompak entri saye ke? wuuu