Chakpong FC

Friday, January 28, 2011

cerita jubah

Jubah pakaian sunnah. nampak orang pakai jubah, teringat Rasulullah. Jubah nabi warna hijau, saya masih boleh ingat. heh, kau ingat apa? heee nothing nothing. Dan bila pakai jubah, terus rasa macam baik. Jubah saya hanya ada dua, satu hitam, satu lagi putih. kalau rakan pinjam yang putih, dan saya pakai yang hitam, kami boleh dikira sebagai tahi cicak. kuikuikui. Oh, sudahlah, tahi yang putih sudah tak boleh pakai. sebab udah senteng! lagi pun itu kan dikira baju sekolah. (teka: sekolah apa yang pakai jubah putih? ;D)

Dulu-dulu, kalau yang suka pakai jubah tu orang dakwah. Kalau sekarang, orang balik haji buat umrah pun dah suka pakai jubah. Terbalik, imam muda pulak yang pakai neck tie. kadang-kadang yang perempuan pakai jubah sebab macam trend pulak. jubah arab. pakai pergi dinner. itu, aku pun buat LOL ini kes dah takda baju. bedal saja jubah. selesai.

oh cerita belum selesai

Cerita bapak pula, orang dakwah dulu-dulu time nak nikah pun pakai jubah, tak perlu baju melayu. siap dengan serban, takyah pakai tengkolok. Yang perempuan, pakai baju kurung memadai. takyah sebok sebok nak sewa baju pengantin. jimat! lagi jimat bila makbapak aku kahwin takda pelamin. huii memang paling jimat kahwin macam nih. Lain pulak orang dakwah zaman sekarang, pelamin ada jugak. buat tangkap gambar saja katanya. tapi macam membazirlah jugak kan .huhu. engkau cakap orang, esok engkau pun buat jugak. bahaha. saya mengikut tradisi emak ayah(kunun). engko diam! :P

bila tiba masa nak nikah, setting sudah baek. tetiba ada makcik dari belakang tanya

"mana pengantin lelakinya? tok kadi dah sampai ni !"



hahaha.kesian ayah saya, hari menikah dicop sebagai tok kadi. esoklusa kalau bapa saya mahu menikahkan anaknya, saya kena ingatkan dia, supaya pakai baju melayu. biar paksa menantu yang pakai jubah. takpasal dua-dua sekali yang nikah nanti. XD

kecik-kecik aku dah pakai jubah konvo. korang ade ke? ;P

10 comments:

Connecting With My Own Soul said...

datang singgah lawat sini!
wah! dah pakai jubah dah die.
comel je gambar tu. hehe.
:)

SiLenCe_oRanGe said...

aku pun ada la...tp da lkat kt dinding...hee...

farid said...

dulu ada orang dakwah pakai jubah n serban dtg umah aku.
aku lari masuk rumah kunci pintu.
huhu.

aNdi.Hanin::حنين said...

@izyani_azahari

terima kasih singgah :) kecik-kecik haruslah cumel~ :P

aNdi.Hanin::حنين said...

@SiLenCe_oRanGe

aku hanya mampu simpan dalam desktop saja Xl huhu

aNdi.Hanin::حنين said...

farid

bila kau buat benda yang sama sekarang, ada orang akan lari juga masuk rumah kunci pintu, jangan risau :p LOL

reza al-razi said...

Dulu masa Darjah 1 sy skolah tahfiz pegi kelas hari2 pkai jubah.. Tpi skrg dah msuk universiti pegi kuliah pkai jeans, dressup bgai.. Hoho..

aNdi.Hanin::حنين said...

@Reza Razi

kepimpinan melalui teladan, berubahlah demi masa depan.teehee.

nape kamu tiru akak ni? aishh

enol said...

eleh ak pon ade la
cikgu siap letak lipstick merah menyala lagi
ko hade? ehehe

aNdi.Hanin::حنين said...

@enol

aku pun cekgu letak lipstik, tapi aku kan anak murid yang bijak bestari, amik tisu, lalu lap bibir ku XD